Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Kedai Perabot di Pulau Pinang yang Best

Terdapat pelbagai jenis trend dekorasi kediaman terkini yang anda boleh rujuk bagi mencipta suasana kediaman yang selesa dan menenangkan. Gaya hidup dan citarasa peribadi turut menentukan konsep dan penataan kediaman rumah.  Dengan hanya merujuk pada gambar-gambar inspirasi di internet, anda kini tidak lagi perlu berbelanja besar mengupah pereka hiasan dalaman untuk mencipta penataan hiasan rumah idaman anda. Terdapat pelbagai inspirasi do-it-yourself yang anda boleh rujuk mengikut kemampuan dan bajet anda.

Bagi melengkapkan dekorasi idaman rumah, pemilihan perabot rumah (home furniture) amat penting bagi menjadikan ruangan di rumah kelihatan selesa dan menawan. Kehadiran aksesori hiasan dalaman yang berpadanan dengan tema dekorasi turut berperanan bagi mencipta suasana rumah yang cozy dan menyerlah. Dekorasi hiasan dalaman yang menarik pasti menarik perhatian dan pujian para tetamu yang bertandang, jadi berbaloilah dengan usaha dan keringat yang dicurahkan oleh anda.

Di sini kami tampilkan kedai-kedai perabot yang patut anda lawati sekiranya anda menetap di kawasan sekitar Pulau Pinang. Terdapat pelbagai rekaan menarik yang boleh anda pilih bagi melengkapkan dekorasi hiasan rumah anda. Pilihan kedai-kedai perabot turut merangkumi kedai-kedai perabot online, supaya anda boleh membuat pembelian di atas talian di kala musim PKP ini. Pilihan perabot tidak hanya terhad kepada perabot rumah, malah kami turut sertakan kedai perabot untuk pejabat dan outlet perniagaan.

 

 Kedai Perabot Best Di Georgetown


1. Kinsen Home Georgetown, Jln Sultan Ahmad Shah 

Kinsen Home Georgetown

Kinsen Home Georgetown merupakan butik perabot yang tidak harus ketinggalan anda kunjungi jika anda menetap di Georgetown, Pulau Pinang. Ianya merupakan butik perabot yang ada kelasnya yang tersendiri.  Pelanggan boleh meninjau jenis-jenis perabot di laman sesawang Kinsen Home Georgetown bagi mendapatkan gambaran  produk mengikut citarasa, keperluan dan bajet anda.  Perabot-perabot boleh dibeli di showroom dan juga di atas talian dengan melawat laman sesawang Kinsen Home Georgetown.

Butik perabot Kinsen Home Georgetown mensasarkan pelanggan yang mementingkan rekaan perabot yang trendy, berkualiti tinggi, ekslusif dan elegan.  Perabot-perabot yang dijual di butik perabot ini amat sesuai untuk digayakan dalam tema dekorasi berunsurkan Skandinavia, Nordic , kontemporari moden dan gaya hygge.  Kinsen Home Georgetown menyediakan penghantaran perabot di sekitar Pulau Pinang. Khidmat pelanggan dari butik perabot ini sangat memuaskan berdasarkan ulasan-ulasan positif dari pelanggan.

Alamat: No. 17B, Jln Sultan Ahmad Shah, 10050 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Isnin-Ahad, 10am-8pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:04-226 3860

Whatsapp Kinsen Home Georgetown

Kedai Perabot Best Di Butterworth


2.  ELITE Design & Furnishing , Jalan New Ferry

ELITE Design & Furnishing

Kedai perabot ELITE Design & Furnishing menampilkan pelbagai jenis perabot-perabot rekaan moden dan terkini. Antara jenis-jenis perabot yang boleh didapati di ELITE Design & Furnishing adalah perabot ruang tamu, perabot bilik tidur, kabinet dapur, dan peralatan pejabat. Pelanggan juga boleh menempah perabot yang direka khusus mengikut citarasa dan keperluan. Perabot-perabot dari ELITE Design & Furnishing sangat sesuai bagi menggayakan trend hiasan dalaman berunsurkan minimalism moden, modern vintage, Skandinavia dan Nordic. ELITE Design & Furnishing turut menyediakan khidmat konsultasi hiasan dalaman, pemadanan perabot dan pengubahsuaian perabot.

Alamat:No. 12, Jalan New Ferry, 12100 Butterworth, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 10am-8pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:019-411 9200

Whatsapp ELITE Design & Furnishing

 

3. Wescourt Penang, Kompleks Chain Ferry

Wescourt Penang

Perabot-perabot dari Wescourt Penang sering ditampilkan dengan rekaan terkini dan harga yang berpatutan. Rekaan perabot yang menarik bakal membuatkan ruang kediaman anda terlihat lebih praktikal dan bergaya, misalnya katil yang empuk dan sofa yang pelbagai fungsi bakal membolehkan waktu rehat anda terluang dengan lebih selesa. Kedai perabot Wescourt Penang juga menawarkan pelbagai promosi menarik sepanjang PKP untuk anda mula menata rias rumah anda sepanjang musim PKP.

Alamat: Lot 4619-4620, Jalan Chain Ferry, Kompleks Chain Ferry, 12100 Butterworth, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari 10am-10pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:016-420 6367

Whatsapp Wescourt Penang

 

Kedai Perabot Best Di Bayan Baru


4. GLXY Builders Sdn Bhd 

GLXY Builders Sdn Bhd

GLXY Builders Sdn Bhd  menawarkan rekaan -rekaan perabot pejabat yang moden, berkualiti, berunsur mewah dan terkini bagi memastikan waktu kerja anda lebih produktif.  Ruangan kerja yang menekankan faktor ergonomik amat penting apabila anda berhasrat untuk mengubah suai ruangan pejabat yang lebih bergaya dan selesa.

Antara jenis perabot pejabat yang ditawarkan oleh GLXY Builders Sdn Bhd  adalah  kerusi ergonomik, meja pejabat, kubikel pejabat, meja mesyuarat, cabinet pejabat, meja persidangan dan sofa pejabat. Para pelanggan boleh merujuk katalog produk di laman sesawang GLXY Builders Sdn Bhd  bagi mendapat maklumat mengenai produk terkini dan portfolio projek-projek dekorasi hiasan dalaman pejabat.

Alamat: No 1-21-01 Suntech @ Penang Cybercity, Lintang Mayang Pasir 3, Bayan Baru, 11950 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Isnin-Ahad: 9am-6pm, Ahad: tutup

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:04 376 9797

Whatsapp GLXY Builders Sdn Bhd

 

5. Pusat Perabut Zee Enterprise

Pusat Perabut Zee Enterprise

Pusat Perabut Zee Enterprise membekalkan perabot-perabot hiasan rumah berkualiti dengan harga yang mampu milik. Terletak di Kawasan Bayan Baru, Pusat Perabut Zee Enterprise melancarkan pelbagai promosi hebat yang ditawarkan dari masa ke masa. Perabot yang dijual adalah terus dari kilang dan kualiti perabot adalah terjamin. Dengan pemilihan perabot dari Pusat Perabut Zee Enterprise, anda boleh mencipta konsep dekorasi hiasan dalaman yang menarik tanpa perlu berbelanja besar, terutamanya di kala musim gawat ini.

Alamat: Bersebelahan flat Lot 262, Jalan Teluk Kumbar, taman Emas, 11920 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Isnin-Sabtu: 9:00 AM – 7:00 PM, Ahad: tutup

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:04-649 2960

Whatsapp Pusat Perabut Zee Enterprise

 

Kedai Perabot Best Di Bukit Mertajam


 6. Micasa Furniture, Taman Machang Bubok

Micasa Furniture

Micasa Furniture menawarkan pelbagai jenis perabot-perabot rumah dengan rekaan terkini bagi melengkapkan dekorasi hiasan dalaman rumah anda.  Perabot-perabot dari  Micasa Furniture ditampilkan dengan rekaan hiasan dalaman terkini dan berunsur moden.  Kedai perabot ini mempunyai  pelbagai pilihan perabot yang boleh disuaipadan mengikut keperluan dan citarasa dekorasi rumah anda.

Alamat: No 1648, Jalan Kulim, Taman Machang Bubok, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Sabtu-Khamis: 10am-7pm, Jumaat: tutup

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone:04-552 4434

Whatsapp Micasa Furniture

7. Lavino Penang, Jalan Permatang Batu 

Lavino Penang

Lavino Penang menampilkan kepelbagaian pilihan reka bentuk perabot yang moden dan terkini mengikut kesesuaian dekorasi rumah, keperluan dan citarasa anda.   Dengan pilihan-pilihan produk dari Lavino Penang, anda boleh membeli pelbagai jenis perabot bagi melengkapi penataan hiasan dalaman rumah dari satu tempat. Sekiranya anda tidak dapat berpeluang mengunjungi  outlet dan showroom Lavino Penang, anda boleh membuat pembelian di atas talian dengan mengunjungi laman sesawang Lavino Penang.

Lavino Penang turut menawarkan pelbagai promosi hebat di laman sesawangnya. Antara faedah pembelian perabot Lavino Penang secara atas talian adalah pemulangan produk boleh dilakukan dalam masa 14 hari dari tarikh pembelian dan semua produk yang dibeli di atas talian mempunyai jaminan waranti selama 90 hari.

Alamat: No, 452, Jalan Permatang Batu, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Isnin-Sabtu: 9.00am – 6.00pm, Ahad: tutup

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: 016 332 9592

Whatsapp Lavino Penang

Kedai  Best Di Simpang Ampat


 8. Sweet Home BM Enterprise, Taman Seri Tasek

Sweet Home BM Enterprise

Sweet Home BM Enterprise menampilkan kepelbagaian jenis perabot rumah yang boleh disuaipadankan dengan apa jua konsep dekorasi hiasan dalaman rumah. Sweet Home BM Enterprise turut mempunyai kedai di atas talian yang mana pelanggan boleh membuat pembelian perabot secara online tanpa perlu keluar rumah. Pelanggan juga boleh menbuat tinjauan produk di laman sesawang Sweet Home BM Enterprise bagi mendapatkan gambaran produk, senarai harga , jenis-jenis produk dan promosi-promosi hebat yang sedang berlangsung. Selain daripada menjual pelbagai jenis perabot,  kedai ini turut menjual pelbagai jenis langsir bagi melengkapkan dekorasi kediaman rumah anda.

Bagi setiap pembelian perabot, penghantaran adalah percuma di sekitar Pulau Pinang dan Kedah untuk setiap pembelian melebihi RM500. Setiap pembelian perabot mempunyai jaminan waranti dan pemulangan produk sekiranya tidak menepati citarasa anda, yang tertakluk pada terma dan syarat yang ditetapkan.

Alamat: No 1390, Jalan Simpang Ampat, Taman Seri Tasek, 14100 Simpang Ampat, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari: 9am-7pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: 0125377899

Whatsapp Sweet Home BM Enterprise

 

 9. Kah Heng Furniture Trading Sdn Bhd, Taman Seri Kijang 

Kah Heng Furniture Trading Sdn Bhd

Kah Heng Furniture Trading Sdn Bhd menawarkan pelbagai pilihan perabot rumah yang menarik dengan gaya moden. Kedai perabot ini beroperasi di Simpang Ampat merupakan pilihan terbaik bagi mencari perabot-perabot pada harga yang berpatutan dan mampu milik.

Rekaan perabot dari Kah Heng Furniture Trading Sdn Bhd dihadirkan dengan rekaan terkini mengikut trend dekorasi dan hiasan dalaman rumah semasa. Terdapat pelbagai pilihan perabot yang boleh disuaipadankan mengikut konsep mix and match bagi memberi impak yang lebih menawan pada dekorasi rumah anda.

Alamat: Lot 2775,2776,2777, Jalan Rozhan, Taman Seri Kijang, 14000 Simpang Ampat, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari, 10am-9pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes  | Email | Phone:012-708 5634

Whatsapp Kah Heng Furniture Trading Sdn Bhd

 

Kedai Perabot Best Di Parit Buntar 


10. Perabut Parit Buntar Trading , Jalan Baharu

Perabut Parit Buntar Trading

Kedai Perabut Parit Buntar Trading menawarkan pelbagai jenis perabot baru yang dibekalkan terus dari kilang dan perabot terpakai. Perabot-perabot dari kedai Perabut Parit Buntar Trading adalah rata-ratanya mampu milik dan terlebih murah.  Para pelanggan boleh membuat tinjauan produk di laman sesawang Perabut Parit Buntar Trading bagi mendapatkan gambaran produk-produk yang ditawarkan dan membuat tempahan produk melalui Whatsapp. Kedai Perabut Parit Buntar Trading merupakan one stop center bagi anda yang ingin mengubah suai kediaman tanpa perlu berbelanja besar. Promosi-promosi yang ditawarkan pasti mampu membuatkan anda tersenyum lebar nanti.

Alamat: No 55 , Jalan Baharu,  34200 Parit Buntar , Perak

Waktu Operasi: Sabtu-Khamis:9am-7pm, Jumaat: tutup

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes  | Email | Phone: 012-451 8689

Whatsapp Perabut Parit Buntar Trading

 

5/5 - (3 votes)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x