Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Tempat Belajar Bahasa Korea Secara Online

Nak belajar bahasa Korea tapi tak pasti nak bermula dari mana? Tak perlu risau, senang je! Kebanyakan Korea language house sekarang menawarkan kursus bahasa Korea secara online, anda boleh belajar bahasa Korea tanpa menghadiri ke language house tersebut.

Di sini kami membuat kajian yang terperinci dan mengesyorkan tempat tempat belajar bahasa Korea secara online atau secara fizikal di language house. Jika anda memilih untuk belajar menggunakan website dibawah ini dijamin anda akan mampu membaca, menulis dengan menggunakan tulisan Korea (Hangeul) dan bercakap dalam bahasa Korea dengan baik.

App Belajar Bahasa Korea Online


1. Mondly

Mondly

Mondly merupakan salah satu aplikasi yang amat popular untuk belajar Bahasa Korea, aplikasi ini juga menyokong lebih daripada 40 bahasa selain daripada Bahasa Korea. Pengguna juga diberi pilihan untuk belajar Bahasa Korea melalui pelbagai kombinasi bahasa, sebagai contoh, pengguna boleh belajar Bahasa Korea melalui Bahasa Melayu, Inggeris ataupun Cina dan sebagainya.

Apa yang menjadikan Mondly lebih unik adalah beberapa teknologi yang dicipta khas untuk mempercepatkan pembelajaran. Pengguna juga boleh belajar Bahasa Korea dengan sesi pelajaran yang singkat tapi kerap, yang dapat meningkatkan motivasi pengguna untuk belajar.

Laman Web


2. Pimsleur

Pimsleur

Pimsleur adalah sebuah program bahasa yang telah dicipta lebih daripada 50 tahun dan dinamakan oleh seorang pendidik dan ahli linguistik yang popular bernama Paul Pimsleur. Kaedah pengajaran Pimsleur adalah berdasarkan satu set prinsip yang telah dibukti secara saintifik dimana ingatan boleh dicetuskan dalam belajar bahasa baru.

Bukan saja Bahasa Korea, Pimsleur juga menawarkan pengajaran untuk bahasa lain. Pengajaran Bahasa Korea dibahagi kepada 3 tahap dan pelajaran audio. Dengan mendengar pelajaran audio yang kerap dari masa ke semasa, pengguna akan dapat ingat perkataan baru dengan senang.

Laman Web


3. How to Study Korean

How to Study Korean

Laman web How to Study Korean merupakan salah satu platform yang terbaik untuk mereka yang ingin mempelajari Bahasa Korea. Mereka menyediakan penjelasan dan bahan-bahan untuk mempelajari Bahasa Korea ini dengan terperinci, tepat dan mudah difahami. Daripada belajar membaca sehingga ke pengetahuan tatabahasa boleh diperolehi di sini.

Jimat duit poket anda kerana mereka tidak mengenakan sebarang bayaran diatas pelajaran yang diberikan. Anda akan dapat bertutur didalam Bahasa Korea dengan lancar dan menyebutkan sebutan yang betul kerana di sini mereka akan memberikan rakaman audio bagi setiap perkataan atau ayat Korea. Dijamin sangat mudah untuk memahami pembelajaran yang diberikan kerana mereka telah membuat pembahagian unit bagi setiap topik. Yang menariknya lagi, mereka juga ada menyediakan beberapa ujian dan 3 quiz untuk anda menguji tahap kebolehan diri sendiri.

Laman Web


4. ZKorean

ZKorean

ZKorean adalah salah satu tempat yang sempurna bagi anda yang ingin mengambil risiko dalam mempelajari Bahasa Korea. Laman web ini telah diciptakan pada tahun 1997 oleh sepasang pasangan suami isteri yang mahir dalam bidang bahasa. Lebih ribuan orang yang menyukai dan telah memilih laman web ini untuk belajar bahasa Korea. Mereka juga sangat berwawasan kerana mempunyai misi yang produktif iaitu ingin membantu orang ramai agar dapat menguasai Bahasa Korea dengan mudah dan baik.

Bukan itu sahaja, anda juga akan mampu menulis dengan menggunakan tulisan Hangeul dengan betul kerana mereka akan mengajar anda daripada asas tulisan Hangeul. Sekiranya anda ingin menterjemah Bahasa Inggeris ke Bahasa Korea juga boleh dilakukan di sini kerana mereka ada menyediakan ruangan kamus untuk anda mencari perkataan yang tidak difahami.

Laman Web


5. Seoulina.com

Seoulina.com

Seoulina.com merupakan laman web yang mengajarkan Bahasa Korea dengan mudah untuk difahami. Antara isi mata pelajaran yang boleh dipelajari di sini ialah kosa kata, nombor, tulisan Hangeul, ayat percakapan dan mereka juga ada menyediakan beberapa latihan agar dapat meningkatkan lagi penguasaan Bahasa Korea anda.

Bagi membantu proses pelajaran untuk anda yang baru ingin mempelajari Bahasa Korea, mereka telah menyediakan video pelajaran yang akan mengajari anda dengan terperinci. Dengan melayari laman web mereka, anda akan sentiasa mempelajari kosa kata yang baru kerana setiap hari mereka akan memuat naik kosa kata untuk dipelajari. Tidak perlu membayar duit untuk mempelajari bahasa Korea di laman web ini.

Laman Web


6. Learn-korean.net

Learn-korean.net

Sekiranya anda tidak mempunyai masa untuk pergi ke kelas Bahasa Korea, jangan risau kerana anda boleh belajar sahaja secara atas talian di Learn-korean.net. Mereka akan mengajar anda secara bertahap daripada asas Bahasa Korea agar dapat memudahkan anda untuk memahaminya.

Jangan risau jika anda tidak memahami apa yang diajarkan kerana anda boleh bertanya soalan dan mendapatkan bantuan daripada guru mereka yang mahir di ruangan perbualan yang disediakan. Mereka juga akan mengesyorkan pelbagai alat atau buku yang boleh membantu memahirkan lagi Bahasa Korea anda. Bukan itu sahaja, di sini juga anda boleh mempelajari tentang sejarah banda raya Korea dan mengetahui berita terkini tentang negara tersebut.

Laman Web


7. Korean.go.kr

Korean.go.kr

Laman web Korean.go.kr ditubuhkan oleh Institut Nasional Bahasa Korea yang bertujuan untuk mengembangkan Bahasa Korea ke serata tempat, menaik taraf Bahasa Korea dan membantu orang ramai agar dapat menguasai Bahasa Korea dengan baik. Informasi dan bahan pelajaran yang disediakan sangat lengkap. Ia menjaminkan yang anda akan dapat bertutur dengan fasih, menulis dengan betul dalam Bahasa Korea dan mampu membaca tulisan Hangeul dengan baik.

Anda juga boleh memuat turun bahan-bahan pelajaran yang disediakan. Selain itu, anda juga akan mengetahui sejarah tulisan Hangeul kerana mereka ada menyediakan nota lengkap tentang sejarah penulisan Hangeul. Mereka juga ada menyediakan kamus yang boleh membantu anda untuk terjemahkan ayat dalam Bahasa Korea yang tidak difahami kepada bahasa yang anda inginkan.

Laman Web


8. Talktomeinkorean.com

Talktomeinkorean.com

Anda boleh mempelajari Bahasa Korea di mana-mana sahaja dan pada waktu yang anda ingin dengan melayari laman web Talktomeinkorean.com. Dengan memilih laman web mereka anda akan mendapatkan pengalaman belajar Bahasa Korea yang menyeronokkan. Mereka juga akan menolong anda menguasai Bahasa Korea tanpa berputus asa.

Yang istimewanya di sini ialah mereka ada menjual buku Bahasa Korea yang akan dapat  membantu bagi memahirkan lagi kemahiran Bahasa Korea anda dan dapat meningkatkan pengetahuan anda. Buku yang dijual boleh didapati dengan harga yang mampu milik. Kepada anda yang berminat untuk melayari laman web mereka atau baru pertama kali anda perlu untuk mencipta akaun baru untuk log masuk ke sana.

Laman Web


9. Linguanaut

Linguanaut

Anda boleh belajar Bahasa Korea dengan menyeronokkan secara percuma dalam talian di Linguanaut. Mereka menawarkan pelajaran untuk Hangeul, Frasa kerja, Nombor, Kata Adjektif, Kosa Kata yang boleh digunakan dalam percakapan harian dan Terjemahan Bahasa Korea.

Mereka juga telah menyediakan sebanyak 101 bahasa yang boleh menjadi pengantaraan untuk menterjemah kepada Bahasa Korea. Selain itu, jika anda berasa masih lemah untuk menguasai Bahasa Korea ini jangan risau kerana mereka ada menawarkan perkhidmatan kelas tambahan yang anda boleh ikuti dengan bayaran tertentu. Mereka mempunyai lebih 50 ribu guru yang mahir dalam bidang bahasa yang mampu membantu anda bagi meningkatkan kemahiran dalam menguasai Bahasa Korea.

Laman Web


10. Hangul Forest

Hangul Forest

Sekiranya anda ingin belajar Bahasa Korea dengan sempurna, maka Hangul Forest adalah laman web yang sesuai untuk anda. Mereka telah menyediakan nota yang lengkap, padat dan mudah untuk difahami. Laman web ini juga telah ditubuhkan pada tahun 2005 dan telah membantu ramai orang untuk menguasai Bahasa Korea.

Antara yang boleh anda pelajari di sini ialah bagaimana untuk membina ayat yang baik, mengira nombor dengan lancar, simpulan bahasa yang boleh anda gunakan dalam membina karangan, kosa kata menarik yang boleh digunakan dalam percakapan harian, kata penghubung dan banyak lagi.

Laman Web


Konklusinya, Dengan mempelajari bahasa lain juga akan mampu membuatkan otak kita menjadi lebih cerdas. Di samping itu, ini akan menjadi kelebihan bagi peminat K-drama atau penyanyi Korea untuk memahami apa yang mereka katakan tanpa menggunakan sari kata. Peluang pekerjaan bagi mereka yang boleh bertutur atau memahami banyak bahasa juga akan menjadi lebih cerah. Jadi, secara atas talian inilah merupakan cara yang terbaik untuk mempelajari bahasa lain. 

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x