Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

12 Kedai Komputer Penang yang Murah dan Best

Penjualan peralatan komputer (computer devices) dan gajet teknologi (technology gadgets) dilaporkan mencatatkan peningkatan memberangsangkan kebelakangan ini memandangkan semakin ramai dari kita melakukan pekerjaan dan pembelajaran dari rumah. Semakin banyak kedai-kedai komputer di Pulau Pinang kini berlumba-lumba menawarkan pelbagai tawaran hebat untuk menarik pelanggan membeli barangan komputer dan gajet teknologi di kedai mereka. Gajet teknologi dan barangan komputer  kini yang boleh didapati dengan harga murah dan mampu milik di outlet kedai komputer ataupun kedai komputer online.

Kepelbagaian jenis komputer meja dan komputer riba yang hadir dengan ciri moden lengkap dengan pelbagai perisian terbaru bakal membuatkan pelanggan rambang mata sewaktu membeli-belah peralatan komputer. Tambahan pula, kebanyakan pengguna komputer lebih suka memilih peralatan komputer yang mesra bajet agar kewangan mereka tidak terbeban. Bagi membantu anda mencari peralatan komputer moden dan terkini yang mesra bajet, di sini kami tampilkan kedai-kedai komputer best di Pulau Pinang yang murah dan best untuk dikunjungi.

Kedai Komputer Best Di Georgetown, Penang


1.  Gadget Zone Sdn Bhd, Prangin Mall

Gadget Zone Sdn Bhd

Sekiranya anda seorang Youtuber, content creator, peminat e-sport , gamers yang tegar dan peminat gajet teknologi, anda harus kunjungi kedai komputer Gadget Zone Sdn Bhd untuk mendapatkan pelbagai produk-produk komputer hebat.  Segala kelengkapan ICT yang anda perlukan untuk menyokong aktiviti professional dan hiburan. Di Gadget Zone Sdn Bhd, anda boleh mendapatkan komputer gaming, CPU processor berkapasiti tinggi, PC monitor beresolusi tinggi, gajet teknologi dan aksesori komputer berkualiti tinggi.

Bersempena musim bekerja dari rumah di kala pandemik ini, Gadget Zone Sdn Bhd banyak mengadakan promosi gajet teknologi untuk melengkapkan kemudahan ICT di rumah anda. Memandangkan ramai tidak dapat berkunjung ke outlet Gadget Zone Sdn Bhd, pelanggan di seluruh Malaysia berpeluang mendapatkan barangan-barangan komputer hebat di kedai online Gadget Zone Sdn Bhd menerusi aplikasi Shopee.

Alamat:  Lot 04-57, Prangin Mall, Lorong Prangin, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 10am-8pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:016-420 8232

Whatsapp Gadget Zone Sdn Bhd


2.  ECT Online, Sri Wonder Kompleks

ECT Online

ECT Online menawarkan kepelbagaian gajet teknologi dan pelbagai jenis komputer untuk melengkapkan kemudahan ICT di rumah dan pejabat.  Sekiranya anda mahu mencari pelbagai model PC motherboard berkapasiti tinggi dan model-model komputer berspesifikasi tinggi, anda boleh mendapatkannya di ECT Online.

Selain daripada mengunjungi outlet ECT Online di Sri Wonder Kompleks, anda juga boleh membuat pembelian di atas talian dengan melawati laman web ECT Online. Dengan membuat pembelian online, anda boleh membuat pembandingan harga, spesifikasi produk dan tawaran-tawaran yang murah dan best. Pendek kata, semua yang anda perlukan untuk pembelajaran dari rumah, aktiviti hiburan, bekerja dari rumah dan berniaga online boleh didapati dengan mudah dan murah di ECT Online.

Alamat:  Lot. 88-1-9, Sri Wonder Kompleks, Lintang Sungai Pinang, 10150 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi:  9.30am-6.30pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:04-288 9661

Whatsapp ECT Online


3.  AEC Computer Solutions, Pulau Tikus

AEC Computer Solutions

Sekiranya anda pening dengan permasalahan komputer dan ICT yang sering menghimpit produktiviti kerja, pengajian dan peniagaan, anda disarankan untuk mendapatkan solusi dari AEC Computer Solutions. AEC Computer Solutions menawarkan perkhidmatan membaiki dan menservis komputer riba, komputer meja dan peralatan ICT. Setiap permasalah komputer dan ICT akan disiasat, dikenalpasti puncanya dan diselesaikan dengan baik.

Selain itu, perkhidmatan lain yang ditawarkan di sini adalah seperti berikut:

  • pemasangan perisian komputer
  • memberi khidmat nasihat mengenai pemasangan jaringan ICT
  • memasang sistem keselamatan seperti CCTV

Jikalau anda tidak mahu pening memikirkan solusi berkaitan pemasangan ICT, serahkan sahaja kepada pihak AEC Computer Solutions. Dengan kualiti perkhidmatan pelanggan bagus, maka tidak hairanlah AEC Computer Solutions menerima banyak ulasan-ulasan positif dari pelanggan.

Alamat:  No. 33, Lorong Berjaya, Pulau Tikus, 10350 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 9:00am – 6:00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:012-649 9643

Whatsapp AEC Computer Solutions


4.  Thunder Match Technology Sdn Bhd, Komtar Penang 

Thunder Match Technology Sdn. Bhd

Thunder Match Technology Sdn. Bhd merupakan antara kedai komputer di Pulau Pinang yang best untuk dikunjungi kerana ianya menawarkan pelbagai barangan komputer, aksesori komputer, gajet teknologi dan keperluan ICT asas dengan harga berpatutan. Kebanyakan gajet teknologi berjenama terkenal ada dijual di Thunder Match Technology Sdn. Bhd. Sekiranya anda tidak tahu yang mana satu nak pilih, staf-staf di Thunder Match Technology Sdn. Bhd boleh membantu anda mencari produk berdasarkan spesifikasi yang diingini dan keperluan anda. Produk-produk yang dijual di sini kebanyakkannya hadir dengan waranti.

Sekiranya anda tidak dapat keluar rumah atas kekangan pandemik COVID-19, anda kini boleh membeli-belah secara online di laman web Thunder Match Technology Sdn. Bhd. Dengan membuat pembelian secara online, anda dapat membandingkan spesifikasi produk, harga dan promosi hebat yang sedang berlangsung. Jika anda mendaftar menjadi ahli TMT, anda bakal memperoleh diskaun hebat untuk perkhidmatan membaiki dan menservis komputer. Rujuki laman web Thunder Match Technology Sdn. Bhd untuk mendapatkan senarai harga.

Alamat:  Lot 3-32C, 33 & 06B, 3rd Floor, ICT@Komtar Digital Mall , Jalan Penang, 10000 George Town, Penang

Waktu Operasi: 10am-10pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:04 295 4244


5.  Genesis Tech Solution, Taman Kampar

Genesis Tech Solution

Genesis Tech Solution menawarkan perkhidmatan membaiki dan menservis komputer dengan harga yang berpatutan. Segala perkhidmatan membaiki dan menservis komputer dilakukan oleh juruteknik komputer terlatih.  Selain itu, Genesis Tech Solution turut menawarkan perkhidmatan data backup, data recovery, pengurusan rangkaian ICT, membekalkan alat ganti komputer dan mengubahsuai komputer. Sekiranya anda keliru hendak mendapatkan kelengkapan ICT di rumah ataupun pejabat, anda bolehlah menggunakan perkhidmatan konsultasi dengan juruteknik komputer di Genesis Tech Solution agar kemudahan ICT dapat disediakan mengikut keperluan anda.

Bagi pelanggan yang berminat dengan perkhidmatan ditawarkan, anda bolehlah menghubungi Genesis Tech Solution untuk mendapatkan maklumat lanjut. Pelanggan juga boleh mendapatkan pelbagai jenis barangan komputer dengan membeli-belah secara online di laman web Genesis Tech Solution.

Alamat: No. 18, Medan Sungkai, Taman Kampar, 10460 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 9am-6pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:016-402 8208

Whatsapp Genesis Tech Solution 


6. Sk Leong Computer Sales & Service, Fettes Park

Sk Leong Computer Sales & Service

Adakah anda sedang mencari kedai komputer best untuk mendapatkan peralatan gaming dan e-sport? Jika ya, kunjungi Sk Leong Computer Sales & Service sekarang. Di Sk Leong Computer Sales & Service anda juga boleh menaik taraf komputer, mengubahsuai komputer dan menservis komputer agar komputer anda kekal laju dan berprestasi tinggi sewaktu bermain permainan komputer.

Anda juga boleh menempah set PC gaming workstation seperti  set PC GeForce GT710 bagi melengkapkan kelengkapan hobi gaming anda. Selain daripada menawarkan perkhidmatan berkaitan dengan komputer gaming, Sk Leong Computer Sales & Service turut menawarkan penyelesaian kepada pelbagai masalah komputer seperti komputer yang perlahan, masalah memori dan membaiki skrin komputer.

Alamat: Unit 99-G Bazzar Tanjung, Jalan Fettes, Fettes Park, 10470 George Town, Penang

Waktu Operasi: 10.30am-7pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:04-285 1458


Kedai Komputer Best Di Kepala Batas, Pulau Pinang


1.  UC Square Sdn Bhd, Taman Seri Indah Fasa 2

UC Square Sdn Bhd

UC Square Sdn Bhd menawarkan pelbagai jenis komputer riba berkualiti tinggi khusus untuk golongan professional, pelajar dan gamers.  Selain itu, terdapat juga pelbagai barangan dan aksesori komputer yang dijual seperti pendrive, katrij dakwat  printer,  pembesar suara bluetooth dan banyak lagi.

Anda juga boleh menempah dan mengubahsuai set PC agar kelihatan lebih hebat dan berprestasi tinggi untuk melakukan kerja-kerja yang melibatkan sistem pengkomputeran yang pantas dan cekap. Pembelian set-set komputer di  UC Square Sdn Bhd boleh dilakukan dengan menempah produk idaman anda menerusi Whatsapp dan membuat pembayaran menerusi internet perbankan. Urusan penghantaran ke rumah akan diuruskan sebaiknya oleh pihak  UC Square Sdn Bhd usai pembayaran dibuat.

Alamat:  No. 1756,  Jalan Datuk Hj Ahmad Badawi, Taman Seri Indah Fasa 2, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang

Waktu Operasi:  8am – 7pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes  

Whatsapp UC Square Sdn Bhd


Kedai Komputer Best Di Seberang Jaya, Penang


1.  PC Factory, Jalan Todak 2 Perai

PC Factory

PC Factory merupakan tempat di mana anda boleh mendapatkan kelengkapan ICT asas seperti pelbagai model komputer riba dan aksesori komputer berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan.  Terdapat juga pelbagai jenama printer dan dakwat printer agar anda dapat mencetak dokumen dengan selesa di rumah. Di PC Factory, anda boleh mendapatkan komputer riba baru dan terpakai yang murah dan mesra bajet di bawah harga RM2000. Bagi setiap pembelian komputer riba, anda bakal memperoleh hadiah percuma berupa aksesori komputer.

Alamat:  No 17-4, Jalan Todak 2 Perai, 13700 Seberang Jaya, Penang

Waktu Operasi: 9:30am–6:30pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:014-965 2388

Whatsapp PC Factory


Kedai Komputer Best Di Bukit Mertajam, Penang


1.  NAIS Computer Penang, Kawasan Perniagaan Sungai Rambai

NAIS Computer Penang

Kedai komputer NAIS Computer Penang merupakan one stop center untuk barangan komputer yang harus anda kunjungi sekiranya anda menetap di sekitar kawasan Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Terdapat pelbagai jenama komputer, aksessori komputer, monitor PC, motherboard, hardware, software, CPU, graphic card, dan printer yang boleh didapati di sini.

NAIS Computer Penang turut menjual pelbagai gajet peranti dengan harga hebat. Khusus untuk gamers, terdapat pelbagai jenis produk bagi memenuhi keperluan aktiviti gaming anda seperti kerusi ergonomik, earphone, headset, papan kekunci, dan tetikus.  Selain menjual barangan komputer dan kelengkapan ICT, NAIS Computer Penang  turut menawarkan perkhidmatan membaiki dan menservis komputer dengan harga murah.

Alamat: No. 24, Lorong Tembikai 1, Kawasan Perniagaan Sungai Rambai, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 9am-6pm

Lokasi | Laman web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email |  Phone:013-415 6338

Whatsapp NAIS Computer Penang


2.  OK Computer Solution, Taman Berjaya Setia

OK Computer Solution

OK Computer Solution menawarkan perkhidmatan membaiki komputer riba, komputer meja, Macbook, iMac, iPad, dan gajet peranti. Perkhidmatan pembaikian dan menservis gajet teknologi di sini ditawarkan dengan harga yang murah dan  mampu milik. Pelbagai masalah komputer boleh diselesaikan oleh juruteknik komputer di sini, antaranya adalah seperti komputer terlalu perlahan, papan kekunci bermasalah dan masalah memori komputer. Terdapat juga pelbagai alat ganti komputer berkualiti dijual di sini. Pelanggan boleh membuat perbandingan harga dan spesifikasi produk dengan melawati Shop page di laman Facebook OK Computer Solution.

Alamat:  No 3315, Tingkat, 1, Jalan Maju, Taman Berjaya Setia, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 11am-5pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes  | Email | Phone:018-461 4704

Whatsapp OK Computer Solution


Kedai Komputer Best Di Parit Buntar 


1. Pusat Komputer Malik

Pusat Komputer Malik

Sememangnya pilihan yang tepat jika anda memilih untuk membeli komputer di kedai Malik komputer. Di sini menawarkan komputer yang menarik daripada pelbagai jenama terkenal. Bukan komputer sahaja yang boleh didapati di sini tetapi laptop juga ada dijual di sini. Kepada anda yang masih mencari printer untuk memudahkan urusan kerja, anda boleh mendapatkan printer yang terbaik di kedai ini.

Selain itu, pelbagai aksesori komputer yang hebat dan ditawarkan dengan harga yang murah boleh didapati di sini. Dengan membeli aksesori komputer di kedai ini ia akan membuatkan komputer kesayangan anda kelihatan lebih cantik dan menarik. Sememangnya anda patut mendapatkan aksesori komputer di sini. Perkhidmatan servis komputer atau laptop juga ada ditawarkan di kedai komputer ini.

Alamat: 20A, Jalan Keli, Taman Kerian Permai, 34200 Parit Buntar, Perak

Waktu Operasi: 9.00am – 7.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 05-716 6786

Whatsapp Pusat Komputer Malik


2. IT Zone

IT Zone

Kedai komputer IT Zone yang terletak di Parit Buntar ini menawarkan komputer yang hebat dengan harga yang berpatutan. Bukan komputer sahaja yang mereka tawarkan malah pelbagai lagi barangan elektronik rumah seperti cctv, telefon rumah, radio dan banyak lagi boleh didapati di kedai ini.

Barangan yang mereka tawarkan sememangnya direka dengan reka bentuk terkini dan mempunyai kualiti yang baik. Jika anda masih mencari laptop yang mampu memudahkan lagi urusan kerja anda daripada jenama yang terbaik, anda boleh mendapatkannya di sini. Memang keputusan yang bijak jika anda memilih untuk berkunjung ke kedai ini kerana mereka sering menawarkan banyak promosi hebat yang mampu menjimatkan duit anda dalam perbelanjaan komputer atau laptop.

Alamat: No.3&5, Jalan Syarikat, Pusat Perniagaan Pekaka, 34200 Parit Buntar, Perak

Waktu Operasi: 9.30am – 6.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 04-399 4889


 

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x