Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Top 10 Agensi Pelancongan Di Ipoh

Terfikir untuk melancong tetapi tidak mahir dalam merancang perjalanan dengan baik? Risau anda akan ditipu oleh agensi pelancongan yang tak berdaftar? Jangan risau, kami mempunyai agensi-agensi pelancongan yang berlesen dan trusted untuk membantu anda merealisasikan percutian yang sempurna! Bagi penduduk di Ipoh, terdapat 10 agensi pelancongan yang boleh anda hubungi untuk menempah percutian anda di masa hadapan!


Top 10 Agensi Pelancongan Di Ipoh

1. Ipoh Secrets Tours

Top 10 Agensi Pelancongan di Ipoh Ipoh Secret Tours
Kredit Gambar: FB Ipoh Secrets Tours

Ipoh Secret Tours akan membantu dan anda merancang perjalanan percutian anda ke Ipoh, Perak. Dengan agensi pelancongan berlesen ini, anda hanya perlu memilih tempat dan waktu untuk pergi bercuti sahaja tanpa perlu risau fikir itinerari percutian. Agensi ini menawarkan lawatan bersejarah ke kuil-kuil, istana dan tempat-tempat yang menghidangkan makanan lazat.

Selain itu, anda juga berpeluang untuk meneroka gua-gua UNESCO dan tapak bersejarah atau tempat-tempat menarik di ibu negeri Perak ini. Mereka amat mahir dalam memberi maklumat tentang tempat-tempat serata Perak, terutamanya di Ipoh. Oleh itu, anda akan dibawa ke tempat-tempat yang unik yang ada sekitar Perak.

Mereka telah mempunyai senarai panjang untuk tempat tarikan pelancong malah juga tempat yang jarang dilawati. Jadi tidak peliklah kalau mereka adalah antara agensi terbaik buat pilihan anda untuk melancong dan bersantai di Negeri Perak. Pelbagai tarikan dan pakej yang mereka sediakan dan menunggu anda untuk di terokai. Ayuh terokai Ipoh bersama Ipoh Secrets Tours!

Alamat: No. 5C, Jalan Tun Abdul Razak, 30100 Ipoh, Perak.

Waktu Operasi: Isnin hingga Sabtu (9 pagi – 5 petang)

Lokasi


2. Parlo Tours Sdn Bhd 

Top 10 Agensi Pelancongan di Ipoh Parlo Tours
Kredit Gambar: FB Parlo Tours

Tidak kira anda merancang untuk bercuti bersama keluarga, bersama syarikat atau merancang untuk majlis, Parlo Tours akan sediakan semua perkhidmatan untuk anda. Mereka sediakan hampir semua yang anda perlukan dari tiket penerbangan ke tempahan hotel dan pengangkutan kereta api atau menyewa kereta atau van, biar Parlo Tours uruskan percutian anda.

Parlo Tours menawarkan destinasi menarik dunia ke Eropah, Korea Selatan, Jepun, Arab Saudi, Mesir, China, Balkan, Morocco dan banyak lagi. Pelbagai destinasi menjadi pilihan di setiap negara. Mereka pasti akan memastikan anda tidak puas melancong bersama Parlo Tours kerana terlalu banyak pilihan destinasi dengan harga yang mampu milik dan layanan yang istemewa untuk pelanggan. Cuba anda bayangkan, lawatan ke destinasi dalam setiap negara yang cantik di dunia, pasti menjadikan percutian anda yang lebih bermakna. Jom meneroka dunia bersama mereka!

Alamat: 3, Jalan Sultan Abdul Jalil, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (9 pagi – 5:30 petang)

Lokasi


3. Raythetour Sdn Bhd

Top 10 Agensi Pelancongan di Ipoh Raythetours
Kredit Gambar: FB Raythetours

Raythetour merupakan agensi pelancongan Ipoh yang mengfokuskan destinasi di Cameron Highlands, Penang, dan Taiping. Pakej pelancongan mereka di Ipoh termasuk makanan, minuman, dan pengangkutan. Yang menariknya, mereka juga menawarkan pelancongan budaya di Ipoh, yang menawarkan masakan tempatan dan lawatan ke kuil-kuil. Lawatan bersejarah di Ipoh pula meneroka bandar lama Ipoh, dan Muzium Chin Pek Soo. Selain itu, lawatan ke Cameron Highlands merangkumi lawatan ke Ladang Teh Boh, ladang bunga lavender, dan ladang strawberi.

Terokai Ipoh bersama mereka dalam melihat sejarah dan budaya disini. Bagi penggemar makanan, sertai Raythetour dalam pakej Food Tour dimana mereka akan menunjukkan makanan istimewa sekitar Ipoh yang tidak terdapat di tempat lain. Percutian di Cameron Highlands juga menjadi pakej pilihan utama mereka apabila kesejukan dan kedinginan tempat yang menjadi pilihan utama pelanggan. Jom sertai pakej-pakej yang ada bersama Raythetour di masa hadapan dan terokai Ipoh, bandar penuh kejutan.

Alamat: 32, Persiaran Mawar 2, Taman Rapat Aman, 31350 Ipoh, Perak.

Waktu Operasi: Ahad hingga Jumaat (8:30 pagi – 7:30 petang), Sabtu (8:30 pagi – 7 petang)

Lokasi


4. Ipoh Golden Dragon Tours Sdn. Bhd.

Top 10 Agensi Pelancongan di Ipoh Ipoh Golden Dragon Tour
Kredit Gambar: FB Ipoh Golden Dragon Tour

Berpengalaman dalam agensi pelancongan sejak tahun 1984 dan merupakan agensi pelancongan berlesen. Ipoh Golden Dragon Tours Sdn Bhd menawarkan dan menguruskan pelancongan di dalam dan luar negara mengikut bajet dan jadual anda. Pakej-pakej yang ditawarkan termasuk tempahan hotel, insuran pelancongan, pengurusan visa untuk ke luar negara dan urusan tiket penerbangan. Pelancongan bersama keluarga, kawan-kawan mahupun persendirian juga boleh menempah dengan mereka.

Pelancongan ke luar negara seperti ke Jepun, Maldives, Nepal, Laos, dan lain-lain. Banyak pilihan pakej luar negara yang ditawarkan. Jika anda ingin melancong dalam negara sahaja, anda boleh ambil pakej pelancongan ke Penang, Genting, Legoland di Johor, dan Langkawi di Kedah. Kebanyakan  pelancong yang menggunakan perkhidmatan mereka pasti akan repeat kerana perkhidmatan staf mereka sangat mantap dan tiptop.

Alamat: 125, Jalan Raja Ekram, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (9:30 pagi – 5 petang)

Lokasi


5. Aidil Travel & Tours Sdn Bhd

Top 10 Agensi Pelancongan di Ipoh Aidil Travel and Tours
Kredit Gambar: FB Aidil Travel and Tours

Orang Ipoh yang ingin bercuti ke Hat Yai atau berjalan-jalan di Thailand, pilihlah Aidil Travel & Tours Sdn Bhd. Mereka menawarkan pakej pelancongan Hatyai Songkhla dengan harga bajet. Trip ke luar negara seperti di Bandung, negara Eropah, Turki, Vietnam, Jepun dan banyak lagi ada ditawarkan dalam pakej mereka. Selain itu, anda juga boleh dapatkan pakej bercuti mengikut musim dengan Aidil Travel ini contohnya, percutian musim sejuk ke Korea atau Turki untuk seminggu dan ke atas. Urusan tiket penerbangan semua diuruskan oleh agensi.

Sekiranya anda ingin merasai percutian yang unik iaitu belayar di atas kapal dengan pemandangan yang cantik, anda boleh mengambil pakej Cruise bersama mereka dari Port Klang hingga ke Phuket. Anda tidak perlu risau dengan itinerari kerana pakej ini sudah termasuk semuanya. Hubungi mereka untuk membuat tempahan sekarang.

Alamat: No. 8, Jalan Yeop Abdul Rani, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (9 pagi – 5 petang), Sabtu (9 pagi – 1 petang)

Lokasi


6. ST Nivel Tour Sdn. Bhd.

Top 10 Agensi Pelancongan di Ipoh ST Nivel Tours
Kredit Gambar: FB ST Nivel Tour

Adakah anda sedang mencari percutian keluarga yang mudah dan senang diuruskan? ST Nivel adalah pilihan yang tepat bagi anda. Agensi pelancongan Ipoh ini menjadi saranan kerana kepelbagaian dalam pakej yang ditawarkan baik dalam negara atau antarabangsa. Jangan risau kalau anda tiada passport sebab dalam ST Nivel akan membawa anda dalam percutian yang menarik dalam negara.

Mereka amat fasih dalam percutian dalam Malaysia terutama di utara negara seperti Gunung Jerai, Pulau Pinang, Pulau Langkawi dan sekitar Perak. Bukan itu sahaja, tempat-tempat menarik seperti Terengganu, Kuala Lumpur, Melaka dan banyak lagi pakej-pakej dalam negara yang menjanjikan pelbagai aktiviti menarik dan persiaran yang menggamit kenangan.

Selain itu, mereka juga mempunyai pakej ke luar negara seperti Singapura dan Hat Yai Thailand. Jangan risau untuk bersiar bersama mereka kerana perkhidmatan pelanggan mereka sentiasa dikekalkan dalam keadaan baik. Pelbagai lagi destinasi utama yang anda tidak tahu wujud dalam Malaysia ini. Jom tempah sekarang!

Alamat: No. 15, Persiaran Wira Jaya Barat 22, Taman Ampang, 31350 Ipoh, Perak.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (9 pagi – 6 petang), Sabtu (9 pagi – 1 petang)

Lokasi


7. Chan Chee Kheong & Brothers Travel Sdn. Bhd

Top 10 Agensi Pelancongan di Ipoh Chan Chee Kheong & Brothers Travel
Kredit Gambar: FB Chan Chee Kheong & Brothers Travel

CCK Travel telah beroperasi sejak 1962 dah telah memberi perkhidmatan dari banyak segi terutama Pelayaran ke seluruh dunia, Insurans Perjalanan, pengangkutan darat, percutian berkumpulan pelajar dan beberapa inisiatif pelancongan. Hal ini menunjukkan CCK Travel mampu menguruskan percutian anda dengan tersusun rapi. Dengan pakej yang pelbagai destinasi ditawarkan, yakinlah Chan Chee Kheong & Brothers ini mampu memenuhi permintaan dan kehendak dalam percutian anda.

Terlalu banyak untuk di sebut satu persatu destinasi yang ditawarkan, namun antara menjadi tumpuan adalah percutian pelayaran diatas kapal mewah ke destinasi tertentu. Destinasi utama yang ditawarkan mereka adalah China, Turki, Jepun, Rusia, Vietnam dan Korea. Namun yang lebih penting, pakej mereka menyediakan pilihan muslim-friendly.

Oleh itu, anda tidak perlu risau dengan status makanan dan minuman yang disediakan. Selain itu, anda juga perlu rasai angin laut dan ombak apabila berlayar bersama CCK Travel dalam kapal layar mewah yang penuh dengan aktiviti dan hiburan untuk masa percutian anda. Rasai keistimewaan sebenar percutian bersama CCK Travel.

Alamat: 3 & 5, Lintasan Pasar Baru, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (8:30 pagi – 5 petang), Sabtu (8:30 pagi – 1 petang)

Lokasi


8. Keris Travel & Tour Sdn Bhd

travel
Kredit Gambar: FB Keris Travel & Tour

Dengan lebih 10 destinasi pilihan, Keris Travel & Tours mampu memberi kejutan kepada anda. Pelbagai destinasi dan pelbagai pakej yang tawarkan oleh mereka. Mereka juga menyediakan pakej Percutian Muslim dimana mereka akan membawa anda ke tempat-tempat menarik yang mesra muslim. Antara destinasi yang ditawarkan dalam pakej ini adalah Bali, Brunei, Australia, Eropah, Hong Kong, Korea, Jepun dan China.

Bukan itu sahaja, mereka juga membuka peluang kepada anda untuk melawat tiga masjid paling suci untuk umat Islam iaitu Masjid Nabawi dan Masjidil Haram di Arab Saudi dengan Pakej Umrah yang mereka sediakan. Mereka juga memberi peluang untuk anda melawat Masjid Al-Aqsa di Palestin melalui Jordan.

Selain itu, pakej pelayaran juga menjadi pilihan ramai dengan bersantai dan menghayati angin laut diatas pelayaran kapal mewah dengan disediakan pelbagai aktiviti dan hiburan. Agensi ini telah dikenali kerana mereka berjaya menarik minat orang ramai dengan pelbagai pilihan pakej percutian. Keris Travel and Tours akan membawa anda untuk merealisasikan impian percutian!

Alamat: No.15-19, Jalan Ali Pitchay, 30250 Ipoh, Perak, Malaysia.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (8:30 pagi – 5 petang), Sabtu (8:30 pagi – 1 petang)

Lokasi


9. Lion Khings Adventures Travel

travel perak
Kredit Gambar: FB Lion Khings Adventures Travel

Bagi orang Ipoh yang ingin melancong ke Cameron Highlands tapi takut untuk memandu sendiri, anda boleh membuat tempahan dengan Lion Khings Adventures Travel. Mereka menyediakan perkhidmatan percutian khusus ke Cameron Highlands. Mereka bermula terutamanya sebagai pemandu peribadi, tetapi telah berkembang menjadi agensi pelancongan Ipoh yang lengkap dengan lawatan, sewaan bas, servis tiket dan banyak lagi.

Keutamaan mereka adalah menawarkan perkhidmatan yang luar biasa, kebolehpercayaan dan memenuhi setiap keperluan eksklusif pelanggan pada setiap masa. Terdapat lagi destinasi lain yang ditawarkan, namun mereka khususnya mengambil pelanggan bagi destinasi Cameron Highland.

Oleh itu, mereka sangat pakar dalam mengurus dan menyusun percutian ke Cameron Highland kerana telah dipercayai oleh rakan kongsi yang ramai. Jadi tidak perlu risau sekiranya anda ingin ke Cameron Highland, agensi ini akan menyusun segalanya buat anda.

Alamat: Teluk Kurin B Buntong, K3A Jalan Sungai Pari, Laluan Sungai Pari 19, 30100 Ipoh, Perak.

Waktu Operasi: Setiap hari (7 pagi – 11:30 petang)

Lokasi


10. Andalusia Ipoh

travel agency
Kredit Gambar: FB Andalusia Ipoh Travel & Tour

Andalusia sememangnya telah diketahui ramai dan menjadi pilihan ramai bagi mereka yang ingin mengerjakan umrah di Arab Saudi. Perkhidmatan yang terbaik, mutawif yang bagus, pakej yang murah termasuk visa menjadikan agensi ini pilihan terbaik untuk ke Tanah Suci. Dengan Andalusia, perjalanan anda akan menjadi mudah kerana telah mempunyai pengalaman yang lama dan banyak. Jadi, mereka boleh uruskan semuanya termasuklah capaian internet di negara luar.

Bukan itu sahaja, mereka juga menawarkan penginapan yang mewah dan terkemuka di Mekah seperti Double Tree Hilton, Safwah Royal Orchid, dengan Anwar Deafah. Mereka juga menawarkan pakej Badal Umrah untuk yang kurang berkemampuan dari segi fizikal. Pendek kata, banyak pakej ditawarkan dan berbaloi untuk anda sertai. Kalau tidak, tidaklah agensi ini menjadi pilihan ramai. Sertai mereka dalam meneroka sejarah awal perkembangan Islam di Tanah Suci.

Alamat: No. 1A, 3A, Jln Sultan Nazrin Shah, Laluan Medan Rapat, 31350 Ipoh, Perak.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (9 pagi – 6 petang), Sabtu (9 pagi – 1 petang)

Lokasi


Kesimpulannya, mudahlah untuk anda yang sudah lama merancang untuk bercuti dengan menempah percutian anda bersama agensi-agensi pelancongan di Ipoh yang tersenarai. Inilah peluang untuk anda menerokai keindahan destinasi dalam dan luar negara. Jom bercuti!

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x