Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Top 10 Agensi Pelancongan Di Kuala Lumpur

Melancong ke destinasi baru adalah pengalaman yang sangat exciting kerana percutian tersebut membolehkan anda menerokai budaya serta memberi perspective baharu terhadap kehidupan. Tetapi, pernah terfikir tak tentang keadaan di luar negara? Inilah sebabnya kenapa agensi pelancongan sangat penting. Ia dapat membantu menyediakan pakej pelancongan yang lengkap dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan sebarang masalah semasa bercuti. Berikut adalah senarai 10 agensi pelancongan terbaik di sekitar Kuala Lumpur.


Top 10 Agensi Pelancongan Di Kuala Lumpur

1. Oscar Holidays Sdn. Bhd.

KL.
Kredit Gambar: FB Oscar Holidays

Oscar Holiday memberi anda peluang untuk merasai percutian yang penuh istimewa dengan pilihan destinasi yang pelbagai kerana mereka pakar dalam menyediakan percutian yang mengikut keperluan, kehendak, dan bajet anda. Dengan lebih 300 ulasan di Google, anda boleh percaya dengan agensi ini dalam memberikan kepuasan kepada pelanggan. Banyak maklumat yang bermanfaat yang boleh anda dapatkan, termasuk pakej-pakej pelancongan dari beberapa negara di seluruh dunia, beberapa tips perjalanan, dan galeri dengan gambar-gambar untuk meningkatkan semangat anda untuk melancong.

Destinasi yang ditawarkan amat banyak, namun Bali, Kemboja, Itali, Cebu, China, Dubai, Mesir dan Chennai menjadi pilihan ramai. Khidmat pelanggan yang terbaik dan produk yang berkualiti berjaya disampaikan oleh mereka yang menyebabkan agensi ini adalah yang terbaik untuk anda bagi merancang percutian anda dengan teliti. Layari pautan dibawah bagi mengetahui lebih lanjut tentang senarai pakej dan destinasi pilihan anda.

Alamat: Menara Multi-purpose, Level 1, Unit 01.02, No. 8, Jalan Munshi Abdullah, 50100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (10 pagi – 6 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


2. Golden Destinations 

KL.
Kredit Gambar: FB Golden Destinations

Golden Destinations ialah sebuah agensi pelancongan yang menawarkan pelbagai pakej percutian eksklusif di Kuala Lumpur. Agensi yang merupakan pusat maklumat yang penuh dengan pakej-pakej pelancongan yang menarik dari pelbagai destinasi utama di seluruh dunia. Agensi ini dikenali kerana menawarkan pakej-pakej yang kaya dengan pengalaman dan aktiviti menarik. Jadi, jika anda mencari pakej percutian eksklusif, Golden Destinations adalah tempat yang sesuai untuk mencari pelancongan yang memuaskan.

Sertai Golden Destinations dalam meneroka China, Korea, Vietnam, Thailand, Eropah dan Itali dengan pelbagai pemandagan cantik, aktiviti menarik, makanan yang lazat serta budaya yang berbeza. Golden Destination juga membuka pakej percutian ke Sabah dan menawarkan percutian pelayaran di atas kapal mewah. Jangan lepaskan peluang anda untuk bercuti dengan Golden Destinations ke destinasi terbaik dunia dengan harga yang berpatutan.

Alamat: Wisma New Asia, Jalan Raja Chulan, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (9 pagi – 6 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


3. Reliance Premier Travel Malaysia

KL.
Kredit Gambar: FB Reliance Premier Travel

Lebih 25 negara ditawarkan oleh Reliance Premier Travel sebagai destinasi percutian anda. Reliance Premier Travel adalah sebuah agensi pelancongan di Kuala Lumpur yang dipercayai mampu memberi fokus kepada kualiti dan pengalaman sambil menawarkan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan perjalanan yang lancar. Reliance Premier Travel akan menyediakan butiran lengkap perjalanan untuk anda, jadi anda boleh merancang dengan teliti percutian anda dari pergi hingga balik. Antara destinasi pilihan bersama Reliance Premier Travel adalah Australia, New Zealand, India, Eropah, Mesir, Hong Kong, Jepun, Taiwan, China dan banyak lagi.

Pelbagai destinasi pilihan telah di senaraikan dan meliputi hampir seluruh dunia. Dengan connection bersama banyak shareholders, pelbagai anugerah yang diterima dan pengalaman yang lama dalam industri telah menjadikan agensi ini antara pilihan utama untuk bercuti tanpa kebimbangan dan kerisauan.

Alamat: 46C Jalan Suarasa 8/4, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras Batu 9 Cheras, 43200 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (9:30 pagi – 6 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


4. KOP Travel & Tours Sdn. Bhd. 

Kuala Lumpur
Kredit Gambar: FB Kop Travel and Tours

Kenali Malaysia dengan cara berbeza bersama KOP Travel & Tours Sdn Bhd (KTTSB) melalui pakej dalam negara. KTTSB menyediakan lima perkhidmatan utama iaitu tempahan tiket penerbangan, Pakej Umrah, Pakej Dalam Negara, Pakej Luar Negara dan Pakej Fit. Sertai pakej dalam negara yang menawarkan percutian ke Kundasang, Kota Kinabalu dan Pulau Mabul bersama dengan penginapan di hotel mewah. Lebih dari itu, KTTSB juga menawarkan pakej umrah bagi rakyat Malaysia yang ingin ke Arab Saudi menunaikan umrah dalam pakej yang serba lengkap dan penginapan yang mewah.

Bagi pakej luar negara pula, KTTSB menawarkan 12 destinasi melibatkan lebih 20 negara. Rasai keunikan Negara Balkan, Iraq, Kuwait, Mesir, Perancis, Itali, Turki dan banyak lagi. Tidak perlu risau dengan keselamatan anda kerana KTTSB hak milik sepenuhnya Polis Diraja Malaysia (PDRM). Selain itu, KTTSB telah beroperasi selama 29 tahun dalam industri pelancongan jadi agensi ini akan menjamin keselamatan bagi anda yang merantau ke negara lain atau bercuti dalam negara.

Alamat: Bangunan Koperasi Polis, Aras Bawah, Jalan Sultan Sulaiman, Kampung Attap, 50000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (8:45 pagi – 5:30 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


5. Sedunia Travel

Kuala Lumpur
Kredit Gambar: FB Sedunia Travel

Sedunia Travel ditubuhkan pada tahun 1976 dan masih kekal bersaing untuk menemui pengalaman baru bagi dikongsi dengan anda. Perjalanan anda akan berjalan dengan lancar kerana agensi pelancongan ini bekerjasama rapat dengan pengendali dan pertubuhan pelancongan di seluruh dunia untuk menjadikan jadual perjalanan anda yang senang dan mudah. Apa yang membezakan Sedunia Travel daripada agensi pelancongan lain ialah kebanyakan stafnya pernah tinggal di luar negara, memberikan pengetahuan berdasarkan pengalaman mereka secara langsung.

Kalau nak cakap tentang destinasi, terlalu banyak yang ditawarkan. Bagi memudahkan pemilihan destinasi, anda juga boleh mendapatkan inspirasi dari tempat yang ditawarkan berdasarkan tema-tema, termasuk Pelayaran, Pengembaraan Aktif, Safari, Mesra Muslim, National Geographic dan banyak lagi untuk dipilih.

Alamat: Level 13, Menara Genesis, 33, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (9 pagi – 6 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


6. M.S Star Travel Agencies Sdn. Bhd. 

Kuala Lumpur
Kredit Gambar: FB Star Travel

M.S Star Travel Agencies memberi pilihan kepada anda untuk bercuti dalam lima jenis percutian iaitu percutian ke pulau yang cantik, percutian ke bandar yang penuh sejarah, percutian menikmati alam semula jadi, percutian pengembaraan aktiviti lasak dan percutian di taman tema. Anda pilih dan mereka akan uruskan. Semestinya pelbagai aktiviti yang akan dibuat berdasarkan tempat yang anda pilih. Aktiviti snorkelling di Pulau Perhentian, melawat Melaka Bandar Bersejarah, menikmati udara segar di Kundasang, dan bermain air di taman tema Sunway Lagoon. Pilihan di tangan anda.

Bukan itu sahaja, pakej ke luar negara juga menjadi pilihan utama dengan agensi ini. Antara pilihan destinasi adalah Benua Asia, Africa, India, Maghribi, Vietnam, Australia, Sri Lanka dan banyak lagi. Rasai keunikan negara lain dengan terbang bersama agensi yang diterima ramai. Terokai dan mengembara keliling dunia dengan agensi ini kerana terlalu banyak pakej luar negara yang patut anda cuba.

Alamat: Wisma Star Travel, 42-44, Jalan Raja Abdullah, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (9 pagi – 6 petang), Sabtu (9:30 pagi – 1:30 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


7. MITRA Tours & Travel Sdn. Bhd.

Kuala Lumpur
Kredit Gambar: FB MITRA Tours & Travel

Impian anda nak merantau di asia bukan lagi mimpi, terokai dunia bersama Mitra Malaysia. Terlalu banyak destinasi pilihan bersama mereka dengan pakej-pakej yang mampu milik. Rasai pengalaman percutian yang tenang kerana mereka pakar dalam mengatur jadual pelancongan anda. Terdapat lebih 20 destinasi dalam Asia yang mereka sediakan. Bukan itu sahaja, terbang bersama mereke ke Timur Tengah dan rasai budaya berbeza serta lawati negara-negara Afrika.

Tak cukup dengan itu, mereka juga menawarkan percutian ke bandar-bandar menarik di eropah seperti Balkan, Greece, Iceland dan Scandinavia. Dengan pengalaman lebih 50 tahun dalam bidang pelancongan, mereka mampu memberi kepuasan dalam percutian anda. Mitra Malaysia juga telah mendapat pelbagai penganugerahan dari pelbagai agensi pelancongan serata dunia serta beberapa anugerah dari syarikat penerbangan. Oleh itu, biarkan Mitra Malaysia Sdn Bhd merancang percutian bermakna anda di serata dunia. Banyak lagi maklumat penting untuk anda baca dengan melayari laman sesawang di bawah.

Alamat: Lot 6.03A 6th Floor, Wisma Central, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (9 pagi – 5:30 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


8. MyZarra Travel & Services Sdn. Bhd.

Kuala Lumpur
Kredit Gambar: FB Mustaqim Travel & Tours

Kalau anda rasa anda dah pergi semua tempat dalam Malaysia, anda patut tanya MyZarra. Pelbagai destinasi dalam negara yang menjadi pilihan dengan pakej bersama mereka. MyZarra Travel & Services telah meneroka 11 daripada 14 negeri dalam Malaysia. Sebut saja mereka akan sediakan jadual perjalanan menarik, berbaloi serta murah untuk anda. MyZarra Travel & Services juga menyediakan pakej meluas dari pantai di Terengganu sehingga puncak Gunung Kinabalu. Antara destinasi menjadi pilihan ramai adalah Melaka, Negeri Sembilan, Sarawak, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah, Pahang, Perlis, Kedah dan Kuala Lumpur.

Tak nak dalam negara? Mereka juga mempunyai pakej ke Maghribi, Turkiye, London, Paris, Bosnia, Amsterdam dan Brussel. Biarkan mereka yang merancang bulan madu dengan tawaran tempat yang selesa mengikut citarasa anda. Pelbagai pakej luar negara yang berbaloi bersama mereka dan pastinya berbaloi buat anda. MyZarra Travel & Services juga mempunyai rakan kongsi yang meluas menjadikan percutian anda amat tersusun dan istimewa. Oleh itu tidak perlu risau dengan perjalanan anda bersama mereka. Ayuh terokai keunikan negara lain dan kepelbagaian budaya dalam percutian anda bersama MyZarra Travel & Services Sdn Bhd.

Alamat: 4-2, Jalan Tasik Selatan 3, Bandar Tasik Selatan, 57000 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (9 pagi – 6 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


9. Ivy Holidays Kuala Lumpur

Kuala Lumpur
Kredit Gambar: FB Ivy Holidays

Lembah Klang sering kali menjadi tumpuan pelancong yang datang ke Ibu Kota Malaysia. Agensi Ivy Holidays memfokuskan percutian menarik sekitar Lembah Klang seperti melawati Kuil di Batu Caves, merasai kesejukan Genting Highland, menghayati monumen kebangaan Menara berkembar Petronas dan banyak lagi. Agensi mereka sangat arif dengan tempat-tempat menarik dan pelbagai kejutan anda akan dapat semasa dalam perjalanan ke destinasi.

Bukan itu sahaja, Ivy Holidays juga memfokuskan kawasan peranginan di luar lembah klang seperti Melaka, Ipoh, Pahang dan banyak lagi. Bersama mereka, anda dapat menikmati tempat lawatan menarik yang menjadi tumpuan ramai seperti memasuki Jambatan Menara Berkembar Petronas, merasakan air pantai di Pulau Redang dan bergambar di hadapan Istana Negara. Bersama Ivy Holidays, hari percutian anda akan lebih tersusun dengan rapi dan penuh kejutan serta penggambaran bagi mengamit kenangan.

Alamat: G11 Kompleks Selangor, Jalan Sultan, Chinatown, 50000 Chinatown, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat dan Ahad (10 pagi – 5 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


10. Easy Europe Holidays Sdn. Bhd. 

Kuala Lumpur
Kredit Gambar: FB Easy Europe

Pelbagai tempat menarik yang anda boleh lawati di Eropah. Bersama Easy Europe Holidays, mereka akan menyediakan percutian yang melengkapi citarasa anda. Jangan risau sekiranya anda nature lover atau pun city person, kerana mereka menyediakan pelbagai variasi dan tempat percutian. Anda hanya perlu pilih sahaja. Bersama Easy Europe Holidays anda boleh rasai keindahan bandar-bandar utama Eropah, tempat romantik bagi yang berbulan madu atau merehatkan fikiran anda dengan keindahan aurora semula jadi Northern Lights.

Easy Europe Holidays akan menyusun hari percutian anda dengan penuh rapi seperti tiket, penginapan, visa dan jadual perjalanan anda. Pelbagai destinasi utama menjadi pilihan bersama mereka antaranya, jalan yang romantik di Jerman, Paris dan Switzerland, nikmati keindahan alam di Croatia, Slovenia dan Balkan, rasai sejarah dan budaya Rusia, mengamati aurora ni sudut utara dunia, berjalan di sekitar pegunungan Kanada dan Alaska serta banyak lagi. Tidak perlu risau bersama Easy Europe Holidays kerana mereka menyediakan khidmat pelanggan yang terbaik dan telah diterima ramai.

Alamat: L-3A-5, No.2 Jalan Solaris Solaris Mont Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (9 pagi – 5 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


Akhir kata dari kami, penduduk sekitar bandar Kuala Lumpur ada banyak pilihan agensi pelancongan yang sangat menarik dan menjanjikan percutian yang bermakna. Mereka yang disenaraikan telah mendapat kepercayaan ramai dengan pelbagai maklum balas positif. Oleh itu, anda tidak perlu risau dengan kualiti produk dibawa dan khidmat pelanggan yang akan disampaikan. Jangan tunggu lama sebab setiap pakej terhad mengikut masa. Apa tunggu lagi, jom daftar bersama mereka dan pergi menerokai dunia!

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x