Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Top 10 Agensi Pelancongan Di Kuching, Sarawak

Adakah anda pernah mengalami masalah setiap kali ingin bercuti?

Anda pasti akan terfikir bagaimana cara untuk merancang percutian dengan betul supaya dapat menikmati masa percutian yang berharga dengan baik. Kadang-kadang rasa buntu nak mulakan perancangan macam mana, kan?

Bagi penduduk bandar Kuching, Sarawak,  mari kami kongsikan antara 10 agensi pelancongan yang menawarkan percutian penuh bermakna untuk anda. Jom baca!


Top 10 Agensi Pelancongan Di Kuching

1. Borneo Exploration Tours & Travel

Top 10 Agensi Pelancongan di Kuching Borneo Exploration Travel & Tours
Kredit Gambar: FB Borneo Exploration Travel & Tours

Setiap orang ada pendekatan dan keutamaan yang berbeza dalam merancang perjalanan. Agensi Borneo Exploration mempunyai pelbagai bidang kepakaran yang merangkumi semua keperluan perjalanan pelancong. Sama ada anda merancang perjalanan akan datang untuk kerja atau rekreasi, mereka akan menjadikan proses tempahan mudah dan menyeronokkan. Pakej lawatan sehari atau lawatan bermalam menjadi pilihan ramai bersama agensi ini dengan tawaran harga yang berpatutan.

Tak cukup dari itu, mereka juga menawarkan pilihan percutian ke Indonesia, Thailand, India, Turkiye dan Korea Selatan. Sudah ramai berpuas hati dengan layanan dan khidmat pelanggan yang terbaik semasa lawatan dalam mahupun luar negara. Lawati tempat menarik bersama mereka dan biarkan mereka yang menguruskan perjalanan percutian anda. Layari pautan dibawah untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.

Alamat: No 126 J, Green Heights Commercial Centre, Lorong Lapangan Terbang 2, Green Heights, 93250 Kuching, Sarawak.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (8:30 pagi – 5 petang), Sabtu (8:30 pagi – 2 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


2. Wah Tung Travel Service

Top 10 Agensi Pelancongan di Kuching Wah Tung Travel
Kredit Gambar: FB Wah Tung Travel

Wah Tung Travel telah ditubuhkan pada tahun 1971 sebagai agensi pelancongan di Kuching dengan 5 dekad kecemerlangan dan kejayaan dalam pelancongan, menjadikan ia sebagai pengendali pelancongan terkemuka. Mereka mampu memenuhi setiap keperluan dari tempahan penerbangan hingga hotel dan pakej pelancongan. Setiap perjalanan dan saat bersama agensi pelancongan ini adalah bermakna dan tidak terlupakan.

Terbang bersama mereka dalam Malaysia bukan hanya Sarawak, malah terbang ke Melaka, Sabah, Kuala Lumpur, Penang dan Kedah. Selain itu, Wah Tung Travel juga menawarkan pakej yang tengah hangat ke Phuket, Thailand. Mereka meletakkan pelanggan di hati, maka tidak perlu risau dengan mutu perkhidmatan dan servis yang diberikan. Terbang bersama Wah Tung Travel untuk tawaran yang murah dan berpatutan baik dalam mahupun luar negara.

Alamat: 7K, Jalan Ban Hock, 93100 Kuching, Sarawak.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (8:30 pagi – 5:30 petang), Sabtu (8:30 pagi – 2 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


3. Paradesa Borneo – Travel & Tour

Top 10 Agensi Pelancongan di Kuching Paradesa Borneo Travel & Tours
Kredit Gambar: FB Paradesa Borneo

Sama ada anda sudah berada di Borneo dan mencari aktiviti di Kuching, atau mencari inspirasi untuk pengembaraan di masa depan, Paradesa Borneo mempunyai pakej pelancongan terbaik di Sarawak untuk pelbagai kumpulan umur dan jadual masa. Kenali pulau ini dengan dua roda melalui pelbagai pakej pelancongan basikal yang mereka sediakan. Bagi mereka yang ingin merasai budaya Borneo, rasai pengalaman budaya disini bersama Paradesa Borneo.

Dari rumah panjang berusia 200 tahun hingga makan tengahari bersama suku puak, mereka akan membawa anda ke tempat-tempat yang jarang dilihat oleh pelancong lain. Bagi para pengembara yang ingin keluar dari kesibukan bandar, pakej Pelancongan Hidupan Liar Borneo dapat memberi anda peluang untuk berjumpa secara visual dengan orangutan, monyet proboscis, dan banyak lagi.

Taman-taman negara dan kawasan tinggi Borneo adalah tempat-tempat yang tersembunyi dengan air terjun, pantai, dan meredah hutan. Menuruni sungai-sungai Borneo dengan kayak dan meneroka banyak gua semulajadi akan membuat anda jatuh cinta dengan negeri ini. Kalau susah nak pilih, anda boleh menyertai Pakej Percutian Multi-Aktiviti mereka, jadual perjalanan yang unik dan dirancang dengan baik. Sebagai pakar perjalanan tempatan Borneo, anda akan melawati tempat-tempat kegemaran yang tersembunyi dan dikenali dan memperkenalkan anda kepada penduduk tempatan yang mesra.

Alamat: 1, Leboh Wayang, 93000 Kuching, Sarawak.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (8:30 pagi – 5:30 petang), Sabtu (8:30 pagi – 2 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


4. Inter-Continental Travel Centre Sdn. Bhd.

Top 10 Agensi Pelancongan di Kuching Inter-Continental Travel
Kredit Gambar: FB Inter-Continental Travel Centre

Dengan pengalaman 36 tahun dalam industri pelancongan, Inter-Continental Travel Centre mampu membawa kejutan dan keistimewaan Sarawak kepada anda. Inter-Continental Travel Centre sentiasa dilengkapi dengan baik dan sangat bersedia untuk memenuhi keperluan individu, organisasi korporat, syarikat komersial, dan keperluan serta keperluan perjalanan sektor kerajaan. Rasai percutian yang lengkap bersama agensi ini ke Kuching, Mulu, Mukah, Sarikei dan pelbagai tempat tarikan di Kuching.

Pelbagai jenis pilihan pakej untuk bulan madu, melihat gua semula jadi, mengembara dalam gua tarikan di Sarawak dan menikmati keindahan di bandar Kuching. Mereka juga menawarkan pakej ke luar negara seperti Korea dan Danang. Dengan rakan kongsi yang dipercayai, anda tidak perlu risau dengan kepakaran pengurusan jadual, masa dan pengangkutan anda sepanjang percutian. Ayuh sertai pakej menarik bersama Inter-Continental Travel Centre dengan membuat tempahan sekarang!

Alamat: Ground & 1st Floor, Lot 561-562 (SL 13-14) Section 6 KLTD, Wisma Wan Abu Bakar, Jln Kulas, 93400 Kuching, Sarawak.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (8 pagi – 5:30 petang), Sabtu (8 pagi – 2 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


5. Bel-Air Travel & Tours Sdn. Bhd.

Top 10 Agensi Pelancongan di Kuching Bel-Air Travel
Kredit Gambar: FB Bel-air Travel

Bel-Air Travel & Tours Sdn Bhd ditubuhkan sejak 1985 dan bertahan sehingga sekarang. Mereka menawarkan pengalaman mudah ketika membuat tempahan percutian dan mencadangkan idea yang baik dan mesra, perkhidmatan yang cekap, dan produk berkualiti. Harga yang murah untuk pelanggan, mengamalkan profesionalisme yang tinggi dalam perkhidmatan, menyokong aktiviti penjagaan alam sekitar, dan meneruskan hubungan manusia dengan alam menjadikan mereka agensi yang menghargai warisan budaya, adat resam dan tradisi komuniti etnik.

Destinasi yang ditawarkan amat berbeza dengan pelbagai aktiviti semula jadi menarik dan tarikan utama di Sarawak. Sertai pakej percutian sementara atau bermalam, semua atas keselesaan anda tersendiri. Anda boleh juga sertai pakej pelbagai aktiviti di Miri, Mulu dan Kuching yang mereka akan memastikan anda tidak puas untuk berada di Sarawak.

Alamat: 255, Jalan Datuk Wee Kheng Chiang, 93450 Kuching, Sarawak.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (8:30 pagi – 5:30 petang), Sabtu (8:30 pagi – 2:30 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


6. Samasa Tours & Travel

Top 10 Agensi Pelancongan di Kuching Samasa Tours & Travel
Kredit Gambar: Laman Web Samasa Travel & Tours

Samasa Travel menyediakan pakej percutian dalam negara yang banyak dan menarik. Dengan pengalaman lebih 40 tahun, Samasa Travel adalah agensi terbaik untuk anda bagi meluangkan masa percutian dalam negara anda. Antara destinasi menarik bersama Samasa Travel adalah Kuala Lumpur, Melaka, Pulau Penang, Sabah dan banyak lagi.

Banyak agensi pelancongan Kuching yang ada, namun Samasa Travel unik kerana mereka menawarkan aktiviti menarik dan juga antara yang pakar dalam menyusun masa, tempat dan penginapan percutian impian anda mengikut cita rasa peribadi masing-masing serta membawa keunikan dalam percutian yang tidak akan dilupakan. Tekan pautan dibawah untuk sebarang maklumat lanjut.

Alamat: Lot 358, Rubber Road, 93400 Kuching, Sarawak.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (8:30 pagi – 5:30 petang), Sabtu (8:30 pagi – 12:30 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web


7. CPH Travel

Top 10 Agensi Pelancongan di Kuching CPH Travel
Kredit Gambar: FB CPH Travel

Setelah mendapat pelbagai anugerah bagi Agensi Pelancongan di Sarawak, CPH Travel adalah cadangan terbaik bagi mereka yang ingin meluangkan masa percutian di Sarawak. Cakap saja aktiviti apa yang anda nak buat, CPH Travel akan sediakan dari awal sampai akhir. Pelbagai jenis percutian dan pakej yang boleh anda pilih. Dari berinteraksi dengan hidupan liar seperti orang utan sehingga berehat di tepi pantai yang tenang. Sarawak adalah tempat terbaik bagi pecinta alam. Biarkan CPH Travel menyusun percutian anda.

Sarawak kaya dengan alam semula jadi dan hidupan liar. Tidak sempurna percutian ke Sarawak kalau anda tidak dijamu dengan buaya di sana. Sertai pakej-pakej menarik bersama orang tersayang menikmati hidupan liar, hutan tebal dan alam semula jadi yang menyegarkan.

Alamat: 70, Jln Padungan, 93100 Kuching, Sarawak.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (8:30 pagi – 5 petang), Sabtu (8:30 pagi – 12 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


8. Tanahmas Travel

travel
Kredit Gambar: FB Tanahmas Travel

Tanahmas Travel adalah agensi yang tepat bagi mereka yang belum memutuskan destinasi percutian mereka. Ini kerana, Tanahmas Travel mampu membuat anda terpikat dengan pakej-pakej percutian yang sukar ditolak. Pelbagai destinasi percutian di Malaysia, Eropah, Amerika Utara dan Asia yang ditawarkan. Sejak ditubuhkan pada 1992, mereka yakin mampu memberi khidmat pelanggan terbaik yang akan anda rasai.

Selain khidmat pelancongan, mereka juga membuat khidmat korporat bagi agensi kerajaan yang ingin mengadakan siri jelajah atau percutian syarikat yang bakal memberikan cadangan dan idea menarik kepada anda. Memang berbaloi kalau anda menempah perkhidmatan di agensi pelancongan ini kerana semuanya mereka boleh settle!

Alamat: 1st Floor, C2-1-38, The Isthmus, Raintree Square, Off, Jln Bako, 93050 Kuching, Sarawak.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (8:30 pagi – 6 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


9. Ming Ming Travel Service Sdn. Bhd.

travel
Kredit Gambar: FB Ming Ming Travel

Ming Ming Travel Service adalah agensi pelancongan Kuching yang terbaik kerana mereka adalah agensi pelancongan berlesen baik luar mahupun dalam negara dan berdaftar dengan MATTA. Bagi orang Sarawak juga, ini adalah agensi terbaik kerana ke semua perjalanan mereka berlepas dari Kuching, Sarawak. Kalau bercakap pasal destinasi, Ming Ming Travel mendapat kepercayaan ramai untuk ke Vietnam, Turki, China dan Jepun dan telah mendapat pelbagai reaksi positif dari pelanggan.

Bagi yang ingin memilih destinasi dalam negara pula, agensi ini mempunyai banyak pilihan yang ditawarkan dalam Sarawak tidak kira peringkat umur dan tema percutian anda. Mereka menyediakan semuanya untuk anda sepanjang percutian anda. Bukan itu sahaja, anda juga akan berpuas hati dengan percutian anda kerana mereka amat mementingkan kepuasan pelanggan, perkhidmatan dan produk yang disampai adalah yang berkualiti. Terlalu banyak tawaran harga yang menarik diberikan.

Alamat: Lot 173, Ground & 1st Floor, Jalan Chan Chin Ann, 93100 Kuching, Sarawak.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (8:30 pagi – 5 petang), Sabtu (8:30 pagi – 12:30 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


10. Ooo Haa Adventure Tours Sdn. Bhd.

travel
Kredit Gambar: FB Ooo Haa Travel & Tours

Ooo Haa Adventure Tours bukan sahaja agensi pelancongan Kuching yang membawa anda ke Sarawak, malah ia juga mempunyai destinasi ke tempat menarik seperti Langkawi, Pulau Perhentian dan banyak lagi dengan fokus mereka memberi pengalaman kepada pelanggan akan keindahan alam semula jadi dan hidupan liar. Pelbagai pakej ditawarkan seperti Sarawak River Cruise, Island Hopping, berinteraksi dengan Orangutan dan Burung Enggang serta banyak lagi.

Mereka adalah yang terbaik dalam membawa anda mengenali alam haiwan dan menerokai Sarawak bumi yang penuh dengan flora dan fauna. Sertai mereka dalam melawat pulau-pulau indah, haiwan-haiwan unik dan jarang ditemui serta rasai percutian yang penuh dengan pengembaraan.

Alamat: No. 63, 1st Floor, Jalan Main Bazaar, 93000 Kuching, Sarawak.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (9 pagi – 5 petang), Sabtu & Ahad (9 pagi – 5 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Facebook


Kesimpulanya, Kuching mempunyai banyak pilihan agensi yang dipercayai dan mampu memberi kejutan dalam setiap pakej yang di bawa. Banyak aktiviti, pakej dan tempat menarik yang mereka akan syorkan bagi menghabiskan masa cuti anda tidak kira luar atau dalam negara. Ayuh kunjungi agensi-agensi pelancongan yang disyorkan bagi mendapat sebut harga dan mendapat tawaran yang menarik bagi percutian di masa depan anda. Pengembaraan hari esok bermula pada hari ini!

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x