Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Top 10 Agensi Pelancongan Di Kota Kinabalu, Sabah

Agensi pelancongan di Kota Kinabalu menawarkan perkhidmatan untuk membantu anda merancang apa sahaja jenis perjalanan percutian anda. Mereka juga membantu menempah penerbangan, hotel, penyewaan kereta dan perkhidmatan berkaitan perjalanan lain. Mari kita kenali beberapa agensi pelancongan yang menawarkan layanan terbaik bagi memenuhi keperluan percutian anda.


Top 10 Agensi Pelancongan Di Kota Kinabalu

1. Borneo Calling Tour & Travel Sdn. Bhd.

Kota Kinabalu, Sabah.
Kredit Gambar: FB Borneo Calling

Borneo Calling Tour & Travel menyediakan pakej-pakej pelancongan yang menarik di Sabah dan Sarawak termasuk pakej mendaki Gunung Kinabalu di Sabah. Bagi anda yang pernah berangan-angan ingin pergi ke Gunung Kinabalu, inilah agensi yang tepat untuk anda. Terdapat banyak lagi pakej pelancongan di sekitar Borneo yang ditawarkan seperti pakej menerokai Sungai Kinabatangan, Sepilok Orang Utan dan pakej yang menyediakan aktiviti snorkelling atau diving di pulau-pulau sekitar Sabah. Pakej seperti ini memang sangat sesuai untuk nature lovers, tau!

Anda hanya perlu memberikan maklumat perancangan percutian anda dan mereka akan memberi pilihan pakej yang terbaik. Mudah sahaja, bukan? Respond dari pihak mereka juga sangat cepat dan efisien jadi, lebih mudah untuk anda merancang percutian dengan lancar.

Alamat: Lot No. A-8A-2, 2nd Floor, Block A Pavilion Bundusan, Jalan Bundusan, Jalan Penampang, 88300 Kota Kinabalu, Sabah.

Waktu Operasi: Setiap hari (8 pagi – 6 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


2. Gezira Travel & Tours Sdn. Bhd.  

Kota Kinabalu, Sabah.
Kredit Gambar: FB Gezira Travel & Tours

Dapatkan pakej pelancongan budget-friendly ke Sabah dengan Gezira Travel & Tours. Percutian anda ke Kota Kinabalu atau Semporna akan menjadi lebih lancar dengan itinerari yang telah disusun oleh mereka. Tempat penginapan, pengangkutan, dan senarai aktiviti semua telah termasuk dalam itinerari tersebut jadi, anda tidak perlu bersusah-susah untuk memikirkan semua itu. Antara pakej pelancongan mereka ialah melawat pulau-pulau sekitar Semporna, jalan-jalan di bandar Kota Kinabalu dan bandar Kundasang, serta melawat tempat-tempat menarik di kawasan sekitar Kundasang.

Antara salah satu aktiviti menarik yang disediakan oleh agensi berlesen ini, iaitu menaiki paramotor dan melihat keindahan Kota Belud. Jangan lepaskan peluang anda untuk merasai pengalaman luar biasa ini di Sabah. Selain itu, Gezira Travel & Tours juga ada menyediakan perkhidmatan kereta sewa dan servis pemandu. Bagi anda yang ingin datang ke Sabah secara solo atau bertujuan atas urusan tertentu anda boleh menggunakan perkhidmatan mereka.

Alamat: No 3.24, 3rd Floor, Kompleks Asia City, Jalan Asia City, 88000, Kota Kinabalu, Sabah.

Waktu Operasi: Setiap hari (24 jam)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Facebook


3. Borneo Dream Travel & Tours

Kota Kinabalu, Sabah.
Kredit Gambar: FB Borneo Dream Travel & Tours

Telah beroperasi sejak tahun 2007, Borneo Dream Travel & Tours menyediakan banyak pakej-pakej percutian ke Borneo. Ada aktiviti sukan air seperti scuba diving, snorkelling, hiking Gunung Kinabalu dan pengembaraan ke Sepilok Orangutan dan Sungai Kinabatangan. Sama ada percutian bersama keluarga atau kawan-kawan, mahupun bersendirian, agensi ini sedia memberikan perkhidmatan terbaik. Setiap destinasi percutian ada pakej satu hari atau dua hari, bergantung pada kesesuaian dan perancangan anda.

Mereka juga ada menyediakan sewa kamera yang boleh digunakan di dalam air maka bolehlah bergambar banyak-banyak ketika snorkelling. Bukan itu sahaja, baju-baju bertemakan Borneo juga ada dijual melalui agensi ini. Rekaannya juga bukan biasa-biasa, sangat menarik digayakan apabila bercuti di Borneo. Menarik, kan? Jom tempah dengan mereka sekarang!

Alamat: F-G-1 Plaza, Tanjung Aru, 88100 Kota Kinabalu, Sabah.

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


4. GOGOSABAH Tours & Travel Sdn. Bhd.  

Kota Kinabalu, Sabah.
Kredit Gambar: FB GOGOSABAH Tours & Travel

Ingin bercuti ke Kundasang dengan menaiki kereta SUV beserta pemandu persendirian? Tempah pakej pelancongan ke Sabah dengan GOGOSABAH Tours & Travel yang menawarkan pelbagai pakej pelancongan yang menarik. Anda boleh menyewa motosikal dengan harga yang berpatutan sepanjang percutian anda di Sabah walaupun untuk jangka masa yang panjang. Kalau nak hiking Gunung Kinabalu, boleh tempah pakej 2 hari 1 malam bersama mereka. Memang sangat memudahkan bagi para pendaki.

Selain itu, agensi berpengalaman sejak tahun 2009 ini menawarkan pakej pelancongan ke Sandakan, Perkampungan Mari Mari, aktiviti snorkelling dan banyak lagi. Tempahan pakej makan malam sambil melihat matahari terbenam juga ada ditawarkan dengan harga yang berpatutan. Servis dan perkhidmatan dari staf mereka sangat bagus dan mesra membuatkan anda lebih seronok bercuti ke Sabah. Staf mereka juga akan mencadangkan lokasi-lokasi menarik yang boleh dikunjungi di Sabah serta tips untuk bercuti di sana.

Alamat: Wisma Sabah, Lot G2, Ground Floor, Jln Tun Fuad Stephens, 88000 Kota Kinabalu, Sabah.

Waktu Operasi: Isnin hingga Sabtu (10 pagi – 5 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Facebook


5. Amazing Borneo Tours & Events Sdn. Bhd.

Kota Kinabalu, Sabah.
Kredit Gambar: FB Amazing Borneo

Untuk bercuti ke Borneo, lebih seronok dan selesa kalau bercuti lebih dari sehari. Oleh itu, Amazing Borneo Tours & Events ada menawarkan pakej pelancongan ke Sabah dan Sarawak selama dua hingga lima hari dengan harga yang berpatutan. Banyak juga aktiviti menarik dalam itinerari yang disediakan mereka mengikut tahap keselesaan individu. Antara aktiviti tersebut ialah snorkelling, mendaki Gunung Kinabalu, diving dan jungle trekking. Pergi dengan kawan ataupun keluarga, memang akan jadi lebih seronok mengikut jadual perjalanan yang diatur oleh mereka.

Suasana persekitaran tempat penginapan yang ditawarkan juga sangat menarik dan cantik. Selain itu, pengangkutan pergi dan balik dari lapangan kapal terbang ke bandar Kota Kinabalu juga termasuk dalam perkhidmatan yang ditawarkan. Nak buat aktiviti seperti kem motivasi juga boleh menggunakan perkhidmatan mereka. Banyak lagi aktiviti yang menarik dalam pakej yang ditawarkan.

Alamat: L1.39, 1st Floor, Kompleks, Jalan Asia City, Asia City, 88000 Kota Kinabalu, Sabah.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (8:30 pagi – 6 petang), Sabtu (9 pagi – 1 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


6. TYH Borneo Tours & Travel Sdn. Bhd.  

Kota Kinabalu, Sabah.
Kredit Gambar: FB TYH Borneo Tours & Travel

Berpengalaman sejak tahun 2000, TYH Borneo Tours, & Travel agensi pelancongan berlesen yang menawarkan pakej pelancongan dengan itinerari penuh untuk solo traveller dan pakej pelancongan khas untuk acara atau aktiviti berkumpulan di seluruh Borneo. Antara pakej mereka ialah mendaki Gunung Kinabalu, lawatan harian ke Kota Kinabalu, pakej keluarga melancong ke Kundasang atau Semporna dan banyak lagi. Aktiviti air seperti menyelam, snorkelling, dan rakit air juga boleh anda lakukan melalui pakej mereka.

Pakej menaiki private yacht atau cruise ship juga termasuk dalam senarai pelancongan mereka. Dalam pakej seperti inilah anda berpeluang untuk menikmati pemandangan matahari terbenam sambil makan malam. Selain itu, untuk lebih memudahkan percutian anda ke Borneo, anda boleh menyewa kenderaan bersama mereka. Berbaloi sangat!

Alamat: Lot No. 113, 1st Floor, Wisma Sabah, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88200 Kota Kinabalu, Sabah.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (8:30 pagi – 5:30 petang), Sabtu (8:30 pagi – 12:30 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


7. Masenang Tours and Travel

Kota Kinabalu, Sabah.
Kredit Gambar: FB Masenang Tours & Travel

Masenang Tours and Travel adalah agensi pelancongan berlesen dan berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Mereka menawarkan pakej percutian ke Sabah dan Sarawak, pakej sukan golf di Kota Kinabalu, melawat rumah panjang di Miri, menjelajah pulau-pulau sekitar Borneo dan lain-lain. Bagi anda yang mempunyai jadual percutian sendiri, anda boleh mengambil pakej self-drive iaitu hanya penginapan yang disediakan dan anda bebas melakukan aktiviti sendiri sepanjang percutian.

Antara pakej lain yang ditawarkan ialah lawatan pelajar dengan minima jumlah 13 orang, percutian ketika cuti sekolah, percutian ke semenanjung Malaysia seperti Kuala Lumpur dan Melaka, serta banyak lagi pakej menarik yang lain. Bukan itu sahaja, mereka juga ada menawarkan pelancongan ke luar negara seperti Cambodia, Indonesia, Thailand, Korea dan banyak lagi.

Alamat: G-17, Ground Floor, 3, Block 3, Lorong Api – Api 2, Api-api Centre, 88000 Kota Kinabalu, Sabah.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (9 pagi – 6 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


8. Daeng Travel & Tours Sdn. Bhd.  

Kota Kinabalu, Sabah.
Kredit Gambar: FB Daeng Travel

Daeng Travel & Tours merupakan agensi pelancongan dengan lebih dari 6 tahun pengalaman yang menawarkan pakej pelancongan ke Kota Kinabalu, Semporna dan Kundasang. Melancong secara solo, berkumpulan, bersama agensi kerajaan ataupun korporat, mereka sedia berkhidmat untuk anda semua dengan bimbingan pemandu pelancong tempatan. Agensi berlesen ini lebih memfokuskan percutian ke Sabah kerana pakej yang ditawarkan kebanyakkannya adalah seperti berbulan madu di Kundasang, pelancongan ke Semporna, dan melawat pulau-pulau sekitar Kota Kinabalu.

Mereka juga ada menawarkan pakej ke luar negara seperti Bali dan pakej umrah ke tanah suci Mekah. Itinerari penuh juga sudah disediakan jadi anda tidak perlu risau untuk merancang perjalanan. Bagi syarikat yang ingin membuat aktiviti pelancongan ke Sabah, pilihlah servis Daeng Travel dengan harga pakej yang menarik.

Alamat: Lot 34-2, Block E, Kepayan Perdana Commercial Jalan Penampang, 88200 Kota Kinabalu, Sabah.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (8:30 pagi – 4:30 petang), Sabtu (9 pagi – 12:30 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


9. Borneo Eco Tours

Kota Kinabalu, Sabah.
Kredit Gambar: FB Borneo Eco Tours

Pelancongan anda ke Borneo pasti akan menjadi lebih indah dan menarik dengan mengambil pakej bersama Borneo Eco Tours. Pakej mereka yang paling popular ialah Hidupan Liar Safari di Kinabatangan. Pakej menarik lain termasuklah melawat Orangutan Sandakan, Hidupan Liar Safari di Sandakan, dan Borneo Big 5. Bagi keluarga yang ingin melancong dengan ketika musim cuti sekolah, mereka ada menawarkan pakej pelancongan keluarga jadi mudah bagi anda untuk merancang perjalanan.

Pelbagai aktiviti menarik yang ditawarkan oleh agensi pelancongan ini termasuk dalam pakejaktiviti seperti diving, melihat burung-burung, terokai alam semula jadi di Kota Kinabalu dan banyak lagi. Dengan pengalaman lebih dari 30 tahun, pelancongan anda bersama mereka pasti akan menjadi lebih bermakna.

Alamat: Lot 1, Pusat Perindustrian, Kolombong Jaya Mile, 5.5, Jln Kolombong, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (8 pagi – 5 petang), Sabtu (9 pagi – 12 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


10. Airworld Travel & Tours HQ  

Kota Kinabalu, Sabah.
Kredit Gambar: FB Airworld Travel

Airworld Travel & Tours, diuruskan oleh keluarga Liaw yang ditubuhkan sejak tahun 1992. Pakej pelancongan utama yang ditawarkan adalah pelancongan ke negeri bawah bayu iaitu Sabah. Anda ingin snorkelling di kawasan pulau, terokai hidupan liar, melihat kunang-kunang atau nikmati alam semula jadi di Lahad Datu? Semua pakej boleh didapati dengan agensi berpengalaman ini. Pakej pelancongan mereka memerlukan sekurang-kurangnya 2 atau 4 orang bagi setiap tempahan. Jadi, bolehlah anda pergi bersama pasangan atau kawan-kawan agar percutian anda menjadi lebih meriah.

Selain pelancongan ke pulau-pulau sekitar Sabah, Airworld Travel juga mempunyai pakej makan malam sambil menikmati pemandangan matahari terbenam. Wah, sungguh menarik! Dalam pakej ini termasuk bermalam di hotel mewah, bermalam dalam khemah glamping style, dan makan malam di atas bot sambil melihat sunset. Selain itu, pelancongan ke luar negara seperti China, Eropah, Korea dan lain-lain juga ada ditawarkan.

Alamat: Ground Floor, No.11, Block 2, Lorong Api – Api 2, Api-api Centre, 88000 Kota Kinabalu, Sabah.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (8:30 pagi – 5:30 petang), Sabtu (8:30 pagi – 12:30 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


Kesemua agensi yang disenaraikan memainkan peranan penting dalam mempromosikan keindahan dan daya tarikan sabah kepada pelancong. Dengan menyediakan pelbagai pakej dan kemudahan, agensi-agensi ini bukan sahaja mempermudahkan perjalanan tetapi juga membuka pintu kepada peluang pengetahuan dan kekayaan budaya yang lebih mendalam. Apa tunggu lagi? Jom kita bercuti bersama agensi pelancongan ini!

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x