Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Top 10 Agensi Pelancongan Di Petaling Jaya

Anda seorang kaki travel ataupun anda selalu berangan-angan mahu melancong ke dalam atau luar negara tetapi buntu mencari cara macam mana nak travel dengan betul dan selamat? Jangan risau, kami akan senaraikan 10 agensi pelancongan yang trusted di Petaling Jaya untuk memudahkan perjalanan percutian anda. Jom baca!


Top 10 Agensi Pelancongan Di Petaling Jaya

1. Tourland Travel Sdn Bhd

agensi pelancongan pj
Kredit Gambar: FB Tourland Travel

Tourland Travel sebuah syarikat antarabangsa yang mendapat kepercayaan di Malaysia, Singapore dan Thailand. Agensi ini telah beroperasi selama 32 tahun dalam industri pelancongan. Kami yakin dengan reputasi mereka bahawa kepuasan anda akan terjamin. Tourland Travel Malaysia menawarkan percutian yang sangat menarik di seluruh negeri dalam Malaysia.

Destinasi pilihan yang diberi merangkumi seluruh tarikan di setiap negeri, jadi anda berhak untuk membuat pilihan mengikut citarasa anda. Tourland Travel juga menyediakan pakej perjalanan sehari dan bersiar-siar yang boleh anda cuba bagi merehatkan fikiran dan jiwa anda. Namun, pakej percutian 3 hari 2 malam menjadi pilihan ramai kerana agensi ini memberi peluang untuk anda untuk meneroka tarikan peranginan dengan cadangan ke tempat-tempat menarik di sekitar kawasan tersebut. Nak tahu, mestilah kena cuba dulu. Jom hubungi mereka sekarang!

Alamat: 11, Jalan Barat, Pjs 8, 46200 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (9 pagi – 5 petang), Sabtu (9 pagi – 2 petang)

Lokasi


2. On Tour Malaysia Sdn Bhd 

agensi pelancongan pj
Kredit Gambar: FB On Tour Malaysia

On Tour Malaysia memahami keperluan rakyat Malaysia apabila bercuti dengan menawarkan Lawatan Sehari, Pakej Lawatan Bermalam, Pakej Lawatan ke Pulau, Lawatan Istimewa dan Pakej Lawatan Luar Malaysia. Pilihan ini memudahkan anda untuk merancang jadual percutian atau business trip anda. Tidak lupa juga perkhidmatan yang baik ditunjukkan dari mereka dalam melayani permintaan dan kehendak pelanggan.

On Tour Malaysia menawarkan pelbagai tempat menarik dalam Malaysia seperti Semporna, Langkawi, Port Dickson, Pulau Pangkor, Melaka, Penang, Pulau Perhentian dan banyak lagi kalau nak kira. Jadi anda perlu pilih dan bayar, seterusnya biarkan On Tour Travel yang uruskan percutian anda. Senang bukan?

Alamat: 12A, 3B, Jalan PJU 1/3a, Sunway Mas Commercial Center, 47301 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu Operasi: Isnin hingga Sabtu (9 pagi – 6 petang)

Lokasi


3. Key Term Holidays Sdn. Bhd.

agensi pelancongan pj
Kredit Gambar: FB Key Term Holidays

Key Term Holidays Sdn. Bhd. akan membuat anda teruja dengan pilihan pakej yang diberikan. KT Holidays memberi pilihan pakej seperti Pakej Beli-belah, Pakej Bulan Madu, Pakej Keagamaan, Pakej Taman Tema, Pakej Budaya dan Pakej Meneroka yang pasti mempunyai aktiviti-aktiviti menarik menanti. Anda boleh membeli belah di tempat yang murah yang akan dibawa oleh agensi, nikmati percutian bulan madu yang istimewa buat pasangan baru berkahwin, melawati tempat keagamaan seperti masjid dan kuil, berseronok di taman tema air seperti Sunway Lagoon dan Legoland, serta experince budaya Malaysia yang pelbagai dan terokai Malaysia sebenar bersama mereka.

Bukan itu sahaja, mereka juga fokus dalam memberi pelanggan pelancongan di luar Malaysia seperti China dan Kashmir, India. Namun, perkara yang menarik perhatian ramai adalah kebebasan pelanggan dalam mengubah suai jadual perjalanan mereka mengikut keselesaan masing-masing. Sertai KT Holidays dalam menerokai tempat percutian terbaik di Malaysia.

Alamat: No.10, 2, Jalan PJS 8/12a, Dataran Mentari, 46150 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (9:30 pagi – 6 petang), Sabtu (9:30 pagi – 2 petang)

Lokasi


4. Nuh Travel & Tours

Petaling Jaya, Selangor.
Kredit Gambar: FB Nuh Travel & Tours

Nama semegah sejarah Bahtera Nuh yang berlayar serata dunia sesuai dengan agensi ini yang menawarkan pelayaran dengan kapal mewah ke destinasi percutian pilihan anda. Aktiviti menarik semasa pelayaran menjadi pilihan utama pelancong. Nikmati urutan spa, bersantai di tepi kolam, hayati momen indah pelayaran di waktu malam dan bergembira dengan pelbagai hiburan disediakan.

Nuh Travel and Tours juga menawarkan pakej menarik di pelbagai negara termasuk Australia, Greece, India, New Zealand, Eropah, Itali, Pakistan, Mesir dan banyak lagi. Lebih menarik lagi, agensi ini mesra muslim, maka pelancong beragama Islam tidak perlu risau tentang makanan kerana terjamin halal dan diuruskan oleh pihak agensi. Jom tempah percutian anda seterusnya dengan mereka!

Alamat: 9-2, Jalan PJU 8/3b, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (9 pagi – 6 petang), Sabtu (9 pagi – 1 petang)

Lokasi


5. Viyan Trans Service

Petaling Jaya, Selangor.
Kredit Gambar: Laman Web Viyan Trans Service

Servis yang terbaik dan khidmat pelanggan yang tinggi menjadikan agensi pelancongan di Petaling Jaya ini terkenal, selari dengan namanya Viyan Trans Service. Pelbagai destinasi pilihan yang boleh anda lawati. Namun agensi ini tidak meletakkan pakej tertentu kerana memberi ruang sepenuhnya kepada pelanggan untuk memilih dan merancang, kemudian pihak agensi akan melaksanakan percutian anda.

Anda bebas memilih masa untuk bercuti mengikut kesesuaian diri atau keluarga. Pihak agensi akan memberi cadangan yang terbaik buat anda supaya perjalanan percutian akan terjamin. Mudahkan kalau tempah percutian anda dengan agensi ini?

Alamat: 16, Jalan 4, Taman Dato Harun, 46000 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu Operasi: Setiap hari (10 pagi – 7 petang)

Lokasi


6. GSI Travel Sdn Bhd

Petaling Jaya, Selangor.
Kredit Gambar: FB GSI Travel

Kalau anda mencari agensi pelancongan di Petaling Jaya yang menawarkan pelayaran kapal mewah, percutian ke luar negara dan percutian ke tempat tumpuan dalam Malaysia, GSI Travel adalah agensi yang tepat kerana mereka menyediakan kesemuanya. Perantauan ke Jepun, Korea, Itali, Mesir dan banyak lagi destinasi menarik disediakan dalam pakej confirm sangat berbaloi.

Bukan itu sahaja, mereka juga menawarkan percutian di atas cruise ship yang sangat luxurious dengan pelbagai aktiviti dan hiburan menarik sepanjang pelayaran. Jangan risau anda pasti akan dapat meluangkan masa yang bermakna semasa percutian kerana GSI Travel sangat profesional dalam merancang itinerari bercuti. Jadi, kalau anda berminat untuk experience bercuti di luar negara, GSI Travel adalah pilihan agensi yang tepat!

Alamat: F111, 1st Floor, Centre Point, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (10 pagi – 6 petang), Sabtu (10 pagi – 2 petang)

Lokasi


7. Caravan Serai Holidays Sdn Bhd

Pelaing Jaya, Selangor.
Kredit Gambar: FB Caravan Serai Holidays

Caravan Serai Holidays adalah agensi yang amat sesuai untuk anda yang inginkan percutian secara berkumpulan dengan keluarga ataupun rakan kerja. Caravan Serai Holidays menyediakan perkhidmatan percutian dalam dan luar negara. Antara pakej utama mereka tawarkan adalah percutian di Pulau Penang, Pulau Perhentian, Cameron Highlands dan banyak lagi.

Bagi mereka yang mencari destinasi luar negara pula, Caravan Serai Holidays memberi pilihan percutian ke Jepun dan Thailand serta beberapa negara lain. Rata-rata pelanggan yang pernah berurusan dengan mereka semuanya sangat berpuas hati dengan perkhidmatan dan layanan yang ditawarkan. Rugi kalau anda tidak menempah percutian bersama mereka.

Alamat: Level 2, Season Square, Jln PJU 10/1, Damansara Damai, 47830 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (9 pagi – 6 petang)

Lokasi


8. D&D Signature Vacation (M) Sdn. Bhd.

travel agensi pj
Kredit Gambar: FB D&D Signature Vacation

D&D Signature Vacation adalah agensi pelancongan di Petaling Jaya yang menawarkan pakej eksklusif ke pelbagai destinasi serata dunia. Agensi ini menjanjikan aktiviti dan hiburan yang menyeronokkan sambil meneroka keunikan negara lain. Jika anda mahu bercuti ke Langkawi, Port Dickson, Pulau Pangkor atau destinasi dalam negara yang lain, agensi ini boleh aturkan semuanya untuk anda.

Selain itu, D&D Signature Vacation juga menawarkan banyak destinasi dan pakej keluar negara seperti The Great Wall China, tarikan monumen di Dubai, Sejarah British dan banyak lagi. Antara aktiviti menarik ditawarkan adalah menaiki Hot Air Balloon di Turki, melawat Kuda Trojan dengan saiz sebenar dan menyaksikan keindahan cahaya aurora di langit malam. Siapa tak mahukan percutian once in a lifetime yang menarik seperti ini, kan?

Alamat: Suite 329, Level 3, Block B1 Leisure Commerce Square, Jln PJS 8/9, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (9 pagi – 5:30 petang), Sabtu (9 pagi – 1:30 petang)

Lokasi


9. Sunway Travel Sdn. Bhd.

travel agensi pj
Kredit Gambar: FB Sunway Travel

Percutian khas untuk ahli korporat, pelajar, atau pelancong yang ingin bercuti dengan santai, anda boleh hubungi Sunway Travel. Sekiranya anda mencari percutian dan hiburan dalam air, agensi ini mampu memenuhi permintaan anda dengan tawaran pakej pada harga yang istimewa. Antara pakej dalam negara yang menjadi pilihan utama adalah percutian di Sunway Lagoon, Pulau Lang Tengah di Terengganu, Kundasang Sabah, Banjaran Hotspring di Perak dan Pulau Redang di Terengganu.

Selain itu, Sunway Travel juga berjaya menjalankan pakej percutian ke Thailand, Australia, Greece, Nepal dan beberapa negara lain. Sebagai sebuah syarikat pelancongan utama Malaysia, Sunway Travel akan memberikan anda lebih dari apa yang anda bayangkan. Sama ada percutian dalam atau luar negara, agensi ini boleh membantu anda memenuhi kehendak sebelum bercuti.

Alamat: Unit 1.7, Level 1, West Lobby, Menara Sunway Annexe, Jalan Lagoon Timur (9/1), Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (9 pagi – 6 petang)

Lokasi


10. Kembara Khalifah Travel Sdn. Bhd.

Petaling Jaya
Kredit Gambar: FB Kembara Khalifah Travel Sdn Bhd

Satu lagi agensi pelancongan pilihan ramai di Petaling Jaya, adalah di Kembara Khalifah Travel Sdn. Bhd. Mereka menawarkan pakej percutian dalam dan luar negara termasuk pakej umrah dan ziarah, atau haji. Selain itu, agensi ini juga menawarkan pakej pelancong dalam kumpulan sesuai untuk orang yang ingin melancong beramai-ramai.

Antara kemudahan lain yang tersedia dalam perkhidmatan pakej yang ditawarkan adalah ticketing service ke pelbagai tarikan lawatan, servis membuat visa, penyewaan bas persiaran dan merancang itinerari perjalanan pelanggan. Jadi, mudahlah untuk anda melancong nanti. Segara buat tempahan!

Alamat: PSB, No.27-3, Jalan Cecawi, Jalan Cecawi 6/19a, Seksyen 6 Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu Operasi: Isnin hingga Sabtu (8 pagi – 5 petang)

Lokasi


Secara umumnya, penduduk di Petaling Jaya ada banyak pilihan untuk bercuti dan melancong baik dalam mahupun luar negara. Macam-macam pakej yang ditawarkan, kalau pandai pilih, kena la dengan cita rasa sendiri. Jangan risau, setiap agensi yang kami senaraikan adalah yang terbaik dan mendapat banyak maklum balas positif. Kalau anda tak percaya? Boleh la cuba untuk sertai salah satu pakej yang ada!

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

Top 10 Agensi Pelancongan di Selangor – Pastinya dapat memudahkan percutian anda!

Jika anda memang seorang kaki bercuti ataupun ada geng-geng bercuti di Selangor, anda memang seharusnya mengambil pakej percutian daripada agensi-agensi perlancongan berlesen untuk memudahkan...

Top 10 Agensi Pelancongan Di Shah Alam & Klang yg Best

Bila dah sampai musim cuti sekolah, memang ramai teruja nak berjalan-jalan dengan family ke destinasi yang tak pernah kunjungi sebelum ni. Tak kiralah tempat...

9 Perkhidmatan Van Sewa di Shah Alam Dengan Harga Berpatutan!

Masih tercari-cari van sewa di Shah Alam dengan harga berpatutan? Anda kini berada pada pautan yang tepat! Di sini, anda boleh membanding dan memperoleh...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x