Baju Bundle Murah GILE di KL- HANYA RM5 !

kedai bundle murah ampang

Table of Contents

Baju bundle berjenama memang feveret saya dan boleh kata penuh satu almari. Jarang sangat saya berbelanja untuk membeli baju atau seluar sehingga ratusan ringgit sehelai. Kenapa bayar lebih?

Kat kedai baju bundle pun kita boleh dapat barangan dan pakaian yang berkualiti dengan harga yang murah. Dan salah satu kedai bundle di KL yang selalu saya pergi ialah di Family Bundle di Ampang, KL. Memang kedai dia besar dan banyak seluar dan baju vintage yang dijual. Murah pulak tu !

Ni antara barangan bundle yang saya ingat dan boleh didapati di Family Bundle Ampang;

  • Baju T Shirt tidak berkolar/ berkolar
  • Baju kemeja lengan panjang/pendek
  • Pakaian jeans seperti jeket dan seluar.
  • Baju bundle rare dari oversea.
  • Baju dan jeket vintage
  • Baju bundle baby – RM 10 untuk 6 helai !
  • Seluar slack, seluar track.
  • BOXER !!
  • Pakaian bundle musim sejuk
  • Topi/hat/cap yang pelik pelik. RM5 utk 2 biji !
  • Baju bundle wanita seperti seluar jean, skirt dan baju sendat-sendat.

baju bundle murah kl

Hari ni sahaja saya beli 5 helai seluar dan 5 helai baju. Baru RM50 habis. Mau taknya berpinau mata tengok seluar-seluar yang boleh kata branded macam CK, Levis, Adidas dan Lee Cooper semuanya RM5. Ada jugak yang RM10 dan ada jugak yang puluh-puluh ringgit. Walaupun orang cakap baju bundle ni yang bekas orang pakai, tapi kalau kualiti dia masih bagus, apa salahnya beli pada harga yang murah gila.

Tak malu ke pakai baju bundle?

Teringat pulak kat satu makhluk tuhan yang tak berapa seksi satu ketika dulu. Kawan sebenarnya. Biasalah kitaorang memang suka bergurau senda.

Zul, nak pergi mana ni?

Hari ni nak pergi shopping jap. Beli baju 2 3 helai dan levi’s 2 helai.

Pergh banyak duit ko cari levi’s, scholar baru masuk ke? Ke dah jadi anak ikan mak?

Takat sepuloh ringgit sehelai, apa ada kisah.

Spuloh hengget? what the heck? oo Bundle?

Yeah you gadit !

Sorry ah aku tanak ikut, baju bundle bukan best pun, second hand !

Itulah senang ceritanya lebih kurang dialog saya dengan sorang member masa kat U dulu. Dipendekkan cerita beberapa hari selepas tu.

Pergh Zul, tiap bulan pakai suar baru. Baju baru. Ada gaya ! Mana beli? Ada sales ke?

Kedai baju bundle kat Ipoh. Hari hari sales RM10 hengget jer.

Bundle? RM10 sehelai? Ori kot ni !! Lawa macam ni? eh eh biar betik !! Weekend ni jom tunjuk aku, ori tu ! Murah kot bla bla bla !

Tak kenal maka tak cinta. Tu lah jangan ingat baju bundle ni tader kualiti. Ramai jugak member-member saya yang macam pandang kedai bundle ni sebelah mata. Bila dah ajak pergi, boleh pulak beli 2 3 helai.

Bini pun 2 x5 huh. Mula mula dulu. Saya balik borong bawak baju dan seluar 2 plastik, duk pot pet pot pet. Membazirlah, kualiti tak bagus lah. Huh, bawah pergi sekali lepas tu tak hengat beli seluar sendiri dan baju anak sampai 2 jam ! Sabo je.

Kedai Family Bundle di Ampang !

 

pakai bundle best selangor

Kedai baju bundle ni memang murah dan kualiti pakaian dia pun sangat bagus !! Kedai dia boleh tahan besar ada bahagian lelaki dan perempuan. Duk sini 1 jam konfem tak perasan masa berlalu bergitu sahaja. Bagi peminat baju vintage atau baju bundle rare, bolehlah singgah sini. Banyak gila pilihan yang ada. Kebanyakan baju-baju bundle di sini boleh kata 90% diimport dari luar seperti Jepun, Amareka, Jerman dan banyak lagi.

Nak ke kedai baju bundle Family Bundle ni pun tak susah. Parking pun depan kedai ! Bagi gadis-gadis nak cari baju kurung atau jubah kat sini memang tader. Sebab paham-paham lah kan baju bundle wanita kat sini semua import dari negara-negara luar. Mana ada orang luar pakai baju kurung dan tudung lilit lilit.

kedai bundle best kl

Kalau nak cari baju t shirt, seluar jeans atau baju musim sejuk bundle memang banyak pilihan yang ada. Mau tak gila bila tengok semua price tag RM5 dan RM 10 !! dan ada jugak yang sampai RM 100 tapi memang kualiti dia terbaik !!

Kat sini juga ada jual baju baju untuk abang pomen. Kalau nak cari baju coverall nak pakai time mesin rumput ker, baiki kereta ker dan apa jua tujuan korang, boleh datang mai sini.

Borong baju musim sejuk di sini kalau nak bercuti ke luar negara. Nak ke luar negara setakat sekali sekali buat apa nak beli yang mahal-mahal. So sinilah salah satu kedai baju bundle musim sejuk yang ada jual pakaian murah dan berkualiti seperti sweater, jeket, hat dan glove. Nak melancong ke negara-negara sejuk konfem saya datang kedai baju bundle Family Bundle nanti. Murah dan jimat ! Duit lebih boleh simpan dalam tabung !

Kedai baju yang sistematik !

Memang macam cendawan yang tumbuh selepas hujan. Itulah bisnes kedai bundle ni. Kedai bundle KL ni memang banyak tapi tak semua berbaloi nak pergi. Sebab baju tak lawa, buruk sangat dan tak tersusun. Kalau nak cari saiz sendiri mau kena tawaf satu kedai belek satu-satu baru jumpa. Dah sejam baru jumpa sehelai eh eh memang jenuh cam tu.

kedai bundle murah ampang

So kedai Family Bundle ni memang dia asingkan pakaian wanita dan lelaki. Malah jenis baju berkolar, t-shirt, seluar jeans, seluar pergi ofis dan jeket juga disusun dengan teratur ! Senang nak memilih, Malah ada juga ruangan seluar seluar baju yang saiz besar ! Sampai kan ada seluar jeans saiz 64 !! Gile punya besar dia !! Boleh buat khemah !

kedai bundle oversea kl

Memandangkan saya ni gemuk jugak, maka kedai baju untuk orang gemuk macam ni lah yang saya cari cari. haha.Senang pergi je ke satu ruangan untuk seluar saiz 36 ke atas, dan hanya pilih yang mana berkenan. Tiada lagi masalah nak tawaf dan belek satu satu nak cari saiz sendiri. Penat !

Memang akan datang lagi kedai baju bundle ni next week. Boleh kata setiap minggu ada je stok baru di kedai Family Bundle ni. Memang best !! Sekarang ni dah jadi kedai singgahan setiap minggu bersama wife untuk cari baju sendiri dan jugak untuk anak. Kadang-kadang borong jugak dan bagi kat sedara mara dan adik-adik yang masih belajar. Apa lah sangatkan kalau takat RM 5 dengan adik adik !.

Rasa nak beli boxer bundle. Tapi takut gatal ! :p

jacket bundle beli kl

Duk pusing-pusing kat kedai terjumpa pulak bahagian boxer. Ada jugak jual boxer-boxer bundle ni ! Agak was was sebenarnya saya nak beli. Ye lah kan. You know why la. :p

Namun sayang kedai ni kalau buat baju bundle online kan senang. Memang konfem saya akan jadi pelanggan setia yang akan sentiasa menunggu stok-stok baru. ! Lagi bukan susah pun nak buat blog. Bagi saya bisnes baju bundle ni memang menarik tapi kat mana ye nak cari pembekal baju bundle? herm

Terbaik dari ladang kalau nak memborong baju bundle ke ofis, untuk kanak-kanak atau pun untuk bayi ! Terasa macam orang kaya je bila masuk kedai baju bunlde ni sebab boleh beli baju branded dengan banyak !! :p

4.2/5 - (13 votes)
Subscribe
Notify of
guest

75 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Shafwan Amer
Shafwan Amer
10 years ago

Nak tanya sikit, Family Bundle ni buka hari apa? Dan tutup hari apa? Dan buka pukul berapa dan tutup pukul berapa?

Dede
Dede
10 years ago
Reply to  Cari Destinasi

Cik, Mau tanya…

Kalo dari KL central mau ke sini (Family bundle) bagaimana? saya dari Jakarta, mana tau bisa mampir kesini.
terimakasih.

Dede
Dede
10 years ago
Reply to  Cari Destinasi

Saya dari Jakarta,
Kalu dari KL Central mau kesini gimana caranya yah? siapa tahu bisa main kesini.

ernie
ernie
10 years ago
Reply to  Cari Destinasi

nak pergi ke family bundle nampak macam jauh kalau tgk map. mmang itu yang paling dekat ke kalau naik lrt?

Kira
10 years ago
Reply to  Cari Destinasi

Lepas pukul 10 kiranya masih buka?

benjamin
benjamin
10 years ago

Hawaiian shirt ada ka

khai
khai
7 years ago
Reply to  benjamin

saya ada jual hawai shirt,vintage,sweater,seluar,saya jual di area taman pelangi juru,pulau pinang

Kakmahh
11 years ago

rasa serik nak beli bungled sebab beli tuala…dan pakaian 3 kali baru hilang bau busuk. Maaf. Mungkin bukan rezeki saya.

rahimah
11 years ago

Kedai bundle area Ampang ni ada 5 .Semua dekat dengan rumah saya di Taman Kosas. Yang family bundle ni kat seberang jalan ada lagi satu , kat Bandar Baru Ampang. Favorite saya kat kedai ni seluar corduroy yang superb quality. Sekali borong corduroy 5 pasang baru RM 25. Cam baru je semua seluar tu. Thermal wear berlambak untuk perempuan pakai time musim sejuk. Lagi satu kalau travel saya cari baju travel dengan winter jacket kat sini. Travel dengan baju RM 5 cukup. Sampai sana let nak let go baju bundle ni : )

shan
shan
10 years ago
Reply to  rahimah

maaf boleh tahu nama kedai y ada jual thermal wear tu? igt nak beli brg2 untuk gi jepun bulan 1 nanti..baru cadang nak beli kt uniqlo tpi tu lar..better beli bundle kalau ada bundle..hehe..gi bukan lama pun

suhaila hassan
suhaila hassan
10 years ago
Reply to  rahimah

Sis rahimah..bl x nj kirim?sy nk beli jaket musim sejuk je..
Si bg fb o ig..t sy add blh?

Min
Min
11 years ago

Guling2 gelak baca post sambil buat mental note nak pergi weekend ni.

saya
saya
11 years ago

abg bundle ni hari ahad bukak x.. kol brape eik bukak

mat where
mat where
11 years ago

Salam ..seluar saiz 44 ke atas banyak ke bro?

Baca Lagi

  • 17 Mar, 2014
Setiap orang sudah tentu mempunyai angan-angan untuk bercuti ke luar negara dan CD tidak terkecuali. Pada entri kali...
  • 16 Nov, 2014
Hari ni rasa nak berceloteh pasal kriteria-kriteria blog yang berjaya iaitu dengan menggunakan Alexa. Bukan senang nak bina...
  • 19 Nov, 2014
Banyak kali juga mencari kedai buat banner murah kat KL dan Selangor akhirnya jumpa juga. Sebagai pengusaha kereta...
  • 14 Jun, 2015
Berikut merupakan beberapa tips berjimat kalau melancong secara backpacking. Bukan semua orang mempunyai bajet yang besar terutamanya kalau...
75
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x

Find Your Next Destination