Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Kedai Perabot di Kedah yang Best

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telahpun diumumkan oleh kerajaan untuk disambung hingga kes COVID-19 terkini menurun ke paras bawah 4,000 sehari. Oleh itu, semakin ramai rakyat terpaksa duduk di rumah bagi mengawal penularan pandemic COVID-19. Sambil-sambil anda memikirkan aktiviti untuk dilakukan sepanjang tempoh duduk rumah, apa kata anda merancang untuk menukar deko hiasan dalaman rumah anda?

Disebabkan ramai rakyat Malaysia menghabiskan lebih banyak masa di rumah sepanjang tempoh PKP ini, oleh itu telah menjadi trend yang sangat viral yang mana semakin ramai rakyat Malaysia berdeko bagi menghilangkan kebosanan di rumah.  Siapa kata anda perlu mengupah pereka deko untuk mencantikkan rumah? Dengan hanya merujuk kepada Pinterest, Facebook, Instagram dan Google Image, anda kini boleh merealisasikan deko rumah idaman berserta trend dekorasi terkini dengan hanya di hujung jari.

Bagi membantu anda mendapatkan perabot-perabot bagi melengkapkan hiasan rumah, di sini kami paparkan senarai kedai-kedai perabot (furniture shop) di sekitar Kedah. Memandangkan semuanya kini hanya di hujung jari, kini anda boleh berinteraksi secara terus menerusi laman media sosial bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk produk perabot yang ditawarkan di kedai perabot.  Anda juga boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai promosi-promosi hebat yang ditawarkan oleh kedai-kedai perabot menerusi skrin telefon anda.

Terdapat banyak jenis perabot di dalam pasaran, setiapnya mempunyai ciri ciri yang berbeza dari segi harga, kualiti dan kesesuaian untuk rumah anda. Berikut merupakan beberapa jenis perabot yang anda boleh cari dari kedai kedai yang terpapar dalam artikel ini: perabot bahagia, perabot jati, cempaka, perabot IKEA, perabot dapur, perabot pejabat, dan perabot rotan. 

 

Kedai Perabot Best Di Alor Setar, Kedah


1. Gudang Perabot Hotel Murah, Alor Setar

Gudang Perabot Hotel

Gudang Perabot Hotel Murah  menawarkan pelbagai pilihan perabot-perabot hotel yang terpakai.  Rekaan perabot-perabot di Gudang Perabot Hotel Murah  adalah lebih kepada gaya resort, sesuai kepada mereka yang gemarkan gaya deko resort dan terkini. Harga yang ditawarkan adalah berpatutan dan sesuai untuk mereka yang ingin berjimat-cermat sambil bergaya dengan deko rumah. Anda boleh membuat tinjauan di laman Instagram Gudang Perabot Hotel Murah  untuk mendapatkan gambaran produk-produk yang diigini serta tawaran-tawaran hebat di outlet. Penghantaran adalah percuma di sekitar Alor Setar. Mendapatkan  perabot-perabot terpakai dan berkualiti adalah lebih mesra alam kerana kita dapat mengurangkan pencemaran berkaitan dengan pembuangan sampah di tempat pelupusan sampah.

Alamat: Tkt bawah, Bangunan HBR, Jalan Langgar, Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis, 10am – 5pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:04-7301424

Whatsapp Gudang Perabot Hotel Murah

 

2. Big Ship Furniture Sdn.Bhd, Alor Setar

Bigship Furniture

Bigship Furniture adalah tempat terbaik sekiranya anda ingin mencari perabot-perabot moden, elegan dan harga berpatutan.   Stail perabot yang ditawarkan adalah lebih kepada stail Skandinavia ala perabot IKEA. Oleh itu, sekiranya anda berhasrat untuk menghias deko rumah dengan tema  Skandinavia, anda boleh mengunjungi outlet Big Ship Furniture Sdn.Bhd atau membuat tinjauan di laman Facebook Big Ship Furniture Sdn.Bhd bagi mendapatkan gambaran perabot-perabot yang memenuhi cita rasa anda.

Alamat: 97G, Seberang Jalan Putra, 05150 Alor Star, Kedah, Malaysia

Waktu Operasi: 10am-7pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: 04- 7342399

Whatsapp Bigship Furniture

 

3. Kedai Perabot 2020 , Alor Setar

Perabot 2020

Kedai Perabot 2020 menawarkan pelbagai jenis perabot dan kelengkapan rumah bagi memenuhi keperluan dan cita rasa dekorasi rumah anda. Perabot yang ditawarkan adalah berkualiti tinggi dan harga berpatutan. Stail perabot yang ditawarkan adalah moden, terkini dan bergaya mewah. Jadi, sekiranya anda ingin mendapatkan sofa Ottoman atau perabot berunsurkan klasik Eropah, di sinilah tempatnya. Anda boleh membuat tinjauan produk di laman Facebook Kedai Perabot 2020 bagi mendapatkan gambaran produk-produk perabot yang ditawarkan serta maklumat mengenai promosi dari semasa ke semasa.  Terdapat juga ulasan-ulasan dari pelanggan yang dimuat naik bagi menunjukkan kualiti perabot yang dijual. Kebanyakkan pelanggan berpuas hati dengan kualiti perabot dan ada yang datang lagi. Penghantaran adalah percuma di sekitar Alor Setar.

Alamat: 39-A, Jalan Sungai Korok, Alor Setar, 05400, Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi: 10am-7pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes  | Email | Phone:04-771 8378

Whatsapp Kedai Perabot 2020

 

Kedai Perabot Best Di Sungai Petani, Kedah


4. Amani Furniture, Sungai Petani

Amani Furniture

Dengan review 5 bintang di Google Map dan Facebook, maka tidak hairanlah sekiranya anda tidak sabar untuk berbelanja di Amani Furniture tanpa perlu risau akan kualiti perabot. Terdapat pelbagai jualan murah dengan harga kaw kaw ditawarkan di Amani Furniture. Rekaan perabot adalah lebih kepada gaya moden mengikut trend deko rumah terkini. Sebelum membuat pembelian, anda bolehlah mengunjungi laman Facebook Amani Furniture bagi meninjau sebarang promosi-promosi terkini di samping mendapatkan gambaran rekaan perabot yang ditawarkan.  Menurut ulasan-ulasan daripada pelanggan yang lalu, kebanyakan mereka berpuas hati dengan kualiti khidmat pelanggan yang tip top.

Alamat: Jalan Cindai Jaya 1, 08000 Sungai Petani, Kedah

Waktu Operasi: 10am-7pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:016-445 5276

Whatsapp Amani Furniture

 

5. Maple Concept Enterprise, Sungai Petani

Maple Concept Enterprise

Maple Concept Enterprise adalah di mana anda boleh mendapatkan perabot rumah yang berkualiti dengan harga yang amat berpatutan. Rekaan perabot hadir dengan gaya terkini dan sesuai untuk memenuhi cita rasa deko rumah moden. Terdapat juga perabot-perabot dan kelengkapan pejabat yang berkualiti tinggi.  Tetapi yang paling best ialah kepelbagaian rekaan katil dan tilam yang menarik bagi memastikan  anda mendapatkan rehat yang sempurna setiap malam. Kedai perabot Maple Concept Enterprise menerima pembelian menggunakan pelbagai jenis kad kredit, oleh itu jom shopping!

Alamat: 6, Jalan Puteria 2 , Taman Desa Puteri, Taman Sri Wang, 08000 Sungai Petani, Kedah

Waktu Operasi: 10am-8pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes  | Email | Phone:010-216 8806

Whatsapp Maple Concept Enterprise

 

6. TNG Sale & Service, Sungai Petani

TNG Sale & Service

Kedai perabot TNG Sale & Service menawarkan perabot baru yang berkualiti tinggi dengan harga yang mampu milik dan berpatutan.  Stail perabot adalah moden dan terkini, dan sesuai untuk mereka yang memiliki cita rasa tinggi dalam deko hiasan dalaman rumah. Antara stail deko sesuai dipadankan dengan perabot-perabot dari  TNG Sale & Service adalah moden minimalis, moden kontemporari, Skandinavia, Patina Accents dan Japandi. Perabot-perabot di TNG Sale & Service adalah di mana anda boleh mengikuti trend-trend terkini dalam seni deko rumah.  Anda boleh membuat tinjauan perabot dan mendapatkan maklumat mengenai promosi-promosi terkini di laman Facebook TNG Sale & Service sebelum membuat pembelian di outlet. Perabot-perabot kayu juga sangat berkualiti tinggi dan mempunyai jaminan tahan lama.  TNG Sale & Service turut menawarkan ansuran bulanan menerusi AEON Credit Service bagi pembelian perabot.

Alamat:Tingkat Bawah, Parkson Petani Parade, Taman Sejati Indah, 08000 Sungai Petani, Kedah

Waktu Operasi: 10am-10pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes  | Email | Phone:04-431 9162

Whatsapp TNG Sale & Service

 

Kedai Perabot Best Di Kulim dan kawasan lain sekitar Kedah


7. Dapur Kulim Showroom, Kulim, Kedah

Dapur Kulim Showroom

Sekiranya anda berminat untuk menaik taraf dapur di rumah anda, anda bolehlah berkunjung ke Dapur Kulim Showroom untuk mendapatkan idea-idea menarik bagi mencantikkan dapur anda. Untuk mencari inspirasi terbaik bagi dapur idaman anda, anda bolehlah membuat tinjauan di laman Facebook Dapur Kulim Showroom bagi mendapatkan gambaran lengkap mengenai rekaan-rekaan dapur terkini yang ditawarkan. Anda juga boleh membuat konsultasi dengan pereka dapur di Dapur Kulim Showroom bagi membolehkan impian dapur anda dapat direalisasikan sebaiknya.

Rekaan dan kemasan dapur yang menarik pasti membuatkan mood anda untuk memasak di dapur yang berpesona moden.

Alamat:128, Lorong Semarak 1, Taman Semarak, 09000 Kulim, Kedah

Waktu Operasi: 10am-6pm

Lokasi  | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone:016-557 3088

Whatsapp Dapur Kulim Showroom

 

8. COLIN Furniture Trading, Kulim, Kedah 

COLIN Furniture

Di COLIN Furniture Trading, anda boleh dapatkan kepelbagaian perabot-perabot rumah yang baru dan berkualiti. Kebanyakan ulasan dari pelanggan memuji akan kualiti tilam yang dijual di sini. Terdapat juga perabot almari TV yang amat sesuai untuk dipadankan dengan konsep moden minimalis di rumah anda.

Alamat: No. 2, 561, Jln Cengal 19, Taman Cengal Utama, 09000 Kulim, Kedah

Waktu Operasi: 10.30am-7pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:016-4730757

Whatsapp COLIN Furniture Trading

 

 9. Pusat Perabot Jabi, Pendang

Pusat Perabot Jabi

Pusat Perabot Jabi sering menawarkan promosi buat perabot-perabot baru. Perabot-perabot kebanyakannya bersumberkan dari kilang perabot, jadi harga yang ditawarkan amat berpatutan. Terdapat juga perabot kayu pellet yang kebiasaannya lebih murah daripada kayu jati. Sekiranya anda ingin berdeko sewaktu PKP ini, anda disarankan untuk melawat laman Facebook Pusat Perabot Jabi bagi mendapatkan tawaran terbaik.

Kedai perabot ini turut mendapat pelbagai review positif dari para pelanggan. Terdapat juga senarai gambar-gambar perabot yang dimuat naik oleh pelanggan bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai kualiti perabot-perabot yang ditawarkan.

Alamat: No. 175, Taman Bandar Baru, 06400 Pendang, Kedah

Waktu Operasi: 10am-7pm

Lokasi |  Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:04-782 3888

10. Kedai Perabut Jitra Neeca Jaya, JitraPerniagaan Neeca Jaya

Perabut  Jitra Neeca Jaya menawarkan pelbagai perabot-perabot rekaan terkini dan berkualiti tinggi bagi memenuhi cita rasa deko rumah anda. Produk-produk yang ditawarkan adalah seperti almari, sofa, meja makan, perabot dapur dan kelengkapan bilik tidur.  Dari masa ke masa, kedai Perabut  Jitra Neeca Jaya akan membuat promosi perabot dengan harga berpatutan. Anda juga boleh membuat tinjauan jenis-jenis produk yang ditawarkan di outlet menerusi laman Facebook Perabut  Jitra Neeca Jiya sebelum membuat keputusan untuk membeli.

Alamat: No:27,28,29,Jalan Tok Jalai, Comm. Square, Kolej Height Utara, 06000, Jitra, Kedah, Malaysia

Waktu Operasi: 10.30am-7.30pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes  | Phone:016-240 6898

Whatsapp Kedai Perabut  Jitra Neeca Jaya

 

 

5/5 - (3 votes)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x