Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Buffet Ramadhan di Shah Alam 2015

1 Ramadhan 1436H bersamaan 18 Jun 2015 (mengikut kalendar) akan bermulalah penjelajahan warga Shah Alam di restoran-restoran dan hotel-hotel sekitar untuk berbuka puasa bersama keluarga atau bersama rakan sepejabat ataupun mengadakan program berbuka puasa bersama anak yatim.

Destinasi di bawah merupakan tempat-tempat buffet Ramadhan yang pasti akan sesak saban tahun dan dijangka tahun 2015 pun tidak kurang hebatnya.

Malah ada restoran-restoran yang melancarkan PROMOSI tempahan awal atau prebook untuk buffet Ramadhan sejak bulan Febuari 2015 lagi.

>>KLIK untuk Senarai Penuh Tempat & PROMOSI terkini BUFFET RAMADHAN 2015<<

Hotel & restoran yang menyediakan buffet Ramadhan di Shah Alam 2015

Laman Kayangan, Seksyen 7 Shah Alam

Laman Kayangan di Seksyen 7 Shah Alam sekali lagi menawarkan prebook offer kepada mereka yang menempah slot buka puasa buffet bermula 1/4/2015 sehinggalah 15/6/2015. Malah mereka siap membuat majlis Perasmian Buffet Ramadhan 2015 di Segi Seri di Laman Kayangan Shah Alam sejak seawal 20 Mac 2015 lagi. Dan pelbagai jemputan rakan media yang datang bagi memeriahkan lagi pelancaran buffet Ramadhan 2015 di sini.

Tawaran ini tiada potongan harga untuk setiap pax namun lebih kepada tawaran pakej. Kalau anda tempah slot berbuka puasa berbuffet dengan Laman Kayangan untuk 2 orang dewasa (RM 138), anda boleh membawa seorang kanak-kanak untuk berbuka puasa sekali secara FREE..

Pakej ini amat menarik sekiranya syarikat dan organisasi anda berhajat untuk membuat program berbuka bersama anak-anak yatim (sekolah rendah). Beli harga pakej ini untuk 100 orang dewasa ( RM 138 x 50 pakej) = RM6900, dan kita boleh membawa 50 anak-anak yatim berbuka sekali. Besar pahalanya tu.

Bertemakan ala-ala “Bazar Asia” untuk tahun bulan Ramadhan 2015, Laman Kayangan Seksyen 7 menjanjikan pelbagai jenis juadah berbuka puasa samada masakan Melayu, Cina atau India yang sedap dan best. Laman Kayangan ini juga merupakan destinasi popular di Shah Alam untuk mereka yang nak melangsungkan majlis perkahwinan dan persandingan.

Royale Songket, Grand BlueWave Hotel Shah Alam

 

Mee Udang Sado? pergi gym ke udang?

Menjanjikan lebih 250 jenis makanan halal yang akan disediakan untuk buffet Ramadhan 2015 di Restoran Royale Songket di Hotel Grand BlueWave, Shah Alam ini. Dan antara menu berbuka puasa yang nampak menarik ialah;

  • Mee Udang Sado
  • Kambing Panggang Istimewa
  • Kebabs Skewer
  • Ayam Golek Percik
  • Aiskrim Pukat
  • Cendol Istimewa
  • Air Kelapa Muda

Seperti di tempat berbuka lain, surau juga tersedia untuk anda solat Maghrib, Isyak dan Terawih secara berjemaah.

 

Berbuka puasa dengan pelbagai jenis hidangan di ruangan mewah restoran Royale Songket ini semestinya membuatkan anda terasa bagaikan berbuka di kayangan. Chewah !

Harga Promosi Berbuka Puasa

Tawaran untuk mereka yang menempah slot berbuka puasa untuk 1-10 Ramadhan 1436 (18 Jun 2015 – 27 Jun 2015) di mana harga untuk seorang ialah RM 90++ untuk dewasa dan RM 58++ untuk kanak-kanak/warga emas.

Lokasi Tempat: Persiaran Perbandaran, Shah Alam

Tempahan dan apa-apa pertanyaan mengenai pakej berbuka puasa untuk tahun 2015 boleh hubungi pihak pemasaran Grand BlueWave Hotel Shah Alam ini di:

Hotel De Palma Shah Alam

De Palma Hotel Shah Alam satu lagi destinasi pilihan warga Shah Alam untuk berbuka puasa. Saban tahun menu dan masakan yang disediakan samada masakan melayu atau baba nyonya memang banyak tersedia. Tahun in De Palma Hotel Shah Alam tidak ketinggalan untuk membuat tawaran kepada mereka yang menempah slot berbuka puasa awal-awal sejak dari bulan February lagi iaitu hanya pada harga RM 45 ! Memang sangat murah berbuka puasa di kalau tempah awal-awal.

Bermula dengan RM 45 untuk seorang !

Promosi De Palma Shah Alam buffet Ramadhan 2015

  • Feb 2015 – RM 45 nett
  • Mac 2015 – RM 50 nett
  • Apr 2015 – Rm 55 nett
  • May 2015 – RM 60 nett

Memang menarik dan harga berbuka puasa sekepala pun lebih murah kalau nak dibandingkan di De Palma Ampang. Untuk tempahan dan pertanyaan boleh hubungi;

Selain di De Palma Hotel Shah Alam, De Palma di Ampang juga turut membuat tawaran kepada Early Birds yang membuat tempahan pada bulan April 2015 dan May 2015. Dan harga berbuka puasa di De Palma Ampang pun nampak lebih mahal sedikit daripada di Shah Alam.

Kalau tahun lepas, De Palma Shah Alam ini menawarkan konsep makanan dan bertema seperti Bazar juga, dan lebih 150 jenis hidangan juadah berpuasa termasuk kuih, pencuci mulut, kambing golek dan sebagainya.

Kebanyakan destinasi berbuka puasa, rata-rata menggunakan konsep ala Bazar yang mana kalau fikir secara logik, kena dengan bulan Ramadhan dan sesuai untuk puluhan tetamu yang akan mengambil lauk pada satu-satu masa. Kalau nak hidangkan, alamat memang tak berbuka puasalah si pelayan hotel. Namun kat sini tidaklah sesesak seperti di bazar-bazar Ramadhan. Jangan risau  :)

Tempat: Jalan Nelayan 19/15, Seksyen 19, Shah Alam

Tempat berbuka puasa yang lain di Shah Alam?

>>KLIK untuk Senarai Penuh Tempat & PROMOSI terkini BUFFET RAMADHAN 2015<<

Kalau tahun lepas selain destinasi di atas, ada beberapa lagi tempat berbuka yang menjadi pilihan warga Shah Alam seperti di bawah.

  • INTEKMA Resort & Convention Centre, Persiaran Raja Muda, Seksyen 7, Shah Alam
  • Gardenia Coffee House, Quality Hotel Shah Alam,Quality Hotel Shah Alam, Plaza Perangsang, Persiaran Perbandaran, Shah Alam
  • Rasa Nusantara, SACC, Shah Alam Convention Centre

Buat masa sekarang masih belum ada apa-apa berita mengenai buffet Ramadhan mereka untuk tahun 2015. Anda ada tempat menarik untuk berbuka puasa buffet di Shah Alam untuk dikongsikan dengan pembaca? Sila kemukakan di ruangan komen.

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x