Utama Global Cara Buat Homestay dengan Airbnb – Ini 12 Sebab Kenapa Airbnb Platform...

Cara Buat Homestay dengan Airbnb – Ini 12 Sebab Kenapa Airbnb Platform TERBAIK

24
10656
belajar cara cara buat homestay

Bagi mereka yang mempunyai perkhidmatan homestay atau rumah tamu, apa kata mencuba perkhidmatan Airbnb untuk beriklan. Ada beberapa sebab kenapa pengiklanan di Airbnb lebih menarik & lebih berkesan kalau nak dibandingkan dengan beberapa platform online yang lain.

Semoga tips cara buat homestay dengan Airbnb di bawah akan membuka satu lagi platform marketing anda. Sebagai pengguna/traveller juga, Airbnb merupakan platform yang sangat selamat untuk digunakan untuk mencari kemudahan rumah tamu, homestay, resort, chalet bahkan sebuah villa bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia. Sekiranya anda sudah ada akaun di Airbnb, baca 11 Tips Bagaimana Menguruskan Homestay di Airbnb


12 Sebab Kenapa Buat Homestay Dengan Airbnb Lebih Menarik & Selamat

Berikut merupakan beberapa sebab utama kenapa pemilik homestay/resort/chalet MESTI menggunakan Airbnb sebagai satu platform untuk beriklan/pemasaran.

1. Potensi Pasaran Yang Sangat Luas di Seluruh Dunia

cara promosi homestay
sumber statistik: Airbnb

Tahukah anda, statistik 2018 yang dikeluarkan oleh Airbnb yang pasti membuatkan para pengusaha rumah tamu tidak sabar nak guna Airbnb.

  • 400+ juta pelancong telah selamat menginap di penginapan Airbnb sejak ditubuhkan
  • Purata 2 juta tetamu menginap di Airbnb setiap malam di seluruh dunia
  • Airbnb wujud di 191+ negara di seluruh dunia

Angka-angka ini sudah cukup untuk meyakinkan mengapa perlu menggunakan Airbnb sebagai salah satu cara promosi homestay secara online & global.
Mulakan Daftar Airbnb DI SINI


2. Sistem Navigasi Yang Mudah

cara daftar airbnb malaysia

‘Simplicity’ merupakan salah satu sebab mengapa Airbnb menjadi salah satu platform terbaik di dunia untuk pemasaran homestay atau rumah tetamu. Dengan cara pendaftaran yang mudah dan ruang dashboard yang simple, membuatkan sesiapa sahaja tidak kira taraf pendidikannya, mampu untuk menggunakan Airbnb dengan mudah melalui komputer ataupun telefon.

Sekiranya anda belum ada akaun Airbnb, pastikan ada & cara daftar Airbnb walaupun di Malaysia sangat mudah. Saya akan ajar panduan daftar Airbnb dengan mudah & juga cara bagaimana nak jadi host yang berjaya di Airbnb.


3. Menggunakan Pelbagai Bahasa

cara buat homestay airbnb

Airbnb bukan merupakan platform yang hanya terdapat di dalam bahasa Inggeris malah majoriti bahasa utama dunia boleh dialihbahasakan termasuk Bahasa Melayu sendiri. Tidak hairanlah orang dari negara China dan Taiwan yang tidak faham sistem dan bahasa rumi pun boleh menggunakan Airbnb untuk mencari penginapan di serata dunia.

Bagi orang Melayu yang baru bermula belajar cara buat homestay di Airbnb, panduan penting untuk seorang host ada disediakan di Airbnb terdapat dalam bahasa Melayu.


4. Tidak Perlu Modal Awal Untuk Bayar Kos Pengiklanan

yuran perkhidmatan airbnb

Bagi pengiklan atau pemilik penginapan, biasanya kita akan berjumpa dengan sesuatu platform pengiklanan yang menawarkan pelbagai jenis pakej. Senang cerita, lagi banyak anda bayar kepada pemilik website lagi tinggi ranking listing anda dalam senarai. Tetapi itulah masalahnya, bukan semua pemilik homestay atau rumah tamu yang sanggup atau mampu untuk mengeluarkan wang yang tinggi hanya untuk beriklan. Conversion rate pun belum pasti.

Berbalik kepada Airbnb, kos yang digunakan untuk meletakkan satu listing untuk rumah tamu adalah adalah PERCUMA. Airbnb TIDAK akan cas anda apa-apa untuk hanya membuat listing.

Persoalannya macamana Airbnb membuat duit ?

Setiap kali ada pengunjung yang tempah homestay anda menerusi Airbnb, mereka akan mengenakan cas  sekitar 3% daripada jumlah keseluruhan yang tetamu/ guest bayar. Contohnya, anda menerima tempahan 3 hari sebanyak RM200/sehari, bermakna Airbnb akan mengambil cas sebanyak:

  • 3% x RM200 x 3 hari = RM 18 sahaja

5. Tidak Perlu Keluar Duit Sesen Pun

Bersambung kepada perenggan atas, secara logiknya duit yang dikenakan RM 18 ini bukan anda sebagai host yang perlu bayar dahulu, tetapi pelanggan yang kena bayar. Senang nak faham, anda sebagai host hanya perlu membayar kosnya apabila ada pengunjung yang telah sahkan tempahannya, jadi duit yang digunakan adalah daripada tetamu, bukannya daripada host.


6. Sistem Pembayaran Wang Sewa Yang Mudah

buat homestay tips

Tidak seperti di kebanyakan platform lain, Airbnb menyediakan satu sistem pembayaran kepada pemilik homestay dengan cara atas talian yang sangat mudah & tak memeningkan kepala.

Flownya macam ni, sebaik tempahan dibuat,

  1. Guest/Tetamu perlu bayar kepada Airbnb jumlah keseluruhan duit untuk dilabelkan sebagai ‘tempahan yang sah’ (Confirmed Reservation).
  2. Kita sebagai pemilik homestay tidak akan menerima duit secara terus tetapi akan menerima duit bayaran ke dalam akaun bank/Paypal satu hari selepas customer/tetamu check-in.
  3. Selepas duit masuk ke dalam Paypal akaun, anda boleh keluarkan duit dari Paypal terus ke dalam akaun bank anda seperti Maybank yang akan ambil masa 2-3 hari bekerja.

7. Tak Perlu Risau Kalau Customer Cancel Tempahan Last Minute

Sebaik ‘confirmed reservation’ telah kita terima dari pelanggan menerusi Airbnb, kita tidak perlu risau lagi sekiranya guest akan cancel tempahan pada saat last minute kerana duitnya telah Airbnb pegang. Samaada guest datang atau tidak, kita tetap akan menerima wangnya sehari selepas tarikh check-in (bergantung kepada refund policy yang anda sebagai hos tetapkan).

Sebagai pemilik homestay atau ‘host’, kita boleh set atau pilih polisi pembatalan, samaada nak refund 50% atau ‘no refund’ sekiranya guest cancel tempahan pada saat-saat akhir.


8. Khidmat Ambil Photo Profesional Yang PERCUMA

panduan buat homestay

Kalau anda pernah menjenguk di Airbnb, boleh kata majoriti listing mempunyai gambar yang sangat cantik dan sangat profesional. Sebenarnya sebaik anda siap membuat listing di Airbnb termasuk dengan pengesahan ID anda (menggunakan pastport/lesen memandu/MyKad), anda boleh tekan butang request untuk sesi Profesional Photoshoot secara percuma.

Airbnb akan menghantar seorang photographer profesional yang ada berdekatan ke lokasi homestay anda. Anda boleh set temujanji dengannya melalui email/telefon. Sila pastikan homestay dan bilik anda kemas sebelum hari sesi mengambil gambar. Lihat contoh homestay dalam Airbnb yang berjaya & yang dapat bayak review yang bagus bagaimana mereka hias kediaman untuk anda dapatkan idea.


9. Tidak Tertakluk Kepada Rumah & Apartment Sahaja

Yang menariknya dengan Airbnb, anda bukan sahaja boleh iklankan sebuah rumah atau studio di apartment mewah sahaja, malah anda boleh iklankan sebuah bilik di dalam rumah anda.

Ramai juga di Airbnb yang beriklan dengan meletakkan pelbagai jenis penginapan seperti ‘van rumah bergerak’, bungalow, istana bahkan sehingga ke sebuah pulau persendirian.


10. Sistem Polisi Untuk Tetamu Yang Bagus

Sebagai pemilik rumah, anda sebenarnya boleh memilih apa jenis tetamu yang anda inginkan samaada yang couple, berkeluarga atau yang bujang sahaja. Sekiranya anda tidak suka dengan seseorang bakal tetamu yang request untuk menginap, anda boleh batalkan.

Keduanya yang paling best, anda boleh membaca review bakal tetamu yang telah ditinggalkan oleh host-host (contoh gambar atas) sebelum ini. Kita boleh tahu samaada mereka seorang yang bersih, menepati masa atau berdisiplin dan sebagainya.

Dan yang ketiganya anda boleh tetapkan polisi apa yang tetamu perlu buat dan peraturan rumah apa yang perlu tetamu tahu. Ini bagi memastikan anda sebagai host akan mendapat tetamu yang menepati piawaian kehendak sendiri.


11. Sistem Review Untuk Tetamu Yang Telus

Airbnb bukan sahaja meletakkan sistem review atau rating kepada host sahaja, kita sebagai host juga boleh meninggalkan review dan rating kepada tetamu/guest yang telah menginap di rumah kita.

Jadi secara tidak langsung apabila ada sistem sebegini, kita boleh mendapat feedback awal akan tahap ‘kebagusan’ bakal tetamu kita dan keduanya, tetamu yang datang ke homestay kita berkemungkinan besar akan berkelakuan baik dan menjaga homestay kita dengan baik kerana mereka juga mahu menjaga review dan rating mereka sebagai tetamu.


12. Buat Homestay di Airbnb Lebih Terjamin kerana Ganti Rugi Kerosakan Sehingga USD 1 juta

belajar buat homestay

Yang paling menggerunkan kepada pemilik rumah ialah sekiranya berlaku apa-apa kejadian kerosakan premis yang tidak diinginkan sepanjang penginapan tetamu kita di homestay/guest house. Namun, pihak Airbnb menawarkan ganti rugi sehingga USD 1 juta sekiranya berlaku apa-apa namun dengan syarat-syarat yang tertentuk. Anda boleh semak dengan lanjut di Airbnb di bahagian polisi.

Mulakan Daftar Airbnb DI SINI

Semoga artikel ini memberi anda sedikit input dan maklumat berguna berkenaan dengan panduan & cara buat homestay dan pemasaran di Airbnb. Mudahan berjaya dan sukses dalam bisness pengurusan homestay/chalet/hotel/resort anda. Wassalam.

4.3/5 - (24 votes)
Subscribe
Notify of
guest

24 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Allan
Allan
1 year ago

salam.. untuk hotel 3 bintang airbnb boleh buat tak? terima kasih

Esah
Esah
1 year ago

kalau rumah belum sempurna . Airbnb boleh urusankan ke pembaikan rumah sebelum nsk di iklankan

Brozan
Brozan
4 years ago

Macam mana nak contact airbnb untuk photo shoot

sarah
sarah
4 years ago

salam, sy nak tanya airbnb ni ada sekali ke servis housekeeping?

izhar
izhar
5 years ago

Salam, saya ada satu persoalan tentang rumah yg sy nk jadikan homestay. Rumah single storey terrace. Tanah Rezab Melayu kawasannya. Saya pernah ajukan soalan sy kepada airbnb bahawa situasi di Malaysia berbeza tidak sama seperti negara luar. Saya cuma hendak memiliki tetamu yg hanya muslim / melayu bg menjaga sensitivity jiran dan penduduk taman saya. Tapi airbnb reply kami tidak berkrompromi dengan racism, sesiapa boleh melanggan. adakah masalah sy ni boleh dibantu?

Izyan
Izyan
5 years ago

Siapa yg tak dapat register, boleh contact Airbnb Customer Service atau guna code ni. http://www.airbnb.com/r/izyanj6

Juana binti Abdul latif
Juana binti Abdul latif
5 years ago

Kalau saya dah terbooked dgn agent macam mana sebab dia mengenakan term n condition yang sangat pelik

24
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x