Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Kedai Basikal Best di Melaka Yang Murah & Best

Berbasikal merupakan satu hobi yang kini menjadi kegemaran ramai tanpa mengira usia, dari kanak-kanak hinggalah dewasa. Jadinya, pemilihan basikal dari segi kos, servis dan jenama basikal itu sangat penting untuk pastikan kayuhan yang sempurna. Dibawah, kami kongsikan kedai-kedai basikal di Melaka yang telah mendapat rating yang tinggi dalam kalangan pelanggan dan disukai ramai kerana kepelbagaian jenis basikal, servis yang baik dan harga yang berpatutan. Jom kita sama sama tinjau kedai basikal di Melaka yang best.

10 Kedai Basikal Melaka yg Best


1. Sin Bee Hin Cycle, Kampung Empat

Sin Been Hin bicycle

Sin Bee Hin Cycle merupakan kedai basikal di Melaka yang menawarkan pelbagai jenis basikal yang direka dengan reka bentuk terkini. Ia juga mampu membuatkan anda kelihatan bergaya sewaktu melakukan aktiviti berbasikal. Yang menariknya di sini ialah mereka ada menjual tempat duduk hadapan basikal untuk bayi. Dengan membeli peralatan begini ia boleh memudahkan anda yang mempunyai anak kecil untuk membawa mereka sekali ketika berbasikal. Selain itu, bukan sekadar basikal berwarna hitam atau putih sahaja yang ada dijual di sini tetapi warna lain seperti merah jambu, biru, oren, kuning dan banyak lagi juga boleh didapati.

Kepada anda yang ingin mengubahsuai basikal, anda harus mengunjungi kedai ini kerana di sini mereka ada menjual barangan alat ganti basikal yang cantik-cantik dan tidak boleh didapati di kedai lain. Antaranya ialah pedal basikal, tempat duduk yang lebih selesa, rangka basikal dan banyak lagi.

Alamat: 47, Jalan Ong Kim Wee, Kampung Empat,75300 Melaka

Waktu Operasi: 9.45am – 6.45pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone:06-2831477

Whatsapp Sin Bee Hin


2. Dah Chong Trading Bicycle Shop, Taman Seri Duyong 2

Dah Chong Trading

Sekiranya anda masih mencari basikal untuk kanak-kanak, anda wajib untuk mengunjungi kedai basikal Dah Chong Trading Bicycle Shop. Basikal kanak-kanak yang dijual juga mempunyai design kartun yang comel-comel dan terkenal. Bukan itu sahaja, ianya direka dengan warna yang ceria dan menarik juga sudah pasti akan lebih menarik perhatian kanak-kanak. Basikal kanak-kanak ini juga sangat sesuai dijadikan sebagai hadiah untuk anak-anak anda.

Selain itu, kedai basikal yang terletak di Taman Seri Duyong 2, Melaka ini juga menawarkan pelbagai model basikal dengan harga yang berpatutan. Di sini bukan sahaja menjual basikal kanak-kanak tetapi basikal untuk orang dewasa juga. Mereka ada menjual aksesori yang menarik untuk basikal kesayangan anda dan ada menawarkan perkhidmatan membaiki basikal.

Alamat:46, Jalan SD 2/1, Taman Seri Duyong 2, 75460 Melaka

Waktu Operasi: 11.00am – 6.30pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 012-368 6559

Whatsapp Dah Chong Trading


3. CNK Bicycle Centre, Heights 1

CNK Bicycle Centre

CNK Bicycle Centre merupakan kedai basikal yang terbaik dan perlu untuk anda kunjungi sekiranya ingin mencari basikal yang berkualiti tinggi. Basikal di kedai ini juga dijamin dijual dengan harga yang murah-murah. Mereka juga sering membuat promosi untuk basikal yang terpilih. Pelbagai jenis basikal yang sesuai untuk semua peringkat usia juga boleh didapati di sini. Antara contoh basikal yang mereka jual ialah basikal BMX, basikal lajak, basikal lipat, basikal 16 dan 20 inci. Selain itu, mainan kanak-kanak seperti skuter juga boleh di beli di sini.

Sekiranya anda ingin melihat gambar basikal yang ada dijual di kedai ini, anda boleh mengikuti Facebook mereka. Bukan itu sahaja, anda juga akan dapat mengetahui update terkini tentang produk terbaharu di kedai ini.

Alamat: 120,Jalan Terendak Heights 1,Taman Terendak, Heights 1, 76300 Sungai Udang, Melaka

Waktu Operasi: 10.30am – 6.30pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 012-368 6559

Whatsapp CNK Bicycle Centre


4. WonderKidz Bicycle Durian Tunggal

wonderkidzs

WonderKidz Bicycle menawarkan pelbagai jenis basikal, alat ganti, dan komponen basikal kepada para penggemar sukan berbasikal. Ia juga dijual dengan harga yang mampu milik. Dengan membeli basikal di sini, anda akan dapat melakukan aktiviti berbasikal dengan baik kerana basikal mereka mempunyai kualiti yang tinggi. Bukan sahaja menjual basikal, di sini juga ada menjual pelbagai mainan kanak-kanak yang mampu memberikan keseronokkan buat mereka. Mainan seperti beyblade, pistol mainan, belon, kereta mainan dan banyak lagi boleh didapati di kedai ini.

Sukar mencari ulasan yang buruk di ruangan ulasan mereka. Ini kerana, layanan dan servis yang diberikan sememangnya bagus. Kedai mereka juga berada di lokasi yang strategik dan mudah untuk dijumpai. Oleh itu, jangan terlambat mengunjungi kedai ini agar tidak terlepas untuk mendapatkan basikal yang hebat atau pelbagai barangan menarik.

Alamat: 562, Lorong Idaman 1, Taman Desa Idaman, 76100 Durian Tunggal, Melaka

Waktu Operasi: 10.00am – 9.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 012-6301582

Whatsapp WonderKidz Bicycle


5. LBC Bike, Taman Limbongan Indah

LBC bkie shop

Kepada anda yang menggemari basikal dengan reka bentuk yang moden, sila kunjungi LBC Bike kerana di sini menjual pelbagai basikal moden dengan tawaran harga yang mampu milik. Bukan sekadar itu sahaja, basikal di sini juga mempunyai kualiti yang dijamin baik. Mereka juga ada menawarkan perkhidmatan membaiki basikal yang akan dilakukan oleh pekerja mereka yang profesional. Bagi memastikan basikal anda berfungsi dengan baik, anda boleh mendapatkan alat ganti basikal yang terbaik di sini.

Selain itu, pekerja mereka juga akan memberikan layanan yang baik dan sopan bagi membantu anda untuk memilih basikal. Anda tidak perlu risau jika mengunjungi kedai ini kerana di sini bukan sahaja mempunyai pekerja yang peramah tetapi pemilik kedai mereka juga sangat ramah dan boleh membantu anda untuk mendapatkan basikal yang terbaik.

Alamat: NO.43, Jalan Kristal 1, Taman Limbongan Indah, 75200 Melaka

Waktu Operasi: 10.00am – 10.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 019-2468332

Whatsapp LBC Bike Shop


6. Bicycle & Toys, Taman Murai Jaya

bicycle & toys

Sekiranya anda mencari basikal yang terbaik untuk aktiviti riadah, anda perlu mengunjungi Bicycle & Toys yang terletak di Taman Murai Jaya. Bukan sahaja menjual basikal, di sini juga ada menawarkan alat ganti dan aksesori basikal seperti tempat duduk yang lebih selesa, lampu led pada roda dengan pilihan warna yang menarik, tempat untuk meletakkan botol air dan frame bag yang direka dengan poket berganda agar anda boleh menyimpan segala barangan pribadi ketika berbasikal. Yang menariknya di sini, mereka ada menjual basikal elektrik yang sesuai untuk semua peringkat umur.

Di Bicycle & Toys seperti namanya, anda boleh mendapatkan barangan mainan kanak-kanak yang menarik di sini. Antaranya ialah kolam kanak-kanak yang mempunyai reka bentuk unicorn, blok lego, bola bulat warna-warni dan banyak lagi. Mereka juga ada menjual pam kolam di sini.

Alamat: DT 4291, Jalan Murai Jaya 3, Taman Murai Jaya, 76100 Durian Tunggal, Malacca

Waktu Operasi: 10.30am – 8.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 012-6773510

Whatsapp Bicycle & Toys


7. Kedai Basikal Chop Eng Chuan, Taman Malim Jaya

chop eng chuan

Chop Eng Chuan merupakan antara kedai basikal yang terbaik dan perlu untuk anda kunjungi sekiranya anda mencari basikal. Mereka juga menawarkan basikal dengan harga yang murah. Anda akan berpuas hati jika mengunjungi kedai ini kerana di sini mempunyai pelbagai pilihan basikal yang menarik. Kedai mereka juga berada di tempat yang strategik dan mudah untuk dijumpai.

Mereka juga ada menjual pelbagai pilihan aksesori untuk basikal yang akan mencantikkan lagi basikal kesayangan anda. Mereka juga mengambil masa yang tidak lama iaitu 30 minit hingga 60 minit untuk membaiki basikal anda. Kebanyakkan ulasan yang diberikan oleh pembeli di ruangan ulasan kedai ini juga adalah sangat positif.

Alamat: 8, Jalan Suria 1, Taman Malim Jaya, 75250 Melaka

Waktu Operasi: 10.00am – 7.00pm

Lokasi | Ulasan Bisnes | Phone: 06-3343086


8. LS Teo, Masjid Tanah

ls teo enterprise

LS Teo menawarkan pelbagai jenis basikal berjenama TRINX dengan banyak pilihan warna yang menarik. Mereka juga ada menjual alat ganti untuk semua jenis basikal. Antara alat ganti mereka yang telah menjadi kesukaan orang ramai ialah sprocket cassette basikal yang mempunyai campuran warna yang menyerlah dan akan menjadikan basikal anda lebih cantik. Semestinya barangan di kedai ini ditawarkan dengan harga yang berpatutan.

Antara yang menarik di sini ialah mereka ada menjual bike rack yang membolehkan anda membawa basikal anda dengan menggunakan kereta untuk ke destinasi yang dirancang. Ia juga merupakan cara yang lebih selamat untuk membawa basikal anda kemana-mana. Selain itu, untuk ibu bapa yang masih mencari car seat untuk bayi, anda juga boleh mendapatkannya di sini.

Alamat: 4532-AG, Jalan Besar, Masjid Tanah, 78300, Melaka

Waktu Operasi: 9.00am – 7.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 06-3844399

Whatsapp LS Teo Enterprise


9. SYH Cycle Sdn.Bhd, Kompleks Kesidang

syh cycle sdn.bhd

SYH Cycle Sdn.Bhd yang terletak di Kompleks Kesidang merupakan kedai basikal yang menawarkan basikal dengan reka bentuk terkini dan akan menepati cita rasa anda. Tidak perlu risau jika sesat ketika ingin ke kedai ini kerana lokasi kedai mereka memang mudah untuk dicari. Selain itu, di sini juga memang mempunyai banyak pilihan yang semestinya akan menjadikan anda rambang mata. Pelbagai alat ganti juga boleh didapati di sini.

Anda akan berpuas hati dengan servis mereka kerana layanan daripada pekerja di sini sangat baik dan ramah. Mereka juga tidak kedekut ilmu untuk berkongsi dengan anda tentang basikal. Harga basikal yang mereka tawarkan juga memang tidak boleh didapati di kedai lain.

Alamat: 23, Jalan Tun Perak, Kompleks Kesidang, 75250 Melaka

Waktu Operasi: 10.00am – 7.00pm

Lokasi | Ulasan Bisnes | Phone: 06-3353299


10.  Eco Greenbike Station, Plaza Mahkota

eco greenbike station

Eco Greenbike Station menawarkan pelbagai jenis basikal yang berkualiti tinggi. Antara basikal yang boleh didapati ialah Mountain bike, comfort bike, BMX, basikal jalan, basikal kanak-kanak dan basikal lipat. Selain itu, mereka juga ada menjual alat ganti dan aksesori basikal yang menarik. Semestinya yang tidak boleh didapati di kedai lain. Sekiranya basikal anda rosak, jangan risau kerana mereka juga menyediakan perkhidmatan membaiki basikal.

Mereka juga tidak jemu untuk berkongsi tentang basikal dengan semua pelanggan. Jika anda sukar untuk membuat pilihan ketika hendak membeli basikal, jangan risau kerana mereka tidak kedekut untuk berkongsi pendapat atau nasihat.

Alamat: 24, Jalan Pm 3, Plaza Mahkota, 75000 Melaka

Waktu Operasi: 10.00am – 7.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 06-2322396

Whatsapp Eco Green Bike


Kesimpulannya, marilah mendapatkan basikal yang terbaik dan berkualiti tinggi daripada kedai-kedai yang boleh dipercayai. Dengan ini juga akan dapat memberikan anda keselesaan yang lebih sewaktu melakukan aktiviti berbasikal. Anda juga tidak perlu susah-susah untuk mencari antara kedai yang terbaik ketika ingin membeli basikal kerana pilihan yang disertakan di sini sememangnya yang terbaik.

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x