Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Kedai Basikal Best di Penang

Penang merupakan salah satu negeri di Malaysia yang terkenal dengan penjualan kedai basikal dengan kualiti terbaik serta harga berpatutan. Anda boleh melakukan aktiviti berbasikal bersama keluarga dan rakan-rakan di waktu petang. Aktiviti ini mampu mengurangkan risiko penyakit jantung, mengurangkan risiko serangan arthritis, dan mampu meningkatkan kualiti tidur individu. Tahukah anda bahawa kajian menunjukkan aktiviti berbasikal mampu mengurangkan risiko kemurungan dalam diri anda. Dari perspektif kesihatan awam, sebahagian individu lebih cenderung untuk berbasikal bagi tujuan mengawal berat badan dan mengurangkan risiko penyakit obesiti. Anda boleh membeli basikal Trek dalam talian dan panduan dibawah sememangnya berguna untuk anda dalam membuat pemilihan.

Cara membeli basikal Trek dalam talian:

  1. Pilih basikal anda, pastikan sesuai dengan gaya dan anggaran anda.
  2. Pilih ukuran basikal anda, bergantung pada ketinggian dan jantina anda.
  3. Pilih aksesori anda seperti lampu, pedal, topi keledar, dan botol air untuk dipasang pada basikal anda serta memberikan keselamatan kepada penunggang basikal.

Berikut merupakan beberapa jenis basikal yang anda boleh cari dari kedai yang terpapar dalam artikel ini: basikal lipat, basikal murah, basikal bmx, basikal budak, basikal tua,  basikal mountain bike, basikal roadbike, basikal senaman, dan basikal gear.

 

Kedai Basikal Penang


1. Lim Cycle Outlet, Bayan Lepas

menawarkan basikal berjenama

Lim Cycle Outlet merupakan salah satu penjual basikal berjenama di bawah syarikat SLM Bicycle. Kedai basikal ini menawarkan basikal jenama Abus, Atlas, FSA, Ride 100%, Rolf Prima, Supacaz, dan Vittoria dengan 100% jaminan asli atau wang anda dikembalikan. Outlet ini terletak di bandar Bayan Baru dan berdekatan dengan Ekia (kedai pembaikan rumah) serta kedai mekanik TWC Car Audio & Auto Accessories.

Alamat: 36, Jalan Mayang Pasir, Bayan Baru, 11950 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Ahad: 1.00pm – 8.00pm, Isnin – sabtu: 10.00am – 7.00pm

Lokasi | Laman web | Instagram | Facebook | Shopee | Email | Ulasan Bisnes | Phone: +6012-4126727

Whatsapp Lim Cycle Outlet

 

2. Rodalink Penang, Bayan Lepas

Kedai ini memenuhi keperluan berbasikal anda

Rodalink mempunyai 5 cawangan di Malaysia iaitu Shah Alam, Putrajaya, Bangsar Baru, Kuala Lumpur, dan Pulau Pinang. Kedai basikal ini menawarkan pelbagai basikal dan akesori untuk memenuhi keperluan berbasikal anda. Semua basikal Rodalink dipasang 80% dan akan dihantar dalam kotak asalnya kepada pelanggan. Selain basikal, penggelek,
monitor kadar jantung, kerangka basikal, roda, tayar, alat ganti basikal, kasut, topi keledar, pakaian basikal, akesori basikal, dan alatan penyelenggaraan basikal turut dijual oleh Rodalink.

Alamat: 1-1-8, Summerskye Residence, Jalan Sungai Tiram 8, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Ahad – isnin: 11.00am – 8.00pm

Lokasi | Laman web | Instagram | Facebook | Shopee | Ulasan Bisnes | Phone: +604-6082975

Whatsapp Rodalink Penang

 

3. Basikal Penang, Butterworth

Kedai Basikal Penang di Butterworth

Kedai ini menjual serta membekal pelbagai jenis basikal untuk kanak-kanak dan orang dewasa dengan harga murah. Kedai Basikal Penang dibuka setiap hari dari 10:00 pagi hingga 8:00 malam. Sebarang pertanyaan anda boleh walk in ke kedai mereka di Taman Seri Pinang atau whatsapp untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai basikal yang dijual.

Alamat: No 5 Jalan Seri Pinang, Taman Seri Pinang, Sungai Puyu, Butterworth, 13020 Butterworth, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Isnin – ahad: 10.00am – 8.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: +6017-4413533

Whatsapp Kedai Basikal Penang

4. KT Cyclone Sdn Bhd, Bukit Mertajam

Kedai basikal di Bandar Baru Perda

KT Cyclone terletak di Bandar Baru Perda dan berdekatan E-Pet Shop. Antara barangan yang ditawarkan ialah pelbagai kategori basikal untuk kegunaan tertentu, komponen basikal, roda, tayar, pakaian untuk berbasikal, penapis air peribadi, botol, penggilap bingkai, dan sebagainya. Perkhidmatan pelanggan yang peramah dan pakar mekanik basikal bersedia untuk menjawab pertanyaan anda.

Alamat: 28, Jalan Perda Timur, Bandar Baru Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – sabtu: 11.00am – 7.00pm

Lokasi | Laman webInstagram | Facebook | Email | Ulasan Bisnes | Phone: +6019-4102889

Whatsapp KT Cyclone Sdn Bhd

 

5. Pink Bike Cycle, Bukit Mertajam

pelbagai pilihan basikal dan peralatan basikal

Pink Bike Cycle menyelesaikan masalah anda sekiranya anda ingin mencari basikal dalam talian kerana kedai ini mempunyai kedai e-dagang dalam aplikasi Shopee. Pelbagai pilihan basikal dan peralatan basikal yang lain dijual dalam kedai e-dagang mereka serta tempoh penghantaran yang pantas.

Alamat: 2100, Jalan Rozhan, Taman Impian Ria, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – jumaat: 8.00am – 6.00pm, Sabtu: 8.00am – 5.30pm

Lokasi | Facebook | Shopee | Ulasan Bisnes | Phone: +604-5883537

Whatsapp Pink Bike Cycle

6. Specialized Penang City Junction, Tanjung Tokong

mampu meningkatkan pengalaman penunggang basikal

Specialized Penang City Junction atau dikenali sebagai Specialized Concept Store (PENANG) ini merupakan gedung konsep khas basikal di bawah syarikat FunSportz Cycles Sdn Bhd. Syarikat FunSportz Cycles Sdn Bhd ditubuhkan di Malaysia pada tahun 2016 dan mempunyai 2 cawangan lain iaitu di Petaling Jaya dan Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Selain itu, syarikat ini berhasrat untuk mengubah industri berbasikal di Malaysia dengan meningkatkan pengalaman penunggang melalui produk canggih dari segi teknikal yang memberikan faedah prestasi dunia nyata. Seterusnya, menawarkan perkhidmatan lengkap BG FIT (Body Geometry), termasuk sistem Data Capture kelas atas untuk meningkatkan daya, keselesaan, dan ketahanan. Kedai basikal ini turut menawarkan aktiviti yang unik, mulai dari latihan basikal di dalam rumah, ceramah pendidikan, dan perjalanan kumpulan mingguan untuk pemula. Malahan, jenama ini ingin menawarkan pengalaman bertaraf dunia untuk anda.

Alamat: No.2-1-1, City Junction, Persiaran Lengkuas 2, 10470 Tanjung Tokong, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Isnin (tutup), Ahad: 12.00am – 6.00pm, Selasa – sabtu: 11.00am – 8.00pm

Lokasi | Laman web | Instagram | Facebook | Email | Ulasan Bisnes | Phone: +603-26331801

 

7. AMJ Cycle Station, Pusat Niaga Bertam Perdana

kedai basikal berhampiran Western Meat Cafe

AMJ Cycle Station juga dikenali sebagai FD_Bicycle Outlet. Lokasi kedai ini sangat strategik kerana berhampiran Western Meat Cafe, Butik SM Colouring, kedai Pro Apparel dan beberapa meter dari situ jugak terdapatnya kedai CKT Perabot, farmasi, dan Nur Beauty & Hijab. Selain menjual pelbagai pilihan basikal, kedai basikal ini turut menawarkan khidmat membaiki basikal dan servis basikal. Beberapa minggu yang lalu, AMJ Cycle Station telah mengadakan live cabutan bertuah yang bernilai RM5000 dan tawaran basikal dengan harga potongan yang sangat berbaloi untuk pelanggan mereka.

Alamat: Jalan Dagangan 10, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – sabtu: 10.30am – 7.30pm

Lokasi | Laman web | Instagram | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: +6010-3795096

Whatsapp AMJ Cycle Station

 

8. Lim Bicycle Station (Trek Bikes Malaysia)

kedai baru jenama Trek Bicycle Penang

Lim Bicycle Station Penang merupakan kedai baru jenama Trek Bicycle Penang dan berprestasi tinggi di wilayah utara, Malaysia. Basic service bermula dari harga serendah RM39 dan premium service berharga RM139. Di sini, anda akan menemui semua alat serta basikal yang memenuhi keperluan anda, sesuai dengan anggaran, dan memenuhi basikal impian anda. Kakitangan sokongan kedai basikal Penang ini juga akan membantu anda dalam membuat pilihan.

Alamat: 45, Jalan Anson, George Town, 10400 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Ahad:12.00pm – 6.00pm, Isnin – sabtu: 10.00am – 8.00pm

Lokasi | Laman web | Instagram | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: +6016-457 4778

 

9. Georgetown Bicycle Shop, Jalan Patani

menyelesaikan masalah basikal anda

Kedai ini banyak mendapat ulasan positif dari pelanggan disebabkan perkhidmatan terbaik yang diberikan oleh kakitangan mereka. Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan sesuai dengan basikal mereka. Salah seorang pelanggan mereka turut mengesyorkan kedai ini kerana kedai ini berjaya menyelesaikan masalah basikal mereka dengan kos yang rendah berbanding kedai basikal lain.

Alamat: 63, Jalan Patani, 10150 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – sabtu: 11.00am – 6.30pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: +6012-4201111

Whatsapp Georgetown Bicycle Shop

10. Giant Bicycles Malaysia, Tanjung Tokong

kedai basikal terkenal Penang

Giant Bicycle mempunyai cawangan di seluruh negar termasuklah Australia, China, Indonesia, Singapura, Thailand, dan Vietnam. Selain menjual basikal, kedai ini turut menawarkan perkhidmatan membaiki basikal. Antara barangan lain yang dijual ialah sarung tangan berbasikal, kasut, penutup kepala, topi keledar, aksesori, perkhidmatan gear, komponen basikal, dan lain-lain. Majoriti pelanggan Giant Bicycle memberikan ulasan yang bagus mengenai kedai ini.

Alamat: 123, Jalan Tanjong Tokong, Kampung Masjid, 10470 Tanjung Tokong, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Isnin (tutup), Selasa – jumaat: 10.00am – 7.00pm, Sabtu & ahad: 10.30am – 6.00pm

Lokasi | Laman web | Instagram | Facebook | Email | Ulasan Bisnes | Phone: +604-892 0123

Whatsapp Giant Bicycles Malaysia

 

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

Top 5 Kedai Basikal Butterwoth & Bukit Mertajam yg Best & Murah

Terdapat salah tanggapan umum bahawa jika anda tidak belajar menunggang basikal semasa kecil, anda telah terlepas peluang anda. Namun begitu, tanggapan anda semestinya salah...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x