Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Top 10 Kedai Basikal Kuching & Miri yg Terbaik

Basikal mempunyai kategori yang berbeza dan julat harga tertentu tetapi biasanya mempunyai jenis komponen yang serupa. Mulakan dengan bertanya pada diri sendiri di mana anda merancang untuk menunggang. Adakah anda ingin berbasikal di jalan-jalan, jalan basikal, sekitar rumah, bukit, jalan dan jalan yang tidak berturap atau gabungan tempat-tempat tersebut? Jika ya, fahami dulu keperluan anda dan baru buat keputusan berdasarkan faktor tersebut. Pemilihan basikal berdasarkan tujuan sememangnya sangat penting bagi menjamin keselesaan anda ketika menunggang bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Kini banyak jenis basikal merangkumi pilihan basikal elektrik, jadi luangkan masa beberapa minit untuk menentukan pilihan anda. Untuk pengetahuan anda, basikal jalan raya bagus untuk perjalanan harian, perjalanan acara, lawatan atau lumba. Manakala, basikal gunung pula direka dengan ciri-ciri penyerap kejutan dan binaan yang kukuh. Basikal gunung juga dapat menangani jalan kotoran dan batu, akar, lebam dan landasan yang menjadikannya sangat menyeronokkan.

Senarai kedai basikal ini dapat membantu anda dalam memilih basikal yang terbaik untuk anda. Kami yakin ini akan membantu anda untuk memilih kedai terbaik dengan pantas dan memenuhi keperluan anda. Anda boleh melihat senarai kategori basikal kami secara lebih teliti di bawah.

 

Kedai Basikal Kuching


1. Thong Sen Cycle Sdn Bhd, Taman Kuching

Kedai basikal Kuching

Kedai basikal ini antara kedai basikal Kuching yang mendapat rating sangat bagus dari pelanggan yang pernah berkunjung ke sini. Thong Sen Cycle Sdn Bhd juga pengedar basikal jenama Trek yang sah di Sarawak. Antara basikal jenama lain yang ditawarkan ialah Benotto R-300, Gusto, dan Specialized Allez Sprint. Sekiranya anda ingin mendapatkan basikal yang sesuai dengan impian anda, ini adalah tempat yang anda harus kunjungi. Selain itu, jika basikal anda mempunyai masalah anda boleh bertanya langsung kepadanya.

Alamat: Kuching Garden, 5871B, Tun Razak Road, Taman Kuching, 93300 Kuching, Sarawak

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin-sabtu: 10.30am-8.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Tel: +6016-8082288

Whatsapp Thong Sen Cycle Sdn Bhd

 

2. Thong Hin Cycles, Batu Kawa Light Industrial Park

kedai basikal Thong Hin Cycles

Selain menjual basikal, kelengkapan berbasikal seperti topi keledar, jersi, sarung tangan, dan lain-lain turut ditawarkan untuk anda. Pembantu kedai basikal Kuching ini juga sangat profesional dan dapat menjawab pertanyaan anda dengan baik.

Alamat: No.16 , Batu Kawa Light Industrial Park, Batu Kawa, 93250 Kuching, Sarawak

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin-jumaat: 9.00am-5.30pm & sabtu: 9.15am-5.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Tel: +6016-8828000

Whatsapp Thong Hin Cycles

 

3. Giant Bicycles Kuching, Jalan Pending

Giant Bicycles Kuching

Satu-satunya pengedar basikal jenama Giant di Kuching. Kakitangan yang profesional dan mereka juga mampu membaiki basikal. Terdapat pelbagai aksesori dan pilihan basikal untuk kanak-kanak, lelaki dan wanita. Antara basikal yang ada di sini ialah basikal jalan raya, basikal MTB, basikal CX, basikal bandar, basikal lipat, basikal kanak-kanak, dan BMX.

Alamat: 6634, 6621, Jalan Pending, 93450 Kuching, Sarawak

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin-sabtu: 10am-8pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Tel: +608-2333443

 

4. W.G. Cycle, Bangunan Nam Meng

kedai basikal wc cycle

W.G. Cycle juga antara kedai basikal yang dikenali ramai disebabkan perkhidmatan yang diberikan sangat bagus. Hal ini dibuktikan oleh ulasan pelanggan mereka. Mereka sanggup memberikan bantuan tambahan dan menyelesaikan masalah salah seorang pelanggan walaupun selepas waktu kerja. Selain menjual basikal, mereka akan membantu anda dalam memilih aksesori yang betul. Sebahagian pelanggan juga telah kerap berkunjung ke kedai ini untuk membeli basikal buat keluarga mereka. Bagi yang mencari basikal lipat yang ringan dan terbaik, kedai basikal ini menawarkan Dahon K3 Plus dan K3 sebagai pilihan anda.

Alamat: 36-36 A, Bangunan Nam Meng, Jalan Ban Hock, 93100 Kuching, Sarawak

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin-sabtu: 12.00am-6.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Tel: +608-2238239

Whatsapp W.G. Cycle

 

5. HIC Cyclist Store, Taman Supreme

kedai basikal di Taman Supreme

Perkhidmatan kedai basikal yang sangat baik dengan pelbagai basikal untuk dipilih. Selain menjual basikal, aksesori basikal dan alat ganti basikal turut dijual untuk anda. Adakah anda berminat dengan kedai basikal ini? Jika ya, anda boleh berkunjung ke kedai HIC Cyclist Store.

Alamat: G/F, 488, Jalan Chawan, Taman Supreme, 93300 Kuching, Sarawak

Waktu Operasi: Ahad & isnin (tutup), selasa-sabtu: 10.30am-5.30pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Tel: +608-2335250

Whatsapp HIC Cyclist Store

 

6. Kuching Cycle Hub, Jalan Kwong Lee Bank

kedai bicycle HIC

Menurut salah seorang pelanggan, dia mengatakan bahawa perkhidmatan pelanggan di Kuching Cycle Hub sangat bagus berbanding kedai basikal lain yang pernah dikunjunginya. Basikal kanak-kanak, basikal untuk 2 penunggang, set roda, pedal meter berkuasa, stoking, dan GPS untuk basikal juga dijual untuk pelanggan. Bagi sesiapa sahaja di kawasan Kuching yang memerlukan basikal atau servis basikal, anda boleh datang ke kedai basikal ini.

Alamat: Ground Floor, Lot 10147, Jalan Kwong Lee Bank, Pending, 93450 Kuching, Sarawak

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin-sabtu: 10.30am-6.00pm

Lokasi | Instagram | Facebook | Ulasan Bisnes | Tel: +608-2331933

 

Kedai Basikal Miri


7. Bike Garage, Taman Boulevard

Bike Garage Sarawak

Bike Garage antara kedai basikal yang terkenal di Miri. Selain menjual basikal, mereka turut menjual aksesori basikal dan membaiki basikal. Antara jenama basikal terkenal yang dijual di kedai basikal ini ialah Cannondale, Rifle R3 Alloy, Gusto 2022, dan lain-lain. Bagi yang mencari basikal untuk menghantar makanan Food Panda, basikal jenama Fixie antara pilihan yang sesuai untuk anda. Berdasarkan ulasan dari pelanggan, mereka mengesyorkan bahawa tempat ini bagus untuk pembaikan dan peningkatan basikal. Pemilik kedai basikal yang berpengalaman, boleh dipercayai, peramah, dan mampu memberi nasihat yang berguna untuk anda. Peminat basikal harus mengunjungi kedai ini yang terletak di Miri.

Alamat: Jalan Boulevard 1, Taman Boulevard, 98000 Miri, Sarawak

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin-sabtu: 10.00am – 6.00pm

Lokasi | Shopee | Facebook | Ulasan Bisnes | Tel: +6017-8520005

Whatsapp Bike Garage

 

8. Hiap Ho Cycle Works (Permy), Bandar Baru Permyjaya

kedai basikal Miri

Kedai basikal Miri ini menjual pelbagai jenis basikal, antaranya ialah basikal lipat, basikal jalan, basikal bandar, scooter, basikal kanak-kanak, dan sebagainya. Semestinya anda akan tertarik dengan melihat pelbagai basikal dijual di kedai ini. Harga juga sesuai dengan anggaran anda dan staff mereka menawarkan perkhidmatan pelanggan yang baik. Terdapat beberapa jenama basikal yang baru diterima iaitu Gomax Space, Genio Lunox, Bnb Tory, dan Trinx Swift.

Alamat: S/lot 7164, G/F, Pusat Bandar Shophouse, Bandar Baru Permyjaya, 98000 Miri, Sarawak

Waktu Operasi: Isnin (tutup), selasa-ahad: 9.30am-7.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Tel: +608-5651134

 

9. Lian Huat Enterprise, Jalan Rice Mill

Lian Huat Enterprise

Cawangan kedua Lian Huat Enterprise terletak di Lutong Bazaar. Hanya Lian Huat Enterprise sahaja kedai yang berkonsepkan Specialized di Miri. Malahan, menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan khusus mulai dari basikal junior hingga basikal kelas atas terutamanya basikal junior, basikal gunung, dan basikal jalan raya. Selain basikal, pelbagai peralatan khas seperti pakaian, topi keledar, kasut, sarung tangan, pelana, cermin mata hitam, roda, tayar, dan sebagainya ditawarkan untuk pelanggan. Pelanggan juga berpuas hati dengan perkhidmatan cawangan ini. Pelbagai pilihan basikal disediakan untuk pelanggan sehingga boleh membuatkan anda rambang mata.

Alamat: Ground Floor, Lot 303A, Jalan Rice Mill, 98000 Miri, Sarawak

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin-sabtu: 9am-5pm

Lokasi | Laman web | Facebook | Email | Ulasan Bisnes | Tel: +608-5322662

Whatsapp Lian Huat Enterprise

 

10. Hiap Ho Cycle Works, Boulevard Commercial Centre

kedai basikal Miri Sarawak

Pilihan basikal yang pelbagai sesuai untuk kanak-kanak, remaja, dewasa, dan golongan berusia. Basikal yang ditawarkan terdiri dari jenama Oyama, Bmx, Falcon Disc, FNHON, dan sebagainya. Anda boleh mengunjungi halaman facebook mereka untuk maklumat lebih lanjut. Lokasi kedai basikal ini terletak berdekatan Maju Graphic & Trading.

Alamat: Lot 2397, Boulevard Commercial Centre, 98000 Miri, Sarawak

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin-sabtu: 9.00am-5.30pm

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Bisnes | Tel: +608-5427880

Whatsapp Hiap Ho Cycle Works

 

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x