Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Top 10 Kedai Basikal Sekitar Kota Kinabalu yg Best

Berbasikal merupakan salah satu aktiviti yang dapat memberikan keseronokan kepada mereka yang meminati aktiviti ini. Selain itu, berbasikal juga berkesan untuk mengurangkan ketegangan fikiran dan aktiviti ini sesuai untuk semua peringkat umur. Walaupun banyak kedai basikal yang menjalankan perniagaan secara dalam talian terutamanya menggunakan whatsapp, anda seharusnya berhati-hati apabila berbalas mesej atau membuat pembayaran melalui bank untuk mengelakkan diri anda daripada menjadi mangsa scammer.

Bagi yang ingin mencari kedai basikal sekitar Kota Kinabalu, anda boleh menyemak senarai di bawah. Kedai basikal ini juga mendapat rating yang bagus dari pelanggan mereka. Kualiti basikal juga terbaik dan kedai ini juga dipercayai orang ramai.

 

Kedai basikal Kota Kinabalu


1. KSH Bicycle Kota Kinabalu, Lorong Tropikana 2

KSH Bicycle Kota Kinabalu

Menurut ulasan dari salah seorang pelanggan, dia membeli basikal gunung & basikal lipat  dengan harga yang sangat baik termasuk menerima aksesori dan penghantaran ke rumah. Kualiti basikal yang diterimanya juga sangat baik. Oleh sebab itu, jika anda mahukan basikal berkualiti tinggi dengan semua yang disertakan dengan harga yang sangat bajet, anda boleh berkunjung ke sini. Setiap peminat basikal juga akan menyukai kedai basikal Kota Kinabalu ini.

Alamat: S2-1, Ground Floor, Lorong Tropikana 2, Off, Jalan Pintas Penampang, 88200, Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin-sabtu: 10.30am-7.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 088-703227

Whatsapp KSH Bicycle Kota Kinabalu

 

2. 88 Bikers’ Centre, Lorong Pusat Komersial 88/2

Kedai basikal Kota Kinabalu

Pemilik kedai ini akan memberi anda idea untuk memilih basikal yang paling ideal. Anda juga boleh menguji basikal sebelum membelinya. Kedai basikal Kota Kinabalu ini mempunyai pelbagai jenis basikal untuk dipilih, tetapi kebiasanya basikal akan dijual dengan cepat. Sekiranya anda mempunyai idea mengenai basikal yang anda mahukan, lebih baik anda menempahnya terlebih dahulu. Antara basikal yang dijual di kedai ini ialah Rb Cube Attain Gtc, RB Cube Attain Pro alloy, Giant Roam, Giant Talon, Speedave Origami, Racello, Missile, Crossmac Cobra, Relicus, dan lain-lain. Mereka juga boleh menghantar tempahan basikal ke seluruh Sabah dan menerima pembayaran dalam talian. Selain itu, pemilik kedai basikal Kota Kinabalu ini juga terlibat dalam aktiviti sukarelawan dan mengagih bantuan makanan kepada mereka mangsa bajir di Kampung Tenom.

Alamat: Block D, Lot 5 & 6, Lorong Pusat Komersial 88/2, 88 Market Place, Ph 10A, Jalan Pintas, Taman Kepayan Ridge, 88200, Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi: Ahad (tutup), isnin-sabtu: 9.30am-6.30pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 016-8473128

Whatsapp 88 Bikers’ Centre

 

3. Cyclelogy Kota Kinabalu, Metro Town

kedai Cyclelogy Kota Kinabalu

Lokasi kedai Cyclelogy Kota Kinabalu sangat strategik kerana berada di bandar Metro yang berdekatan dengan HB Safety Equipment Sdn Bhd dan berhadapan dengan Mr.Diy. Topi keledar berjenama Paul Smith x Kask Protone ‘Monochrome Fade’ juga ada dalam saiz M&L. Adakah anda tiada masa untuk singgah ke kedai? Jika ya, anda juga boleh membuat pembelian melalui Shopee mereka yang telah mempunyai pengikut sehingga 5.9K. Kedai basikal ini menawarkan basikal yang berkualiti tinggi untuk mereka yang berada di Kota Kinabalu.

Alamat: Lot 3, Ground Floor, Block B, Jalan Bunga Ulam Raja, Off, Jalan Tuaran, Metro Town, 88300, Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi: Isnin (tutup), selasa-ahad: 9am-7pm

Lokasi | Shopee | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 08-8393993

 

4. Pedal Shop, Taman Permai Stage 3

Pedal Shop kota kinabalu

Pedal Shop bersebelahan pusat internet Ultra Gaming dan KNK Sports. Antara peralatan berbasikal yang dijual ialah carbon rigid fork, gps basikal jenama Bryton Ridea, igpsport, tayar jenama Dragon Scale, dan sebagainya. Manakala, jenama basikal yang dijual pula ialah Camp, Crossmac, Forever 290, dan lain-lain. Aksesori basikal seperti topi keledar dan sarung tangan juga ada di kedai ini. Pedal Shop juga merupakan peniaga yang sah untuk jenama basikal tersebut iaitu Pinarello Bikes, Fuji Bikes, Cube Bikes, dan Wilier Bikes.

Alamat: Lorong Permai 10, Block D-0-6, Taman Permai Stage 3, Plaza Menggatal, 88450 Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi: Ahad (tutup), isnin-sabtu: 10.00am-6.30pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 088-412375

Whatsapp Pedal Shop

 

5. Go Cycle Kota Kinabalu, Taman Putera Jaya

kedai basikal sabah

Pelbagai pilihan basikal yang dijual di kedai ini, antaranya ialah Folding Fat Bike, Trinx Tempo, Fat Bike Gunsrose, Forever T02 Mountain Bike, dan sebagainya. Selain menjual basikal dan bahagian basikal, Go Cycle juga menawarkan khidmat pemasangan dan menaiktaraf basikal mengikut kemahuan pelanggan. Fat Bike Gunsrose dijual dengan harga serendah RM750. Basikal yang djual juga berkualiti dan harga berpatutan.

Alamat: 23, Lorong Putera Jaya 3, Taman Putera Jaya, 88400 Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi: Ahad (tutup), isnin-sabtu: 10am-4pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 017-8593780

Whatsapp Go Cycle Kota Kinabalu

 

6. Aik Huat Cycle Sdn Bhd, Tanjung Aru

Aik Huat Cycle Sdn Bhd

Aik Huat Cycle Sdn Bhd ditubuhkan sejak 1963 dan merupakan salah satu kedai basikal tertua di Kota Kinabalu. Kedai basikal ini menyediakan pelbagai jenama dan aksesori untuk keperluan berbasikal anda. Selain itu, kedai basikal ini berdekatan dengan Gift & Take Enterprise. Anda boleh menghubungi nombor tersebut untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.

Alamat: 4, Jalan Serih, Tanjung Aru, 88100, Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi: Ahad (tutup), isnin-sabtu: 9am-5.30pm

Lokasi | Laman web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 08-8253549

Whatsapp Aik Huat Cycle Sdn Bhd

 

Kedai basikal Penampang


7. Mile One Cycle, Kampung Tuavon

kedai basikal Penampang

Harga basikal kedai basikal Penampang ini sangat berpatutan dengan jenama dan kualiti yang diberikan. Perkhidmatan pelanggan akan membantu semua orang yang berkunjung ke kedai. Mereka juga memberikan nasihat yang baik dan menjawab semua soalan dari pelanggan. Walaupun hanya soalan yang biasa dari individu yang tidak berpengetahuan dalam dunia basikal. Tambahan pula, kakitangan akan memeriksa dan menyiapkan basikal dengan baik sebelum diserahkan kepada pelanggan. Mereka juga menerima pembayaran dalam talian menerusi kad kredit/debit, dan juga kredit Aeon. Kedai basikal Penampang ini juga menjual keperluan basikal yang lain seperti penampal tayar, squirt chain lube (putih), bottle mount, fox fork, zefal bike pro II grease, fork, igsport Gps, dan silicone grip. Basikal BMX untuk umur 9 hingga 11 tahun juga dijual dengan harga serendah RM490 sahaja. Berdasarkan halaman facebook, mereka juga menerima pelanggan dari Tawau, Lahad Datu, dan Sandakan.

Alamat: B5, Jalan Penampang Tambunan, Kampung Tuavon, 89500, Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi: Isnin-sabtu: 9am-6pm, ahad: 10am-3pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 016-8210505

Whatsapp Mile One Cycle

 

8. Seng Huat Bicycle Shop Center, Jalan Penampang

basikal untuk remaja dan kanak-kanak

Seng Huat Bicycle Shop Center menjual basikal khas untuk remaja dan kanak-kanak serta menjual alat ganti basikal. Harga basikal dan alat ganti di sini lebih murah berbanding kedai basikal lain yang ada di Kota Kinabalu. Rata-rata pelanggan juga berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Seng Huat Bicycle Shop Center.

Alamat: Lot 9, Jalan Penampang, Pekan Donggongon, 89500, Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi: Setiap hari: 9am-5pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 016-9499674

Whatsapp Seng Huat Bicycle Shop Center

 

Kedai basikal Putatan


9. Kedai Bumiputra Lee Kiong, Kedai Baru Putatan

Kedai Bumiputra Lee Kiong

Kedai Bumiputra Lee Kiong terletak di Penampang dan buka setiap hari kecuali ahad. Selain menjual basikal, kedai basikal Putatan ini turut menawarkan khidmat membaiki basikal. Beberapa pelanggan telah memberikan ulasan yang baik mengenai kedai basikal ini. Kedai Bumiputra Lee Kiong juga telah beroperasi di Putatan ini sejak dari tahun 2015 sehingga sekarang.

Alamat: Lot No 2, Kedai Baru Putatan, Putatan, 89500, Penampang, Sabah

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin-sabtu: 9.30am-6.00pm

Lokasi | Ulasan Bisnes | Phone: 08-8765268

 

Kedai basikal Inanam


10. Perniagaan Gemilang Kinabalu, Inanam Baru

kedai basikal di Inanam Baru

Perniagaan Gemilang Kinabalu menjual basikal dan alat ganti basikal. Selain itu, mereka juga menawarkan khidmat penyelenggaraan basikal. Malahan, kedai ini turut menjual keperluan basikal seperti brek basikal, lampu basikal, dan lain-lain. Anda boleh berkunjung ke kedai basikal Inanam ini untuk mengetahui basikal yang dijual oleh mereka. Kedai ini juga telah ditubuhkan sejak tahun 2011.

Alamat: Lot 21, Inanam Baru, Mile 6, Tuaran Road, Inanam, 88450, Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi: Isnin-sabtu: 9.30am-6.00pm, ahad: 11.00am-3.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 08-8427191

 

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x