fbpx

8 Kedai Bunga Api Terbaik Di Malaysia

Pertunjukkan bunga api sangat disukai oleh semua orang terutama sekali oleh kanak-kanak kerana apabila dinyalakan bunga api mengeluarkan pelbagai warna yang terang dan cantik.

Bunga api ialah sejenis peralatan yang dibina menggunakan bahan letupan lemah yang bertujuan sebagai estetik dan hiburan.

Tahukah anda bahawa negara China merupakan negara pembekal dan pengeksport utama bunga api di dunia.

Oleh itu, artikel kali ini akan membawa anda untuk mengenali lebih dekat lagi 8 kedai bunga api terbaik di Malaysia. Turut disertakan juga maklumat yang boleh dihubungi jikalau para pembaca berminat untuk membeli bunga api tersebut atau mendapatkan khidmat mereka.

Jom baca selanjutnya!


1. Red Flames Special Effect, Kuala Lumpurred flames bunga api

Merupakan pembekal bunga api dekat saya yang mengkhususkan kepada acara besar mahupun sederhana besar seperti sambutan kemerdekaan, majlis resepsi perkahwinan, pelancaran produk-produk komersil, sambutan ulangtahun syarikat korporat dan sambutan Tahun Baru Cina.

Syarikat ini juga merupakan pengeluar bunga api yang mampu menghasilkan dan merekacipta produk-produk bunga api yang pelbagai bagi memenuhi permintaan pelanggannya.

Syarikat ini beroperasi dengan lesen yang sah, menawarkan one-stop service untuk sebarang rekacipta, pemasangan dan persembahan umum dan dijamin 100% selamat.

Yang menarik tentang syarikat ini, mereka menyediakan perkhidmatan pyromusical atau persembahan bunga api dengan iringan muzik. Difahamkan, pyromusical ini semakin mendapat sambutan di seluruh dunia termasuk juga kesan khas bagi pertunjukan pentas seperti confettis and streamers, smoke, fog, CO2, dry ice, bubble, snow dan laser shows.  

Alamat : 32-2, Persiaran 65C, Pekeliling Business Centre, Jalan Pahang Barat, 53000 Kuala Lumpur

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: +603 4025 5614


2. Pyro Tact Service Sdn Bhd, Kuala Lumpur  pyro tact bunga api 2

Ditubuhkan pada 1993, mengamalkan prinsip “Selamat dan Berkualiti” di dalam setiap urusan perniagaannya, dan mendapat latihan daripada juruteknik piro berpengalaman dari United Kingdom, Amerika Syarikat dan China.

Syarikat bunga api dekat saya ini banyak juga mendapat kepercayaan menganjurkan pelbagai acara untuk agensi kerajaan dan organisasi korporat. Mereka juga menjanjikan tahap pematuhan yang tinggi terhadap kesemua peraturan keselamatan yang telah digariskan oleh kerajaan persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan disamping bekerja keras mengurangkan impak pencemaran terhadap alam sekitar.

Untuk itu, mereka telah mengurangkan penggunaan sesuatu material serta memilih menggunakan produk, pembekal dan prosedur yang paling minimal kesan negatifnya terhadap persekitaran.

Tindakan ini dilakukan tanpa berkompromi terhadap aspek kualiti. Oleh itu, penyelarasan menggunakan komputer sangat penting di dalam setiap pertunjukan bunga api mereka.

Bagi memberikan kepuasan maksimum kepada pelanggan, Pyro Tact Service Sdn Bhd juga mengadakan kerjasama dengan pelbagai syarikat tersohor lain dalam industri sama seperti Pyromate Inc, RES Specialty Pyrotechnics, Howard & Sons Pyrotechnics dan sebagainya.

Antara kepakaran mereka adalah dalam pelancaran produk, pertunjukan persembahan, gala makan malam tahunan serta konsert. Syarikat ini juga merupakan satu-satunya syarikat yang boleh mengendalikan pertunjukan bunga api indoor di Malaysia.

Citrawarna Malaysia, Sukan Malaysia SUKMA, Festival Batik Antarabangsa Malaysia, Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Malaysia, Pelancaran Jambatan Kedua Pulau Pinang adalah beberapa acara pertunjukan bunga api yang telah mereka kendalikan.

Alamat : 21, Jalan Desa Cahaya 11, Taman Desa Bukit Cahaya, 56100 Cheras, Kuala Lumpur.

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Phone: +603 9105 6628

Whatsapp Pyro Tact Service Sdn Bhd 


3. Blastmaster (M) Sdn Bhd, Selangor blastmaster bunga api 3

Mempunyai pengalaman hampir 15 tahun di dalam bidang bunga api, piroteknik dan air pancut muzikal. Oleh itu syarikat ini berkemahiran menyediakan perkhidmatan bunga api 3D, persembahan bunga api dan piroteknik serta kesan khas di dalam filem.

Khidmat mereka pernah digunakan untuk memeriahkan acara persembahan di Menara Kuala Lumpur, upacara pembukaan rasmi XVI Sukan Komanwel 1998 dan 7 keajaiban bunga api dunia di Lumut, Perak.

Antara produk piroteknik yang mereka tawarkan termasuklah theatrical flash, flame projectors, shimmer sparks, gold twinkling waterfall, silver star, glitter mines, silver jet cartridge dan spinning wheel.

Alamat : No. 10A, Jalan Rasmi 7, Taman Rasmi Jaya, 68000 Ampang, Selangor

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: +60342562689

Whatsapp Blastmaster (M) Sdn Bhd


4. F.C Fireworks Wholesaler, Selangor  4 bunga api F C fireworks

Produk yang dijual oleh syarikat ini boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu untuk kanak-kanak dan dewasa. Kategori kanak-kanak menyediakan 18 jenis bunga api / mercun, manakala kategori dewasa pula terdapat 15 variasi yang boleh dipilih bergantung kepada citarasa anda.

Syarikat yang terletak di Rawang, Selangor ini menawarkan harga yang berpatutan serta menjanjikan produk yang bermutu dan berkualiti tinggi termasuk dari kategori bunga api stick / mercun, siri profesional, megabanger dan pelbagai lagi yang sangat menarik.

Waktu Pembukaan: Isnin – Jumaat : 10am – 6pm dan Sabtu : 10am – 5pm

Alamat : Rawang, Selangor

Laman Web | Email

Whatsapp F.C Fireworks Wholesaler


5. LCM Maha Energy Sdn Bhd, Selangor  5 bunga api lcm maha energy

Syarikat ini beroperasi dari Rawang, Selangor. Kini mereka dalam usaha melebarkan sayap perniagaan dengan mencari agen yang berminat untuk menceburi bidang penjualan bunga api dan mercun. Setiap agen yang berdaftar dengan mereka akan diberi tunjuk ajar dan bimbingan yang bersesuaian.

Di premis mereka juga, pelanggan boleh memilih untuk membeli bunga api dan mercun untuk kanak-kanak mahupun untuk dewasa. Antara bunga api yang terdapat di bahagian kanak-kanak adalah dragon egg, mini ice cream, camelia flower, sputter, pop pop colour dan banyak lagi.

Manakala thunder clap, small silver rain, moon travel, 50 shots flying dragon, bee dan pelbagai lagi aneka jenis bunga api dan mercun untuk orang dewasa terdapat disini.

Waktu Pembukaan: Isnin – Jumaat : 10am – 6pm dan Sabtu : 10am – 5pm

Alamat : Rawang, Selangor

Laman Web | Facebook | Email 

Whatsapp LCM Maha Energy Sdn Bhd


6. MCI Happiness Supply, Selangor6 bunga api mci happiness

Syarikat ini membekalkan produk bunga api ke seluruh Malaysia, terutamanya ketika festival seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali. Produk syarikat ini telah diperakui oleh pihak kerajaan sebagai selamat dan mempunyai lesen sah.

Mereka juga telah lulus penilaian keselamatan yang digariskan oleh pihak berwajib serta menjanjikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Harga produk yang ditawarkan sangat berpatutan dan mampu milik.

Antara produk yang dijual di kedai mereka termasuklah bunga api, mercun merak, mercun sembur, mercun roket, mercun besi, mercun pusing, mercun das, mercun bola dan mercun bawang.

Waktu Pembukaan: Isnin – Jumaat : 10am – 6pm dan Sabtu – Ahad : 1pm – 4pm

Alamat : Selangor

Laman Web | Facebook

Whatsapp MCI Happiness Supply


7. Pemborong dan Pembekal Bunga Api Booking Online, Perak  booking online bunga api 7

Kedai bunga api online ini menjual lebih 100 jenis bunga api dan mercun secara atas talian. Mereka mengkhususkan kepada penjualan bunga api untuk kegunaan musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan lain-lain lagi.

Harga bunga api yang paling murah dijual di sini bermula dari RM10 sehingga boleh mencecah kepada ratusan Ringgit Malaysia. Pelanggan boleh membeli bunga api dan mercun dalam kuantiti sedikit mahupun membeli secara borong di dalam peti.

Bunga api stick adalah yang paling murah dijual pada harga RM10 untuk 100 batang. Ia amat sesuai untuk kanak-kanak kerana kurang merbahaya.

Manakala produk mereka yang paling mahal adalah ‘3 lubang 18 shoot cake’ yang berharga RM1100. Anda akan mendapat 2 set bunga api/mercun berkenaan pada setiap pembelian.

Kedai bunga api online ini mengambil tempahan secara atas talian dan kemudian melakukan proses penghantarannya sendiri. Oleh itu, mereka hanya beroperasi di sekitar Selangor dan Perak sahaja serta menjalankan urusniaga secara ‘tunai semasa penghantaran / cash on delivery (COD)

Waktu Pembukaan: 24 jam setiap hari

Lokasi Operasi : Sekitar Selangor dan Perak sahaja.

Facebook

Whatsapp Booking Online


8. JL Sparkle Sdn Bhd, Perak jl sparkle bunga api 8

Peruncit bunga api online ini beralamat di Parit Buntar, Perak. Mula beroperasi sekitar setahun yang lalu dan masih baru dalam menceburi bidang penjualan bunga api dan mercun. Mereka beroperasi setiap hari dan mengambil tempahan secara atas talian.

Waktu Pembukaan: Buka setiap hari

Alamat : Parit Buntar, Perak

Facebook | Email

Whatsapp JL Sparkle Sdn Bhd


Industri bunga api di Malaysia boleh dikembangkan lagi sehingga mampu menjana pulangan ekonomi kepada pelopor dan pemain utamanya.

Namun apa yang penting, bunga api adalah suatu sumber keseronokan. Bermain bunga api di musim-musim perayaan merupakan satu kemestian bagi banyak keluarga. Terasa kemeriahan sambutan Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali dan pelbagai perayaan tampak lebih berseri dan meriah dengan adanya permainan bunga api.

Disebabkan inilah, kini bunga api digunakan sebagai tarikan kepada pengunjung untuk membanjiri sesuatu acara umum atau festival sama ada untuk tujuan politik, hiburan, sukan dan lain-lain lagi. Acara besar seperti Olimpik dan konsert-konsert superstar sering menggunakan elemen bunga api bagi menambahkan kerancakan acara mereka.

Didapati juga, di Amerika Syarikat, bidang hiburan bunga api mampu menjana keuntungan pulangan sehingga mencecah jutaan dollar Amerika. Sebagai contoh, sebuah syarikat tersohor dan terbesar dalam industri bunga api bernama Thunder Over Louisville mampu menjana lebih $56 juta dollar Amerika setahun kepada ekonomi tempatan. Jumlah ini bersamaan dengan RM230 juta Ringgit Malaysia. Sangat hebat bukan!

Justeru itu, bidang industri bunga api mampu menjana pendapatan ekonomi kepada negara dan juga boleh menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Anda Mungkin Berminat

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x