Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Top 10 Kedai Elektrik Kuantan yg Cun & Murah

Anda baru berpindah rumah ke area Kuantan, Pahang? Atau anda ialah warga Kuantan yang ingin mencari barangan elektrik yang baru untuk rumah anda? Jangan risau kami telah menyediakan 10 kedai elektrik yang cun dan murah di sekitar Kuantan, Pahang. Barangan elektrik merupakan antara barang keperluan asas setiap kediaman akan tetapi ianya berbeza mengikut setiap orang. Contohnya pada yang baru berpindah, mesin basuh merupakan antara alat elektrik yang tidak menjadi satu keperluan buat sementara waktu kerana boleh membasuh pakaian di kedai dobi manakala periuk nasi elektrik merupakan salah satu alat elektrik yang wajib ada di setiap rumah. Boleh dikatakan setiap kediaman pasti ada peralatan elektrik contohnya kipas, seterika, cerek dan banyak lagi.

Kami telah meneliti dan membuat tinjauan secara terperinci khas untuk pembaca Cari Destinasi agar anda semua mudah untuk terus ke kedai elektrik pilihan hati. Mari kita lihat senarai kedai elektrik yang cun dan murah di Kuantan, Pahang yang boleh anda kunjungi.

 

Kedai Elektrik Kuantan yang Cun & Murah


1.  Kedai Elektrik Muslim Kuantan

Kedai Elektrik Muslim Kuantan

Kedai Elektrik Muslim Kuantan merupakan antara kedai yang amat popular dalam kalangan warga Kuantan. Selain menjual barangan elektrik yang sangat berkualiti pada harga yang amat berpatutan, kedai ini terkenal dengan pemiliknya yang bukan sahaja kacak dan peramah malah senang untuk dibawa berunding mengenai harga barang jualannya. Pelbagai jenis peralatan elektrik yang boleh anda dapati di sini. Bukan hanya di Kuantan, kedai ini juga menyediakan perkhidmatan penghantaran dan COD ke kawasan luar Kuantan. Caj yang dikenakan juga berpatutan. Sekiranya anda kekurangan bajet atau memiliki bajet yang terhad, bolehlah berkunjung ke Kedai Elektrik Muslim Kuantan ini, pasti anda akan berpuas hati dengan barangan yang anda beli berserta harganya. Kedai ini terletak di antara Bonda Rice House dan kedai Penyetan Pak Han Geprek & Gepuk Indera Mahkota. Apa tunggu lagi, segeralah ke sana!

Alamat: B-24 GROUND FLOOR, JALAN IM7/2, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: 10.00am – 7.00pm (Isnin-Jumaat), 10.00am – 6.00pm (Sabtu&Ahad)

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 010-8015159

Whatsapp Kedai Elektrik Muslim Kuantan

2.  Y&K Electrical Trading

Y&K Electrical Trading, Kuantan

Y&k Electrical Trading adalah sebuah kedai membaiki peralatan elektrik yang bagus di Kuantan. Terdapat beberapa kedai membaiki peralatan elektrik di sekitar Kuantan, tetapi kami telah menapis yang terbaik untuk anda para pembaca Cari Destinasi. Kedai ini mempunyai rating yang tinggi dari kalangan pelanggannya yang sememangnya berpuas hati dengan servis yang diberikan dan harga yang murah dikenakan untuk servis mereka. Rata-rata pelanggan sebenarnya amat mementingkan kepuasan layanan oleh staf dan pemilik kedai. Hal ini kerana sekiranya mereka mendapati bahawa mudah untuk berkomunikasi dan staf sangat membantu mereka dalam masalah yang dihadapi pastinya mereka akan berkunjung ke kedai tersebut lagi di masa akan datang. Y&K Electrical Trading ini juga terletak di kawasan yang strategik.

Alamat: 3/2161,Lorong Seri Teruntum 53, Kampung Baru, 25100 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: 9.00am – 6.00pm (Isnin-Sabtu), Ahad tutup

Lokasi | Laman Web | Ulasan Bisnes | Phone: 016-9310288

Whatsapp Y&K Electrical Trading

3.  Perniagaan Kim Seng Hin

Perniagaan Kim Seng Hin, Kuantan

Kecil kecil cili padi itulah perumpamaan untuk Perniagaan Kim Seng Hin yang sudah bertapak lama di Kuantan. Walaupun kedainya tidak sebesar beberapa kedai yang lain akan tetapi kedai ini mempunyai kepercayaan pelanggannya sejak dahulu lagi. Apa yang menarik mengenai kedai ini ialah inilah antara kedai yang buka pada hari Ahad tatkala kedai-kedai lain kebanyakannya tutup di kawasan Kuantan.

Menjual barangan pada harga rakyat marhaen, anda sudah semestinya akan tertarik dengan harga yang ditawarkan oleh kedai ini ditambah pula dengan diskaun yang diberi oleh tuan kedai yang cukup mesra pelanggan. Jikalau anda sudah ada barang yang hendak dibeli, bolehlah terus ke kedai ini dan membelinya dengan pantas dan mudah tanpa perlu melalui barangan-barangan lain yang banyak seperti yang ada di kedai-kedai yang besar.

Alamat: 70, Jalan Teluk Sisek, 25000 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: 10.00am – 8.00pm (Isnin-Sabtu), 10.00am – 6.00pm (Ahad)

Lokasi | Ulasan Bisnes | Phone: 09-5171932

4.  Newace Electrical Supply

Newace Electrical Supply, Kuantan

Kedai elektrik dan lampu hiasan Newace Electrical Supply menyajikan anda pelbagai jenis peralatan elektrik yang agak berbeza daripada kedai-kedai lain. Kedua-dua kedai Newace Electrical Supply terletak bersebelahan antara satu sama lain. Antara contoh peralatan elektrik yang dijual termasuklah lampu jalan menggunakan solar, lampu LED, penghalau nyamuk elektrik dan banyak lagi daripada jenama seperti Hitachi, Phillips, Bosch dan Osram. Di laman web kedai ini, anda boleh mendapatkan quotation harga untuk barangan yang anda kehendaki.

Kedai ini dipuji kerana salah satu sebabnya adalah barangan yang dijual disusun dengan rapi. Para pelanggan lebih mudah untuk mencari sesuatu barangan yang mereka ingini. Susunan barang di dalam kedai memainkan peranan penting sebagai faktor menarik pelanggan. Hal ini kerana pelanggan gemar ke kedai yang memudahkan dan menjimatkan masa yang mereka peruntukkan untuk mencari satu-satu barang.

Alamat: 409, Jalan Beserah, Taman Mariana, 25300 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: 9.00am – 7.00pm (Isnin-Sabtu), Ahad tutup

Lokasi | Laman WebFacebook | Ulasan Bisnes | Phone: 019-9408888

Whatsapp Newace Electrical Supply

5.  BLT Electronics Sdn Bhd

BLT Electronics Sdn Bhd, Kuantan

Tidak hanya menjual barangan elektrik yang premium malahan juga turut menjual barangan elektrik yang mampu milik oleh semua lapisan masyarakat eksklusif di BLT Electronics, Kuantan. Kedai ini menjual barangan elektrik contohnya dari jenama LG, Hisense, Morgan dan Isonic. Terdapat pelbagai jenis tawaran istimewa untuk para pelanggannya, BLT Electronics sering mengadakan jualan Happy Hour kebiasaannya pada pukul 11.00 pagi sehingga 3.00 petang.

Barangan yang dijual pada waktu Happy Hour adalah terhad Bersama kuantiti yang juga terhad. Jadi, anda hendaklah selalu melayari laman Facebook mereka untuk mengetahui perkembangan terkini. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada staf kedai ini yang semestinya sangat berpengetahuan mengenai barang-barang mereka. Harga di sini sangatlah bersesuaian dan kepelbagaian barangan yang ada juga pasti menarik minat anda untuk ke sini.

Alamat: B22-B26, Lorong Tun Ismail 1, 25000 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: 

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 09-5136223

Whatsapp BLT Electronics Sdn Bhd

6.  EMART Kuantan (Darson Electronic Sdn Bhd)

EMART Kuantan Darson Electronics Sdn bhd

Darson Electronics Sdn Bhd ini terletak di dalam pusat membeli belah EMART Kuantan. Apa yang menarik di EMART Kuantan (Darson Electronic Sdn Bhd) ? Mereka sentiasa menganjurkan macam-macam jenis peraduan antaranya lucky draw khas untuk pelanggan mereka. Pelbagai hadiah yang menarik seperti Proton X50 dan beberapa buah motosikal untuk dimenangi. Sungguh lumayan bukan? Selain itu, kedai ini juga memberi kemudahan kepada pelanggan mereka untuk membayar secara ansuran. Jadi, tiada masalah lagi sekiranya anda kekurangan bajet untuk membeli peralatan elektrik.  Anda boleh membayar sedikit demi sedikit secara bulanan. Rata-rata pelanggan turut memuji kemesraan layanan yang diterima di kedai ini. Boleh dikatakan servis pelanggan mereka memang bagus. Bukan hanya staf tetapi pemilik kedai juga turut sama memberikan layanan terbaik kepada para pelanggannya.

Alamat: No. 61, Jln Penjara, Taman Raya, 25000 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: 10.00am – 8.00pm (Isnin-Ahad)

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 09-5124602

Whatsapp Darson Electronics

7.  New Kim Seng Hin Electrical

New Kim Seng Hin Electrical, Kuantan

New Kim Seng Hin Electrical merupakan sebuah kedai yang menjual peralatan elektrik dan elektronik. Sekiranya anda ingin mencari kedua-duanya, bolehlah membuat kunjungan ke sini. Anda bukan sahaja dapat mencari peralatan elektrik malahan alat elektronik juga. Oleh hal yang demikian, masa anda yang amat berharga dapat dijimatkan. Kedai ini mempunyai pelbagai jenis pilihan peralatan elektrik dan elektronik yang boleh anda pilih mengikut citarasa masing-masing.

Servis yang diberikan juga terbaik ! Harga berpatutan untuk peralatan yang berkualiti tinggi. Antara peralatan yang dijual di sini termasuklah seterika, periuk nasi, televisyen dan banyak lagi daripada jenama seperti Cornell, Hitachi, Zanussi dan Lebensstil. Selain itu, kedai ini juga turut menyediakan perkhidmatan penghantaran barangan elektrik dan elektronik yang cepat.

Alamat: 69, Jalan Haji Abdul Aziz, 25000 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: 10.00am – 8.00pm (Isnin-Sabtu), Ahad tutup

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 09-5133188

8.  New Leong Electronic Sdn Bhd

New Leong Electronic Sdn Bhd, Kuantan

Bagi penduduk Kuantan sekitar Jalan Bukit Ubi, anda digalakkan untuk ke New Leong Electronic Sdn Bhd sekiranya anda berkemahuan untuk mencari peralatan elektrik. Contohnya seperti alat pembakar roti, peti sejuk, blender dan lain-lain lagi. Para pelanggan memuji keaslian peralatan-peralatan yang dijual di sini. Sesetengah kedai menjual peralatan elektrik original dan juga ciplak pada masa yang sama. Sebahagiannya, memberitahu dan bertanya dahulu kepada pelanggan sama ada mahu yang original ataupun yang murah tetapi bukan original. Tetapi terdapat juga kedai yang tidak memberitahu sama sekali para pelanggannya mengenai keaslian barang yang dijual. Jadi, anda tidak perlu ragu-ragu dengan kualiti barangan elektrik di kedai ini. Ianya 100% asli dan bukan barang ciplak ataupun barang separuh original. Layanan yang mesra pelanggan juga sentiasa diberi oleh staf di sini.

Alamat: No.76, Jalan Bukit Ubi, 25200 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: 9.30am – 7.00pm (Isnin-Sabtu), Ahad tutup

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 017-7765699

Whatsapp New Leong Electronic Sdn Bhd

9.  Premier Electronics

Premier Electronics, Kuantan

Sebuah lagi kedai yang menjual kedua-dua peralatan elektrik dan elektronik, Premier Electronic yang terletak di Jalan Bukit Setongkol ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Ahad. Berslogankan “I’m not the best but I’ll try my best”, Premier Electronics menjual barangan elektrik dan elektronik keperluan kediaman anda. Contoh barang elektrik yang dijual termasuklah kipas angin, speaker, alat kawalan jauh dan banyak lagi daripada jenama seperti Khind, Aletko dan TNT. Sesuai dengan slogannya, walaupun kedai ini bukanlah kedai yang paling terkenal di Kuantan akan tetapi mereka iaitu staf dan pemiliknya sentiasa berusaha memberikan servis mantap dan harga mampu milik untuk para pelanggan Premier Electronics.

Alamat: B-8 Taman Mega Gold, Jalan Bukit Setongkol, 25200 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: 10.00am – 6.00pm (Isnin-Jumaat), 10.00am – 5.00pm (Sabtu), Ahad tutup

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 019-9863321

 

10.  PA Elektronik PLT

PA Elektronik PLT, Kuantan

Pakar dalam peralatan seperti PA system, pembesar suara, peralatan sistem bunyi, peti sejuk beku dan banyak lagi peralatan elektrik serta elektronik. PA Elektronik PLT merupakan sebuah kedai yang cukup besar untuk menjual pelbagai jenis peralatan elektrik dan elektronik. Terdapat banyak pilihan khas untuk para pelanggan yang mencari alat-alat tersebut. Kualiti barangan di sini tidak perlu dikhuariti kerana kebanyakan pelanggannya memuji kualiti barangan di kedai ini terutama peralatan sistem bunyinya. Sejak mula tempoh PKP, kedai ini telah membuka akaun Shopee mereka sendiri. Jadi sekiranya kepada pelanggan di luar Kuantan, anda bolehlah melayari akaun Shopee mereka andai kata ingin membeli sesuatu barangan elektrik mahupun elektronik.

Alamat: A217, A215 Tingkat Bawah, Jalan Air Putih, Taman Sentosa Baru, 25300 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: 9.00am – 7.00pm (Isnin-Sabtu), Ahad tutup

Lokasi | Laman WebFacebook | Ulasan Bisnes | Phone: 016-9527518

Whatsapp PA Elektronik PLT

5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x