Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Kedai Emas Yang Best di Malaysia

Barang kemas kebanyakannya dibeli golongan wanita untuk kepuasan diri atau dijadikan sebagai aset masa hadapan. Emas boleh didapati melalui pelbagai bentuk sama ada bar, simpanan, atau barang kemas dan bergantung kepada si pembeli. Anda tentunya akan rambang mata apabila berada di kedai emas disebabkan daya tarikan barang kemas ini yang mempunyai pelbagai rekaan, bentuk, ukiran, dan saiz mengikut citarasa si pemakai. Sebelum membeli baca panduan ini untuk elakkan anda ditipu pembeli.

  1. Beli barang kemas 999 (24k) atau 916 (22k) sahaja kerana semakin tinggi nilai karat, semakin bernilai barang kemas tersebut. Sekiranya anda terdesak, anda boleh menjual barang kemas ini dan dapatkan wang.
  2. Beli barang kemas padu atau tumpat, disebabkan nilainya lebih tinggi, tahan lasak, dan tidak mudah putus atau bengkok.
  3. Elakkan dari membeli barang kemas yang mempunyai batu permata kerana emas ini tak diterima untuk gadaian dan nilainya lebih rendah apabila dijual semula daripada barang kemas yang kosong.
  4. Menyimpan resit pembelian kerana dapat membantu anda apabila ingin menjual semula barang kemas atau memajak gadai barang kemas ini. Harga barang kemas ini akan menjadi 80% daripada harga asal sekiranya anda ingin menjual semula dengan resit pembelian berbanding 75% tanpa resit pembelian.
  5. Jangan beli emas putih kerana nilai jualannya lebih rendah dan tidak laku di kedai pajak.
  6. Jangan membeli emas palsu yang disadur dengan logam dan anda hendaklah cari kedai yang terima belian balik (trade-in) dengan nilaian yang tinggi.

Berikut merupakan beberapa jenis barang kemas yang anda boleh cari dari kedai emas yang terpapar dalam artikel ini: emas 916, gelang emas, cincin emas, rantai emas, bangle emas, gelang emas lipan, emas pandora, rantai leher emas, dan loket emas.

 

Kedai Emas Anuar


1. Kedai Emas Anuar Kota Tinggi, Johor

menjual dan membeli semua jenis barang kemas

Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah menjual dan membeli semua jenis barang kemas serta menjual batu-batu permata. Selain itu, perkhidmatan lain ialah pertukangan barang kemas, perbaiki barang kemas, dan perkhidmatan mereka design bergantung pada tempahan yang dibuat oleh pelanggan. Antara barang kemas yang ditawarkan ialah gelang, cincin, subang, gelang tangan, dan rantai dengan harga yang berpatutan. Kedai emas Anuar ini juga mempunyai cawangan mereka di Klang, Shah Alam, Sungai Buloh, Putrajaya, Ipoh, dan Penang.

Alamat: 20, Jalan Niaga 9, Pusat Perdagangan Kota Tinggi, 81900 Kota Tinggi, Johor

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – sabtu: 10.00am – 5.00pm

Lokasi | Laman web | Instagram | Facebook | Telegram | Ulasan Bisnes | Phone: +607-8821678

Whatsapp Kedai Emas Anuar Kota Tinggi

 

Kedai Emas Tanah Merah


2. Kedai Emas Sri Tanah Merah Bangi, Selangor

kedai emas bangi

Kedai emas ini terletak bersebelahan dengan Petronas. Sekiranya anda berminat untuk membeli emas di kedai emas tanah merah ini, anda boleh mengikuti langkah di bawah untuk memudahkan urusan pembelian anda sepanjang pkp ini. Langkah yang pertama, anda memilih barang di Telegram, print screen gambar produk, dan kemudian whatsapp ke nombor kedai. Seterusnya, buat pembayaran secara online ke akaun kedai termasuk upah dan cas grab delivery setelah anda berpuas hati dengan pilihan anda. Kedai emas ini akan membuat penghantaran terus kepada pelanggan melalui grab delivery. Pembelian secara online dibuka dari 10.30 pagi hingga 5.00 petang.

Alamat: 37, Jalan 9/9c, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu Operasi: Isnin (tutup), Selasa – ahad: 10.10am – 6.30pm

Lokasi | Laman web | Instagram | Facebook | Telegram | Ulasan Bisnes | Phone: +6013-7210610

Whatsapp Kedai Emas Sri Tanah Merah Bangi

 

3. Kedai Emas Sri Tanah Merah Wangsa Maju, Kuala Lumpur

Koleksi Emas Sri Tanah Merah Wangsa Maju

Kedai emas ini merupakan pemborong utama barangan kemas di Kuala Lumpur dan kedai ini beroperasi secara online sepanjang lock down. Lokasi kedai ini berdekatan dengan Maybank. Ramai pelanggan memberikan ulasan yang sangat positif berkenaan kedai ini yang menjadi pilihan masyarakat di sekitar Kuala Lumpur.  Anda semestinya akan tertarik dengan koleksi barang emas di kedai emas tanah merah ini yang sesuai untuk generasi muda mahupun golongan berusia.

Alamat: No-1-G, Block 3D Jalan Wangsa Delima, 10, Seksyen 5, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin (tutup), Selasa – ahad: 10.30am – 6.30pm

Lokasi | Laman web | Instagram | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: +6013-6041313

Whatsapp Kedai Emas Sri Tanah Merah Wangsa Maju

 

Kedai Emas Rozita


4. Kedai Emas Rozita, Ipoh

koleksi rantai emas Rozita

Antara barang kemas yang ditawarkan ialah koleksi cincin, koleksi evergreen, gelang tangan gajah pasir, rantai kaki, koleksi rantai leher, dan sebagainya. Kedai Emas Rozita menawarkan harga emas terbaik dan terendah di Ipoh untuk anda. Lokasi kedai ini sangat strategik kerana berdekatan Suria Optometri dan Bank Rakyat. Dapatkan koleksi emas Rozita dengan harga murah dan pilih barang kemas anda dengan teliti sehingga anda berpuas hati.

Alamat: No. 31, Lorong Gopeng, Medan, 1, Jalan Raja Dr. Nazrin Shah, 31350 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Isnin – ahad: 10.00am – 6.00pm

Lokasi | Instagram | Facebook | Telegram | Ulasan Bisnes | Phone: +6011-63304355

Whatsapp Kedai Emas Rozita

 

kedai Emas Perling


5.  Kedai Emas Perling, Johor Bharu

Tempahan barang kemas dan servis tukang emas

Kedai ini terletak di Taman Perling serta berdekatan Maybank dan Public Bank. Kedai Emas Perling menjual emas dan gold bar 999 dengan harga yang rendah. Harga barang kemas dijual tanpa upah kecuali untuk charm and beads (S item). Selain itu, kedai emas ini juga menerima emas yang putus, kemek, dan barang kemas lain yang telah digunakan dengan harga yang tinggi. Tempahan barang kemas dan servis tukang juga ditawarkan untuk pelanggan. Tambahan pula, barang kemas kusam dan lama boleh dicuci secara percuma tanpa sebarang bayaran.

Alamat: 14, Jalan Camar 2, Taman Perling, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Sabtu – khamis: 10.30am – 6.30pm, Jumaat: 10.30am – 6.30pm

Lokasi | Laman web | Instagram | Facebook | Telegram | Ulasan Bisnes | Phone: +607-2075335

Whatsapp Kedai Emas Perling

 

Kedai Emas Merchant9


6. Kedai Emas Merchant9 TTDI, Kuala Lumpur

koleksi cincin yang disesuaikan dengan batu permata

Salah satu tempat terbaik untuk pencinta emas dan mempunyai pelbagai rekaan dengan harga yang berpatutan. Barang kemas yang dicadangkan oleh kakitangan mereka sangat cantik dan terdapat koleksi cincin yang disesuaikan dengan batu permata. Antara barang kemas yang dijual adalah loket, cincin, subang, rantai tangan, dan lain-lain. Kedai ini terletak di Taman Tun Dr Ismail dan berdekatan dengan RHB Bank.

Alamat: 19, Jalan Tun Mohd Fuad 3, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – ahad: 10.30am – 5.30pm

Lokasi | Laman web | Twitter | Instagram | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: +6019-3239695

Whatsapp Kedai Emas Merchant9 TTDI

 

7. Kedai Emas Merchant9 LRT Damai, Keramat Mall

kedai emas berhampiran Stesen LRT Damai

Lokasi kedai ini terletak di Keramat Mall dan berhampiran Stesen LRT Damai. Kedai ini mendapat sambutan baik dari pelanggan dan kebanyakan pelanggan memberikan ulasan yang baik berkenaan kedai emas Merchant9 ini. Antara barang kemas yang dijual ialah cincin emas, cincin perak lelaki, cincin belah rotan berasaskan emas, barangan kemas untuk kanak-kanak, loket, rantai leher, rantai tangan, dan aksesori lain.

Alamat: LRT Station Damai, K2 Ground Floor Station, Jalan Datuk Keramat, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – sabtu: 10.00am – 5.00pm

Lokasi | Laman web | Instagram | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: +6019-2445271

Whatsapp Kedai Emas Merchant9 LRT Damai

 

Kedai Emas Aurora


8. Kedai Emas De Aurora, Johor Bharu

barang kemas rekaan terkini

Kedai Emas De Aurora terletak di Bandar Baru Uda. Lokasi kedai emas ini berdekatan dengan Jakel Johor Bharu dan SME Bank. Ditubuhkan sejak tahun 2015, kedai emas ini menjalankan aktiviti menjual dan membeli barang kemas rekaan terkini. Kedai Emas Aurora ini hanya mempunyai 2 cawangan iaitu Johor Bharu dan Batu Pahat. Antara produk yang ditawarkan ialah kotak barang kemas, gelang, rantai leher, dan barang kemas lain.

Alamat: Jln Padi Emas 1/2, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Sabtu – khamis: 10.00am – 7.00pm, Jumaat: 10.00am – 12.30pm

Lokasi | Laman web | Instagram | Facebook | Telegram | Ulasan Bisnes | Phone: +607-2448916

Whatsapp Kedai Emas De Aurora

 

Kedai Emas Zakaria


9. Kedai Emas Zakaria & Sons II, Ampang Point

kedai emas harga berpatutan

Kedai Emas Zakaria menjual perhiasan emas rekaan terkini dan berkualiti tinggi dengan harga berpatutan. Kedai ini sebenarnya ditubuhkan oleh seorang arkitek dari Terengganu yang baru pulang dari luar negara. Disebabkan kegagalan dalam pekerjaan lamanya, beliau beralih dengan menceburi bidang baru dan menjalankan perniagaan berasaskan emas. Beliau juga ingin membantu ayahnya yang juga seorang tukang emas. Hasratnya untuk mengembangkan lagi empayar perniagaan keluarga. Selain itu, kedai ini juga membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. Kedai emas ini terletak di Dataran Palma dan kakitangan mereka yang peramah akan membantu pelanggan dalam membuat pilihan. Antara barang kemas yang ditawarkan ialah gelang, cincin, loket, rantai, koleksi Pulut Dakap Perut Ular, koleksi Loket Daun Ketum, jam tangan emas eksklusif, dan aksesori lain. Kedai Emas Zakaria kini dikenali pembeli dari luar Lembah Klang.

Alamat: AG9, Block A, Jalan Selaman 1/1, Dataran Palma, Kuala Lumpur, 68000 Ampang Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – sabtu: 11.30am – 6.30pm

Lokasi | Instagram | Facebook | Telegram | Ulasan Bisnes | Phone: +603-42700791

 

Kedai Emas Safura


10. Kedai Emas Safura HQ Gunung Rapat, Ipoh

kedai emas safura

Kedai Emas Safura mula beropersi sejak 23 tahun yang lalu dan bermula dengan perniagaan secara kecil-kecilan sehingga dikenali ramai sebagai kedai emas viral no.1 Ipoh. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah menjual beli emas, membaiki emas, membeli barang kemas terpakai dengan kadar tinggi, menerima tempahan rekaan baru, menjual emas pada harga borong, dan lain-lain. Kedai emas ini terletak di belakang Mcd Medan Gopeng dan bersebelahan J&T Express Perak.

Alamat: 6, 1, Laluan Medan Rapat, Kampung Gunung Rapat, 31350 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Isnin – ahad: 10.00am – 6.30pm

Lokasi | Instagram | Facebook | Telegram | Ulasan Bisnes | Phone: +605-3138809

Whatsapp Kedai Emas Safura HQ Gunung Rapat

 

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x