Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Kedai Gambar di Kuala Lumpur yang Berkualiti

Sekeping gambar bernilai seribu perkataan merupakan pepatah yang tidak asing bagi semua orang. Gambar yang berkualiti dan cantik dapat menyampaikan pelbagai maksud kepada orang yang melihatnya. Tambahan pula, setiap memori indah yang tercipta dapat diabadikan buat kenangan seumur hidup. Oleh itu, amatlah penting untuk mendapatkan perkhidmatan fotografi yang berkualiti dan bermutu tinggi. Kami telah senaraikan 10 kedai gambar di Kuala Lumpur yang memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. 

10 Kedai Gambar di Kuala Lumpur


1. Foto Yohan, Taman Sri Rampai

Foto Yohan, Taman Sri Rampai

Foto Yohan menyediakan servis foto yang pantas dan berkualiti kepada pelanggannya. Staf mereka juga mesra dan profesional dalam memastikan gambar yang dihasilkan dapat memuaskan hati pelanggan. Kedai ini juga mempunyai studio sendiri, jadi, anda boleh mengambil gambar seperti gambar keluarga atau graduasi di sini. 

Alamat: 55, Jalan 45/26, Taman Sri Rampai, 53300 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (12.00 pm – 5.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-1121 8259

WhatsApp Foto Yohan


2. Sinar Photo Enterprise, Segambut

Sinar Photo Enterprise, Segambut

Ditubuhkan pada tahun 1992, kedai gambar Sinar Photo bertujuan untuk menawarkan perkhidmatan foto yang berkualiti kepada masyarakat di Kuala Lumpur. Selain servis foto, kedai ini telah berkembang dengan menyediakan khidmat membaiki telefon, komputer dan jam. Sinar Photo buka setiap hari, jadi, anda boleh mendapatkan servis mereka pada bila-bila masa.

Alamat: 22, Jalan 16/38D Taman Sri Sinar, Segambut, 51200 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.30 am – 8.00 pm), Ahad (11.00 am – 4.00 pm) 

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-6275 6273

WhatsApp Sinar Photo


3. Alangraphy Studio, Cheras

Alangraphy Studio, Cheras

Alangraphy Studio di Cheras ini dikendalikan oleh jurufoto yang berpengalaman 9 tahun dalam dunia digital fotografi. Servis fotografi yang diberikan adalah cekap dan pantas. Anda disarankan membuat janji temu terlebih dahulu melalui WhatsApp sebelum ke studio ini. Selain itu, Alangraphy Studio juga menyediakan kelas pembelajaran fotografi dan cara mengedit imej digital.

Alamat: 33 – 2 Pusat Perniagaan Danau Lumayan, Bandar Tasik Permaisuri, Cheras, 56000 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Isnin (12.00 am – 6.00 pm), Selasa (10.00 am – 6.00 pm), Rabu dan Sabtu (Buka 24 jam), Khamis dan Jumaat (9.00 am – 6.00 pm), Ahad (6.00 pm – 12.00 am)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-3765 2120

WhatsApp Alangraphy


4. Kedai Gambar AS Photo, Taman Melawati

Kedai Gambar AS Photo, Taman Melawati

Kedai AS Photo ditubuhkan pada tahun 1996 untuk memberi servis gambar yang terbaik di Kuala Lumpur. Staf mereka yang cekap dan profesional memberi perkhidmatan yang pantas dengan harga berpatutan. Gambar yang dihasilkan juga sangat berkualiti dan pasti dapat memuaskan hati pelanggan.

Alamat: 29, Jalan Bandar 3, Taman Melawati, 53100 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.00 am – 8.00 pm), Ahad (10.00 am – 6.00 pm) 

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 018-294 1118

WhatsApp AS Photo


5. Masters Colours Photo Shop, Taman Ehsan

Masters Colours Photo Shop, Taman Ehsan

Kedai gambar di Kuala Lumpur ini berpengalaman dalam menghasilkan gambar yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Jurugambar mereka sangat peramah dan akan memastikan anda selesa sepanjang sesi penggambaran. 

Mereka juga akan mencadangkan posisi badan dan alatan yang bersesuaian ketika sesi penggambaran untuk memastikan gambar yang dihasilkan dapat memuaskan hati pelanggan.

Alamat: 2426, Jalan E 3/6a, Taman Ehsan, 52100 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.30 am – 7.30 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 018-989 6229

WhatsApp Masters Colours


6. I Images Photo Shop, Kuala Lumpur City Centre

I Images Photo Shop, Kuala Lumpur City Centre

I Images Photo Shop berpengalaman dalam mengambil gambar pasport dan visa. Mereka sangat cekap dan tahu spesifikasi gambar yang diperlukan untuk setiap negara. Gambar yang dihasilkan juga sangat berkualiti di samping mempunyai harga yang berpatutan. 

Alamat: No.45, Jalan Tun Tan Siew Sin, 50050 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.30 am – 6.00 pm), Sabtu (9.45 am – 5.00 pm), Ahad (9.45 am – 6.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 016-244 2044

WhatsApp I Images


7. Fotolenz, Taman Setiawangsa

Fotolenz, Taman Setiawangsa

Kedai gambar yang terletak di Taman Setiawangsa ini ditubuhkan pada tahun 2014. Staf mereka mampu memberikan perkhidmatan gambar yang cekap, pantas, serta harga yang berpatutan. Mereka juga menyediakan perkhidmatan printing di mana anda boleh menghantar gambar melalui e-mel atau WhatsApp kepada mereka untuk pencetakan.

Alamat: No. 9-G, Jalan Setiawangsa 9, Taman Setiawangsa, 54200 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.30 am – 9.00 pm), Ahad (9.30 am – 9.00 pm)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 010-403 6400

WhatsApp Fotolenz


8. Studio Gambar Permai, Taman Keramat Permai

Studio Gambar Permai, Taman Keramat Permai, Kuala Lumpur

Studio Gambar Permai ini dikendalikan oleh sebuah keluarga yang sangat mesra. Mereka sedia membantu dan memberikan perkhidmatan terbaik untuk pelanggan. Gambar-gambar yang dihasilkan sangat berkualiti dengan harga yang berpatutan. Lokasi kedai ini juga mempunyai banyak tempat letak kereta, jadi, ini memudahkan anda untuk datang ke sini.

Alamat: No. 11, Ground Floor, Jalan AU 1A / 4E, Taman Keramat Permai, 54200, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.00 am – 9.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-4266 3288

WhatsApp Studio Gambar Permai


9. One Two Zoom Digital Image, Setapak

Kedai Gambar One Two Zoom Digital Image, Setapak, Kuala Lumpur

One Two Zoom telah memberikan perkhidmatan fotografi yang profesional kepada komuniti mereka sejak tahun 2001. Mereka pakar dalam photobook, album foto, bingkai foto, foto pasport, potret keluarga dan foto graduasi. Selain fotografi, mereka juga menyediakan perkhidmatan printing. One Two Zoom boleh mencetak dan menghasilkan pelbagai jenis bahan pemasaran dengan harga yang kompetitif.

Alamat: No. 237, Jalan Genting Kelang, Setapak 53300, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.00 am – 8.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-4031 1262

WhatsApp One Two Zoom


10. Picturesque Production PLT, Kampung Kuantan

Kedai Gambar Picturesque Production PLT, Kampung Kuantan, Kuala Lumpur

Picturesque Production PLT merupakan sekumpulan jurugambar dan juruvideo yang mempunyai pengalaman selama 6 tahun. Mereka menghasilkan gambar dan video yang berkualiti dan bermutu tinggi. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah fotografi perkahwinan, fotografi acara, penggambaran produk dan pengiklanan.

Alamat: Traders Square, 61-1, Jalan Gombak, Kampung Kuantan, 53300 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (10.00 am – 6.00 pm), Sabtu (10.00 am – 3.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-2300 4958

WhatsApp Picturesque


Kami harap senarai kedai gambar di Kuala Lumpur ini dapat membantu anda dalam mencari perkhidmatan fotografi yang terbaik. Jangan lupa untuk membuat penilaian berdasarkan perkhidmatan yang disediakan, harga dan ulasan pelanggan. 

Jika anda perlukan perkhidmatan printing gambar yang lain, lihat artikel kami mengenai 8 Kedai Printing di Shah Alam yang Menawarkan Pelbagai Perkhidmatan. Semoga artikel ini dapat membantu anda.

 

5/5 - (6 votes)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x