Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Kedai Perabot Kota Bharu yg Mesti Anda Kunjungi

Siapa kata khususnya di Pantai Timur sukar untuk mencari kedai perabot yang menjual (home furniture) yang terkini, berkualiti serta berpatutan? Jangan terkejut, terdapat lebih 10 kedai perabot di Kota Bharu, Kelantan yang akan menjadi pilihan perhentian anda selepas ini. 

Terdapat pelbagai jenis perabot dalam pasaran, setiapnya mempunyai ciri ciri yang berbeza dari segi harga, kualiti dan kesesuaian untuk rumah anda. Berikut merupakan senari kedai perabot yang anda boleh cari dari kedai kedai yang terpapar dalam artikel ini: Kedai Perabot Kota Bharu

 

Kedai Perabot Best Di Kota Bharu 


1. LAVINO, Jalan Mahmood

Kedai Perabot Lavino di Kota Bharu

Terdapat lima cawangan kedai perabot Lavino di Kelantan. Antaranya terletak di Jalan Kuala Krai, Kubang Kerian, Tanah Merah, Seksyen 25 Lundang dan di Jalan Mahmood Kota Bharu, Kelantan. Kedai perabot Lavino di Jalan Mahmood agak mudah untuk dicari. Ini kerana lokasinya strategik yang berdekatan dengan Hospital KPJ Perdana dan Stadium Sultan Muhammed ke-IV Kota Bharu, Kelantan. 

Perabot di Lavino membekalkan perabot yang berkualiti serta harga yang berpatutan dengan reka bentuk yang moden. Anda juga boleh membuat tempahan secara dalam talian melalui laman web mereka. Jika anda melayari laman web Lavino, mereka sentiasa mempromosikan perabot mereka sehingga 30 peratus ! Produk waranti yang ditawarkan mininum 90-hari mengikut terma & syarat.

Alamat: Bangunan Persatuan Pandu Puteri,, Jalan Mahmood, 15200 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9am-7pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:+6016-339 1615

Whatsapp Kedai Perabot Lavino

 

2. GOFA DESIGN, Jalan Kuala Krai

Kedai Perabot Gofa Design Kota Bharu

Kedai Perabot Gofa Design ini terletak bersebaris dengan Pejabat Amanah Rakyat. Jika anda lihat gambar bilik pameran mereka di atas, pastinya keluaran perabot mereka sangat kelihatan elegan dan sentiasa mengikut peredaran trend masa kini. Pelbagai dari perabot hiasan dalaman sehinggalah perabot besar yang boleh anda pilih bagi menghiasi setiap sudut rumah anda. 

Gofa Design juga ada menyediakan khidmat servis tempahan melalui dalam talian, pembayaran melalui kad kredit tanpa caj, serta ePerolehan, LO Kerajaan, Koperasi, Sekolah dan Pesanan Swasta. Jadi, jangan ketinggalan untuk mendapatkan perabot disini dengan harga yang berpatutan serendah RM99 sahaja.

Alamat: 1, 5566 – C, Batu 1, 2, Jalan Kuala Krai, 15050 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (9.30am – 6.30pm) – Tutup pada hari Jumaat

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:+6011-3358 9692

Whatsapp Kedai Perabot Gofa Design

 

3. SSF HOME, Jalan Sultan Yahya Petra 

Kedai Perabot SSF di Kota Bharu

Siapa yang tidak kenal dengan kedai perabot SSF Home ini. Pastinya reka bentuk yang menawan dan elegen ini sentiasa menarik minat para pembeli, terutamanya wanita. Reka bentuk yang direka khas premium serta berkualiti dengan harga yang sangat berpatutan. Sekiranya anda sering ke pasar malam Chabang Berlian, lokasi SSF Home ni hanya terletak berseberang dengannya. 

Kini, anda mampu mengubah suasana rumah idaman anda dengan hanya 7 hari sahaja melalui khidmat servis terbaru yang ditawarkan oleh SSF Home, iaitu “SSF Lifestyle Solution”. Konsultasi bersama pakar pereka dalaman yang berprofesional mampu memberikan nafas baru dan kepuasan yang sebenarnya tanpa menggunakan lukisan 3D (3D Drawing).  50% potongan pembelian perabot di SSF Home juga menanti anda !

Alamat: 420, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bahru, Kelantan

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10.30am – 8pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:+609-746 2500

 

4. HARVEY NORMAN, Aeon Kota Bharu

Kedai Perabot Harvey Norman di Kota Bharu

Kedai Perabot Harvey Norman ini terletak di dalam Aeon Mall Kota Bharu. Mudah untuk dilawati dan parkir yang selesa. Harvey Norman bukan sahaja mengeluarkan peralatan elektrik dan elektronik, malah, pelbagai reka bentuk perabot moden yang berkualiti serta kontemporari yang boleh anda dapatkan disini. 

Khidmat servis pelanggan yang disediakan juga dapat membantu anda didalam pemilihan perabot yang selesa serta sesuai dengan keluasan ruangan dalam rumah anda. Anda juga akan dibantu untuk membuat tempahan serta pembelian dalam talian terus ke rumah anda. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan harga promosi dan rebat sehingga RM500 !

Alamat: Ground Floor, Jalan Maulana Khurasan Lembah Sireh, Lot G19, 15050 Kota Bharu

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10am – 9pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:+609-743 1060

 

5. CALER HOME, Lembah Sireh 

KEdai Perabot Caler Home di Kota Bharu

Disini, anda boleh mendapatkan harga perabot dalam serendah RM299 sahaja dan anda jangan terkejut sekiranya anda boleh mendapatkan harga set bilik tidur dari RM799 sahaja. Kedai Perabot Caler Home ini terletak Manjaku Baby Mall Kota Bharu dan Kolej Polytech Mara Kota Bharu. Sangat mudah untuk dilawati dan harga yang sangat berpatutan serta berkualiti. 

Pelbagai perabot yang boleh anda dapatkan disini antaranya, set bilik tidur, set meja makan, sofa, kerusi rehat dan sebagainya. Tempahan juga boleh dibuat melalui dalam talian atau melalui laman sesawangan Caler Home.

Alamat: PT 533,534,535 SEKYEN 17 LEMBAH SIREH, 15050 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10.30am – 8pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone:+010 379 8518

Whatsapp Kedai Perabot Caler Home

 

6. PERABOT GHAZALI, Pasir Hor

Kedai Perabot Ghazali Furniture di Kota Bharu

Kedai Perabot Ghazali Furniture ini bukan sahaja membekalkan perabot rumah, malah, mereka juga membekalkan perabot pejabat dan sekolah. Pelbagai reka bentuk perabot rumah dan pejabat yang anda boleh dapatkan disini dengan harga yang sangat berpatutan. Ghazali Furniture juga telah melebarkan penghantaran mereka di seluruh Pantai Timur. Anda tidak perlu khawatir untuk mendapatkan pelbagai perabot walaupun anda diluar kawasan Kota Bharu, Kelantan. 

Penghantaran 100% akan diuruskan oleh pihak Ghazali furniture terus ke rumah anda, pejabat mahupun sekolah. Anda boleh lawati bilik pameran mereka di Pandang Enggan ataupun di Jalan Pasir Hor. Perlukan idea untuk menghiasi bilik belajar anak dan perabot rumah? Dapatkan di Ghazali Furniture.

Alamat: Jalan Pasir Hor, Kampung Padang Enggang, 15150 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10am – 7pm)

LokasiFacebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:+609-7413780

 

7. BRANDISS HOME CENTRE, Jalan Che Su

Kedai Perabot Brandiss Centre Kota Bharu

Kedai Perabot Brandiss Centre, Jalan Che Su sudah pastinya dikenali ramai di Kota Bharu. Bilik pameran yang sangat luas dan mempunyai 5 tingkat untuk anda kunjungi untuk melihat pelbagai reka bentuk perabot hiasan dalaman yang pastinya akan menjadikan anda rambang mata! Setiap perabot yang dijual pastinya tersedia disetiap tingkat dengan hiasan yang elegan yang memberikan anda idea untuk menghiasi ruangan rumah anda. 

Yang menarik disini, rekaan perabot kayu klasik moden juga dijual disini dan pastinya kayu solid serta sangat berkualiti. Pelbagai harga tawaran untuk setiap pembelian sehingga 50% dari harga asal ! Anda juga berpeluang untuk memenangi voucher RM10,000 ringgi mengikut terma & syarat !

Alamat: PT27-32 & 118-119 Seksyen 10, Jalan Che Su, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10am – 7pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:+6016-417 6998

Whatsapp Kedai Perabot Brandiss Centre 

 

8. AKMIDA FURNITURE & HOME ACC, Jalan Kuala Krai  

Kedai Perabot Akmida Furniture Kota Bharu

Kedai Perabot Akmida Furniture ini bukan sahaja membekalkan perabot hiasan dalaman rumah. Malah, anda juga boleh mendapatkan khidmat servis konsultasi penambahbaikkan ruangan hiasan dalaman rumah anda. Di Akmida Furniture, kepakaran hiasan dalaman seperti kabinet dapur, hiasan ruang tamu, kabinet tv, kabinet baju, lampu (Lightning) dan sebagainya boleh didapatkan disini. Pastinya, reka bentuk yang dikeluarkan hanya yang terkini dan berkualiti. 

Akmida Furniture boleh dilawati bersebaris dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) Kota Bharu.

Alamat: Jalan Kuala Krai, Kg Putih, 15150 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (9am – 6pm) – Tutup pada hari Jumaat

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes  | Email | Phone:+6012-900 3525

Whatsapp Kedai Perabot Akmid Furniture

 

9. PERABOT SAYANG, Jalan Pengkalan Kubor 

Kedai Perabot Sayang di Kota Bharu

Seperti kedai perabot yang lain, kedai perabot Sayang juga membekalkan pelbagai jenis rekaan perabot, tilam, katil, kerusi, sofa, set meja makan, set bilik tidur, almari dapur dan sebagainya. Disini, anda juga mempunyai pilihan reka bentuk perabot seperti moden dan klasik moden, iaitu seperti kerusi kayu yang berkualiti dan harga yang berpatutan.

Selain itu, disini juga Kedai Perabot Sayang ini berhadapan jalan besar yang terletak di Jalan Pengkalan Chepa. Sangat mudah untuk dilawati, kerana lokasinya hanya berada di tepi jalan sahaja.

Alamat: lot 991, Jambatan Baung, Jln Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.30am – 6.30pm) – tutup pada hari Rabu 

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes  | Phone:+609-771 3111

 

10. PERABOT ZULKARNAIN,Jalan Kuala Krai  

Kedai Perabot Zulkarnain di Kota Baru

Kedai Perabot Zulkarnain membekalkan pelbagai jenis reka bentuk perabot yang moden, elegen dan minimalis. Kepada peminat perabot yang mahu ruang tamu anda kelihatan seperti dikayangan dengan harga yang berpatutan, anda boleh terus ke kedai perabot zulkarnain ini yang terletak di Jalan Kuala Krai, Kota Bharu berhadapan dengan Petronas sahaja. Dengan slogan “save money, live better” pastinya perabot yang dijual sangat berpatutan, berkualiti serta reka bentuk yang terkini. 

Alamat: 4161-E, Jalan Kuala Krai, Batu 2, 15050 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10am – 9pm) – tutup pada hari Jumaat

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes  | Phone:+609-743 7878

Whatsapp Kedai Perabot Zulkarnain

5/5 - (3 votes)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x