Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Top 5 Kereta Sewa di Senawang & Nilai yg Terbaik

Pada masa kini, agensi penyewaan kereta memberi perkhidmatan kepada mereka yang sesuai tanpa mengira usia dengan syarat anda memiliki lesen kenderaan yang sah. Selain itu, bagi anda yang mempunyai kereta yang rosak atau mengembara di luar bandar, perkhidmatan kereta sewa antara pilihan yang terbaik untuk anda. Anda juga boleh menyewa kereta dari pelbagai saiz kenderaan dan agensi penyewaan kereta ini akan memenuhi keperluan anda. Perkhidmatan menyewa kereta secara atas talian juga ada untuk memenuhi keperluan pelanggan dan menyokong pelanggan untuk membuat tempahan. Pengguna juga dapat mengetahui inventori kereta sewa pada masa yang ditetapkan dan membuat tempahan kereta dengan cepat. Ini juga akan memudahkan pemprosesan transaksi pengangkutan, yang menyokong sistem maklumat meningkatkan pelanggan, dan membantu agensi kereta sewa mempromosikan perkhidmatan mereka. Pelanggan juga boleh menjimatkan masa berharga mereka dan memperuntukkannya untuk perkara lain. Tambahan pula, membenarkan pengguna membuat pilihan, membatalkan atau mengubahsuai status tempahan sewa kenderaan mereka dengan lebih pantas secara atas talian. Anda juga boleh melawati laman ini untuk mengetahui perkhidmatan kereta sewa di Port Dickson dan Seremban.

Pengguna jalan raya juga perlu membiasakan diri dengan peralatan keselamatan kenderaan. Antara peralatan keselamatan tersebut termasuklah tali pinggang keledar, pengelap cermin depan, lampu bahaya, tayar ganti dan kunci pintu. Bagi yang memandu kenderaan secara bersendirian, anda perlu sentiasa berwaspada dengan persekitaran anda dan ketahui cara untuk sampai ke destinasi anda sebelum berlepas. Tips tambahan, pastikan kenderaan anda mempunyai banyak petrol. Malahan, jika kereta anda tidak berfungsi di jalan besar, segera kunci pintu, hidupkan lampu bahaya dan tunggu sehingga polis tiba. Di samping itu, sekiranya seseorang menawarkan bantuan untuk anda, minta mereka hubungi polis. Anda jangan sesekali berhenti untuk membantu mereka yang berhenti di tepi jalan dan kereta mereka kelihatan rosak. Hal ini sangat penting bagi melindungi diri anda dari ditipu individu yang tidak bertanggungjawab. Sekiranya anda mempunyai telefon bimbit, anda boleh hubungi polis untuk pihak mereka.

 

Kereta Sewa di Senawang


1.Kereta Sewa Senawang Klezcar, Bandar Prima Senawang

Kereta Sewa Senawang

Syarikat kereta sewa Senawang ini terletak di tingkat 2, Senawang. Mereka mempunyai pelbagai jenis kereta untuk disewa termasuklah Myvi, Viva, Alza dan sebagainya. Harga kereta sewa Senawang yang berpatutan dan kereta sewa yang bersih dan bagus. Untuk setiap permohonan menyewa kereta, anda perlu membawa kad pengenalan dan lesen memandu. Caj keseluruhan termasuklah harga kereta sewa dan deposit sebanyak RM50. Anda boleh memilih kereta dengan hanya tiga langkah mudah. Pertama, pilih jenama kereta yang anda suka, pilih tempat untuk ambil dan tempah pukul berapa anda ingin ambil. Kedua, anda periksa kenderaan tersebut sama ada secara visual atau ambil gambar kereta. Akhir sekali, anda hanya buka telefon dan menggunakan web atau apl yang diberikan untuk membuka kunci kereta. Harga untuk menyewa kereta proton hanya 15 sejam, manakala perodua hanya 14 sejam. Klezcar menawarkan lebih daripada 2000 buah kenderaan. Selain itu, Klezcar antara perkhidmatan sewa kereta yang semakin popular di Malaysia. Pelanggan juga boleh memuat turun aplikasi Klezcar dari Play Store dan App Store serta terus menyewa kereta dari aplikasi tersebut. Menariknya lagi anda boleh mengumpul EazyPoint (EP) dan menebus barangan runcit dengan EazyMart.

Alamat: Jalan Melor 8, Bandar Prima Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Setiap hari: 9.00am – 9.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 019-7873444

Whatsapp Kereta Sewa Senawang Klezcar

 

Kereta Sewa di Nilai


2. Nurizzman Car Rental, Bandar Baru Nilai

Nurizzman Car Rental

Syarikat ini menyediakan perkhidmatan kereta sewa yang terbaik. Perkhidmatan menyewa kereta sewa Nilai ini terletak di tingkat 1, jalan Nilai Square 4. Keselamatan dan keselesaan anda akan dijamin semasa pemanduan. Selain itu, mereka juga menitik beratkan soal penjagaan kenderaan dan juga kebersihan kenderaan untuk para pelanggan. Pelanggan juga mengesyorkan kepada pelanggan terutama yang menetap di Bandar Baru Nilai untuk menggunakan perkhidmatan menyewa mereka. Anda juga boleh menyewa kereta sewa Nilai ini termasuk dari jenama Viva manual juga ada dengan harga RM100 sehari. Adakah anda berminat untuk menyewa kereta di sini? Jika ya, hubungi di talian tertera atau anda boleh klik link whatsapp di bawah. Anda juga perlu menyemak peta sebelum meninggalkan kawasan kereta sewa atau pergi ke lokasi lain. Peringatan buat anda, membaca peta semasa memandu adalah perbuatan yang sangat berbahaya kerana sikap ini akan membuatkan pengguna mengalami kemalangan.

Alamat: No 140, Tingkat 1, Jalan Nilai Square 4, Nilai Square, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Setiap hari: 9.00am – 9.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 018-2667399

Whatsapp Nurizzman Car Rental

 

3. Kereta Sewa Nilai Sepang Klia TripleT, Kota Seriemas

Kereta Sewa Nilai Sepang

Anda tidak perlu risau dengan agensi ini kerana setiap kereta sewa dalam keadaan baik dan selamat untuk pengguna. Kereta sewa Nilai ini disyorkan untuk mereka yang menetap di bandar Kota Seriemas. Antara kereta yang tersedia ialah kereta kompak, kereta sedan dan kereta MPV. Beberapa dokumen salinan yang diperlukan semasa anda mengambil kereta ialah ic (penyewa & penjamin), lesen, bil utiliti, kad kerja dan duit sewa beserta security deposit. Syarikat ini juga beroperasi di kawasan Kota Seriemas, Nilai, KLIA, Sepang, dan sekitar Kuala Lumpur.

Alamat: A4-A10, Persiaran Dua, Kota Seriemas, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Setiap hari: 8.30am – 11.00pm

Lokasi | Laman Web | Ulasan Bisnes | Phone: 010-2722077

Whatsapp Kereta Sewa Nilai Sepang Klia TripleT

 

4. Kereta Sewa Sepang Nilai Klezcar, Putra Nilai

Kereta Sewa Sepang Nilai Klezcar

Perkhidmatan kereta sewa Nilai ini sesuai untuk mereka yang menginginkan bajet rendah. Seterusnya, syarikat ini merupakan syarikat kereta sewa pandu sendiri yang membawa jenama Klezar. Mereka yang tinggal di kawasan KLIA, KLIA2, Nilai, Sepang dan kawasan sekitar juga boleh menyewa kereta di sini. Selain itu, syarikat ini telah beroperasi lebih daripada 7 tahun. Mereka juga menjanjikan kelainan, kepuasan dan memberikan penjimatan yang sangat berbaloi. Sebelum menyewa, periksa dahulu kenderaan yang ditawarkan dan membuat tempahan pada waktu yang sesuai.

Alamat: 2(1st floor), 6/3A, Desa Cempaka, Putra Nilai, Jalan BBN 4/1b, Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Setiap hari: 8.30am – 11.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 018-2125757

Whatsapp Kereta Sewa Sepang Nilai Klezcar

 

5. Tuah Drive Car Rental, Kota Seriemas

Tuah Drive Car Rental

Agensi kereta sewa ini beroperasi selama 24 jam dan terletak di Persiaran Dua. Kereta sewa dalam keadaan baik dan mereka juga mempunyai pelbagai model semasa sesuai untuk anda. Anda boleh menyewa kereta sewa dengan harga berpatutan. Perkhidmatan yang pantas dan mesra pelanggan serta akan memenuhi setiap keperluan pelanggan. Berdasarkan ulasan dari pelanggan, mereka juga mengesyorkan perkhidmatan menyewa kereta ini untuk anda. Anda juga akan berpuas hati dengan perkhidmatan mereka. Sebaik sahaja anda menemui pilihan yang sesuai mengikut masa dan bajet anda, anda boleh terus pergi ke agensi penyewaan kereta untuk melihat sama ada perkhidmatan tersebut sepadan dengan harga yang anda temui. Namun begitu, sebelum anda menekan butang sewa, lihat juga ulasan dari pelanggan mereka.

Alamat: A5-A11, Persiaran Dua, Kota Seriemas, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Setiap hari: 24 jam

Lokasi | Laman Web | Ulasan Bisnes | Phone: 017-3277778

Whatsapp Tuah Drive Car Rental

 

3.2/5 - (4 votes)

Anda Mungkin Berminat

9 Tempat Makan Menarik di Nilai – Pastinya anda datang lagi!

Bila sebut sahaja tentang Nilai di Negeri Sembilan, perkara pertama yang anda teringat mesti aktiviti membeli-belahnya bukan? Tahukah anda Nilai juga merupakan syurga untuk...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x