Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Klinik Gigi di Kota Bharu yang Best

Amalan penjagaan gigi asas (dental care) adalah penting untuk memastikan kesihatan oral anda sentiasa dalam keadaan terbaik. Gigi yang menarik juga merupakan satu elemen bagi memastikan penampilan anda sentiasa menarik kerana gigi yang bersih dan mulut tidak berbau membolehkan anda bersosial dengan selesa. Oleh itu, kunjungan ke klinik gigi secara berkala sangat penting bagi menjaga kesihatan dan kebersihan oral. Di dalam artikel ini, kami senaraikan 10 klinik gigi di Kota Bharu, Kelantan yang sememangnya best dan sangat berbaloi dikunjungi bagi mendapatkan perawatan gigi asas dan kosmetik gigi.

Perawatan gigi di Kota Bharu sememangnya lebih murah berbanding di kawasan pantai barat Semenanjung. Segala macam perawatan gigi terkini boleh didapati di klinik-klinik gigi di Kota Bharu tanpa memerlukan anda untuk memandu jauh ke kawasan pantai barat. Memandangkan klinik-klinik gigi yang kami senaraikan mempunyai rating empat bintang dan ke atas, maka anda tidak perlu risau akan kualiti perkhidmatan yang disenaraikan. Tak sabar untuk ke klinik gigi? Jom kita  check senarai ini.

 

Klinik Gigi yang Best Di Kota Bharu


1.  Klinik Pergigian Al Fateh, Kampung Bunut Payong, Kota Bharu

Klinik Pergigian Al Fateh

Sekiranya anda tercari-cari klinik gigi di Kota Bharu yang menawarkan perawatan gigi yang asas tanpa perlu berbelanja lebih, anda bolehlah mengunjungi Klinik Pergigian Al Fateh. Klinik Pergigian Al Fateh menawarkan khidmat rawatan pergigian seperti veneer, gigi palsu, merapatkan gigi yang jarang, pemasangan pendakap gigi , rawatan pemutihan gigi, dan rawatan scaling gigi.

Jika dilihat di laman Facebook Klinik Pergigian Al Fateh, pelbagai testimoni dan perbandingan sebelum dan selepas perawatan bagi membuktikan rawatan gigi di Klinik Pergigian Al Fateh berkesan dalam mengubah senyuman anda. Buat penduduk di sekitar Kota Bahru, kunjungi Klinik Pergigian Al Fateh segera untuk mendapatkan barisan gigi yang rata sekarang.

Alamat:  PT 422, Tingkat Bawah, Jalan Kuala Krai, Kampung Bunut Payong, 15150 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: 9.00am – 9.30pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 09-743 1345

 

2.  Klinik Pergigian Kota Bharu (klinik kerajaan), Jalan Mahmud, Kota Bharu 

Pergigian Kota Bharu

Selain daripada mendapatkan rawatan gigi di klinik-klinik gigi swasta, anda juga boleh mendapatkan rawatan gigi yang berkualiti tinggi dengan berkunjung ke klinik gigi di hospital kerajaan. Klinik Pergigian Kota Bharu merupakan antara klinik gigi kerajaan yang berjaya mendapat rating 4.7 bintang, menggambarkan kualiti perkhidmatan gigi di sini hampir setanding dengan perkhidmatan gigi di klinik swasta.

Rawatan klinik gigi di hospital kerajaan adalah lebih murah berbanding di klinik swasta. Sekiranya anda ingin berjimat-cermat dalam mendapatkan rawatan gigi asas, anda disarankan berkunjung ke klinik gigi di hospital kerajaan. Sebarang permasalahan gigi dan oral yang kronik akan dilanjutkan secara terus ke pakar gigi di hospital kerajaan.

Alamat:  Jalan Mahmud, 15000 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: Ahad – Rabu, 7.30 pagi – 5.30 petang. Khamis 7.30 pagi – 4.00 petang

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 09-748 4084

 

3.  Klinik Gigi Dr Choong, Bandar Kota Bharu, Kota Bharu

klinik gigi dr choong

Klinik Gigi Dr Choong merupakan klinik gigi di Kota Bharu yang menawarkan kepelbagaian perkhidmatan rawatan gigi asas untuk pesakit pelbagai peringkat umur.  Antara perawatan yang ditawarkan adalah seperti ortodontik , endodontik, perawatan akar gigi, pemasangan pendakap gigi, pemutihan gigi, dan rutin pemeriksaan gigi.  Perawatan gigi di sini dilakukan oleh doktor professional yang berpengalaman luas di dalam bidang pergigian, oleh itu anda tidak perlu risau akan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.

Terletak di Jalan Padang Garong, lokasi Klinik Gigi Dr Choong agak strategik dan mudah diakses memandangkan ianya terletak di tengah-tengah bandar.

Alamat: 1st Floor, 2981-A, Jalan Padang Garong, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: 11.00am – 8.00pm

Lokasi |  Ulasan Bisnes | Phone: 09-744 9430

 

4.  Klinik Gigi Dr Fatma & Dr P.S.Maan, Bandar Kota Bharu, Kota Bharu 

Klinik Gigi Dr Fatma & Dr P.S.Maan

Klinik Gigi Dr Fatma & Dr P.S.Maan merupakan klinik gigi di Kota Bharu yang menawarkan pelbagai jenis perawatan gigi yang merangkumi aspek pergigian estetik dan rawatan pergigian asas di satu klinik. Rawatan pergigian estetik merangkumi pemasangan veneer, pemutihan gigi dan scaling gigi. Manakala perawatan asas yang ditawarkan di sini adalah seperti mencabut gigi, pemasangan pendakap gigi dan rutin pemeriksaan gigi secara berkala.

Sekiranya anda mempunyai permasalahan gigi yang memerlukan perhatian yang rapi, anda juga boleh mengunjungi Klinik Gigi Dr Fatma & Dr P.S.Maan bagi mendapatkan perawatan professional agar permasalahan gigi dapat diselesaikan oleh doktor gigi professional. Konsultasi mengenai perawatan gigi juga boleh dilakukan di sini agar permasalahan gigi anda dapat diselesaikan.

Alamat:  Jalan Dato Pati, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: 8.30am – 5.30pm

Lokasi | Ulasan Bisnes | Phone: 09-744 3782

 

5.  Klinik Gigi Dr Emma Saz, Tanjung Chat, Kota Bharu

Klinik Gigi Dr Emma Saz3

Di Klinik Gigi Dr Emma Saz, anda boleh mendapatkan senyuman menawan bak selebriti dengan mendapatkan perawatan gigi kosmetik professional. Antara perawatan gigi kosmetik professional yang ditawarkan adalah seperti pemasangan veneer komposit, pemutihan gigi, pemasangan dentur gigi, scaling gigi dan rawatan air polisher. Terdapat juga perawatan gigi asas yang ditawarkan di sini memandangkan ianya kunci kepada senyuman yang menawan.

Menariknya, perawatan permasalahan gigi di sini banyak menggunakan teknik rawatan laser bagi menangani permasalahan gigi seperti  laser gingivectomy, laser pigmentation dan laser frenectomy. Sekiranya anda gusar permasalahan gigi kian membelenggu kehidupan harian anda dan mencacatkan penampilan anda, segeralah berkunjung ke Klinik Gigi Dr Emma Saz bagi mendapatkan perawatan secara professional.

Alamat: No. PT 277 (1328), Taman Koperatif, Tanjung Chat, 15300 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: 9.00am – 9.30pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 012-984 9464

Whatsapp Klinik Gigi Dr Emma Saz

 

6.  Klinik Pergigian Rays, Jalan Sri Cemerlang, Kota Bharu 

Klinik Pergigian Rays

Klinik Pergigian Rays merupakan antara klinik gigi di Kota Bharu yang sering mendapat ulasan-ulasan positif dari pelanggan. Antara perkhidmatan yang ditawarkan di sini adalah seperti pemasangan crown, bridge, veneer gigi, rawatan pemutihan gigi, rawatan akar gigi, mencabut gigi, menampal gigi geraham, dan rawatan scaling gigi.

Perkhidmatan-perkhidmatan di Klinik Pergigian Rays adalah perawatan gigi asas, tetapi sangat bagus bagi menjamin kesihatan oral anda. Bagi mendapatkan perawatan gigi professional dari Klinik Pergigian Rays, segera menghubungi Klinik Pergigian Rays menerusi aplikasi Whatsapp.

Alamat: Lot 829 Seksyen, 27, Jalan Sri Cemerlang, 15300 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: 9.00am – 5.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 013-235 5825

Whatsapp Klinik Pergigian Rays

 

7.  Klinik Pergigian Primera Kota Bharu, Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu

Klinik Pergigian Primera

Klinik Pergigian Primera merupakan klinik gigi di Kota Bahru yang komited untuk menawarkan perkhidmatan yang baik dan persekitaran yang kondusif bagi para pesakit yang berkunjung ke klinik. Terdapat pelbagai perawatan gigi professional boleh didapati di sini, misalnya rutin pemeriksaan gigi, mencabut gigi, menampal gigi, perawatan akar gigi, pembedahan oral dan pemasangan pendakap gigi.

Perawatan gigi kosmetik juga bolegh dilakukan di sini seperti rawatan pemutihan gigi dan pemasangan veneer. Untuk mendapatkan perawatan gigi di sini, segera menghubungi Klinik Pergigian Primera menerusi aplikasi whatapp untuk mendapatkan temujanji dan konsultasi perawatan gigi.

Alamat: No. S58, 1461-A, Jalan Sultan Yahya Petra, 15150 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: 10am–6pm, 8–10pm

Lokasi |  Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 011-5972 2792

Whatsapp Klinik Pergigian Primera

 

8.  Lembah Sireh Dental Clinic, Lembah Sireh, Kota Bharu 

Lembah Sireh Dental Clinic

Lembah Sireh Dental Clinic menawarkan perawatan gigi asas dan kosmetik gigi seperti rutin pemeriksaan gigi, mencabut gigi, memutihkan gigi, memasang gigi veneer, dan rawatan scaling gigi. Terletak berhampiran dengan Tesco Kota Bharu, Lembah Sireh Dental Clinic amat mudah dicari dan diakses oleh penduduk setempat. Layari laman Facebook Lembah Sireh Dental Clinic untuk mendapatkan tips-tips penjagaan gigi terkini agar kesihatan oral anda terjamin. Juga jangan lupa segera menghubungi Lembah Sireh Dental Clinic untuk segera mengatur temu janji anda bagi pemeriksaan dan perawatan gigi.

Alamat: No. 29-J (PT 374), Tingkat Satu, KB Waterfront, Kg Sireh Bawah Lembah, Lembah Sireh, 15050 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: 10.00am – 6.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 011-3752 1600

Whatsapp Lembah Sireh Dental Clinic

 

9.  Klinik Pergigian Amalmedik, Chempaka, Panji, Kota Bharu

Klinik Pergigian Amalmedik

Adakah anda mencari-cari klinik perawatan gigi yang menawarkan kepelbagaian peraawatan gigi di satu tempat? Jika ya, kunjungi Klinik Pergigian Amalmedik segera. Klinik Pergigian Amalmedik merupakan klinik gigi di Kota Bharu yang menawarkan perawatan gigi yang komprehensif seperti rutin pemeriksaan gigi,  konsultasi rawatan gigi, menampal gigi, rawatan scaling gigi, mencabut gigi, pemasangan pendakap gigi & gigi palsu, rawatan salur akar, korona, memasang jambatan gigi, membuat implan gigi, rawatan kecemasan pergigian, pemutihan gigi, rawatan pencegahan, terapi fluorida, memasang veneer dan rawatan pergigian kanak-kanak. Pendek kata, rawatan gigi di sini sesuai untuk seisi keluarga tanpa perlu memandu jauh.

Sekiranya anda sering gusar tatkala melawat doktor gigi, kegusaran anda bakal hilang tatkala melangkah kaki ke Klinik Pergigian Amalmedik. Para pesakit akan dijamin menerima perawatan gigi yang sofistikated oleh doktor gigi professional di dalam suasana yang menyenangkan. Jikalau tidak, masakan klinik ini sering kali menerima ulasan-ulasan positif dari pelanggan. Oleh itu, segera membuat temu janji sekarang di Klinik Pergigian Amalmedik dengan mengisi borang online di laman web Klinik Pergigian Amalmedik.

Alamat: Lot 1683, Kg Dusun Raja, Jalan Dusun Raja, Chempaka, Panji, 16100 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi:  9.00 am – 1.00 pm, 2.30 – 5.00 pm, 8.00 – 10.00 pm

Lokasi | Laman Web |  Ulasan Bisnes | Phone: 012-885 1861

Whatsapp Klinik Pergigian Amalmedik

 

10.  Klinik Pergigian Hannan, Kubang Kerian, Kota Bharu

Klinik Pergigian Hannan

Klinik Pergigian Hannan merupakan klinik pergigian estetik di Kota Bharu yang berkonsepkan dentisty spa. Di sini, anda boleh memanjakan dan memberi perhatian sepenuhnya pada gigi anda agar kesihatan oral sentiasa terjamin dan dalam masa yang sama senyuman memukau dengan barisan gigi yang rata dapat diperoleh. Antara perawatan gigi yang boleh didapati di sini adalah seperti pemutihan gigi, pemasangan veneer untuk mencantikkan susunan gigi dan scaling gigi.

Rutin pemeriksaan gigi dan perawatan gigi asas juga boleh didapati di sini. Sekiranya anda memang prihatin akan kecantikan gigi anda, kunjungilah Klinik Pergigian Hannan segera untuk menaikkan seri senyuman dengan barisan gigi yang menawan bak bintang Hollywood.

Alamat: Jalan KK 6/6, Kubang Kerian, 15200 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: 10.00am – 10.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 012-591 8475

WhatsappKlinik Pergigian Hannan

3.5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x