Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Klinik Gigi di Putrajaya yang Best

Rutin penjagaan gigi (dental care) kini tidak mencukupi untuk mendapatkan senyuman yang menawan bak bintang Hollywood. Kini terdapat pelbagai klinik-klinik pergigian di Malaysia yang menawarkan pelbagai rawatan pergigian yang komprehensif berdasarkan permasalahan gigi anda. Khusus untuk penduduk-penduduk di sekitar Putrajaya, di sini kami senaraikan 10 klinik gigi di Putrajaya yang best dan sangat berbaloi dikunjungi.

Terdapat pelbagai rawatan pergigian asas yang boleh didapati di pelbagai klinik gigi di Putrajaya, antaranya perkhidmatan mencabut gigi, memasang braces, menampal gigi, scaling gigi, dan rawatan endodontik. Klinik-klinik gigi kini mempunyai pelbagai peralatan diagnostik dan perawatan gigi moden agar permasalahan gigi dapat diselesaikan sebaik mungkin.   Tak sabar nak pergi ke klinik gigi di Putrajaya? Jom kita check senarai di bawah.

 

Klinik Gigi yang Best di Presint 8, Putrajaya


1.  Klinik Pergigian Dr.Smile Putrajaya, Presint 8, Putrajaya 

Klinik Pergigian Dr.Smile Putrajaya

Sekiranya anda mencari-cari klinik gigi di Putrajaya yang mempunyai kepelbagaian rawatan gigi, anda disarankan untuk mengunjungi Klinik Pergigian Dr.Smile Putrajaya. Rawatan gigi di Klinik Pergigian Dr.Smile Putrajaya merangkumi rawatan asas gigi seperti mencabut gigi, scaling/polishing, diagnosis radiografi, rawatan masalah gusi dan banyak lagi. Penjelasan mengenai setiap rawatan gigi boleh dirujuk di laman web Klinik Pergigian Dr.Smile Putrajaya.

Klinik Pergigian Dr.Smile Putrajaya sememangnya mesra Muslim, yang mana turut disediakan ruang solat untuk pesakit beragama Muslim menunaikan solat. Berdasarkan kualiti perkhidmatan pergigian yang terbaik, Klinik Pergigian Dr.Smile Putrajaya kini dilantik sebagai klinik panel untuk pelbagai syarikat-syarikat korporat dan multinasional bagi menyediakan rawatan pergigian untuk staf-staf mereka.

Alamat: No 3, Jalan P8G1, Presint 8, 62050 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu Operasi: 9.30am – 9pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-8861 6565

Whatsapp Klinik Pergigian Dr.Smile Putrajaya

 

2.  Klinik Pergigian Toothie Tales Putrajaya, Presint 8, Putrajaya

linik Pergigian Toothie Tales Putrajaya

Klinik Pergigian Toothie Tales Putrajaya sangat dikenali dengan perkhidmatan yang mesra kanak-kanak. Berdasarkan ulasan-ulasan positif dari pelanggan, banyak di antara mereka memuji kualiti perkhidmatan yang mesra keluarga. Rawatan-rawatan pergigian yang ditawarkan bersesuaian untuk pesakit pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Sekiranya anda merancang untuk mendapatkan rawatan gigi buat sekeluarga, anda disarankan untuk mendapatkan perawatan gigi di Klinik Pergigian Toothie Tales Putrajaya.

Alamat: No. 21A, Jalan Seluang P8/7, Bazaar@8, Presint 8, 62250 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu Operasi:  9:00 am – 9:00 pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-8861 6262

Whatsapp Klinik Pergigian Toothie Tales Putrajaya

 

3.  Klinik Pergigian IZRA Putrajaya, Presint 8, Putrajaya 

Klinik Pergigian IZRA Putrajaya

Klinik Pergigian IZRA Putrajaya merupakan klinik gigi di Putrajaya yang menawarkan pelbagai jenis perawatan gigi seperti penjegahan, kosmetik dan pergigian restoratif. Menerusi perkhidmatan di Klinik Pergigian IZRA Putrajaya, anda boleh mendapatkan khidmat pemasangan braces, gigi palsu, rawatan implan pergigian dan banyak lagi. Menariknya, anda boleh mendapatkan pemasangan braces gigi tanpa deposit dengan ansuran di bawah RM200.  Terdapat pelbagai promosi diadakan dari masa ke masa, misalnya pemberian baucar promosi bersempena hari perayaan. Ikuti laman Facebook Klinik Pergigian IZRA Putrajaya agar anda tidak ketinggalan promosi terkini dan akan datang.

Alamat: Blok A.T01-U.07, Jalan P8C/2,  Presint 8, 62250 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat 9am – 1pm & 2pm – 6pm, Sabtu 9am – 3pm, Ahad tutup

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-88893221

Whatsapp Klinik Pergigian IZRA Putrajaya

 

Klinik Gigi yang Best di IOI Resort City, Putrajaya


4. Star Dental Clinic Putrajaya, IOI Resort City, Putrajaya

Star Dental Clinic Putrajaya3

Dilengkapi dengan dekorasi interior klinik yang menawan dan cozy, anda tidak akan rasa gemuruh dan takut lagi apabila mengunjungi Star Dental Clinic Putrajaya. Star Dental Clinic Putrajaya dikenali dengan perkhidmatan rawatan pergigian yang mesra pelanggan, oleh itu tidak hairanlah klinik ini banyak menerima ulasan-ulasan perniagaan positif dari pelanggan. Di sini, anda boleh mendapatkan perawatan gigi yang asas dan kosmetik gigi agar senyuman anda tambah menawan dengan barisan gigi yang rata bak bintang Hollywood.

Alamat:  L-02-06 Block L, CONEZION,  Connection Commercial, Persiaran IRC 3, IOI Resort City, 62502 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu Operasi:  9.00am – 6.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 017-750 0095

Whatsapp Star Dental Clinic Putrajaya

 

5.  iCare Dental IOI City Mall Putrajaya, IOI Resort City, Putrajaya

iCare Dental IOI City Mal

Sekiranya anda tercari-cari klinik gigi di Putrajaya yang mudah diakses dengan pengangkutan awam, moden, cozy dan trendy, anda harus berkunjung ke iCare Dental IOI City Mall Putrajaya. Rawatan pergigian di sini lebih memfokuskan kepada perawatan kosmetik gigi agar anda boleh tersenyum lebih yakin lagi. Di iCare Dental IOI City Mall Putrajaya, anda boleh membaiki kesimetrian senyuman anda dengan menambahbaik penampilan gigi yang tersusun rata.

Perawatan kosmetik gigi di sini boleh diselaraskan berdasarkan bajet anda. Antara penyelarasan bajet rawatan pergigian adalah penggunaan material untuk  implan gigi, tempoh perawatan dan prosedur kosmetik gigi yang bakal dilakukan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai prosedur kosmetik gigi untuk mendapatkan million dollar smile anda, hubungi iCare Dental IOI City Mall Putrajaya segera untuk sesi konsultasi.

Alamat: No. (Zone A) B1-6, Basement One, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu Operasi:  10am–10pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-8957 0715

Whatsapp iCare Dental IOI City Mall Putrajaya

 

Klinik Gigi yang Best di Presint 11, Putrajaya


6.  Klinik Pergigian D’Aurora, Presint 11, Putrajaya

Klinik Pergigian D'Aurora

Sekiranya anda mencari-cari klinik gigi di Putrajaya yang mesra pelanggan, anda disarankan untuk mengunjungi Klinik Pergigian D’Aurora. Klinik Pergigian D’Aurora menerima pelbagai ulasan-ulasan positif dari pelanggan yang mana kebanyakan pelanggan memuji perkhidmatan pelanggan yang sangat membantu dan doktor-doktor gigi yang bersedia menjawab segala persoalan dari pesakit mengenai penjagaan gigi.

Di Klinik Pergigian D’Aurora, anda boleh mendapatkan pelbagai perkhidmatan penjagaan gigi seperti pemeriksaan gigi, pemutihan gigi, pemasangan veneer gigi, mencabut gigi, memasang pendakap gigi, dan rawatan scaling/polishing. Dari masa ke masa, Klinik Pergigian D’Aurora akan melakukan pelbagai promosi perawatan gigi. Oleh itu, ikuti laman Facebook Klinik Pergigian D’Aurora sekarang agar anda tidak ketinggalan mendapatkan promosi terkini.

Alamat:  No. 9A, Jln Jati Bukit P11/25, Presint 11, 62300 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu Operasi: 9.00am – 7.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 011-3931 5013

Whatsapp Klinik Pergigian D’Aurora

 

Klinik Gigi yang Best di Presint 15, Putrajaya


7.  Klinik Pergigian Nour Putrajaya, Presint 15, Putrajaya 

Klinik Pergigian Nour Putrajaya

Klinik Pergigian Nour Putrajaya merupakan klinik gigi di Putrajaya yang menawarkan kepelbagaian perkhidmatan pergigian kosmetik seperti pemutihan gigi, scaling/polishing, pemasangan komposit veneer, dental composite restoration, merapatkan gigi yang jarang dan banyak lagi prosedur kosmetik gigi ditawarkan. Segala yang anda perlukan untuk mendapatkan senyuman menawan bak selebriti Hollywood boleh didapati di sini.

Sekiranya anda tidak tahu hendak melakukan rawatan prosedur bersesuaian, anda boleh berkonsultasi dengan pakar gigi di  Klinik Pergigian Nour Putrajaya. Jika dilihat di laman Facebook dan Instagram Klinik Pergigian Nour Putrajaya, terdapat banyak perbandingan sebelum dan selepas perawatan gigi bagi membuktikan kualiti perkhidmatan gigi di sini. Pendek kata, jikalau anda tidak mahu pening mencari perawatan gigi professional untuk mencantikkan senyuman anda, kunjungi aja Klinik Pergigian Nour Putrajaya.

Alamat: No. 32, Jalan Perak, Presint 15, 62050 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu Operasi: 9am–1pm, 2–6pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 013-300 7040

Whatsapp Klinik Pergigian Nour Putrajaya

 

Klinik Gigi yang Best di Presint 1, Putrajaya


8.  Klinik Pergigian Avisienna, Presint 1, Putrajaya

Di Klinik Pergigian Avisienna

Adakah anda perlukan  perawatan gigi dari pakar pergigian professional? Di Klinik Pergigian Avisienna, anda boleh mendapatkan perawatan gigi asas dan kosmetik pergigian dalam suasana yang selesa dan menyenangkan. Dekor dalaman klinik gigi yang cozy bakal menyambut anda agar gemuruh anda berkurangan.

Pakar-pakar gigi di Klinik Pergigian Avisienna sentiasa bersedia memberi penerangan dan konsultasi kepada anda mengenai sebarang permasalahan gigi supaya rawatan gigi yang diterima mampu menyelesaikan permasalahan gigi yang sering membelenggu hidup ada. Dilengkapi dengan peralatan pergigian yang moden, perawatan gigi dijamin lebih berkesan dan efektif.

Alamat: No. L-01-25,Menara Shaftsbury Putrajaya, Jalan Alamanda, Presint 1, 62000 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu Operasi: 10.00am – 6.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 011-1049 2993

Whatsapp Klinik Pergigian Avisienna

 

Klinik Gigi yang Best di Presint 18, Putrajaya


9.  Klinik Pergigian Putrajaya (klinik kerajaan), Presint 18, Putrajaya  

Klinik Pergigian Presint 18

Selain daripada mendapatkan rawatan gigi di klinik-klinik gigi swasta, anda juga boleh mendapatkan rawatan gigi yang berkualiti tinggi dengan berkunjung ke klinik gigi di hospital kerajaan. Rawatan klinik gigi di hospital kerajaan adalah lebih murah berbanding di klinik swasta. Sekiranya anda ingin berjimat-cermat dalam mendapatkan rawatan gigi asas, anda disarankan berkunjung ke klinik gigi di hospital kerajaan. Sebarang permasalahan gigi dan oral yang kronik akan dilanjutkan secara terus ke pakar gigi di hospital kerajaan. Walaupun harga rawatan pergigian di klinik gigi di hospital kerajaan agak murah, tetapi perkhidmatannya hampir setanding dengan klinik swasta.

Alamat: Jalan P18c 1, Presint 18, 62000 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu Operasi: 8am–1pm, 2–5pm

Lokasi | Laman Web | Ulasan Bisnes | Phone: 03-8881 0062

 

Klinik Gigi yang Best di Presint Diplomatik, Putrajaya


10.  Klinik Pergigian Dr K Putrajaya, Presint Diplomatik, Putrajaya

Klinik Pergigian Dr K Putrajaya

Sekiranya anda risau permasalahan gigi yang mencacatkan senyuman anda, kami sarankan anda berkunjung ke Klinik Pergigian Dr K Putrajaya dengan segera. Di Klinik Pergigian Dr K Putrajaya, pakar gigi di sini boleh membantu anda mendapatkan susunan gigi yang simetri dan rata. Terdapat pelbagai prosedur dilakukan untuk membaik pulih kesimetrian gigi anda, misalnya pemasangan implan gigi, pencabutan gigi, pemasangan zirconia bridge dan banyak lagi prosedur rekonstruktif pergigian boleh dilakukan di sini.

Tinjauan di laman Facebook Klinik Pergigian Dr K Putrajaya seringkali memuat naik gambar-gambar sebelum dan selepas perawatan kosmetik gigi, yang mana hasilnya memang berkesan untuk mencantikkan gigi anda. Gigi yang bengkang-bengkok kini boleh jadi secantik gigi model iklan ubat gigi. Berdasarkan kualiti perkhidmatan di sini, tidak hairanlah Klinik Pergigian Dr K Putrajaya sering kali menerima ulasan-ulasan positif daripada pelanggan.

Alamat: No. 39A, Jalan Diplomatik, Presint Diplomatik, 62050 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu Operasi: 9:00 am – 10:00 pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-8328 5544

Whatsapp Klinik Pergigian Dr K Putrajaya

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x