Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

TOP 10 Klinik Kulit di Melawati KL TERBAIK

Ramai yang merungut dan stress kerana mengalami masalah kulit. Kulit adalah organ terbesar dalam tubuh manusia, dan menjaganya dengan baik adalah penting untuk kesihatan dan kecantikan kita. Kulit wajah yang sihat dan cantik sangat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan bersosial kita. Ianya adalah sumber keyakinan kepada seseorang individu tersebut. Terdapat banyak klinik kulit di Melawati KL yang mampu memberikan rawatan kulit paling terbaik.

Namun, sebelum mendapatkan rawatan, anda perlu sentiasa pastikan anda mendapatkan rawatan kulit dari klinik kulit yang berdaftar dan sah. Untuk lebih yakin dengan pilihan klinik, bagi anda yang tinggal di sekitar kawasan Melawati, Kuala Lumpur, dan sedang mencari klinik kulit terbaik untuk rawatan kulit, berikut adalah 10 klinik kulit di Melawati, Kuala Lumpur sah dan berdaftar yang anda boleh pertimbangkan. Jom lihat!

Senarai Klinik Kulit di Melawati KL


1. Dr. Chong Clinic Melawati Skin and Laser Specialist (Skin/Laser/Aesthetic)

 

Dr. Chong Clinic Melawati Skin and Laser Specialist

Untuk pengetahuan anda, pada 17 Julai 2023 klinik ini telah tersenarai di Bursa Malaysia dan ianya telah menjadi cawangan klinik estetik pertama yang berjaya di tersenarai di Bursa Malaysia ini. Sejak ditubuhkan pada tahun 2016, klinik ini telah berjaya membuka 13 cawangannya di Kuala Lumpur, Seremban dan Johor. Mengikut kepada perancangan yang dibuat 5 lagi cawangan akan turut dibuka pada tahun ini iaitu 2023, manakala 10 cawangan lagi pada tahun 2024.

Diperkuatkan oleh lebih 40 orang doktor-doktor yang berpengalaman dalam bidang dermatologi dan estetik. Klinik kulit ini menyediakan perkhidmatan rawatan kulit komprehensif termasuklah rawatan estetik, laser, parut, jerawat, pigmentasi, masalah rambut, penyakit kulit, serta pelangsingan badan. Jika anda ke sini, doktor yang bertugas akan menerangkan dengan terperinci segala masalah kulit yang dihadapi anda dan akan menawarkan rawatan yang bersesuaian dengan masalah kulit tersebut. Selain itu, Dr. Chong Clinic ini juga dilengkapi dengan tekhnologi canggih yang digunakan semasa rawatan.

Disebabkan oleh perkhidmatan rawatan cemerlang yang diberikan klinik ini telah dianugerahkan dengan pelbagai anugerah. Antaranya ialah Star Outstanding Business Awards, Asia Medical Aesthetic Exchange Association (AMAEA) – Top Medical Aesthetic Clinic, Best Customer Service Award, Best Brand Award, Best Use of Technology Award dan banyak lagi.

Ramai pelanggan-pelanggan yang datang ke sini memberikan respon positif berkenaan layanan dan rawatan yang diberikan. Antara komen yang diberikan ialah layanan yang diberikan sangat baik, penerangan yang teliti dan juga hasil yang rawatan yang terbaik. Sebaiknya, jika anda berminat untuk mendapatkan rawatan di sini pasikan anda membuat temujanji terlebih dahulu untuk mengelakkan anda perlu menunggu lama.

Alamat: G-6, Ground Floor Melawati Corporate Centre (MCC, Jalan Bandar Melawati, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur

WhatsApp Dr Chong Clinic

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (10:00am – 7:00pm), Sabtu, Ahad & Cuti Am (10:00am – 6:00pm)

Lokasi ǀ Laman web ǀ Facebook ǀ Instagram ǀ Email ǀ Ulasan bisnes | Tel: 018-2528088


2. KLINIK DR BAZILAH KUALA LUMPUR (Klinik Kulit / Rambut / Jerawat / Jeragat)

KLINIK DR BAZILAH KUALA LUMPUR

KLINIK DR BAZILAH KUALA LUMPUR menawarkan rawatan kulit tetapi juga terdapat rawatan rambut, kulit dan pelbagai lagi rawatan yang lain. Klinik ini telah menerima banyak komen positif dan pencapaian sejak penubuhannya.

Rata-rata pesakit yang pernah mendapatkan rawatan di sini sangat berpuas hati dengan layanan mesra staf dan doktor, prosedur rawatan dan hasil yang diperolehi. Ramai yang sangat mengesyorkan klinik ini kepada mereka yang ingin mendapatkan rawatan kulit.

Alamat: UNIT A1-10, LEVEL 1 PUNCAK SENTUL, 8, Jln Sentul Pasar, 51000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Jumaat – rabu (9:00am – 6:00pm)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Bisnes


3. Klinik Premier Clinic – Klinik Kulit di Melawati KL

Premier Clinic - KL City

Dengan misi untuk menonjolkan kecantikan dalaman dan luaran setiap pesakitnya, Klinik Premier Clinic telah berjaya mengembalikan kecantikan serta keyakinan buat ramai pesakitnya. Klinik ini mempunyai pasukan perubatan yang terlatih dalam bidang perubatan estetik bagi memastikan setiap pesakitnya mendapat rawatan estetik yang terbaik. Sehingga kini, klinik ini telah mempunyai beberapa cawangan, antaranya ialah di Bangsar Baru, Taman Tun Dr. Ismail, Mont Kiara, Puchong serta Kl City.

Selain itu, klinik ini dilengkapi dengan teknologi moden dalam bidang perubatan estetik untuk membantu mengatasi ketidaksempurnaan yang ada pada setiap pesakitnya. Meninjau di ruang review, ramai dari pesakitnya memuji dan berpuas hati dengan perkhidmatan rawatan serta layanan yang diberikan sepanjang tempoh rawatan mereka di sini. “The best experience ever” & “Great ambience and atmosphere” adalah antara feedback positif yang diberikan oleh pesakit yang pernah mendapatkan rawatan di sini. Oleh itu, jangan lupa untuk book slot anda bersama pakar kulit anda di Klinik Premier Clinic!

Alamat: A-0-8, Megan Avenue 1, 189, Jalan Tun Razak, 50400 Wilayah Persekutuan, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari (10:00am – 7:00pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes


4. CLEO Clinic Aesthetic & Skin Center

CLEO Clinic Aesthetic & Skin center

Falsafah yang dipegang oleh klinik ini adalah ingin membantu para pesakitnya meningkatkan keyakinan dan kecantikan semulajadi dengan prosedur serta rawatan yang terbukti berkesan secara perubatan. Pesakit yang hadir ke sini tidak perlu risau tentang keselamatan prosedur dan rawatan di sini. Ini kerana, CLEO Clinic Aesthetic & Skin Center mempunyai sebuah pasukan yang terdiri dari doktor dan staf yang berkelayakan juga berpengalaman luas.

“..super friendly staff, diverse of treatment…”, “Highly recommend!” & “…. Cleo Clinic has been the best for me”.

Review-review ini sudah cukup untuk menggambarkan bagaimana layanan dan rawatan yang telah diberikan kepada pesakit-pesakitnya. Anda berminat? Boleh terus hubungi mereka atau walk-in terus ke alamat seperti di bawah.

Alamat: 14, Jalan 30/70a, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (10:00am – 7:00pm), Sabtu (10:00am – 6:00pm), Ahad (10:00am – 4:00pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes


5. Luxe Beaute Aesthetic – Klinik Kulit di Melawati KL

Luxe Beaute Aesthetic

Dengan komitmen untuk memberikan perkhidmatan terbaik, Luxe Beaute Aesthetic adalah pilihan terbaik bagi mereka yang ingin meningkatkan kecantikan dan keyakinan diri tanpa perlu menjalani pembedahan. Klinik ini menyediakan pelbagai rawatan yang tidak hanya tidak menyakitkan tetapi juga memerlukan masa yang singkat. Kecantikan yang anda impikan kini lebih mudah dicapai di Luxe, dan kami yakin anda akan puas dengan hasil yang mempesonakan. Jadi, jangan ragu-ragu untuk menjalani rawatan seperti Skin Booster, Skin Rejuvenation, Pimples & Scars, Fillers, Body Shaping & Lipolysis, serta V-Shape And Face Slimming bersama kami.

Alamat: Dataran Wangsa Melawati, 9-1, Jalan Dataran Wangsa 1, 53300 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (10:00am – 6:00pm), Sabtu (10:00am – 2:00pm)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Bisnes


6. Klinik Kulit Salleh

Klinik Kulit Salleh

Klinik Dr. Salleh adalah sebuah klinik kulit yang memberi focus kepada rawatan masalah kulit seperti eczema, ruam, luka dan lain-lain. Diusahakan oleh Dr. Salleh dan isterinya. Rata-rata komen yang diberikan adalah sangat positif berkenaan dengan rawatan dan layanan yang diberikan semasa mendapatkan rawatan di sini.

Alamat: 2738 B, Jalan Changkat Permata, Taman Permata, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin, Rabu & Jumaat sahaja (8:00am – 9.30pm)

Lokasi | Ulasan Bisnes


7. Klinik Lovina Wangsa Maju

Klinik Lovina Wangsa Maju

Di Klinik Lovina ini bukan sahaja terdapat rawatan estetik tetapi juga terdapat mereka juga menyediakan penjagaan kesihatan rutin yang lain termasuklah merawat pelbagai penyakit dan kecederaan. Klinik yang ditubuhkan oleh dua orang sahabat yang sangat sukakan kesihatan dan kecantikan. Oleh sebab itulah klinik ini dikenali sebagai ‘Medical Hybrid Aesthetic Clinic’. 2 dalam 1, iaitu kesihatan dan kecantikan. Pesakit-pesakit yang pernah mendapatkan rawatan di sini kebanyakan memberikan 5 bintang untuk klinik ini dari segala segi.

Alamat: 6, Lorong Dataran Wangsa Wangsa Melawati, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Rabu – Isnin (9:00am – 5:00pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes


8. Hana Medi-Aesthetic Melawati

Hana Medi-Aesthetic Melawati 

Dengan komitmen untuk memberikan rawatan estetik perubatan berkualiti tinggi yang berdasarkan sains dan bukti, Klinik Hana Medi-Aesthetic Melawati adalah destinasi utama bagi mereka yang mencari peningkatan kecantikan yang sejati. Dalam suasana yang mengutamakan keselesaan dan relaksasi anda, pasukan doktor perubatan berpengalaman di klinik estetik ini akan memberikan perkhidmatan seperti facial perubatan, rawatan penurunan berat badan, rawatan laser dan banyak lagi dengan harga yang berpatutan. Jadi, jangan ragu untuk menyertai Hana Medi-Aesthetic Melawati dan rasakan perbezaannya hari ini untuk kecantikan yang lebih baik.

Alamat: Unit B-2-2 Level 2, Melawati Corporate Centre, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Selangor

Waktu Operasi: Rabu – sabtu (10:00am – 6:00pm), Ahad (10:00am – 2:00pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes


9. O2 Klinik (Melawati) | Weight Loss Treatment | Skin Treatment | Hair Treatment | General Health

O2 Klinik (Melawati)

Dengan pelbagai rawatan perubatan dan estetik yang profesional, O2 Klinik (Melawati) adalah destinasi terbaik untuk merawat kulit anda. Mereka tidak hanya mesra dan baik dalam menjelaskan prosedur kepada anda, tetapi juga sentiasa mengikuti perkembangan pesakit dengan kerap. Jika anda mengalami masalah kulit, kami sangat mengesyorkannya kerana perkhidmatan mereka yang cemerlang akan menjadikan kulit anda licin dan cantik.

Alamat: 270, Jalan Bandar 12, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Dibuka setiap hari (8:00am – 8:00pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes


10. Owa Beauty Aesthetic – Klinik Kulit di Melawati KL

Owa Beauty Aesthetic

Owa Beauty Aesthetic adalah pilihan yang tidak dapat disangkal bagi mereka yang mengutamakan penjagaan kulit berkualiti tinggi. Dengan harga yang berpatutan, servis mantap, dan pemilik yang berilmu serta peramah, tempat ini benar-benar berbaloi. Teknologi canggih yang digunakan dalam analisis kulit menambah keunikan tempat ini, menjadikannya tempat terbaik untuk merawat masalah kulit anda seperti jeragat, melasma, keratosis, milia, atau tahi lalat. Jadi, jangan ragu-ragu untuk membuat keputusan yang tepat dengan Owa Beauty Aesthetic.

Alamat: 52, Lor Dataran Wangsa, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Selasa – sabtu (11:30am – 6:00pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes


Kecantikan adalah hak semua orang. Kecantikan anda adalah keyakinan anda. Sekiranya anda memerlukan bantuan atau rawatan berkenaan masalah kulit anda boleh ke klinik kulit seperti di atas. Klinik-klinik di atas adalah antara klinik-klinik yang sangat direkomendasi oleh ramai pesakit yang pernah mendapatkan rawatan di klinik-klinik tersebut.

Baca lagi: Klinik Kulit yg Best di Putrajaya

5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

6 Klinik Pakar Kulit Terbaik di Kuala Lumpur!

Penyakit kulit sudah menjadi dominan perbualan pada masa kini kerana terdapat penyakit kulit yang mudah berjangkit. Penyakit ini terbahagi kepada dua, iaitu berjangkit atau...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x