Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

7 Klinik Pakar Mata Terbaik di Kuala Lumpur

Dalam mendapatkan rawatan mata yang terbaik, kita perlu mencari doktor mata yang terbaik juga. Antara perkata paling penting ketika mencari doktor pakar mata adalah anda perlu mencari doktor pakar yang bersesuaian dengan keadaan mata anda. 

Sebagai contoh, jika anda mempunyai glacouma, anda perlu berjumpa dengan pakar sakit mata khusus untuk penyakit mata glacouma. Hal ini kerana adakalanya, doktor pakar sakit mata yang biasa tidak tahu lebih mendalam mengenai penyakit ini.

Kuala Lumpur mempunyai banyak klinik pakar mata yang tumbuh bagaikan cendawan. Namun, anda tak perlu risau kerana dalam artikel ini, kami akan bantu anda dengan menyenaraikan 8 klinik pakar mata terbaik di Kuala Lumpur!

7 Klinik Pakar Mata di Kuala Lumpur


1. KPJ Pusat Pakar Mata, Pekeliling Kuala Lumpur

Klinik KPJ Pusat Pakar Mata, Pekeliling Kuala Lumpur

Klinik KPJ Pusat Pakar Mata ini terletak di KPJ Tawakkal Health Centre, Kuala Lumpur. Pusat ini menggunakan alat teknologi yang canggih dan berkualiti tinggi. Klinik ini juga mempunyai pasukan bedah yang terlatih, pakar optometrist yang bertauliah, jururawat berpengalaman dan pasukan kaunselor bermaklumat.

KPJ Pusat Pakar Mata ditubuhkan oleh pakar bedah kornea dan refraktif yang mempunyai kemahiran tinggi dalam menangani penyakit kornea dan bahagian depan mata. Jika anda mempunyai masalah gatal mata dan merah yang berkekalan, anda boleh mendapat ratawan eyelid screening dengan harga bermula RM 88 sahaja di sini!

Di samping itu, apabila membuat temujanji di KPJ, anda juga boleh memilih doktor yang akan merawat anda sehingga habis rawatan. Jadi, diharapkan ini tidak akan mengelirukan atau membuatkan anda gelisah jika anda membuat temujanji di sini. 

Alamat: KPJ Tawakkal Health Centre, Tingkat 4, Jalan Pahang, Pekeliling, 53000 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (8.30 am – 5.00 pm), Sabtu (8.30 am – 3.30 pm), Ahad (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-4022 6222

WhatsApp KPJ Pusat Pakar Mata


2. IKONIK Eye Specialist and General Health Centre, Bukit Jalil

IKONIK Eye Specialist and General Health Centre, Bukit Jalil

Sejak mereka memulakan perniagaan 6 tahun yang lepas, IKONIK Eye Specialist ini telah menerima pelbagai anugerah sehingga dikenali sebagai penyedia perkhidmatan yang berkualiti tinggi! 

IKONIK Eye Specialist mempunyai pakar dalam masalah rabun mata. Di samping itu, klinik ini turut menawarkan perkhidmatan rawatan penjagaan kulit. Jadi, jika anda mempunyai masalah-masalah kesihatan berikut, jangan ragu-ragu untuk mendapatkan rawatan di sini.

Yang paling menarik di klinik ini, ahli keluarga anda dibenarkan untuk melihat anda menjalani prosedur untuk berkongsi pengalaman bersama anda. Jadi, jika anda berasa gelisah untuk mendapatkan rawatan, anda boleh minta orang tersayang untuk menemani anda.

Alamat: 9, 10 & 11, Residensi Park, Persiaran Jalil Utama, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (8.30 am – 5.30 pm), Ahad (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-9765 1368

WhatsApp IKONIK Eye Specialist 


3. VISTA Eye Specialist Kepong LASIK & Cataract Eye Surgery, Kepong

VISTA Eye Specialist Kepong LASIK & Cataract Eye Surgery, Kepong

Dengan lebih daripada 30 anugerah klinikal dan bisnes di Malaysia, VISTA Eye Specialist telah menjadi klinik pakar mata pilihan rakyat Malaysia. Jadi, anda tidak perlu berasa ragu-ragu dengan perkhidmatan yang mereka tawarkan.

VISTA Eye Specialist ditubuhkan sejak 1999 dan telah menerima lebih 255,000 pesakit di klinik mereka. Klinik yang beribu pejabat di Petaling Jaya ini juga mempunyai banyak cawangan di Malaysia. Rata-rata pelanggan mereka berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan. 

Klinik pakar mata ini merupakan pakar dalam pembedahan antaranya ialah LASIK, katarak tanpa pisau dan implan kanta dalam mata. Mereka juga menawarkan rawatan mata untuk kanak-kanak di sini.

Alamat: No. 7, Jalan Prima 1 Metro Prima, Kepong, 52100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Selasa – Sabtu (9.00 am – 6.00 pm), Ahad (10.00 am – 5.00 pm), Isnin (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 1-800-88-3937

WhatsApp VISTA Eye Specialist 


4. Pusat Pakar Mata EYECARE Specialist Eye Center, Setapak 

Pusat Pakar Mata EYECARE Specialist Eye Center, Setapak 

Pusat Pakar Mata EYECARE terletak di Jalan Genting Klang, Setapak. Ia adalah antara klinik pakar mata di Kuala Lumpur yang menawarkan rawatan mata dengan harga yang berkemampuan.

Bermula dengan harga serendah RM30, anda boleh memeriksa kesihatan mata anda di sini. Antara perkhidmatan yang ada di klinik ini ialah pemeriksaan mata, ophthalmologist, pembedahan katarak, rawatan mata malas dan kanta sentuh implan. 

Klinik pakar mata ini juga dibuka setiap hari termasuk hujung minggu, jadi anda tak perlu ambil cuti jika ingin mengunjungi ke klinik ini. Mereka juga mempunyai doktor pakar professional yang sering mendapatkan banyak pujian daripada pelanggan.

Alamat: G-17,18 & 19, Residensi PV21, No.6, Jalan Usahawan 2, Off Jalan Genting Klang, Setapak, 53200 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin & Rabu – Jumaat (10.00 am – 6.00 pm), Sabtu & Ahad (9.00 am – 6.00 pm), Selasa (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-4141 9231

WhatsApp Eyecare Specialist


5. OasisEye Specialist, Bangsar South

OasisEye Specialist, Bangsar South

Klinik pakar mata ini ditubuhkan oleh sekumpulan pakar oftalmologi (pakar bedah mata) yang kesemuanya pakar dalam bidang masing-masing. Mereka juga merawat pelbagai jenis masalah mata dan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada pelanggan mereka.

OasisEye juga mempunyai cawangan di Johor Bahru, Seremban, Penang dan Lukut, manakala ibu pejabat mereka di Bangsar. Rata-rata maklumbalas daripada pelanggan mereka sangat berpuashati dengan rawatan yang diterima.

Alamat: Unit 1-3, Level, 1, Nexus, 7, Jalan Kerinchi, Bangsar South, 59200 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (8.00 am – 5.00 pm), Sabtu (8.00 am – 1.00 pm), Ahad (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-2730 7676

WhatsApp OasisEye Specialist 


6. KL Eye Specialist Centre, Kepong

Klinik Pakar Mata Kuala Lumpur Eye Specialist Centre, Kepong

KL Eye Specialist ini adalah klinik pakar mata bagus yang terletak di Kepong, Kuala Lumpur. Klinik mata ini ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Dr Manoj Sajnani. Pada masa penubuhannya, ia terdiri daripada seorang pakar oftalmologi. Setelah sedekad berlalu, kini, pusat ini telah berkembang menjadi fasiliti yang lebih besar dan lengkap.

Klinik ini menyediakan kemudahan alatan rawatan mata yang berkualiti tinggi. Di klinik ini juga mempunyai pasukan doktor yang pakar yang professional, pakar optometrist, pakar ortoptis dan jururawat mata yang terlatih.

KL Eye Specialist menyediakan transaksi tanpa tunai. Malah, mereka merupakan panel insurans di kebanyakan agensi insurans di Kuala Lumpur. Jika anda mempunyai insurans, disarankan bawa sekali kad medikal insurans anda untuk mendapatkan rawatan di sini.

Alamat: 73, Jalan Metro Perdana Barat 1, Taman Usahawan Kepong, 52100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 5.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-6250 0077

WhatsApp KL Eye Specialist Centre


7. Optimax Eye Specialist, Taman Tun Dr. Ismail

Klinik Pakar Mata Optimax Eye Specialist, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur

Sebagai pusat pakar mata yang mendapat pengiktirafan luar negara, Optimax Eye Specialist telah beroperasi selama 27 tahun. Golongan pesakit mereka juga bukan terhad di Malaysia sahaja, bahkan mereka mempunyai pesakit luar negara yang mendapatkan rawatan di sini. 

Mereka turut mempunyai pasukan doktor pakar mata yang sangat berpengalaman. Yang paling mengagumkan, Optimax merupakan pusat rawatan mata yang telah memperkenalkan teknologi ReLex SMILE yang pertama di Malaysia.

Apa yang menarik di Optimax Eye Specialist ini adalah mereka menawarkan pembayaran secara ansuran kepada pelanggan mereka. Jadi, jika anda ingin merasai pengalaman rawatan di sini, tidak perlu khuatir lagi. Hal ini kerana mereka menerima pembayaran secara ansuran tanpa faedah!

Alamat: Unit 2-2-1, Bangunan AHP, Jalan Tun Mohd Fuad 3, Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur

Waktu Operasi:  Isnin – Ahad (9.00 am – 6.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 1-800-88-1201

WhatsApp Optimax Eye Specialist 


Kami harap senarai ini dapat sedikit sebanyak membantu memudahkan urusan anda dalam mencari klinik pakar mata yang bagus di Kuala Lumpur. Jangan lupa untuk membuat sedikit rancangan kewangan anda berdasarkan keperluan serta bajet anda sebelum mendapatkan rawatan mata.

Jika anda juga sedang mempunyai masalah kulit, kami juga ada penyelesaiannya! Anda boleh merujuk kepada artikel kami dimana kami menyediakan 6 Klinik Pakar Kulit Terbaik di Kuala Lumpur.

 

5/5 - (9 votes)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x