Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Makanan Tradisional Cina yang BEST

Untungnya berada di Malaysia kerana mempunyai pelbagai kaum dan bangsa yang hidup dalam keadaan aman dan saling menghormati antara satu sama lain. Secara tidak langsung, ini mewujudkan variasi adat budaya dan makanan tradisional suku kaum yang menarik untuk dicuba. Kali jom kita lihat beberapa makanan tradisional Cina yang sering menjadi pilihan ketika musim perayaan kaum Cina setiap tahun dan beberapa menu lain yang sangat best untuk dicuba.

Kebanyakan makanan orang Cina sangat disukai kaum lain di Malaysia dan yang biasa kita dengar ialah Nasi Ayam Hainan, Char Kuew Teaw, Yong Tau Fu dan Taufu Fa. Kebanyakannya berasaskan soya, sayuran dan tepung.


Makanan Tradisional Cina sempena musim perayaan

Berikut merupakan menu kuih dan makanan yang sinonim di musim perayaan orang Cina setiap tahun.

1. Kuih Bakul (Nian Gao)

makanan tradisional cina popularKuih tradisional masyarakat Tiong Hwa yang sering mendapat sambutan terutamanya pada musim perayaan Cina.

Manisan kuih ini memang enak dan sedap dikunyak kerana diperbuat daripada tepung beras yang dimasak dengan gula putih. Secara tradisionalnya, kuih ini kebiasaanya dimasak di dalam bekas yang berlapik daun pisang di dalamnya bagi memberi aroma yang wangi dan menjadikan kuih ini lembut.


2. Kuih Bulan

kuih-orang-cinaSejenis kuih manisan yang sangat cantik dan kebiasaanya disediakan sempena Pesta Tanglung yang berlangsung pertengahan bulan 8 dalam kalenda Lunar.

Ada juga sumber yang mengatakan ianya disediakan ketika Perayaan Pertengahan Musim Luruh dan bentuknya datang dalam bulat ataupun bersegi.


3. Zong Zi ( Bak Tzang)

masakan-tradisi-cinaNamanya pelbagai dan ada juga yang memanggil kuih bacang.

Menu ini pula merupakan menu makanan yang sangat simbolik sempena festival Duanhu yang berlangsung setiap tahun pada hari ke 5 dalam bulan 5 Kalendar Lunar.


4. Yee Sang

yee-sangKalau kebiasaanya di musim perayaan Tahun Baru Cina, anda mesti selalu lihat satu adegan seperti dalam movie Chinese Block Buster di mana kaum keluarga duduk di meja bulat dan menggaulkan makanan-makanan sayuran bersama-sama dengan menggunakan chop stik.

Makan besar ! Yee Sang ini terdiri daripada beberapa hirisan memanjang sayuran yang berwarna warni dan pelbagai tekstur. Ianya merupakan simbolik majmuk yang cukup penting dalam masyarakat Cina untuk mengeratkan silaturahim sesama kaum keluarga dan sehabat handai.


5. Tang Yuan

kuih-tradisional-orang-cinaSekali tengok ianya seperti kuih Puteri Mandi kerana kebiasaanya dihidangkan di dalam mangkuk dan merupakan bebola beras pulut berkuahkan manisan.

Kalau di negara China menu ini kebiasaanya dimakan pada musim sejuk pada bulan Desember.


2 menu makanan tradisional kaum Cina yang paling best

Nak sebut satu-satu makanan tradisional Cina memang banyak, namun 2 yang berikut bagi saya yang paling membuatkan anak tekakku gembira.


1. Stir Fried Turnip Cake

makanan-tradisional-cina

Hidangan menu ini sangat simple dan kalau sekali pandang dari jauh, tak ubah seperti keaw teaw goreng. Menu ini sedap dimakan kalau time panas dan masih panas-panas, kalau sejuk memang cepat muak.

Bau dia memang sungguh menawan kalbu dan setiap kali ke Restoran Cina Muslim, memang tak sah akan order menu simple dan sedap ini.


2. Dim Sum

makanan-tradisional-kaum-cina

Menu makanan tradisional Cina yang memang popular dan tidak perlu diperkenalkan lagi. Hidangan dim sum ini datang dalam pelbagai jenis bentuk dan cara nak buat bebola dim sum pun agak leceh serta memerlukan kepakaran yang tinggi.

Menu ini bukan sahaja popular di kalangan peniaga orang Cina, malah hari ini kita boleh berjumpa dengan orang Melayu, India dan Pakistan yang menjaja di tepi jalan menjual Dim Sum ibarat gerai-gerai pisang goreng.

Ada beberapa Restoran Masakan Halal Cina yang boleh disinggah yang ada di sekitar KL yang pernah saya sendiri makan di sana seperti di Restoran De Templer di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

4.4/5 - (20 votes)

Anda Mungkin Berminat

7 Tempat Berbuka Puasa BEST Secara Berpiknik di Malaysia

Setiap tahun pada bulan Ramadhan, destinasi-destinasi ini pasti menjadi kunjungan orang ramai & warga setempat untuk berbuka puasa secara berpiknik ramai-ramai. Suasana di destinasi...

8 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

8 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
abed32
6 years ago

WOWW!!kuih bakul,soo delicous dan banyak makanan sedap

Ayra
Ayra
7 years ago

Banyak maklumat yang berfaedah

mencari sakinah
8 years ago

Dim sum tu nmpak sedap. tapi yang asal punye dicampur khinzir. Teringin nak makan dim sum yg halal punye

Puva
Puva
5 years ago

Terimakasih banyak bantak

Asnu
8 years ago

kuih bakul = dodol cina kalau d Indonesia. mantap :-)

Asnu
8 years ago

kuih bakul kalau di Indonesia disebut dodol cina. enak lah… dulu pernah tiap tahun di kasih hehehe…

Noriza Rahman
8 years ago

zon zi tu setiap kali hari raya mesti makcik saya belikan..sedap, depa panggil ketupat cina

Admin
Admin
8 years ago

kuih bulan tu kegemaran saya :)

Hubungi Kami

8
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x