Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Pilihan Terbaik Pakej Umrah di Sekitar Lembah Klang!

Menunaikan umrah merupakan rukun kelima dalam rukun Islam dan menjadi kewajipan bagi mereka yang berkemampuan. Namun, ianya pasti akan menjadi sedikit sukar, lebih-lebih lagi jika ini merupakan pengalaman pertama anda. Anda pastinya tidak tahu ingin bermula dari mana. Tambahan pula, hampir setiap tahun kita akan mendengar berita tentang penipuan pakej umrah. 

Oleh yang demikian, pelbagai aspek dan faktor perlu diambil kira supaya anda tidak menjadi salah satu dari mangsa penipuan tersebut. Tidak dinafikan bahawa mencari tawaran pakej umrah yang berkualiti dan dipercayai merupakan sesuatu yang sangat sukar. Oleh itu, di sini kami kongsikan sepuluh pilihan terbaik pakej umrah di sekitar Lembah Klang. Semoga membantu!

10 Pakej Umrah di sekitar Lembah Klang


1. Al Quds Umrah & Tours, Klang

Mendengar sahaja namanya, kami pasti ianya bukanlah suatu nama yang asing dalam dunia haji dan umrah. Memiliki beberapa cawangan di beberapa buah negeri, Al Quds Umrah menawarkan beberapa pakej menarik yang pastinya menepati citarasa anda. 

Agensi ini telah ditubuhkan sejak tahun 2016, dan telah membawa lebih dari 32,000 para jemaah umrah. Menariknya, agensi ini menawarkan pakej umrah dengan memastikan bahawa penginapan para jemaah adalah di Hotel Anjum, Mekah. Ini kerana Hotel Anjum merupakan hotel yang bertaraf lima bintang dan semestinya sangat selesa untuk para jemaah. 

Walaupun agensi ini menawarkan pakej untuk menginap di hotel lima bintang, namun anda tidak perlu risau kerana harganya sangat berpatutan. Tambahan pula, bagi mereka yang memilih pakej umrah di bawah agensi ini, anda akan diberi satu slot untuk menziarahi Kota Thaif secara percuma. Apa lagi, klik nombor di bawah untuk buat tempahan!

Alamat: Jalan Rantau Panjang KU/4, 42100 Klang Selangor

Pakej | Telefon: 016-217 9905

WhatsApp Al Quds Travel


2. Glocal Travel & Tours Sdn Bhd, Ampang

Glocal Travel & Tours Sdn Bhd, Ampang

Jika anda pertama kali ingin menunaikan umrah dan tidak mempunyai sebarang pengalaman, kami sarankan anda untuk memilih pakej umrah dari Glocal Travel & Tours ini. 

Syarikat agensi ini menawarkan anda pakej umrah beserta lawatan ke beberapa tempat sekitar yang menarik. Selain itu, jadual perjalanan yang disediakan juga menarik, direka bersesuaian mengikut gaya hidup pelanggan. 

Anda tidak perlu merasa ragu kerana semua staf yang bekerja di agensi ini telah diberi latihan yang secukupnya untuk menghasilkan kualiti kerja yang terbaik. Salah satu keistimewaan di sini adalah, mereka akan menguruskan segala dokumen dan keperluan anda dari mula hingga akhir. Anda hanya perlu tenangkan fikiran dan dan mengikuti jadual sahaja. Menarik bukan?

Alamat: B2-3A & B2-5 Arc @ Ampang Ukay Persiaran Ampang Ukay, 68000 Ampang, Selangor

Pakej | Ulasan Pelanggan | Email | Telefon: 03-4108 4588

WhatsApp Glocal Travel


3. Pakej Umrah Gemilang Travel & Tours Sdn Bhd, Ampang Jaya

Pakej Umrah Gemilang Travel & Tours Sdn Bhd, Ampang Jaya

Bagi anda yang sedang ‘save budget’, Pakej Umrah Gemilang ini merupakan pilihan yang tepat buat anda. Mereka sering menjadi pilihan utama buat mereka yang ingin menunaikan umrah adalah kerana syarikat ini menawarkan pakej umrah dengan harga yang sangat berpatutan. Anda pastinya akan berpuas hati dengan syarikat agensi ini kerana layanan yang diberikan oleh staf bertugas amat baik serta mudah difahami.

Selain itu, antara kemudahan lain yang pastinya menarik minat anda adalah, anda akan disediakan dengan penginapan yang sangat dekat dengan Masjidil Haram, iaitu di Hilton Tower di mana ianya hanya 30 hingga 50 meter dari masjid. Menarik bukan? Sudah pastinya ianya akan memudahkan anda untuk menunaikan solat fardhu setiap waktu di masjid. Buat anda yang masih tercari-cari pakej umrah yang menarik, ini adalah jawapannya!

Alamat: A15/1/1, One Ampang Business Avenue, Jalan Ampang Utama 2/2, Taman Ampang Utama, 68000 Ampang Jaya, Selangor.

Pakej | Ulasan Pelanggan | Telefon: 013-255 3806

WhatsApp Gemilang Travel


4. Andalusia Travel & Tour Sdn Bhd, Kuala Lumpur

Andalusia Travel & Tour Sdn Bhd, Kuala Lumpur

Sering menjadi sebutan, kelebihan Andalusia Travel ini adalah dari segi kekemasan pengurusannya. Bagi mereka yang telah memilih pakej umrah di sini, anda akan diminta untuk menghadiri kursus umrah secara percuma.

Menariknya, anda akan turut diberi kurma dan sejadah sebagai tanda penghargaan. Pakej yang ditawarkan di sini juga sangat menarik mengikut kepada kesesuaian kewangan anda. Yang pastinya, anda akan berpuas hati terhadap layanan baik yang diberikan. 

Selain itu, mutawif yang disediakan juga merupakan mereka yang terdiri daripada golongan yang berpengalaman. Selain memiliki pengalaman menunaikan ibadah suci di Mekah, anda juga berpeluang untuk memperoleh banyak ilmu pengetahuan yang akan disampaikan oleh para mutawif. Jadi tunggu apa lagi, klik sahaja nombor di bawah dan tempahlah pakej umrah anda sekarang!

Alamat: 26, Jalan 1/76, Jalan Kampung Pandan, Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur

Pakej | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-9283 1588


5. Juara Travel & Tours Sdn Bhd, Ampang

Juara Travel & Tours Sdn Bhd, Ampang

Juara Travel merupakan salah satu dari syarikat agensi yang sering menjadi pilihan buat mereka yang ingin menunaikan umrah. Bermula dengan harga pakej mampu milik serendah RM 8,590, pakej ini pastinya menarik minat anda. 

Syarikat ini menyediakan perkhidmatan serta kemudahan untuk anda dan pastinya proses yang dilakukan juga amatlah mudah. Tambahan lagi, servis dan layanan yang diberikan sangatlah baik bermula dari sebelum pendaftaran sehingga selepas anda pulang dari Tanah Suci.

Buat anda yang masih tiada pilihan untuk menempah pakej umrah, kami cadangkan anda untuk menempah slot dengan syarikat agensi ini dan rasai sendiri pengalaman yang memuaskan!

Alamat: No 1-2-1, Blok 1, City Garden Commercial Centre, Taman Nirwana, 68000 Ampang, Selangor

Pakej | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-9226 7105


6. CS Holiday Sdn Bhd, Jalan TAR

CS Holiday Sdn Bhd, Jalan TAR

CS Holiday, yang merupakan singkatan kepada ‘Cinta Sayang’ Holiday, telah ditubuhkan pada tahun 1990 dan semakin dikenali oleh orang ramai dari masa ke semasa. Istimewanya syarikat ini adalah dari segi tawaran harganya yang berpatutan mengikut pakej yang disediakan. 

Sejak ditubuhkan, syarikat ini sentiasa memperoleh maklum balas yang positif oleh pelanggan mereka. Ini membuktikan bahawa syarikat ini sememangnya cekap dan telus dalam menyediakan khidmat servis mereka. 

Alamat: No. 374, Tingkat Mezzanine Wisma CS Holidays Jalan Tuanku Abdul Rahman 50100 , Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Pakej | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-2697 0800


7. Tiram Travel Sdn Bhd, Cawangan Ampang

Tiram Travel Sdn Bhd, Cawangan Ampang

Tiram Travel merupakan salah satu syarikat yang mempunyai pengalaman yang luas serta berkemahiran dalam mengendalikan pengurusan jemaah haji di Malaysia. Mereka memiliki beberapa cawangan lain, namun buat mereka yang tinggal di sekitar Lembah Klang, anda boleh datang ke cawangan mereka yang terletak di Ampang. 

Nama syarikat ini sudah tidak asing lagi kerana mereka sering terlibat dalam pengurusan jemaah yang ingin menunaikan umrah pada setiap tahun. Salah satu tarikan mereka adalah mereka menawarkan pelbagai pakej dengan pelbagai jenis harga mengikut kesesuaian anda. Jika anda ingin menempah pakej umrah di sini, anda boleh klik pakej di bawah dan dapatkan sebut harga. 

Alamat: Ground Floor No.C3 A-G, Block C, Jalan Selaman 1, Dataran Palma, 68000 Ampang, Selangor

Pakej | Telefon: 03-4270 3511


8. Al Ansar Travel & Tours (M) Sdn Bhd, Setapak

Al Ansar Travel & Tours (M) Sdn Bhd, Setapak

Al Ansar Travel & Tours ini telah ditubuhkan pada tahun 2016. Ianya merupakan hasil ilham dan idea dari pengurusan Jemaah Umrah dari London yang mana telah mula beroperasi sejak tahun 2014. 

Nama asal syarikat ini adalah NISA Travel & Consultancy dan akhirnya telah ditukar sesuai dengan matlamat syarikat ini, iaitu menjadi pembantu kepada jemaah dalam mengerjakan ibadah umrah. 

Syarikat ini semestinya dipercayai kerana mereka menyediakan servis dan layanan yang terbaik. Syarikat ini amat mementingkan kesempurnaan dalam ibadah yang akan dilaksnakan oleh anda. Oleh itu, jelaslah bahawa syarikat ini adalah antara pilihan yang terbaik buat anda yang sedang mencari pakej umrah!

Alamat: 2-3-40, 3rd Floor, Wisma Rampai, Jalan 34/26, Taman Sri Rampai, 53300 Setapak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Pakej | Facebook | Telefon: 019-475 6916 

WhatsApp Al Ansar


9. An-Najwa Travel & Tours Sdn Bhd, Taman Ampang Hilir

Pakej Umrah An-Najwa Travel & Tours Sdn Bhd, Taman Ampang Hilir

Kebanyakan syarikat agensi yang menawarkan pakej menunaikan umrah adalah lebih kurang sama dan kurang menarik. Oleh yang demikian, An-Najwa Travel & Tours memilih untuk membuat sedikit kelainan dalam pakej umrah yang mereka tawarkan. 

JIka anda ingin merasai pengalaman perjalanan umrah yang unik dan lain dari yang lain, An-Najwa Travel & Tours ini adalah pilihan yang tepat buat anda. Anda pastinya akan memperoleh banyak pengalaman yang menarik sepanjang perjalanan anda. 

Anda boleh klik nombor di bawah untuk melihat pakej yang mereka tawarkan dengan harga yang berpatutan.

Alamat: A-9-2 Block A, Jalan Excella 3, Off Jalan Ampang Putra, Taman Ampang Hilir, 55100 , Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Pakej | Telefon: 03-4270 3278

WhatsApp An-Najwa


10. Mimm Travel & Tours Sdn Bhd, Gombak

Pakej Umrah Mimm Travel & Tours Sdn Bhd, Gombak

Anda sedang mencari pakej umrah yang eksklusif tetapi dengan harga yang berpatutan? Ini adalah pilihan terbaik buat anda! Mimm Travel & Tours menawarkan anda pakej yang semestinya berbaloi dan juga menyediakan layanan yang mewah.

Selain itu, mereka juga memberi anda pengalaman untuk menikmati makan malam di Arafah secara percuma! Syarikat ini menawarkan beberapa pakej lain yang pastinya dapat memenuhi citarasa anda.

Jadi, tunggu apa lagi, klik nombor di bawah dan dapatkan tawaran dari mereka sekarang!

Alamat: No. 19-2, Jalan Melati Utama 4, Taman Melati Utama, Gombak, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Pakej | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-4162 7879

WhatsApp Mimm


Kami yakin sebagai Umat Islam, anda pastinya menyimpan hasrat untuk menjadi tetamu di rumah Allah. Bagi mereka yang berpeluang, kami doakan semoga perjalanan anda dipermudahkan.

Namun begitu, anda haruslah merancang perjalanan anda sebaiknya dan memilih syarikat agensi terbaik dalam menguruskan perjalanan anda. Oleh itu, kami harap dengan adanya artikel ini, sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk memilih pakej umrah yang terbaik khusus buat mereka yang tinggal di kawasan sekitar Lembah Klang!

Jika anda juga sedang mencari agensi pelancongan di sekitar Shah Alam & Klang, anda boleh melayari artikel kami di mana kami senaraikan Top 10 Agensi Pelancongan Di Shah Alam & Klang yang Best.

4.5/5 - (19 votes)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x