Isi Kandungan
Destinasi luar negara mana yang anda teringin nak pergi? Tak perlu fikir panjang, jom bawa keluarga tersayang bercuti ke Yogyakarta yang kini merupakan salah satu destinasi pelancongan paling digemari rakyat Malaysia. Percutian ke Yogyakarta ini akan membawa anda sekeluarga merasai keunikan gabungan alam semula jadi, budaya dan makanan tradisional yang sangat autentik.
Yogyakarta merupakan sebuah bandar yang bukan sahaja kaya dengan sejarah, malah sangat sesuai untuk anda sekeluarga yang mahukan suasana santai, selesa dan penuh pengalaman bermakna.
Di sini, terdapat pelbagai tarikan semula jadi dan budaya, termasuk gunung berapi, pantai, gua, air terjun, serta taman negara yang menakjubkan. Jom kita terokai setiap sudut kota ini yang ada ceritanya tersendiri yang bakal membuatkan anda jatuh hati.
5 Sebab Utama Mengapa Yogyakarta Wajib Dilawati
1. Keindahan Alam Semula Jadi di Yogyakarta yang Memukau
Jika anda dan keluarga merupakan pencinta alam, destinasi ini sememangnya syurga kecil yang bakal membuatkan jiwa anda sekeluarga tenang.

Kota ini mempunyai pelbagai tarikan menarik seperti pantai, bukit, air terjun dan gua yang biasanya di tempat lain ia terletak jauh, namun menariknya di sini semua itu anda boleh terokai hanya dalam satu trip. Best kan?
Antara pengalaman paling popular yang kami jamin dapat memenuhi keinginan anda yang dahagakan keseronokan penuh cabaran adalah cave tubing di Gua Pindul.

Aktiviti cave tubing ini akan membawa anda menyusuri sungai bawah tanah dengan pelampung sambil menikmati formasi batu kapur yang unik dan memukau.

Bagi anda yang gemarkan panorama indah dan mencari spot bergambar terbaik, kawasan sekitar Kalibiru National Park menawarkan pemandangan tasik dan pergunungan yang sangat memukau sesuai untuk anda berfotografi.
Jangan lupa pula untuk singgah ke tapak-tapak bersejarah seperti:


- Candi Prambanan
- Candi Borobudur
- Pantai Timang
- Istana Kraton Yogyakarta


Setiap lokasi bersejarah yang menjadi ikon budaya Indonesia ini bakal menawarkan anda sekeluarga pengalaman berbeza daripada seni bina klasik hinggalah keindahan laut selatan.
2. Merasai Pengalaman Gunung Berapi Ketika Percutian ke Jogjakarta


Bukan sahaja dipenuhi dengan tempat-tempat bersejarah, Yogyakarta turut terkenal dengan salah satu keunikan utamanya iaitu kewujudan landskap gunung berapi aktif seperti Gunung Merapi.
Untuk menerokai gunung berapi ini, anda boleh melakukan lawatan dengan menaiki jeep atau melalui pendakian ringan ke kawasan sekitarnya.


Pakej lawatan jeep akan membawa anda sekeluarga melihat kesan letusan lama dan kawasan sekitar yang selamat untuk diterokai.
Jika ingin rasa lebih pengalaman, kami syorkan anda hiking ke kawasan ini bersama-sama keluarga tersayang untuk lebih kenangan bagi mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan.

Melalui aktiviti ini juga, ia dapat memberi peluang kepada anak-anak anda untuk memahami lebih jelas keajaiban geografi ini secara lebih dekat sambil menikmati suasana sejuk dan pemandangan dramatik.
Walaupun aktiviti ini sedikit mencabar, kami percaya pengalaman anda terutama anak-anak melihat landskap lava dan pemandangan dari ketinggian pasti menjadi kenangan yang sukar untuk dilupakan. Betul kan?
3. Makanan Tradisional Yogyakarta yang Wajib Cuba

Pergi bercuti ke mana sekalipun, kalau tak rasa hidangan tempatan mesti tak sempurna rasanya kan? Di kota hebat ini, hidangan paling ikonik yang wajib anda cuba ialah Gudeg. Hidangan klasik ini diperbuat daripada nangka muda yang dimasak lama bersama santan dan gula kelapa sehingga ia menjadi lembut dan beraroma.
Biasanya Gudeg dihidangkan bersama nasi, tempe dan tauhu goreng rangup. Anda juga boleh cuba pelbagai lagi pilihan makanan halal yang lain seperti tofu mercon, mee goreng Jawa, nasi uduk, satay klatak, coklat monggo dan cilok gajahan.


Semua jenis makanan ini sangat sesuai dengan keperluan halal sebagai orang islam. Apa yang pastinya, setiap hidangan yang anda cuba bukan sahaja halal tapi sangat sedap dan penuh dengan rasa autentik.
4. Aktiviti Menarik di Yogyakarta untuk Semua Peringkat Umur
Selain melihat keindahan alam dan merasai suasana tempatan di sini, anda sekeluarga boleh juga melakukan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang penuh interaktif, cabaran dengan pengalaman-pengalaman yang berbeza.
Yogyakarta sebuah tempat percutian yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik, paling penting sesuai untuk semua peringkat umur dan daripada aktiviti paling santai hingga ekstrem.

Antara aktiviti menarik ketika percutian ke Yogyakarta yang boleh anda sekeluarga lakukan di sini adalah seperti melawat Gunungkidul. Di kawasan Gunungkidul ini, anda boleh menikmati keindahan Pantai Timang dengan ombak kuat yang memukul batu karang.
Bukan setakat melihat panorama alam, anda boleh juga cuba mencabar diri dengan menaiki ‘kabel cart’ tradisional. Kabel ini diikat menggunakan tali kain untuk ke Pulau Panjang Watu. Kami pasti ia akan menjadi satu pengalaman unik yang boleh anda kenang sampai bila-bila.
Jangan lupa untuk turut sama menerokai Gua Jomblang yang terkenal dengan “cahaya syurga”.

Menariknya di gua ini, anda perlu diturunkan kira-kira 90 meter ke dalam gua untuk menyaksikan pancaran cahaya unik pada waktu tengah hari.


Selain itu, anda juga boleh berkunjung ke Kalibiru yang menawarkan pemandangan indah dari pelantar kayu yang menghadap kehijauan hutan dan pergunungan. Anak-anak pastinya teruja melihat betapa indahnya alam ciptaan Tuhan ini.
Untuk cabaran lebih ekstrem, cuba berakit di Gua Kalisuci menyusuri arus sungai yang deras sambil menikmati panorama semula jadi yang menakjubkan.
Jika anda dan keluarga lebih sukakan suasana tenang, boleh cuba menikmati matahari terbenam di bukit pasir sambil mencuba aktiviti sandboarding.

Sekiranya ingin membeli-belah dan ingin membeli pelbagai cenderahati seperti batik, aksesori, emas dan barangan tempatan, anda boleh membawa keluarga tersayang berkunjung ke Malioboro.

Untuk merasai pengalaman budaya pula, anda boleh saksikan persembahan wayang kulit yang diiktiraf UNESCO sebagai Warisan Kemanusiaan.
5. Percutian ke Yogyakarta Penuh dengan Elemen Budaya dan Sejarah Jogjakarta yang Kaya Warisan

Keunikan bandar ini bukan sahaja terkenal disebabkan oleh keindahannya, namun ia turut terserlah melalui institusi diraja seperti Kraton Yogyakarta. Di sini, anda berpeluang melihat dengan mata sendiri kehidupan tradisi Jawa yang masih kekal terpelihara sehingga ke hari ini.
Muzium, seni batik dan persembahan kebudayaan memberi peluang kepada anda sekeluarga untuk memahami dengan lebih dekat lagi identiti tempatan secara lebih mendalam. Suasana masyarakatnya yang harmoni menjadikan pengalaman melancong anda ke Yogyakarta lebih bermakna.

Dengan lima sebab ini, kami dapat merasakan Yogyakarta sudah pun mula bertakhta di hati anda. Tak sabar kan nak lihat sendiri apa yang kota ajaib ini mampu beri dan janjikan?
Yogyakarta sememangnya destinasi lengkap untuk anda yang mahukan destinasi percutian merangkumi gabungan alam semula jadi, aktiviti mencabar, makanan tradisional dan warisan budaya dalam satu perjalanan.
Jangan tunggu lagi, cepat pilih hari dan tarikh percutian ke Yogyakarta sekarang!
Baca juga: Tempat Menarik di Jakarta Indonesia – 10 Destinasi Paling Popular

