Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Tempat Menarik di Jakarta Indonesia – 10 Destinasi Paling Popular

Bagi anda yang mencari tempat percutian bajet di luar negara, salah satu destinasi yang popular ialah di Jakarta, Indonesia. Secara umumnya melancong ke tempat-tempat menarik di Jakarta adalah berbeza kalau nak dibandingkan destinasi pelancongan popular lain di Indonesia seperti di Pulau Bali ataupun Bandung.

Kalau anda bercuti ke Jakarta, jangan lepaskan peluang untuk melihat tempat tarikan pelancongan di ibu negeri Indonesia yang mempunyai populasi lebih 9 juta penduduk.


Masjid Istiqlal

tempat menarik di jakarta

Masjid Istiqlal merupakan masjid yang terbesar di Indonesia dan juga adalah yang terbesar di Asia Tenggara. Masjid ini menjadi mercu tanda utama di Jakarta simbolik kepada kemerdekaan dan kebanggaan orang Indonesia.

Masjid Istiglal di Jakarta ini mempunyai 7 pintu masuk utama dan setiap pintu masuk ini dinamakan dengan nama-nama daripada Asmaul Husna. 7 pintu masuk ini adalah simbolik dengan 7 syurga yang ada di dalam ajaran Agama Islam.

Besarnya masjid ini, ianya boleh menempatkan lebih 100,000 orang untuk satu-satu masa. Salah satu tempat menarik di Jakarta yang wajib anda singgah untuk melihat keunikan masjid kebanggan Indonesia ini.


Muzium Bank Indonesia

muzium jakarta menarik indonesia

Merupakan sebuah muzium yang menarik di Indonesia yang menempatkan pelbagai informasi tentang sejarah matawang Rupiah termasuk emas. Muzium ini mempunyai reka bentuk yang sangat moden dan mempunyai pelbagai koleksi duit lama sejak wujudnya matawang di Indonesia.

Harga tiket masuk pun murah sekitar 5,000 Rupiah sahaja dan dengan tarikan sejarah yang ada di sini, semestinya nilai tiket terlalu murah untuk dibayar. Satu tempat menarik yang mesti anda datang kalau nak lebih mendalami sejarah di Indonesia dan melihat sendiri timbunan jongkong emas di depan mata.


Muzium Nasional Indonesia

melancong ke jakarta indonesia

Satu destinasi yang sangat dicadangkan kepada mereka yang sukakan subjek sejarah seperti melihat statu, koleksi barangan emas, pakaian tradisional, artifak lama, perabot, barangan logam lama dan alat muzikal tradisional.

Memandangkan negara Indoensia mempunyai banyak agama dan kaum, anda boleh melihat pelbagai koleksi yang beraneka corak dan bentuk sejak zaman pra-sejarah sehinggalah zaman moden. Pengaruh budaya Hindu di dalam sejarah negara Indonesia memang kuat terutamanya di era pemerintahan awal negara ini dulu-dulu.


Pulau Seribu

pulau seribu indonesia

Bagi anda yang melancong ke Jakarta dan inginkan sesuatu yang lebih ‘adventure’ berada di pulau, Pulau Seribu adalah jawapannya yang hanya terletak beberapa jam perjalanan dari sebelah Jakarta Utara.

Anda boleh melakukan banyak aktiviti menarik di sini dan yang paling penting adalah untuk relekskan diri dengan kesibukan di bandar Jakarta. Terdapat beberapa buah pulau persendirian di sini yang boleh anda sewa dan beberapa penginapan juga ada di pulau-pulau yang lebih besar. Satu tempat menarik di Jakarta yang boleh anda lawati untuk rehatkan minda sekiranya melancong ke Jakarta dalam tempoh yang lama.


Waterbom Indonesia

waterbom indonesia menarik best

Merupakan taman tema air yang paling popular di Jakarta dan bahkan di Indonesia sendiri. Waterbom Indonesia adalah setaraf dengan taman tema air di Sunway Piramid dan pernah beberapa kali memenangi sebagai salah satu taman tema air yang tebaik di Asia. Di sini pasti menjadi satu tarikan di Jakarta yang sesuai untuk anak-anak.


Tempat menarik di Jakarta untuk shopping

Sekiranya anda seorang yang shopaholic, banyak tempat shopping di Jakarta yang menawarkan pelbagai barangan baik yang murah mahupun yang high-end.


Pasar Baru

tempat shopping best di jakarta

Merupakan sebuah pasar yang nostalgik yang memang unik dan sesuai untuk berjalan-jalan. Anda akan berjumpa dengan banyak peniaga yang menjalankan bisness seperti menjual baju, pakaian dan jam-jam.

Bagi peminat pakaian vintage, di sini juga banyak barangan yang ditawarkan seperti baju, tali pinggang, jaket, seluar dan sebagainya samaada yang baru mahupun second hand. Senang cerita, barangan dan pakaian yang dijual berkonsepkan seperti ‘kedai bundle’ di Malaysia. Di sini juga terdapat banyak makanan tempatan yang boleh dicuba dengan harga yang cukup murah.


Central Park

central park jakarta menarik

Merupakan sebuah mall di Jakarta Barat yang sangat besar yang menawarkan pelbagai barangan samaada yang kualiti biasa-biasa sehinggalah ke yang mahal. Kalau di Indonesia, mall ini dianggap seperti tempat membeli belah untuk orang yang berada. Kalau di KL, mall ini seolah-olah Pavillion ataupun Suria KLCC.

Di dalamnya terdapat banyak lot kedai, butik, pelbagai jenis restoran, kedai buku, kedai muzik dan sebagainya. Di sini juga merupakan tumpuan pelancong untuk mencari pelbagai jenis makanan-makanan tempatan Indonesia. Kalau berada di Jakarta Barat, di sini adalah satu tempat menarik untuk shopping yang mesti pelancong akan datang.


Grand Indonesian Mall – tempat shopping di Jakarta yang terbesar

tempat membeli belah di jakarta

Sebuah lagi shopping mall di Jakarta yang sangat moden dan juga merupakan yang terbesar di Indonesia. Satu destinasi yang ideal untuk cuci-cuci mata, shopping dan makan-makan.

Sekiranya ada tidak mahu menghabiskan duit untuk membeli belah barangan high end di sini, anda boleh jalan jalan cari makan di sekitar foodcourt yang memang best dan menyediakan pelbagai makanan popular orang Indonesia.

Banyak lot kedai yang ada di sini menjual barangan seperti gajet elektronik, jam, barangan kemas dan baju kulit. Selain itu, anda juga mungkin boleh menghabiskan masa dengan melihat movie 4D di bahagian hiburan. Di sini juga terdapat hotel yang mungkin sesuai sekiranya anda mencari penginapan yang dekat dengan tempat shopping.


Taman Anggerek Mall

melancong ke jakarta indonesia

Taman Anggerek Mall merupakan satu lagi tempat menarik di Jakarta Barat untuk membeli belah. Seperti juga di mall yang lain di Jakarta, di sini mempunyai banyak kedai yang menjual pelbagai barangan. Dan kebiasaannya pelancong luar ke sini lebih untuk mencari makanan tempatan.

Selain tempat shopping di atas, ada beberapa lagi destinasi membeli belah yang boleh anda lawati di Jakarta seperti Plaza Indonesia of FX Mall, Mangga Dua , Blok M dan Pasar Ikan.

>> Cari Hotel Terbaik di Jakarta <<

Sekali sekala pergi ke tempat orang memang syok, tambah-tambah kalau ke tempat-tempat makan best di Jakarta untuk mencuba makanan tempatan yang sedap di sini seperti soto betawi, rawon, gudeg, bakso dan sebagainya. Semoga memberi anda inspirasi untuk bercuti ke tempat-tempat menarik di Jakarta kelak. Wassalam.

4.6/5 - (5 votes)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x