Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Tempat Menarik di Bali Indonesia – Panduan Percutian

Destinasi pelancongan di Indonesia menjadi hangat semenjak dua menjak ini disebab beberapa faktor antaranya kerana kos ke Indonesia murah dan tempat menarik di sana pun best. Selain pelancongan di Bandung, banyak juga tempat-tempat menarik di Bali Indonesia yang juga mempunyai kelainan yang tersendiri.

Moh kita lihat beberapa destinasi pelancongan di Bali yang paling popular. Kalau percutian ke Bali merupakan yang pertama kali, jangan tak baca kupasan-kupasan menarik di bawah yang pasti membantu anda membuat perancangan travel dengan lebih baik ke Bali, Indonesia.


Pengenalan dengan pelancongan di Bali

Boleh dirumuskan, percutian ke Bali boleh dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik samaada berkenaan dengan budaya tempatan, alam semulajadi, kesenian dan juga kerohanian.

>> Jom Cari Hotel Terbaik di Bali <<

Kalau bercakap bab pantai di Bali, memang tidak dinafikan memang sangat cantik terutamanya di kawasan pantai Kuta, Nusa Dua dan Seminyak. Selain itu di Bali juga terkenal dengan kebudayaan Ubud dan juga jelapang padi yang menghijau.

Di bahagian barat laut Bali dan juga di Pulau Lombok juga merupakan satu destinasi pelancongan yang sangat popular dengan keindahan alam semulajadi yang masih terpeliharaan keasliannya.

basakih temple baliDi bahagian barat Bali pula merupakan satu destinasi yang mempunya pemukaan berbukit yang diliputi dengan hutan, padang padi dan tumbuhan sayuran.

Tarikan pelancongan di Bali juga tidak ketinggalan dengan nilai sejarah yang tinggi yang boleh didapati di muzium, galeri serta beberapa tempat sejarah yang ratusan tahun umur binaannya seperti Besakih Temple.


Tempat menarik di Bali yang Popular Mengikut Kawasan Utama

Kalau anda bercuti ke sini untuk 2 atau 3 hari, sudah pasti anda nak melawat ke tempat menarik di Bali yang paling best dan unik. Jom kita lihat destinasi percutian di Bali yang paling popular di 10 kawasan utama.

1. Seminyak

tempat menarik di bali indonesia
pantai echo di seminyak

Seminyak merupaka kawasan resort pantai di Bali yang paling moden dan mempunyai beberapa butik-butik pereka fesyen yang bertaraf world class. Di sini juga kalau pada waktu malam merupakan area pantai yang paling ‘happening’ dan meriah ! Tempat makan menarik di Bali pun banyak di sini. Jom tengok tarikan pelancongan utama yang boleh dikunjungi kalau anda menginap di Seminyak.

  1. Petitenget Temple
    • Temple ini yang lebih dikenali di kalangan masyarakat tempata ‘Pura Petitenget’ merupakan landmark yang paling popular di Seminyak. Pantai Petitenget hanya bersebelahan dengan Temple ini dan kalau nak tengok matahari terbenam, di atas temple ini merupakan ‘port’ yang paling menarik.
  2. Biasa ArtSpace
    • Merupakan galeri yang menempatkan pelbagai koleksi seni dan fesyen yang terkenal di Bali.
  3. Pantai Echo
    • Pantai yang popular di Seminyak yang mempunyai kawasan pantai yang cantik dan banyak cafe di sekitarnya yang menyediakan makanan laut yang segar. Di sini juga menjadi destinasi ideal bagi mereka yang nak mandi manda dan bermain papan luncur. Pantai ini juga dikenali sebagai Pantai Batu Mejan.
  4. Galeri Kendra
    • Galeri yang menempatkan pelbagai barangan dan arca seni. Sesuai untuk dilawati bagi pelancong yang sukakan lukisan dan seni kraftangan berseni tempatan.
  5. Pantai Seminyak
    • Pantai Seminyak mempunyai lebih banyak resort yang lebih moden dan lengkap. Sesuai untuk aktiviti pantai seperti mandi manda serta berkuda. Di sini juga mempunya banyak tempat yang mana pada malam harinya lebih meriah.

2. Ubud

kawasan pelancongan di bali

Kawasan Ubud, Bali pula lebih kearah kawasan bertanah tinggi dan dipenuhi dengan ‘landmark’ kebudayaan samaada bangunan tokong kuno dan juga istana diraja yang berusia ratusan tahun. Di sini juga terletaknya lapangan hijau pokok padi yang menjanjikan pemandangan semulajadi yang menarik. Tarikan pelancongan utama di Ubud, Bali:

  1. Goa Gajah ‘Elephant Cave’
    • Merupakan tapak arkeologi yang menempatkan sebuah tokong lama di dalam gua. Terletak di Kampung Bedulu yang terkenal sebagai kawasan yang meninggalkan banyak kesan sejarah.
  2. Hutan Monyet Ubud
    • Sebuah hutan yang dikekalkan keasliannya dan mempunyai banyak monyet. Di hutan ini juga terdapat sebuah kuil lama yang menjadi tempat suci bagi penganutnya.
  3. Tegallalang Rice Terrace
    • Merupakan kawasan padang padi berbukit yang dikatakan yang tercantik di Asia Tenggara. Sesuai untuk dilawati sekiranya anda seorang yang gemarkan alam sekitar suka mengambil gambar.
  4. Istana Diraja Puri Saren
    • Sebuah istana diraja lama yang dibina sekitar 1800 an dan sturktur bangunannya masih utuh dan mempunyai senibina yang bercirikan budaya tempatan.
  5. Muzium Blanco Renaissance
    • Muzium yang menempatkan pelbagai barangan bersejarah dan lukisan seni yang dihasilkan oleh Don Antonio Blanco. Antara subjek seni yang menjadi kegemaran Blanco ialah Perempuan Bali Bogel.
  6. Setia Darma House of Mask
    • Muzium yang sangat unik yang menempatkan lebih 1000 topeng kebudayaan orang Bali dan juga lebih 4000 patung dari Indonesia, China, Afrika, Eropah dan Latin.
  7. Bali Bird & Reptile Park
    • Taman yang berkeluasan 2 hektar yang menempatkan lebih seribu ekor burung pelbagai spesis dari dalam dan luar negara.
  8. Zoo Bali
    • Orang tempatan di Bali lebih mengenali Zoo Bali sebagai Kebun Binatang Bali yang menempatkan pelbagai jenis binatang mamalia, reptalia, burung dan juga tumbuh tumbuhan.
  9. Bali Safari and Marine Park
    • Menempatkan lebih 60 spesis binatang liar yang tinggal di habitat asalnya seperti harimau, gajah dan sebagainya.
  10. Agung Rai Muzium of Art
    • Sebuah galeri seni sejarah yang dimiliki oleh usahawan tempatan yang menempatkan pelbagai lukisan dan bahan seni fizikal.

3. Kuta & Ligian

tarikan tempat pelancongan di bali

Area Pantai Kuta & Legian pula merupakan sebuah pantai di Bali yang agak popular dengan deretan kedai dan butik yang menjual pelbagai barangan berkualiti dari dalam dan luar negara. Berikut merupakan beberapa tempat menarik utama di Kuta, Bali:

  1. Pantai Kuta & Legian
    • 2 Pantai yang landai dan bersebelahan yang sesuai untuk aktiviti mandi manda dan melihat ‘sunset’.
  2. Waterbom Bali
    • Taman tema air yang besar yang menempatkan permainan seperti Superbowl, Boomerang, Smashdown, Race Track dan sebagainya. Terletak berhampiran dengan beberapa hotel terkenal di sini. Merupakan tempat menarik di Bali yang paling popular bagi yang berkeluarga.
  3. Odyssey Surf School
    • Pusat pembelajaran luncur air dan sesuai bagi mereka yang baru ingin menceburkan diri dalam sukan luncur ini.
  4. Dream Museum Zone
    • Sebuah muzium mural 3D yang menempatkan lukisan dinding yang berskala besar. Sesuai kalau nak ambil photo berlatarkan lukisan yang mempunyai pelbagai cerita silam dan masa hadapan.
  5. Vihara Dharmayana Khuta
    • Sebuah tokong Budha lama yang berusia lebih 200 tahun.
  6. Kuta Theater
    • Persembahan pentas seperti pentunjukan silap mata yang ber’teater’. Satu persembahan yang mesti tengok kalau berada di Jalan Kartika Plaza, Kuta pada waktu malam.
  7. Circus Park
    • Merupakan taman tema air yang terletak hanya 10 minit dari Ngurah Rai International Airport. Lebih kecil dan harganya lebih murah kalau nak dibandingkan dengan Waterbom Bali.
  8. Trick Art 3D Gallery
    • Sebuah galeri mural 3D yang menempatkan pelbagai jenis lukisan ‘hidup’ yang menarik.
  9. Kuta Sea Turtle Conversation Site
    • Pusat pemuliharaan penyu laut. Bulan Jun dan Julai setiap tahun merupakan waktu puncak kerana musim menetas telur dan ribuan anak-anak penyu akan dilepaskan ke laut.
  10. Ground Zero Memorial
    • Sebuah monumen yang terletak di sempadan Kuta-Legian yang dibina bagi memperingati mangsa ketika peristiwa pengebomam di Bali pada tahun 2002 yang membunuh sebanyak 202 orang termasuk pelancong asing. Sumber Wikipedia.

4. Jimbaran

bercuti ke bali indonesia

Area pantai Jimbaran juga menawarkan banyak destinasi pelancongan yang best.

  1. Uluwatu Temple
    • Tokong yang dikenali sebagai Pura Luhur Uluwatu merupakan mercu tanda paling popular di dalam poskad Bali. Terletak di kemuncah tebing di semenanjung Bukit mengadap lautan luas.
  2. Garuda Wisnu Kenchana
    • Kawasan terbuka yang berkeluasa 250 hektar yang mana menempatkan statu patung besar iaitu Dewa Visnu yang memegang Helang Garuda. Salah satu tempat menarik di Bali yang paling unik.
  3. New Kuta Green Park
    • Taman tema air yang berkeluasan 5 hektar yang menempatkan beberapa kolam, gelongsong air dan beberapa aktiviti outdoor.
  4. Pantai Padang Padang
    • Terletak di tenggara semenanjung Bukit dan merupakan pantai yang popular untuk aktiviti ‘surfing’.
  5. Pantai Pandawa
    • Pantai yang cantik yang agak terpencil dan sesuai untuk mandi manda dan melihat matahari terbenam.
  6. Jimbaran Bay Traditional Market
    • Pasar basah orang tempatan yang mengumpulkan semua hasil tangkapan laut yang segar.
  7. Pantai Balangan
    • Sebuah lagi pantai yang menarik untuk aktiviti mandi dan meluncur air.
  8. Pantai Bingin
    • Pantai yang dikelilingi dengan batuan kapur.
  9. Pantai Dreamland
    • Merupakan pantai pertama yang menjadi tarikan para peluncur air  dan kini sangat popular di kalangan peluncur seluruh dunia.
  10. Jengala Gallery
    • Galeri yang menempatkan pelbagai koleksi arca seramik.

5. Nusa Dua

pantai menarik nusa dua bali

Kawasan paling eksklusif di Bali yang menempatkan pelbagai resort dan hotel 5 bintang. Antara tarikan utama di Nusa Dua yang boleh anda kunjungi sekiranya menginap di sini.

  1. Devdan Show
    • Pertunjukan teater berpentas yang berdurasi 90 minit yang menceritakan budaya orang tempatan Indonesia.
  2. Pantai Mengiat ( Nusa Dua Beach)
    • Percutian ke Bali anda tak lengkap kalau tak mandi di Pantai Mengiat yang merupakan pantai utama di sini yang sering menjadi pilihan pelancong. Juga berdekatan dengan hotel 5 bintang seperti Grand Hyatt Bali dan Ayodya Resort.
  3. Nusa Dua Island
    • Tarikan yang sangat unik di sini di mana anda boleh melihat keindahan ombak yang menerjah batuan kapur di pulau ini.
  4. Muzium Pasifika
    • Muzium yang menempatkan barangan bersejarah dan artistik daripada 200 artis yang berasal dari 25 negara.
  5. Bali Camel Safaris
    • Menunggang unta di pesisiran Pantai Nusa Dua.
  6. Geger Temple
    • Temple yang bersejarah yang terletak di atas tebih di tepi Pantai Nusa Dua. Juga berdekatan dengan resort dan merupakan kawasan yang sangat ideal untuk photoshoot.
  7. Garuda Wisnu Kenchana
    • Kawasan terbuka yang menempatkan patung besar iaitu Dewa Visnu yang memegang Helang Garuda.
  8. Bali National Golf Club
    • Lokasi bermain golf yang sangat popular di Bali.
  9. Pantai Pandawa
    • Pantai yang cantik yang berbelakangkan bukit batu kaput.
  10. Puja Mandala
    • Kompleks budaya dan agama yang menempakan tempat-tempat sembahyang untuk 5 agama utama di Indonesia.

6. Sanur

pantai sanur bali indonesia

Kawasan berpantai yang agak popular di Bali sekiranya anda inginkan ketenangan. Tarikan pelancongan utama di Sanur, Bali ialah:

  1. Sanur Beach
    • Pantai utama di Sanur yang sesuai untuk mandi manda dan aktiviti outdoor yang lain.
  2. Bali Seawalker
    • Anda berpeluang turun kedalam laut menggunakan tangga untuk melihat hidupan marine dengan memakai helmet khas ( seperti helmet angkasawan).
  3. Le Mayeur Museum
    • Muzium yang menempatkan barangan sejarah dan hasil seni peribadi oleh Adrien-Jean Le Mayeur de Merpres.
  4. Bali Shark
    • Pusat pemuliharaan jerung jenis ‘black tip’ dan ‘white tip reef shark’.
  5. Blanjong Incription
    • Menempatkan artifak yang tertua di Bali iaitu sebuah batu kapur yang mempunya tulisan bahasa sanskrit.
  6. Turtle Conversation and Education Centre (TCEC)
    • Pusat pemeliharaan dan pemuliharaan penyu laut. Anda berpeluang melihat pelbagai saiz penyu yang kecil dan yang besar di dalam kolam yang disediakan.
  7. Griya Santrian Gallery
    • Merupakan galeri yang terbuka yang menempatkan pelbagai bahan artistik hasil artis dalam dan luar negara. Terletak di Griya Santrian boutique hotel di Sanur.
  8. Bali Kites Festival
    • Festival tahunan layang-layang yang berlangsung pada musim berangin pada setiap bulan Julai dan Ogos.
  9. Bali Orchid Garden
    • Kebun bunga orkid yang sesuai kepada mereka yang gemarkan bunga.
  10. Taman Festival Bali ‘Ghost Town’
    • Taman tema yang tebantut dan telah tutup beroperasi. Oleh kerana sudah lama ditinggal di percayai tempat ini berhantu. Lokasi photoshoot yang terkenal bagi mereka yang nakkan subjek yang usang dan unik.

7. Benoa

tanjung senoa bali indonesia

  1. Tanjung Benoa Beach
    • Pantai utama yang panjangnya 3 km yang mempunyai resort, cafe dan kaunter untuk aktiviti sukan air.
  2. Water Sport Acktivities
    • Lokasi utama di Bali untuk aktiviti sukan air yang terletak di Tanjung Benoa seperti jetski, parasailing dan sebagainya.
  3. Caow Eng Bio Chinese Temple
    • Antara tokong Buddha yang paling lama di Bali.
  4. Pura Dalem Ning Lan Taman Beji Temple
    • Temple lama yang bercirikan senibina tempatan yang bermenara tinggi.
  5. Bumbu Bali Cooking School
    • Kelas memasak kulinari tempatan yang sangat popular di Bali.

8. Uluwatu dan Bukit

uluwatu bali indonesia

  1. Uluwatu Temple
    • Merupakan salah satu temple yang paling popular di Bali yang terletak di tebing tinggi batu kapur dan dikelilingi hutan serta mengadap pantai. Boleh dikatakan Uluwatu Temple merupakan satu tempat menarik di Bali yang paling dikenali.
  2. Garuda Wisnu Kenchana
    • Kawasan terbuka yang menempatkan patung besar iaitu Dewa Visnu yang memegang Helang Garuda. Masukkan destinasi unik ini kedalam senarai percutian anda ke Bali.
  3. Kecak Fire Dance
    • Juga dikenali sebagai ‘sorakan monyet’ merupakan tarian tradisional suku kaum di Bali. Lokasi popular untuk menyaksikan tarian ini ialah di sebelah Uluwatu Temple.
  4. New Kuta Green Park
    • Taman Tema Air yang menempatkan beberapa kolam dan permainan air seperti gelongsor dan lain-lain.
  5. New Kuta Golf
    • Lokasi bermain golf yang premium di Bali dan sering menjadi lokasi berlangsungnya kejohanan golf berprestij di Indonesia.
  6. Pantai Padang Padang
    • Terletak di tenggara semenanjung Bukit dan merupakan pantai yang popular untuk aktiviti ‘surfing’.
  7. Pantai Pandawa
    • Pantai yang cantik yang agak terpencil dan sesuai untuk mandi manda dan melihat matahari terbenam.
  8. Pantai Suluban
    • Destinasi pantai yang juga popular untuk aktiviti mandi manda.
  9. Pantai Balangan
    • Sebuah lagi pantai yang menarik untuk aktiviti mandi dan meluncur air.
  10. Pantai Bingin
    • Pantai yang dikelilingi dengan batuan kapur.

9. Candidasa

jemeluk view point di bali

  1. Goa Lawah Temple
    • Temple di dalam gua dan juga di kenali sebagai Bat Cave Temple.
  2. Lempuyang Temple
    • Temple yang paling tua di Bali dan kedudukannya agak pedalaman di atas bukit.
  3. Pantai Amed
    • Pantai yang popular untuk aktiviti menyelam dan menawarkan batu karang dan hidupan marin yang sangat indah.
  4. Jemeluk Viewpoint/Menara Tinjau
    • Menara tinjau di Jemeluk Bay yang mana anda boleh melihat pemandangan indah Pantai Amed.
  5. Candidasa Lotus Lagoon
    • Lagun dan kawasan berair yang menempatkan pokok-pokok bunga lotus.
  6. Kerta Gosa Hall of Justice
    • Struktur bersejarah yang terkenal di Bali.
  7. Pasir Putih Beach
    • Pantai yang dinamakan sempena pasirnya yang putih dan sesuai sekiranya anda nakkan ketenangan.
  8. Taman Ujung Water Place
    • Taman berair yang mempunyai beberapa kolam dan struktur bersejarah.
  9. Tirta Ganga Water Garden
    • Taman air yang menempatkan kolam dan beberapa patung bersejarah di tengahnya.
  10. Tenganan Pengringsingan
    • Kawasan kebudayaan kampung yang tertua di Bali

10. Denpasar

shark island di bali indonesia

  1. Turtle Conversation and Education Centre (TCEC)
    • Pusat pemeliharaan dan pemuliharaan penyu pelbagai usia.
  2. Shark Island
    • Pusat pemuliharaan jerung. Maklumat lanjut di sini.
  3. Sakenan Temple
    • Sebuah lagi temple yang menjadi mercu tanda Bali.
  4. Bajra Sandhi Monument
    • Mercu tanda di mana di dalamnya terdapat galeri yang menceritakan sejarah Bali sejak 3000 tahun sebelum masihi.
  5. Desa Budaya Kertalangu
    • Kampung budaya yang menempatkan aktiviti harian pendudukan seperti menanam padi dan juga terdapat kedai serta restoran di sekitarnya.
  6. Bali Provincial Public Museum
    • Muzium yang bercirikan seni binaan Bali yang menempatkan lebih 10000 pameran. Juga merupakan muzium yang tertua di Bali.
  7. Fingerprint Painting Museum
    • Merupakan galeri yang menempatkan koleksi peribadi I Gusti Ngurah Gede Pemecutan, seorang daripada keluarga kerabat diraja Denpasar.
  8. Jagatnatha Temple
    • Taman air diraja yang menempatkan beberapa kolam dan monumen bersejarah.
  9. Denpasar Arts Centre
    • Lokasi untuk aktiviti tahunan iaitu Taman Werdhi Budaya pada setiap bulan Julai dan Ogos.
  10. Ngurah Rai Mangrove Forest
    • Taman paya bakau yang berprasarana lengkap untuk pelancong.

>> Jom Cari Hotel Terbaik di Bali <<

Memang sungguh banyak tempat-tempat menarik di Bali untuk dilawati sampai rambang mata dibuatnya. Semoga senarai kawasan pelancongan di atas mengikut kawasan utama akan membantu anda membuat keputusan untuk mencari penginapan dan hotel di Bali kelak.

4.2/5 - (9 votes)

Anda Mungkin Berminat

4 Destinasi Best Untuk Berbulan Madu

Mencari destinasi percutian penuh romantis dan teristimewa bersama pasangan tercinta? Memperkenalkan Bali, Maldives, Krabi & Phuket yang menjadi pilihan utama untuk menikmati percutian bulan...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x