Poseidon Oysterbay Resort: Resort Atas Air di Johor yang Tawarkan Pengalaman Luar Biasa

Nak sesuatu kelainan? Jom rasai pengalaman menarik dengan menginap di kelong atas air yang terletak di Poseidon Oysterbay Resort Johor. Berbeza dengan tempat percutian yang lain, Poseidon Oysterbay Resort Johor menjanjikan suasana yang aman dikelilingi keindahan alam semula jadi.

Tempat menarik di Johor dengan vibe “back to nature” sangat sesuai untuk anak-anak anda mempelajari dan merasai sendiri kehidupan atas air yang jarang disaksikan mereka. Bagi anda yang tercari-cari tempat yang merangkumi suasana meriah, makanan laut segar, dan pemandangan menenangkan, resort ini pilihan terbaik.

Untuk ketahui lebih lagi tarikan lain di tempat percutian menarik Johor ini, jom ikuti perkongsian artikel di bawah!

Lokasi Poseidon Oysterbay Resort – Resort Atas Air yang Penuh Unik & Tradisional 

poseidon oysterbay resort
Kredit gambar: Instagram @poseidon_oyster

Bagi anda yang ingin ke sini, Poseidon Oysterbay Resort terletak di kawasan Sungai Johor, sebuah lokasi sunyi yang dikelilingi pemandangan semula jadi menghijau. 

Perjalanan ke kelong atas air ini mengambil masa selama kira-kira 90 minit dari pusat bandar Johor. 

Setelah itu, anda perlu menaiki bot selama 5 minit dari Jeti Telok Sengat di Kota Tinggi. 

Kawasan parkir pula terletak berhampiran jeti, dan ia sangat selamat dan mudah untuk diakses. Ini memudahkan anda jika membawa warga emas atau anak-anak kecil.

Tempatnya yang strategik tetapi tidak terlalu jauh menjadikan resort ini pilihan ideal untuk percutian singkat anda sekeluarga.

Alamat: J222, Teluk Sengat, 81900 Ayer Tawar, Johor • 019-269 9566

Lokasi


Suasana & Konsep Resort – Sederhana, Bersih dan Mendamaikan

poseidon oysterbay resort
Kredit gambar: Instagram @poseidon_oyster
poseidon oysterbay resort
Kredit gambar: Instagram @poseidon_oyster

Konsep Poseidon Oysterbay Resort adalah sebuah kelong tradisional yang diubah menjadi tempat penginapan ringkas namun cukup selesa. Resort ini bersih, kemas dan dijaga rapi oleh pemilik dengan bantuan daripada stafnya. 

poseidon oysterbay resort
Kredit gambar: Instagram @poseidon_oyster
poseidon oysterbay resort
Kredit gambar: Instagram @poseidon_oyster

Setiap inci kelong menawarkan pemandangan yang memukau, terutama panorama Sungai Johor, kehijauan hutan bakau, serta latar Jambatan Senai-Desaru yang kelihatan megah dari kejauhan.

resort atas air di johor
Kredit gambar: Instagram @poseidon_oyster

Bukan itu sahaja, anda juga dapat menikmati pemandangan matahari terbenam yang merupakan antara detik yang paling romantik dan menenangkan untuk dinikmati. 

Dengan panorama yang cukup indah ini, maka tidak hairanlah mengapa ada pengunjung yang memilih untuk duduk lama di bangku kayu, hanya untuk menikmati tiupan angin sambil menyaksikan perubahan warna langit.

Kesederhanaan dan keharmonian yang dipamerkan itulah yang menjadi tarikan ramai pengunjung untuk bercuti lama di sini. Sanggup tinggalkan sebentar kemewahan dan kemodenan, bagi terus menikmati keaslian yang mempesonakan mata dan hati!


Pengalaman Meneroka Kelong – Belajar Tentang Ternakan Tiram & Kerang

resort atas air di johor
Kredit gambar: Facebook @Poseidon Oyster

Poseidon Oysterbay bukan sekadar resort, tetapi juga sebuah kelong ternakan yang memelihara tiram, kerang dan beberapa jenis ikan. 

Di sini, anda diberi peluang untuk mengenal lebih dekat bagaimana makanan laut diternak dan diproses. 

resort atas air di johor
Kredit gambar: Instagram @poseidon_oyster

Kelong atas air ini boleh menjadi pengalaman pendidikan yang jarang diperoleh di bandar. Anak-anak anda boleh melihat sendiri bagaimana tiram dibesarkan, bagaimana jaring diturunkan ke air, dan bagaimana hasil laut ini dituai. 

Aktiviti seperti ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi sangat bagus untuk perkembangan ilmu dan menambah nilai pembelajaran mereka.


Aktiviti Menarik Sepanjang Penginapan di Resort Atas Air Poseidon Oysterbay Resort Johor

kelong atas air
Kredit gambar: Instagram @poseidon_oyster

Walaupun konsep resort atas air ini ringkas, namun terdapat pelbagai aktiviti menarik yang memastikan anda sentiasa terhibur seperti memancing yang menjadi tarikan utama resort ini. Ia sesuai untuk pemancing tegar atau sekadar ingin mencuba. 

kelong atas air
Kredit gambar: Instagram @poseidon_oyster

Bagi anda yang tiada pengalaman memancing, jangan risau! Staf resort sangat membantu dalam memberi tunjuk ajar tentang tempat strategik dan umpan terbaik yang boleh anda gunakan.

Anda juga boleh melakukan aktiviti berkayak di kelong atas air ini. Terdapat dua kayak disediakan, sesuai untuk anda yang suka menguji kekuatan fizikal sambil mengelilingi kawasan kelong.

Selain memancing dan berkayak, anda juga boleh menghabiskan masa-masa terindah bersama keluarga dengan bermain pingpong, soft archery, dart, mahjong, dan carrom. 

Jika ingin lebih hiburan, anda dicadangkan untuk bawa permainan tambahan seperti permainan kad, uno, atau board game untuk menambah keceriaan malam.

Dengan semua aktiviti ini, anak-anak anda juga boleh bermain bersama kanak-kanak lain dan menjadikan mereka lebih mudah untuk mesra. Tentunya hari-hari mereka di sini nanti lebih menyeronokkan dan tidak kebosanan.

kelong air di johor
Kredit gambar: Instagram @poseidon_oyster

Menariknya lagi, bagi anda yang suka menyanyi, Poseidon Oysterbay Resort turut disediakan dua bilik karaoke. Jadi, bolehlah anda berhibur bersama keluarga dengan berkaraoke lagu kegemaran masing-masing. 

Mesti lagi best kan?


Jamuan Mewah Makanan Laut yang Segar dan Beraneka

poseidon oysterbay resort
Kredit gambar: Instagram @poseidon_oyster

Paling membuatkan Poseidon Oysterbay Resort benar-benar menarik adalah makanannya. Jika anda nak tahu, di sini pada waktu makan malam, meja anda akan dipenuhi hidangan laut yang segar dan pelbagai. 

poseidon oysterbay resort
Kredit gambar: Instagram @poseidon_oyster
poseidon oysterbay resort
Kredit gambar: Instagram @poseidon_oyster

Gabungan pelbagai menu makanan seperti ikan siakap besar, ikan kakap, tiram segar terus dari kelong, kepak ayam bbq, ketam, daging lembu panggang, ayam goreng dan hotpot premium yang mengandungi ketam, udang, hirisan ikan serta sayur-sayuran pastinya akan membuat semua pengunjung di sini kekenyangan.

poseidon oysterbay resort
Kredit gambar: Instagram @poseidon_oyster

Hidangan tiram ternakan Poseidon Oysterbay Resort sangat dikenali kerana rasanya yang segar dan saiz besar yang setanding dengan tiram Taiwan, namun lebih segar berbanding jenis berkrim dari Tasmania.

makanan laut segar
Kredit gambar: Instagram @poseidon_oyster

Bukan sahaja keenakan hidangan malam, sarapan pagi turut menampilkan menu istimewa seperti bubur tiram, yang dimasak sendiri oleh pemilik resort atas air ini. 

Bubur tiram ini menjadi antara hidangan paling disukai pengunjung sehingga ada yang menambah semangkuk lagi.

Kesegaran, rasa asli dan kuantiti yang banyak menjadikan hidangan di sini satu pengalaman makan yang pastinya memuaskan setiap pengunjung.


Kemudahan & Penginapan di Kelong

resort atas air
Kredit gambar: Instagram @poseidon_oyster
penginapan di kelong air
Kredit gambar: Instagram @poseidon_oyster
penginapan di kelong air
Kredit gambar: Instagram @poseidon_oyster
penginapan di poseidon oysterbay resort
Kredit gambar: Instagram @poseidon_oyster

Setiap bilik di Poseidon Oysterbay Resort dilengkapi:

  • Penghawa dingin
  • Mempunyai bilik mandi bersambung
  • Dilengkapi balkoni
  • Bersih dan selesa serta ringkas

Suasana bilik yang sunyi pada malam hari dan panorama laut dari katil menjadikan pengalaman anda sekeluarga ketika menginap di kelong atas air ini sangat menyeronokkan dan menenangkan.

Layanan Mesra & Pengurusan Terbaik di Poseidon Oysterbay Resort

Bukan sahaja keindahan dan kepelbagaian aktiviti yang menjadi tarikan, namun layanan cemerlang daripada pemilik dan staf yang sangat responsif dan mudah dihubungi turut menambah faktor yang berjaya memikat hati pengunjung. 

Pemilik bukan sahaja menguruskan tempahan dan menyediakan makanan, malah memasak banyak hidangan sendiri untuk pengunjung. Staf mereka juga sangat mesra, membantu pengunjung memancing, memberi panduan, dan memenuhi permintaan tambahan. 

Malah, sentuhan kecil seperti menyediakan minum petang, menghidang makanan lebih daripada cukup, dan memasakkan ikan tangkapan tetamu menjadikan pengalaman anda sekeluarga di sini terasa lebih bernilai dan dihargai.

poseidon oysterbay resort
Kredit gambar: Instagram @poseidon_oyster

Poseidon Oysterbay Resort menawarkan sesuatu yang jauh lebih berharga iaitu pengalaman yang sukar dicari dan dirasai.

Gabungan suasananya yang sederhana tetapi indah, layanan tulus daripada pemilik, serta hidangan makanan laut segar benar-benar membuatkan tempat ini mempunyai auranya yang tersendiri.

Digabungkan pula dengan aktiviti keluarga yang mengeratkan hubungan, serta pemandangan air yang menenangkan menjadikan resort ini sebuah permata tersembunyi di Johor. 

Poseidon Oysterbay Resort sememangnya patut dicuba oleh anda atau sesiapa sahaja yang ingin melarikan diri seketika daripada kesibukan bandar. 

Jika anda mencari percutian yang unik, santai dan penuh kenangan, kami cadangkan Poseidon Oysterbay Resort, kelong atas air yang memiliki semua anda inginkan!

Baca juga: 56+ Tempat Menarik di Johor Yang POPULAR & WAJIB Pelancong Lawati

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x