Utama Global 15+ Tips Buat Homestay – Menjadi Host yang Berjaya di Airbnb

15+ Tips Buat Homestay – Menjadi Host yang Berjaya di Airbnb

18
17566
tips buat homestay airbnb

Sekiranya anda baru nak bermula buat homestay di Airbnb ATAU masih dalam situsi “MANA AKU NAK START NI ??’, anda sedang berada di halaman yang betul. Bagi mereka yang sedang berusaha atau sudah mendaftar dengan Airbnb sebagai host, sila baca 15+ tips-tips buat homestay di bawah tentang bagaimana nak menjadi seorang host (pengusaha homestay/rumah tamu) yang berjaya di Airbnb.

cara buat homestay airbnb booking

Tips-tips ini dikongsikan kepada pembaca berdasarkan pengalaman sendiri menguruskan perusahaan homestay melalui Airbnb bermula tahun 2012. Sekiranya anda ada perancangan nak buat bisnes homestay, baca artikel ini dahulu supaya anda dapat gambaran, bagaimana nak jadi Superhost di Airbnb & buat duit dari rumah tanpa modal iklan satu sen pun.


panduan buat homestay malaysia

Sebelum ini, ada pelawat yang komen…

saya dah daftar tapi tak pernah dapat guest.

Jawapannya mudah sahaja, sekiranya kita ingin mulakan sesuatu, wajib ada ilmu dahulu & belajar dengan orang yang sudah ada pengalaman dalam menguruskan rumah tamu di Airbnb. Teruskan membaca supaya lepas ini, tiada lagi yang mengeluh apabila buat homestay di Airbnb.

Salah seorang yang berjaya dengan Airbnb adalah Tuan Faridil Atras yang sangat berjaya dalam bisness pengurusan homestay di Malaysia. Beliau bukan sahaja seorang Superhost di Airbnb malah sangat berjaya di Booking.com. Satu lagi platform yang sangat berpotensi untuk anda pasarkan homestay.

Anda boleh belajar melalui ebook yang dihasilkan oleh beliau sendiri bagaimana menguruskan bisnes homestay dengan betul & bersistem. Ilmu dikongsikan di dalam ebook tersebut sangat berharga untuk mereka yang baru nak buat bisnes homestay, terutamanya yang masih buntu & tidak tahu di mana nak mula.

Ebook sebegini yang dihasilkan orang yang sudah terbukti berjaya, sebenarnya sangat saya inginkan ketika mula-mula buat homestay tahun 2012. Ini supaya, kita boleh belajar dari kesilapan yang pernah beliau alami ketika menguruskan homestay & kita tidak akan ulangi pada masa hadapan.

Dalam berbisnes, mentor sangat diperlukan supaya kita tidak ‘bermain teka teki’ yang boleh membuatkan kita rugi. Untuk maklumat lanjut tentang promosi terkini ebook ini, sila layari pautan berikut.

==> sila layari halaman ini sekarang


15+ Tips Buat Homestay di Airbnb Dari Bahu Seorang SUPERHOST

Sebelum kita mulakan, tentu anda tertanya-tanya apa benda ‘SUPERHOST’ ini bukan ?

  • Jawapan: Superhost adalah satu status yang menjadi idaman setiap pengusaha homestay atau kita panggil, host di Airbnb. Sekiranya anda dapat status Superhost ini daripada Airbnb, anda akan mendapat banyak manfaatnya. Ringkasannya, untuk mendapatkan status Superhost ini, anda perlu mendapat review yang bagus daripada tetamu yang menginap di homestay anda dalam tempoh tertentu & dengan jumlah review 5 star tertentu.

Susah ke nak jadi Superhost di Airbnb?

  • Jawapan: Kalau anda hadam & faham semua informasi di bawah ini, jalan anda untuk menjadi Superhost di Airbnb akan jadi sangat-sangat mudah.

Selebihnya, terserah kepada Qadha & Qadhar…teruskan membaca…


#1 – Daftar Airbnb Menggunakan Akaun Peribadi Facebook Anda

buat-duit-dengan-homestay-airbnb
Ini adalah ringkasan profile anda yang akan dilihat oleh bakal tetamu di Airbnb. Jumlah ‘Verification’ ini sangat penting terutamanya Offline ID/Government ID.

Sekiranya anda masih belum mendaftar dengan Airbnb, sangat disyorkan untuk menggunakan akaun peribadi Facebook anda untuk proses pendaftaran awal kerana ianya lebih mudah dan secara tidak langsung akan meningkatkan kredibiliti anda di mata Airbnb dan juga bakal tetamu nanti.

Ini kerana, sebaik berjaya mendaftarkan akaun di Airbnb melalui Facebook, secara automatik profile anda di Airbnb akan memaparkan jumlah facebook’s Friend di dalam profile Airbnb anda ( lihat contoh gambar).

Jumlah friend ini sangat penting di mata bakal tetamu kerana ianya menunjukkan ada seorang yang ‘real’ dan memang wujud.

Selain itu, kita juga dapat hapuskan 100% rasa skeptikal bakal tetamu untuk berhubung dengan anda atau untuk tempah penginapan dengan anda di Airbnb kelak.

Untuk daftar Airbnb dengan cara yang betul, ikuti langkah di bawah.


#2. Cara Daftar Airbnb Guna Facebook

Cara nak daftar Airbnb sangat straight forward dengan hanya klik-klik sahaja.

>> Langkah 1

Layari Airbnb => Klik Sini Untuk Mula Daftar Airbnb

>> Langkah 2

Klik Sign Up dengan Facebook

>> Langkah 3

Selepas itu, anda hanya ikut sahaja apa yang Airbnb arahkan. Proses dia sangat mudah bukan?

Sudah siap daftar, teruskan membaca tips-tips di bawah cara nak buat homestay di Airbnb.


#3. Verify Akaun Anda SEMAKSIMA Mungkin

panduan berniaga homestay sendiri
contoh profile Airbnb yang ada Offline ID / Government ID

Sebaik anda sudah daftar, perkara pertama yang WAJIB anda mulakan adalah di bahagian Edit Profile.

Sebelum itu, anda jangan keliru dengan paparan paparan dashboard Airbnb. Sebaik anda daftar di Airbnb, anda akan ada 2 dashboard yang berasingan iaitu dashboard sebagai GUEST ( tetamu ) & juga ruangan dashboard sebagai HOST ( hos / pengusaha rumah tamu).

Anggapkan profile Airbnb anda sebagai bisnes anda. Kekuatan Profile seorang host memainkan peranan yang sangat penting untuk meningkatkan kredibiliti anda terutamanya yang masih baru mendaftar.

Airbnb mempunyai beberapa kaedah ‘verification’ (pengesahan) bagi memastikan akaun anda/host adalah daripada seorang yang ‘real’ & bukannya seorang scammer/fraud . Apa yang perlu anda verify adalah seperti:

  • Facebook (sekiranya anda daftar Airbnb guna langkah di atas, bahagian Facebook ini selesai !)
  • Google Plus
  • LinkedIn
  • Phone number (PENTING)
  • Offline ID (PENTING)

Pastikan anda verify semua di atas dengan Airbnb dan yang paling penting adalah pengesahan akaun Airbnb anda melalui cara Offline ID & Phone Number.

Apa itu Offline ID verification?

  • memerlukan seseorang pemilik akaun di Airbnb untuk menggunakan dokumen rasmi seperti lesen memandu ataupun passport sebagai bukti pengesahan. Anda perlu scan dokumen ini atau paling mudah menggunakan kamera muka di laptop.
  • Airbnb akan semak secara manual ID anda & memakan masa beberapa hari sebelum diluluskan.
  • Sebaik ID anda sudah diluluskan, anda boleh melihat profile anda macam dalam gambar atas yang terdapat paparan Government ID / Offline ID.

Ceritakan tentang diri anda di bahagian Describe Yourself:

  • Jangan lupa untuk menceritakan serba sedikit tentang diri anda di bahagian Describe Yourself. Ceritakan dengan detail tentang diri anda seperti hobi, kenapa anda menjadi host, keluarga anda, pekerjaan anda dll. Bukannya ringkas dengan minda ‘asal boleh ada’.
  • Jangan pandang remeh benda ini, kerana bakal tetamu pasti akan membaca untuk lebih mengenali personaliti diri seseorang host sebelum membuat keputusan untuk tinggal di homestay anda.
  • Malah, jika anda mempunyai minat / hobi yang sama dengan bakal tetamu, siapa tahu bakal tetamu akan memilih lokasi anda atas dasar tersebut. Mungkin, anda juga akan dapat hadiah daripada bakal tetamu ( saya pernah dapat hadiah daripada guest sebab minat/hobi yang sama).

Kita tengok pula rahsia-rahsia nak tulis listing supaya mudah dapat booking.


#4. Tulis Listing Homestay Secara Padat & Mudah Dihadam

Sekarang profile sudah siap, anda hanya perlu cari & klik Add Listing atau Create New Listing untuk mula masukkan penginapan anda.

Cara Tulis Tajuk Listing Ada supaya Catchy:

  • Tajuk listing memainkan peranan yang sangat penting untuk meningkat Click Through Rate (CTR). Sebelum itu, anda fikirkan apakah kelebihan penginapan anda:
    • Adakah dekat dengan tarikan pelancongan?
    • Adakah ada kolam renang atau infinity pool?
    • Adakah dekat dengan tempat makan famous?
    • Adakah ada parking kereta percuma?
    • Adakah ada FREE Internet?
    • Adakah view homestay anda menarik seperti mengadap pantai?
    • Adakah jarak pantai hanya jalan kaki?
    • pokoknya, apa yang PALING BEST tentang penginapan anda.
  • Tuliskan tajuk listing anda seperti ini contohnya:
    • KL TOWER View Studio@ KL City
    • 5 Min. WALKING Distance Chalet to Beach
    • AMAZING Sunset View Room
    • SEAVIEW Room @ Tophill
    • BREATHTAKING View studio @ Langkawi Beach
    • SUNSET Panorama Studio @ Malacca Town
    • FOREST View Guesthouse @ FraselHill
    • LUXURY Villa @ TopHill of Langkawi
    • FREE Wifi @ 100 mbps Guesthouse
    • ROMANTIC Villa @ Chenang Beach
    • Infinity Pool & COZY Studio @ Langkawi
    • STUNNING Sunset Villa @Ferringhi Beach
  • Jangan tulis tajuk listing anda macam nama-nama bilik di hotel seperti deluxe suite, premier suite & sebagainya. Kena ada x-factor dalam nama tajuk listing anda.
  • Sangat disyorkan untuk besarkan perkataan pertama atau perkataan kata sifat seperti AMAZING, STUNNING, COZY, BEAUTIFUL atau perkataan yang menggambarkan subjek pelancongan yang popular seperti KLCC, LANGKAWI, PENANG HILL dll. Selain itu, kalau boleh masukkan nombor & juga simbol-simbol seperti @ # ( ) [ ]
  • Namun, jangan terlalu ekstrem sampai semua benda nak masuk & jangan menipu tajuk anda dengan tarikan yang palsu semata-mata nak naikkan CTR. Nanti makan diri bila kena review oleh tetamu yang menginap bawah tajuk ‘Accuracy’.

Cara Tulis Description Listing Anda.

Terdapat 5 bahagian utama yang perlu anda tulis iaitu:

  • Bahagian Summary:
    • Bahagian ini ringkasan tentang penginapan anda sebanyak 500 perkataan.
    • Tuliskan apa jenis penginapan yang ditawarkan & masukkan sekurangnya 1 kelebihan utama penginapan anda (adakah view cantik, dekat dengan pantai & sebagainya). Kalau boleh masukkan juga nombor seperti ( This studio is only 5 minute walking to the most popular beach in Langkawi,  Chenang Beach ATAU Only 300 meter to Chenang Beach dan sebagainya)
Bahagian The Space: guna teknik Q&A dan guna bullet point supaya mudah bakal tetamu dapat info
  • Bahagian The Space
    • Bahagian ini anda boleh ceritakan dengan panjang lebar tentang kelebihan menginap di tempat anda.
    • Tulis tentang penginapan anda secara mudah dibaca. Setiap perenggan hanya 2-3 baris sahaja. Perenggan jangan panjang & jangan tulis macam novel. Saya gemar guna cara Q&A ( rujuk gambar atas). Ini supaya dapat membantu bakal tetamu untuk membuat keputusan dengan cepat & menjawab semua persoalan yang ada di minda mereka.
    • Pokoknya, penulisan anda kena ‘scanable’ atau senang cerita, sekali tengok pelawat sudah boleh faham dengan mudah apa yang nak anda sampaikan.
    • Gunakan bullet point atau simbol seperti > atau * untuk setiap point anda.
    • TIPS: Saya suka guna nilai dalam meyakinkan bakal tetamu kenapa tinggal di homestay saya dalah satu keputusan yang bijak. Ini contoh,
      • FYI, staying at a hotel within 500m radius from KL Twin tower could cost you at least RM400++/$150++ per night and it’s just for a standard room. If you stay here, you’ll only pay half of the price + you’ll get me as your host + the location is perfectly strategic same like those hotels. Why pay more?
  • Bahagian Guest Access
    • Bahagian ini anda ceritakan secara ringkas bagaimana untuk ke tempat anda, contohnya
      • Cara ke homestay anda dengan kenderaan awam
      • Cara naik feri ke lokasi anda sekiranya homestay anda di pulau
      • Destinasi menarik berdekatan dari homestay, contoh
        • KL Twin Tower : 5 minutes walking
        • KL Bird Park: 10 minutes by car
        • Chenang Beach: 5 minutes cycling ( bicycle is provided for my guest for FREE)
  • Bahagian Interaction With Guest
    • Bahagian ini anda cerita bagaimana anda akan berhubung dengan tetamu anda, contoh
      • I will present myself at the lobby upon your arrival
      • I will pick you up at Ferry Terminal /Bas Terminal for FREE ( kalau rasa berbaloi)
      • You can message me via Airbnb Messenger if you have anything at anytime
  • Bahagian Other Things to Note
    • Bahagian ini anda tulis apa-apa yang berkaitan. Ini contoh ayat saya:
      • >> Once you have accepted and confirmed the reservation I will personally send you a much more detailed guide in PDF how to get to the apartment and what you can do here to get a maximum satisfaction during your stay at my place. p/s I will also include awesome local guide for your reading on how to get yourself around like a local people. :)

Tips Untuk Listing Baru & Profil Airbnb Yang Masih Baru & Tanpa Review:

  • Teknik ini saya gunakan apabila listing saya masih baru & tiada review langsung. Masa mula-mula buat homestay di Airbnb tahun 2012, saya gunakan cara yang sama untuk buat bakal tetamu menginap dengan saya laju-laju walaupun profil masih baru. Jadi, apa cara dia?
    • Mudah sahaja, saya buat satu offer untuk 10 tetamu yang pertama yang menginap di listing baru ini akan mendapat free pickup daripada Airport. Ayat ini saya masukkan ke dalam description bawah bahagian Summary & juga bahagian The Space:
      • Summary: memandangkan jumlah patah perkataan terhad, saya selitkan juga & ringkaskan kepada
        • FREE PICKUP from Airport for the first 10 guests (as of Dec 18, 2012 – 7 more available) <- setiap kali ada guest baru booking, saya update tarikh & bilangan yang available.
      • The Space: Sebelum saya mulakan cerita tentang kelebihan homestay saya, paling atas saya akan cerita detail sedikit tentang offer tersebut lebih kurang begini:
        • SAVE MYR 110.oo ( USD 25) when you book this my new listing TODAY. I will pick you up from KLIA to my apartment for FREE of Charge. Keep the taxi fare ( USD 25) for your holiday here. This offer is only available for the first 10 SMARTEST Guests. ( Last updated: Dec 18, 2012 – 7 more available) <– ayat dalam kurungan ini penting & mesti update setiap kali ada guest buat tempahan.

*Sekiranya anda nak buat offer, gunakan ayat macam contoh saya. Tidak kira apa jua offer yang anda nak bagi, tuliskan nilai dalam USD & MYR. Kita nak bakal tetamu dengan mudah dapat nilai penjimatan yang bakal mereka dapat.

*Pastikan anda jujur dan hanya kongsikan apa yang penginapan anda boleh tawarkan kepada tetamu/guest anda. Jangan sesekali mereka-reka cerita yang hanya untuk membuatkan penginapan anda nampak gempak.

Ini kerana tetamu boleh tinggal review di bawah bahagian ‘Accuracy’, sebagai host kita tidak mahu mendapat bintang (markah) yang rendah oleh kerana kesilapan sendiri.

Airbnb amat mementingkan listing yang BERKUALITI dan menarik ! Dan satu cara Airbnb dapat kenalpasti bahawa listing anda adalah berkualiti adalah dengan melihat berapa lama seseorang tetamu yang membaca listing anda & berapa banyak yang love/save listing anda.

Aktifkan Instant Booking

cara buat hotel homestay
Aktifkan Instant Booking seperti anak panah merah

Sekarang kita nak proses tempahan mudah & senang. Terdapat dua proses bagaimana tempahan penginapan di Airbnb berlaku

  1. All Guest Must Send A Reservation Request 
    • Tetamu request daripada anda untuk tinggal di homestay anda > anda sebagai host akan semak request tersebut daripada guest tersebut, tengok profile dia & review dia sebagai seorang guest samaada bagus atau tidak > Sekiranya anda rasa tetamu tersebut bagus, anda boleh accept, sekiranya anda rasa tidak bagus, boleh reject reservation ( note: setiap kali anda reject request, kredibility anda sebagai hos akan jatuh merudum, wajib elakkan )
  2. Instant Booking ( pilih ini)
    • Tetamu tidak perlu request daripada anda untuk menginap, tetamu boleh tempah & confirm terus untuk menginap di tempat anda tanpa perlu approval daripada anda sebagai hos.
cara buat airbnb jadi superhost
Anak panah merah: MESTI klik. Anak panah oren: Terpulang kepada anda

Setup Guest Requirement,

  • Bahagian ini ( rujuk gambar atas) kita nak setting bakal tetamu yang jenis macam mana kita nak.
    • Anak panah merah: Ini MESTI kita check sebab kita nak terima tetamu yang ada Government ID/Offline ID.
    • Anak panah oren: Ini terpulang kepada anda.
      • Kalau anda klik/check, bermakna tetamu yang boleh menginap di tempat anda hanya yang ada Offline ID & pernah ada review yang bagus daripada hos lain sebelum ini.
        • Kebaikan: Pemilihan tetamu lebih ketat maka kualiti tetamu yang bakal anda dapat lebih bagus
        • Keburukan: Keberangkalian tetamu untuk menginap di homestay anda akan jatuh kerana syarat terlalu ketat.
      • Kalau anda tidak klik/checked, bermakna minimum requirement tetamu yang boleh menginap di homestay anda adalah ada Offline ID & tiada review langsung.
        • Kebaikan: Kebarangkalian ada tetamu yang tempah di penginapan anda MAKIN TINGGI ! Maka lagi cepatlah anda dapat tetamu & dapat duit.
        • Keburukan: Kalau kita dapat tetamu yang kosong review, kita tidak tahu apakah feedback tetamu ini walaupun profilnya ada Offline ID verification.
house rules airbnb malaysia
Selepas siap setup guest requirement, setup house homestay anda mengikut kehendak anda.

House Rules:

  • Pilih ikut kehendak yang anda mahu
apa itu polisi airbnb
bahagian ini, setting polisi waktu check in /check out/ cancellation polisi

Policies

  • Ini adalah bahagian di mana anda akan setting waktu check in/ check out & juga polisi sekiranya tetamu batalkan tempahan dengan anda.
  • Check in Window & Check Out Time
    • Bahagian ini anda boleh setup masa yang ada rasa sesuai dengan kehendak anda. Kalau anda nak buat check-in/check out window macam hotel juga boleh seperti check-in 2.oo pm & check-out 12.oopm
    • Pilih flexible sekiranya listing baru:
      • Saya lebih suka pilih flexible kerana ini akan memberi kemudahan kepada bakal tetamu yang nak menginap dengan kita tanpa ada kekangan waktu. Sekiranya listing anda masih lagi baru & review masih lagi kosong,  SANGAT DISYORKAN untuk pilih flexible dahulu. Selepas ada 5-10 review yang bagus, baru tetapkan masa untuk check-in & check-out.
  • Cancellation Policies
    • Di bahagian ini anda akan tetapkan apakah polisi sekiranya tetamu yang sudah tempah dengan anda, tiba-tiba cancel penginapan anda. Ada 3 pilihan yang boleh anda pilih:
      • Flexible: Adakah nak bagi full refund sekiranya tetamu cancel tempahan sekurang-kurangnya 1 hari sebelum ketibaan ?
      • Moderate: Adakah nak bagi full refund sekiranya tetamu cancel tempahan sekurang-kurangnya 5 hari sebelum ketibaan ?
      • Strict: Pilihan ini lebih ketat, tidak disyorkan untuk pilih bagi listing & profil Airbnb yang baru
    • Konsep dia sama juga dengan Window & Check Out Time, kita nak bagi kelonggaran dahulu untuk permulaan & kita nak bina review dahulu. Jadi kalau tanya saya, untuk listing yang baru & profil Airbnb yang masih 0 review, saya akan pilih
      • Flexible: Full refund 1 day prior to arrival
    • Selepas listing ini dah ada 5-10 review, baru saya akan tukarkan polisi kepada:
      • Moderate: Full refund 5 day prior to arrival

Block Calendar Siap-Siap Pada Tarikh Yang Anda Tidak Available:

  • Sekarang anda sudah publish listing pertama anda selepas selesai tulis semua detail homestay anda bukan?
  • Seterusnya, block calendar awal-awal pada hari yang anda rasa tidak available seperti hari cuti raya dll.
  • Kita tidak mahu kelak, kalau ada guest buat instant booking pada cuti raya & tiba-tiba anda cancel reservation mereka sebab anda bercuti. Misi kita, jangan ada sekali pun cancel reservation dalam sejarah anda sebagai hos di Airbnb.
bagaimana jadi pengusaha homestay
Sila check juga ini.

Penting ( rujuk gambar atas): Minimum Reservation Requirement mesti ada offline ID. Kita nak tetamu yang tinggal di homestay kita berstatuskan Verified ID.


#5. Gunakan Sesi Photoshoot Oleh Airbnb

Sebaik anda sudah siap isi details di listing, sila letak gambar-gambar menarik berkenaan dengan penginapan anda.

Yang menariknya menggunakan Airbnb, mereka menawarkan sesi photography oleh photographer yang profesional tanpa perlu anda bayar dahulu. Cas akan dikenakan apabila ada tetamu buat tempahan.

Sebaik request, Airbnb akan emailkan anda nama dan nombor telefon photographer yang ada di kawasan anda. Kebiasaannya photographer ini adalah yang tinggal berdekatan.

Set temujanji dan tarikh dengan photographer anda dan selepas sesi photoshoot siap, kebiasaannya ia mengambil masa beberapa minggu untuk dimasukkan kedalam listing anda kerana ianya perlu disemak dan diluluskan oleh Airbnb sendiri.

Sebelum hari sesi photoshoot, pastikan homestay anda dalam keadaan yang bersih, kemas dan menarik sebagaimana anda mahu bakal tetamu anda melihatnya nanti.


#6. Pastikan Homestay Anda Bersih & Kemas

Kebersihan (Cleanliness) merupakan satu subjek dalam review yang bakal tetamu anda beri kepada anda. Jadi pastikan homestay anda kemas dan tersusun sebelum bakal tetamu hadir.

Sekiranya tetamu anda dari luar negara terutamanya mat saleh, pastikan bilik air tidak basah dan kering. Jangan lupa untuk sediakan tisu tandas dan perkakasan mandian lain seperti ubat gigi atau syampu.

Secara mudahnya, jadikan bilik homestay anda kemas dan bersih seperti di hotel 5 bintang supaya review dan markah kita sebagai host tidak tercalar.


#7. Tips WAJIB Apabila Buat Homestay dengan Airbnb

cara nak market homestay online
beli Universal Adapter macam ni kalau nak terima guest dari Eropah

Kini, listing anda sudah wujud di Airbnb & gambar profesional daripada photographer Airbnb sudah diterbitkan di listing anda. Apa seterusnya?

Ini adalah perkara asas yang MESTI setiap host ikut kalau nak berjaya di Airbnb:

  1. Sediakan KEPERLUAN ASAS untuk tetamu:
    • Toilet paper: Kalau anda nak terima tetamu daripada Eropah, China, Taiwan dll, pastikan anda sediakan benda ni. Penting juga, pastikan bilik air kering & lipas tiada.
    • Sabun: Beli sabun macam hotel untuk setiap guest. Atau boleh beli sabun organik untuk mendapat lebih keunikan & membuatkan tetamu lebih rasa eksklusif. Borong sabun organik sini.
    • Ubat gigi: Beli ubat gigi yang kecik di pasaraya untuk setiap guest.
    • Selimut / quilt /quilt cover: Sediakan selimut yang selesa. Tengok video ini cara-cara buat katil macam hotel.
    • Air mineral botol kecil: Beli borong, sediakan 500ml x 2 botol untuk setiap tetamu. Borong kat Mydin /Giant/Tesco
    • Bantal: Jangan cari bantal yang keras macam kayu. Cari yang macam ni
    • Tuala: Beli tuala hotel cukup-cukup. Tuala mandi & tuala lap kaki macam di tandas dalam hotel. Kalau di KL boleh borong di GM KL.
    • Universal Adapter (PENTING) – Kalau pelancong luar, kepala charger telefon mereka lain dengan Malaysia. Jadi, beli benda ini siap-siap.
    • Beli Novel & Kamus English-Melayu – Beli bahan bacaan. Mat Saleh suka membaca. Borong novel yang lama-lama. Surveylah di Mudah.
    • Payung Lipat: Memandangkan negara kita ini cuaca tidak menentu, sediakan payung kecil yang boleh dilipat untuk tetamu.
  2. Respon pertanyaan tetamu SEPANTAS MUNGKIN:
    • Sekiranya ada tetamu tanya soalan melalui sistem messenger di Airbnb, jawab sepantas mungkin. Jangan tunggu lama-lama. (penerangan lanjut di bawah, teruskan membaca)
  3. TERIMA permintaan tempahan daripada tetamu:
    • Apabila ada tetamu yang request untuk reservation, jangan reject. Kalau boleh jangan ada reject walaupun sekali dalam sejarah anda sebagai host di Airbnb.
    • Kalau ada hari yang anda nak cuti raya atau balik kampung, block calendar seawal mungkin.
  4. ELAKKAN BATAL tempahan yang sudah konfem:
    • Apabila tetamu sudah tempah & anda terima tempahan tersebut, jangan pada keesokannya tiba-tiba anda batalkan tempahan tersebut. Jangan walaupun SEKALI ! Kalau emergency sekali pun, cuba cari/upah kawan untuk layan tetamu terutamanya waktu nak check-in.

#8. MESTI Reply Mesej Prospek/ Bakal Tetamu Secepat Mungkin

Bersambung daripada point di atas.

Sekiranya anda mendapat mesej melalui Airbnb, pastikan anda jawab secepat yang mungkin. Ini sangat penting kerana lagi cepat anda balas mesej, lagi bagus untuk ranking listing anda di Airbnb.

Responsiveness / kecepatan bertindak balas dalam mesej di Airbnb merupakan salah satu faktor yang akan menaikkan ranking listing anda dalam Airbnb.

Walaupun anda sedang sibuk atau memandu kereta sekalipun, pastikan anda balas walaupun sepatah dua patah kata seperti:

” Hye, I am driving right now and will get back to you once I’ve reached home”.

Sekiranya tetamu membalas lagi dengan perkataan seperti

“Okay, take care”,

Anda jawab lagi dengan

” tq :) “.

Dan kalau dia balas lagi dengan

“your welcome”,

Anda kena balas lagi katakan:

” :) “

Pokoknya balas secepat mungkin & anda yang TERAKHIR bercakap dalam perbualan tersebut.

Bilangan anda balas mesej dan berapa cepat anda reply mesej memang dikira untuk meningkatkan ranking di Airbnb.


#9. Download Airbnb di Google Play & Activate Semua Notification

airbnb guide malaysia
activate semua notification supaya kita full alert

Selepas daftar Airbnb, pastikan anda download aplikasi Airbnb di Google Play supaya senang nak membalas mesej pelawat kelak.

Di bahagian setting dalam Airbnb. Pastikan anda activate notification untuk terima melalui email & juga sms. Senang kita nak alert.

Suatu hari nanti anda akan rasa macam ni..

Apabila tiba-tiba cuaca suram, tiba-tiba terbunyi notification daripada Airbnb, SMS & email secara serentak, alangkah riangnya rasa hati ini.


#10. Sediakan Panduan & Manual Tetamu Dalam Hardcopy & Softcopy

cara buat homestay kl
beli travel guide & peta yang berkaitan dengan lokasi anda

Sebaik tetamu sudah sahkan tempahan melalui Airbnb untuk tinggal di homestay anda, pastikan anda sediakan mereka dengan panduan atau manual tentang:

  • Cara nak datang ke homestay anda – menggunakan pengangkutan awam atau memandu. Sediakan peta dan harga tambang.
  • Cara nak gunakan kemudahan di homestay – password wifi, cara guna microwave, cara guna Astro, nombor emergency dan sebagainya
  • Cara nak bergerak ke tempat-tempat menarik – sediakan peta & nasihat dari point of view seorang local.

Manual ini sangat penting kerana dalam review, ada satu subjek yang bernama ‘Check in’. Sekiranya anda sediakan manual, ini akan memudahkan mereka untuk datang ke homestay anda & secara tak langsung memberi markah yang tinggi pada bahagian ‘Check in’.

Email mereka softcopy manual ini dalam bentuk PDF supaya mudah mereka untuk simpan di dalam telefon mereka sebagai rujukan. Dan sediakan house manual dalam bentuk hardcopy & tinggalkan di dalam homestay.

Kalau anda anda website corporat tentang homestay anda, lagi menarik. Sediakan panduan di website bukan sahaja untuk kemudahan anda malah untuk mendapatkan prospek-prospek lain.

Banyak tutorial cara nak buat website untuk homestay di internet atau cari freelancer yang menawarkan servis buat website yang murah tapi berbaloi.

panduan uruskan homestay airbnb
contoh panduan untuk tetamu

Manual yang kelihatan profesional dan mudah dibawah kemana-mana merupakan “WOW FACTOR” yang jarang host-host lain buat. Boleh juga beli buku panduan travel di kawasan homestay anda.


#11. Selalu Kemaskini Listing Homestay & Bermain-Main Harga di Airbnb

Kemaskini listing ada sekerap mungkin. Lagi kerap anda selalu update lagi bagus. Ini kerana, indication “last updated today” terdapat di setiap calendar anda dan bakal tetamu dan Airbnb sangat suka listing yang sering dikemaskini.

Secara tak langsung ia akan menambah minat bakal tetamu dan juga merupakan salah satu faktor ranking di Airbnb. Setiap listing homestay anda mempunyai calendar dan anda boleh tetapkan untuk sesuatu hari dengan harga yang dikehendaki.

Pokoknya, pastikan status calendar anda “updated today” pada setiap hari.


#12. Harga Penginapan di Homestay Anda untuk Permulaan

Untuk permulaan, buat survey harga-harga homestay di kawasan anda. Jangan letak harga terlalu tinggi melebihi mereka yang sudah ada banyak review. Letak harga murah sedikit. Bila review dah banyak baru naikkan harga.


#13. Share Listing Homestay di Airnb Melalui Facebook, Twitter dan Google+

Sosial signal seperti Facebook, Twitter dan Google Plus sangat memainkan peranan dalam meningkatkan listing homestay anda di enjin carian Airbnb. Semakin ramai yang share dan kongsikan listing anda di Airbnb, semakin bagus ranking anda di Airbnb.


#14. Bertanya Khabar Tetamu Yang Sedang Menginap di Homestay Anda

Sebaik tetamu sudah check-in, jangan malu-malu untuk bertanya khabar mereka melalui Airbnb.

Anggap mereka sebagai kawan dan sering tanya mereka apa yang mereka perlukan.

Airbnb memang melihat perbualan anda melalui mesej dan ini sangat membantu dalam beberapa situasi yang akan mendatang. Maksimumkan perhubungan anda dengan tetamu melalui Airbnb.


#15. Buat Surprise untuk Tetamu Anda. Lebihkan Memberi..

Ini apa yang boleh anda buat untuk beri first impression yang ‘wow’ untuk tetamu anda ketika check in  terutamanya pelancong oversea:

  • Sediakan welcome note untuk tetamu yang baru datang. Beli poskad atau print sendiri & tulis nama tetamu tersebut supaya nampak lebih personalize. Kalau nak design poskad sendiri cara mudah, guna online editor yang FREE seperti canva . Lepas tu beli kertas kad A4 100 gsm & print. Kalau malas, beli je poskad.
  • Sediakan snack ringan, buah-buahan tempatan yang hanya ada di tempat anda (yang ni memang berkesan) seperti rambutan & bukannya buah yang berbau seperti durian.

CONTOH WELCOME NOTE

Dear Barbara,

Welcome to the place. Hope you’ll have a nice stay here. Enjoy the snack & drinks on the table.

Have a good rest & don’t hesitate to text me if you have any question.

Regards,

Shahidan

Dalam misi nak bina 10 review 5 bintang yang pertama daripada tetamu, memang kita kena give more. Ini caranya:

  • Ambil mereka di airport atau stesen bas secara percuma.
  • Bawa mereka makan di tempat makan popular di kawasan anda untuk mencuba local food.
  • Bawa mereka ke tempat menarik berdekatan anda.
  • Uruskan teksi pergi airport waktu check out.
  • Kalau homestay anda di kawasan macam Pulau Langkawi/ Cameron Highland, mungkin boleh sediakan basikal/motor/scooter/surfing board.

#16. Tinggalkan Review Dengan Cepat & ‘Merayu Secara Berhemah’

panduan buat homestay
ini contoh merayu secara berhemah

Sebaik tetamu sudah check-out & anda sudah check keadaan homestay dalam keadaan baik, pastikan anda meninggal review secepat mungkin. Majoriti tetamu di Airbnb yang ada Offline ID dan review yang bagus, mereka akan meninggalkan homestay anda dalam keadaan baik.

Selepas anda meninggalkan review yang bagus kepada tetamu anda, jangan lupa untuk terus mesej tetamu anda dan ucapkan terima kasih. Dan yang PALING PENTING, pastikan anda ‘merayu secara berhemah’.

Katakan kepada tetamu anda, anda ucapkan terima kasih kerana meninggalkan homestay anda dalam keadaan baik dan katakan juga yang anda sudah meninggalkan “A LONG & 5 STAR REVIEW” kepada mereka dan berharap review 5 STAR itu akan membantu mereka kelak.

Dan diakhir perenggan jangan lupa untuk cakap, anda juga ingin mendengar apa review mereka tentang homestay anda. Mengikut pengalaman saya sendiri, apabila buat sebegini, tetamu akan meninggalkan review yang tip top dan panjang lebar.

panduan buat homestay di airbnb
Ini contoh review panjang lebar dari guest

Sekiranya selepas seminggu tetamu anda masih belum hantar review, sila follow up & bertanya khabar kepada mereka dan bermain-mainlah kata-kata supaya mereka meninggalkan review.

cara buat rumah tamu
contoh mengayat apabila seminggu tetamu tak bagi review

Mulakan Daftar Airbnb DI SINI


Itulah dia 15+ tips buat homestay di Airbnb daripada pengalaman sendiri dan semoga ianya memberi anda panduan dan memudahkan jalan anda untuk menjadi pengusaha homestay yang berjaya.

Listing yang berjaya di Airbnb banyak juga dipengaruhi oleh faktor lain seperti lokasi homestay anda ( adakah di kawasan pelancongan?), musim percutian, demand, persaingan dan sebagainya.

Ebook Panduan Buat Homestay Paling Bagus

Untuk informasi & tips buat homestay yang jauh lebih lengkap daripada informasi di atas, saya sangat syorkan untuk anda mendapatkan ebook ini. Untuk maklumat lanjut tentang promosi terkini ebook buat homestay tersebut,

==> sila layari halaman ini sekarang

Sila share di media sosial anda untuk rujukan masa hadapan. Selamat maju jaya. Wassalam.

cara buat homestay airbnb booking

 

4.7/5 - (51 votes)
Subscribe
Notify of
guest

18 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Mohd Amzari Bin Abu Ahmad
Mohd Amzari Bin Abu Ahmad
6 months ago

kita boleh set kan untuk muslim sahaja?

Syed
Syed
5 years ago

Hi, macam mana nak urus Airbnb kalau sudah ada 4-5 buah rumah?

Siti nurhani saad
Siti nurhani saad
5 years ago

Terima kasih untuk segala info yg diberi… Banyak manfaat untuk saya yang baru mengintai peluang dalam bidang ini…

syarahomestay
syarahomestay
5 years ago

Macam mana nak buat payout from airnpbnb. Dah masuk kan acc kat setting tp still xde buat payment

Norhazlin Hamzah
Norhazlin Hamzah
5 years ago

Terima kasih share tips2 best nih. Mmg byk ilmu baru. Nak tanya mcm mana nak nak buat pay out ya?dah few customer check out but still xmasuk payment.help me please

Anis
Anis
5 years ago

salam,biasa berapa lama masa airbnb buat payment? FYI, saya baru guna airbnb nie then dah ada a few customers tapi still tak dapat payment lg..

Zz Golden Homestay@lostworld of tambun
Zz Golden Homestay@lostworld of tambun
5 years ago

Wowww.. Terima kasih info. Sy baru nak belajar.
Regards

18
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x