Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Top 10 Web Hosting Malaysia yg Best

Untuk mereka yang baru sahaja menceburi bidang membina laman web, Web Hosting merupakan satu servis di mana data/info boleh disimpan dalam web server yang membolehkan ia diakses seluruh dunia. Terdapat banyak web hosting di Malaysia, bergantung kepada bajet dan spesifikasi yang diperlukan, banyak jenis produk web hosting yang anda dapat jumpa di Malaysia.

Berikut adalah 10 Syarikat Web Hosting di Malaysia yang kami rekomen berdasarkan kepada ciri-ciri, kelebihan dan kekurangan untuk setiap syarikat. Anda boleh teliti dan membuat pilihan yang sesuai untuk anda.


1. Exabytes

Exabytes adalah antara beberapa syarikat web hosting di Malaysia yang telah beroperasi lebih daripada 20 tahun. Walaupun telah muncul dalam pasaran begitu lama, populariti Exabytes tidak pernah menurun. Kredit perlu diberi kepada pasukan Exabytes yang mempunyai profesionalisme yang tinggi dan etika kerja yang sungguh baik yang menjadi faktor utama dalam menjadikannya web hosting yang terbaik di Malaysia.

Pada 2011, syarikat ini diberikan anugerah ISO 9001:2008 Web Hosting Provisioning dan semenjak itu mereka terus maju kehadapan. Sekarang terdapat lebih daripada 60,000 domain yang berdaftar dengan mereka dan ada dalam 600 server memberikan perkhidmatan hosting kepada orang-orang di Malaysia. Perkhidmatan mereka diberikan kepada pelbagai pelanggan daripada syarikat awam yang besar kepada individu yang baru bermula serta perniagaan saiz sederhana.

Sebagai tambahan, mereka ada banyak lagi ciri-ciri yang dapat dimanfaatkan oleh pelanggan.

• Jaminan masa operasi rangkaian sebanyak 99.9 peratus
• 100 hari jaminan pengembalian wang
• Sistem sokong 24×7


2. Serverfreak

Perniagaan ServerFreak sedang berkembang pesat dan selayaknya kami meletakkannya di nombor 2. Syarikat ini ditubuhkan pada 2003 dan semenjak itu ia menerajui peratusan pasaran hosting di Malaysia.

Sebab kenapa perniagaan mereka berkembang maju pada kadar yang segera ialah kerana profesionalisme mereka dalam menyediakan servis hosting. Mereka mempunyai sebuah pasukan yang terbaik yang bertujuan untuk membalas tiket pertanyaan anda dalam masa setengah jam. Dalam kelajuan dan profesionalisme sokongan teknikal, tiada siapa mampu menandingi ServerFreak.

Bagi yang mempunyai akaun web hosting dengan mereka, anda akan mendapati bahawa mereka mempunyai beberapa saluran sokongan tetapi saluran yang terbaik yang ditemui setakat ini tidak lain tidak bukan MSN Messenger Live. Pelanggan MSN atau Yahoo Messenger boleh mendapatkan kakitangan sokongan teknikal yang sedia membantu menjawab persoalan anda.

Mereka menyediakan servis web hosting yang terbaik untuk sistem yang berasaskan kedua-dua Windows dan Linux. Seterusnya, servis berkaitan domain mereka juga dalam kelas tertinggi. Mereka membahagikan pelan perkongsian hosting mereka kepada 6 strategi berlainan yang mempunyai ciri-ciri serta harga yang berbeza-beza.
Ciri-ciri penting ServerFreak yang lain termasuk seperti yang tertera:

• Sokongan 24×7
• Peruntukan harian bagi pelayan sandaran
• Peralatan dan perkakasan tersendiri
• 30 hari jaminan pengembalian wang
• Percuma domain seumur hidup
• CloudFlare


3. Shinjiru

Jika anda membuat pilihan berdasarkan ulasan pelanggan dan nasihat pakar, memang hampir tiada keburukan Shinjiru yang dapat dinyatakan menjadikan web hosting mereka pilihan yang boleh diharapkan oleh orang Malaysia. Mereka telah diistilahkan sebagai boleh diharapkan dan dikenali dengan sistem sokongan yang bagus.

Syarikat ini telah lama beroperasi semenjak 1998 dan kini dijadikan contoh dalam menjadi web hosting terbesar di Malaysia bagi web servis. Mereka amat bergantung kepada sektor perbadanan dalam mendapatkan hasil pasaran walaupun mereka berkait rapat dengan blog hosting dan individu. Mereka telah diiktiraf dengan anugerah ISO:9001 Certified Hosting Provider yang berprestij dan diberi sijil pengiktirafan sebagai syarikat R&D berstatus MSC.

Mereka menyediakan jurutera-jurutera yang terbaik dalam menyediakan sokongan kepada pelanggan VIP mereka dan mempunyai 30 hari jaminan pengembalian wang.


4. IPServerOne

Salah satu web hosting yang mempunyai web hosting yang terbaik di Malaysia dan terbukti daya tahannya. IPServerOne menawarkan servis hosting untuk sistem sokongan bagi kedua-kedua Linux dan Windows dan mereka melakukan kerja dengan baik sekali.

Daripada dedicated hosting kepada shared hosting, dan juga clustered hosting, mereka merangkumi kesemuanya. Mereka juga menawarkan servis berkaitan domain, VPS serta servis penjualan semula kepada pelanggan mereka.

24×7 sistem sokongan, 99.9 peratus masa operasi rangkaian, dan 30 hari jaminan pemulangan wang menjadikan mereka web hosting provider yang cekap di Malaysia. Selain daripada itu, mereka menyediakan sokongan sandara harian.


5. Internet Web Hosting (IWHost)

Web hosting tempatan yang lebih murah tetapi tetap cekap di Malaysia. Internet Web Hosting meraih populariti tersendiri dimana ianya telah membantu mereka untuk menjamin foothold pasaran. Harga servis mereka yang lebih murah menjadi salah satu sebab kejayaan mereka.

Kualiti servis mereka juga boleh dikatakan antara yang terbaik. Mereka bukan sahaja menyediakan dedicated hosting malah web hosting yang lain seperti shared hosting, dedicated hosting dan servis berkaitan domain yang lain.

Ciri-ciri tambahan termasuk 30 hari jaminan pulangan wang, 24×7 kumpulan sokongan yang cekap dan 99.9 peratus masa operasi rangkaian.


6. Webserver

WebServer ditubuhkan sebagai sebahagian daripada Acme Commerce Sdn. Bhd. Mereka menawarkan servis yang membantu termasuk dedicated hosting, semi-dedicated hosting dan banyak pelan untuk merancakkan perkhidmatan pelanggan mereka.

Syarikat ini sesuai sangat untuk perniagaan bersaiz sederhana dan kecil. Pakej dan pelan yang ditawarkan memang mampu milik dan servis mereka agak konsisten.

Terdapat 24×7 pasukan kakitangan sokongan termasuk 30 hari jamiman pulangan wang menjadikan mereka nampak menarik kepada pelanggan hosting Malaysia.


7. ICore

Satu perkara mengenai iCore Tehcnologies Sdn. Bhd. yang tidak boleh diketepikan, iCore menyediakan banyak servis hosting yang mampu milik kepada orang-orang di Malaysia. Sama ada anda mencari dedicated server hosting atau Server Colocation mahupun VPS, anda tidak dapat mengelak daripada mendapatkan servis-servis ini daripada iCore pada harga yang berpatutan.

Sistem sokongan pelanggan mereka juga boleh diharapkan dan mereka juga membalas tiket pelanggan dengan cepat. 99.9 peratus masa operasi rangkaian membantu mereka mengumpul foothold yang kuat dalam pasaran hosting di Malaysia.


8. TheGigabit

Beroperasi semenjak 2003, syarikat ini juga diantara penyedia web hosting yang terunggul di Malaysia. Ini kerana, mereka senang bekerjasama dan etika kerja yang bagus membuatkan mereka faham kehendak pelanggan-pelanggan seterusnya menyediakan servis pada harga yang berpatutan.

Mereka terkenal dalam menyelesaikan masalah pelanggan mereka dengan pantas supaya isu mereka tidak diketahui pelanggan mereka. Masa tindak balas mereka yang beroperasi 24×7 juga salah satu perkara yang dapat dibanggakan.


9. Yeah Host

Yeah Host sudah lama dikenali di Malaysia kerana prestasi tinggi server mereka dan mereka sering menyediakan servis bertaraf dunia kepada pelanggan mereka. Pusat-pusat data mereka juga boleh diharap dan harga servis mereka memang berpatutan.

Ini adalah aspek asas yang meletakkan Yeahhost didalam senarai ini. Mereka menawarkan banyak servis hosting kepada pelanggan-pelanggan Malaysia dan mereka mempunyai servis sandaran harian bersama 30 hari pulangan wang.


10. Hostinger

Hostinger ialah salah satu syarikat yang menarik pelanggan dengan tawaran yang menguntungkan dan seterusnya memberikan prestasi perlaksanaan yang hebat membuatkan pelanggan setia kepada mereka selamanya.

Mereka menyediakan servis hosting percuma dan ianya memang pilihan yang baik untuk anda yang tidak mahu mengeluarkan duit untuk hosting. Pilihan yang bagus untuk pelajar serta blogger baru. Akan tetapi, saya ingin mencadangkan agar anda melihat dulu pelan berbayar mereka jika anda memang serius dalam membina lama web yang lebih baik. Hosting secara percuma mungkin akan datang dengan banyak had dan tidak ideal untuk lama web yang menelan sumber pelayan yang tinggi.

Sama seperti web hosting yang lain didalam senarai ini, Hostinger juga memberi pelbagai servis hosting berserta servis berkaitan domain untuk orang Malaysia. Pasukan sokongan yang bagus serta masa operasi rangkaian yang tinggi sebanyak 99.9 peratus menjadikan mereka syarikat hosting yang anda boleh harapkan.


Artikel ini menjelaskan tentang kenapa hosting tempatan lebih bermanfaat berbanding servis web hosting antarabangsa jika pelawat laman web anda adalah orang tempatan.

Itulah serba sedikit penjelasan mengenai 10 web hosting terbaik di Malaysia. Menurut kami, Exabytes & Serverfreak terbukti menjadi pilihan utama web service provider di Malaysia. Sila ke laman web masing masing sebelum anda memilih mana-mana servis web hosting di Malaysia.

5/5 - (3 votes)

Anda Mungkin Berminat

2 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

2 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Jeddy
Jeddy
10 months ago

how to contact?

Hubungi Kami

2
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x