Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

11 Website Best Untuk Jual Kereta Terpakai Secara Online

Sehingga kini ramai rakyat Malaysia yang telah menjadi mangsa penipuan bagi sindiket jual beli kereta terpakai. Untuk mengelakkan anda daripada menjadi mangsa penipuan sindiket jual beli kereta ini, di sini kami telah membantu anda dengan menyenaraikan 11 Website yang boleh dipercayai untuk anda melakukan urusan menjual kereta secara atas talian. Bukan sahaja boleh dipercayai tetapi Website ini juga antara yang terkenal dan telah menjadi pilihan ramai bagi mereka yang ingin menjual kereta.

Banyak proses yang harus dilakukan dalam urusan menjual kereta tetapi jangan risau kerana di sini sangat mudah untuk berurusan dengan mereka. Bagi mereka yang baru pertama kali ingin menjual kereta secara atas talian ini juga, tidak perlu pening kepala kerana Website mereka senang untuk difahami.

Website terbaik Untuk Menjual Kereta Terpakai


1. EZsellcar.my

EZsellcar.my

EZsellcar.my adalah antara laman web jual kereta yang terbaik dan boleh dipercayai. Kereta yang ingin anda jual akan dinilai oleh mereka secara percuma dan akan memberikan harga yang baik dengan serta-merta. Mereka juga mempunyai misi yang produktif iaitu hanya memberikan perkhidmatan terbaik kepada setiap pemilik kereta untuk menjual kereta dengan mudah.

Selain itu, mereka juga akan menerima semua model kereta dengan syarat kereta yang dijual hendaklah dalam keadaan yang masih baik. Mereka juga telah mempunyai pengalaman selama lebih 20 tahun dalam industri perdagangan kereta. Bukan kereta sahaja yang mereka terima malah untuk van, MPV, Sedan dan SUV juga boleh dijual di sini.

Laman Web 


2. CARSOME

CARSOME

Sekiranya anda ingin menjual kereta anda dalam masa 24 jam atau ingin menjual kereta terpakai anda dengan harga yang tinggi, anda wajib untuk melayari laman web CARSOME kerana mereka merupakan sebuah laman web automotif pertama di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan jual kereta secara pantas.

Yang menariknya, mereka juga akan menawarkan harga yang adil bagi kereta yang ingin anda jual mengikut keadaan kereta tersebut. Oleh itu, kereta anda akan diperiksa dahulu secara percuma dan hanya memakan masa selama 30 minit sebelum anda menjualnya. Selain di Malaysia, perkhidmatan CARSOME ini juga berada di Thailand, Indonesia dan Singapura.

Laman Web 


3. Mudah.my

Mudah.my

Mudah.my, seperti namanya, anda boleh melakukan urusan jual kereta dengan mudah dan senang. Ini juga merupakan platform yang terkenal dan telah menjadi pilihan ramai. Bukan sahaja menjual kereta yang boleh dilakukan di sini malah jika anda ingin menjual barangan lain seperti telefon bimbit, basikal, baju, kasut dan banyak lagi juga boleh berurusan  dengan mereka.

Yang menariknya tentang laman web ini ialah mereka juga ada menawarkan pelbagai peluang pekerjaan bagi mereka yang ingin mencari kerja sambilan atau kerja tetap. Untuk pengetahuan anda Mudah.my ini juga merupakan salah satu platform jual beli yang telah dilancarkan pada tahun 2012 dan telah berkembang dengan maju. Jadi, jangan ragu-ragu lagi untuk berurusan dengan mereka.

Laman Web 


4. Carlist.my

Carlist.my

Carlist.my merupakan salah satu platform jual kereta di Malaysia yang boleh dipercayai. Tidak perlu risau untuk berurusan di sini kerana mereka telah menyediakan panduan yang lengkap untuk anda yang ingin menjual kereta. Mereka juga akan membantu mengiklankan kereta anda dengan sangat baik. Ia akan membuatkan pembeli tertarik pada kereta yang anda ingin jual. Selain itu, mereka akan membantu untuk mendapatkan harga yang terbaik bagi kereta terpakai anda.

Mereka juga akan menghubungkan anda dengan lebih 600 pembeli dan penjual kereta terpakai di seluruh Malaysia. Yang hebatnya tentang mereka ialah laman web mereka akan sentiasa dikunjungi lebih daripada 8 juta pembeli dan peminat kereta terpakai pada setiap bulan.

Laman Web 


5. YUSING MOTOR

YUSING MOTOR

Menawarkan untuk membeli lori atau van terpakai secara tunai, tentunya hanya di laman web YUSING MOTOR. Yang menariknya, mereka akan membayar van atau lori yang anda tawarkan dengan segera. Bukan itu sahaja, urusan pemindahan di JPJ juga akan dilakukan dengan pantas dan segera. Biasanya dalam urusan pemindahan nama akan mengambil masa tetapi dengan memilih YUSING MOTOR semuanya akan menjadi lebih mudah.

Laman web ini juga merupakan penjual van yang dipercayai sejak tahun 1997 lagi. Anda sangat dialu-alukan untuk bertanya soalan di laman web mereka, sekiranya terdapat perkara yang anda kurang jelas. Dijamin anda tidak akan menyesal sekiranya memilih laman web ini. Yang hebatnya lagi, mereka boleh datang ke tempat anda walaupun di mana sahaja anda berada untuk pengurusan penjualan. Mereka juga telah berjaya menjual beribu-ribu unit kenderaan yang pelbagai jenis dan jenama dalam tempoh 20 tahun yang lalu.

Laman Web 


6. ZIGWHEELS

ZIGWHEELS

Sekiranya anda berniat untuk menjual kereta lama, anda wajib berkunjung ke ZIGWHEELS kerana di sini anda boleh mendapatkan harga yang terbaik. Dijamin sangat senang untuk berurusan dengan mereka kerana apa yang perlu anda lakukan hanyalah memberi mereka beberapa maklumat mengenai anda dan kereta yang ingin jual dan mereka yang akan mencarikan pembeli yang boleh dipercayai.

Antara contoh maklumat kereta yang perlu anda berikan ialah spesifikasi kereta dan beberapa keping gambar kereta anda yang terbaik. Jangan lupa juga untuk memastikan nombor telefon yang diberikan aktif agar tidak berlaku sebarang kesulitan sewaktu berurus niaga. Di sini juga anda sendiri yang akan mendapat pesanan daripada pembeli yang berminat melalui akaun yang dihasilkan secara automatik.

Laman Web 


7. myTukar

myTukar

myTukar merupakan salah satu kaedah yang baru untuk mereka yang ingin menjual kereta. Dengan memilih laman web ini, mereka akan menghubungkan anda dengan pembeli di seluruh Malaysia agar anda boleh mendapatkan tawaran harga yang tertinggi dan terbaik. 

Yang istimewanya di sini ialah mereka mengamalkan konsep tulus dan selamat. Hal ini kerana, mereka tidak akan mengenakan sebarang komisen atau bayaran tersembunyi dalam urusan penjualan kereta. Mereka juga akan menguruskan urusan penghantaran kereta bagi pihak pembeli dan penjual dengan menyediakan perkhidmatan penghantaran ke seluruh tempat.

Laman Web 


8. MyMotor

MyMotor

Sekiranya anda masih mencari platfrom yang bagus untuk menjual kereta terpakai anda, sila berkunjung ke MyMotor. Dengan memilih laman web ini, dijamin anda akan mendapat pengalaman menjual kereta terpakai tanpa berlaku sebarang masalah.

Bagi anda yang ingin menjual kereta di sini, anda hanya perlu mengikuti 3 proses mudah yang telah ditetapkan. Pertama, anda perlu memberikan segala maklumat tentang kereta yang hendak dijual kepada mereka. Tidak perlu pening kepala kerana mereka telah menyediakan borang yang perlu anda lengkapkan. Kedua, anda hanya perlu duduk dan santai untuk menunggu pembeli kerana mereka akan mengendalikan dan menyaring semua panggilan atau pertanyaan untuk anda tanpa mengenakan sebarang bayaran tambahan. Ketiga, anda hanya perlu mengucapkan selamat tinggal kepada kereta anda kerana mereka yang akan menyelesaikan semua dokumen yang diperlukan untuk pemindahan hak milik.

Laman Web 


9. Motorist.my

Motorist.my

Motorist.my membantu pemilik kereta yang ingin menjualnya secara mudah dan antara laman web yang boleh dipercayai. Untuk pengetahuan anda, laman web ini ditubuhkan di Singapura dan mereka telah memasuki ke pasaran Malaysia pada tahun 2018. Sebagai bukti kemajuannya, mereka akan membuka cawangan baru di Thailand. Semestinya mereka adalah yang terbaik.

Yang menariknya, anda boleh menjual kereta terpakai di sini dengan meletakkan harga yang anda mahu. Bukan itu sahaja, dengan memilih untuk menjual kereta secara atas talian ini dapat menjimatkan masa anda dan mampu mengelakkan berlaku sebarang masalah. Jangan risau tentang pembeli kerana mereka ini juga telah bekerjasama dengan lebih 320 pengedar kereta terpakai.

Laman Web 


10. Sime Darby Auto Selection

Sime Darby Auto Selection

Sime Darby Auto Selection adalah salah satu peniaga kereta terpakai di Malaysia yang terbaik. Sime Darby Auto Selection ini juga merupakan anak syarikat kepada Sime Darby Motors. Mereka telah membuka banyak cawangan di merata kawasan dalam Malaysia. Mereka juga akan mendapatkan harga yang terbaik untuk kereta anda.

Bagi proses penilaian kenderaan ia hanya mengambil masa 30 minit. Mereka akan melakukan pemeriksaan teknikal, membawa kereta anda untuk perjalanan yang singkat dan bertanya sekiranya terdapat sejarah kemalangan. Mereka juga akan membantu anda dalam kertas kerja dan pemindahan hak milik agar proses menjual kereta anda dapat berjalan dengan lancar.

Laman Web 


11. Carousell

Carousell

Carousell telah menjadi salah satu laman web yang disukai dan menjadi pilihan orang ramai dalam penjualan barangan terpakai. Mereka akan membantu anda menjual kereta terpakai anda tanpa mengambil sebarang upah. Dijamin anda akan mendapatkan pengalaman jual beli kereta yang terbaik di sini. Bukan itu sahaja, di Carousell juga anda boleh mendapatkan pelbagai barangan lain atau menjual pelbagai barangan yang diingini. Mereka juga hanya memberikan harga yang terbaik untuk barangan anda.

Kepada anda yang baru, anda boleh mendaftar masuk di laman web ini dengan membuat satu akaun baru dan jangan risau tentang maklumat akaun anda kerana ia akan disimpan dengan baik. Selain itu, sangat mudah untuk berurusan dengan mereka kerana mereka telah menyediakan panduan yang lengkap bagi anda yang ingin menjual kereta.

Laman Web 


Konklusinya, membazir jika anda membiarkan sahaja kereta lama anda yang masih elok dan tidak digunakan. Sebaiknya anda menjualkannya dan mendapatkan duit daripada hasil jualan. Urusan jual beli secara atas talian juga sangat mudah dan dapat menjimatkan masa anda. Jadi, jangan ragu-ragu lagi untuk memilih laman web di atas bagi melakukan sebarang urusan jual kereta terpakai anda.

5/5 - (4 votes)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x