Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Best Kedai Perabot Seremban

Musim raya sudah lama berlalu, walaupun begitu mesti ada yang ingin mencari perabot murah untuk menghiasi rumah mereka. Mungkin ada segelintir ibu bapa yang mahukan perabot rumah  atau pengantin baru yang berkahwin pada musim pkp yang lalu namun hajat di hati tak kesampaian, maka hari ini saya ingin berkongsi kepada anda sekalian mengenai 10 Best Kedai Perabot di Seremban. Namun begitu terdapat beberapa faktor sebelum kita membeli perabot baru sama ada secara online atau terus ke kedai iaitu:

  • Sentiasa baca review kedai sebelum membeli perabot.
  • Mengira kos pemasangan kabinet rumah.
  • Mengukur saiz asal perabot dengan ruang rumah anda supaya perabot benar-benar muat dengan rumah anda.
  • Menyimpan gambar perabot pilihan anda dan membuat perbandingan di kedai sekiranya menepati citarasa.

Warga seremban bolehlah meninjau-ninjau kedai perabot (furniture shop) yang disyorkan di bawah ini. Sebelum membeli, ingatlah rancang kewangan anda untuk mengelakkan boros berbelanja atau berhutang dengan orang lain. Artikel ini mengandungi: Perabot bahagia, Perabot jati, cempaka, Perabot Ikea, Perabot dapur, perabot pejabat, Perabot rotan.

10 Best Kedai Perabot Seremban

1. 99 Home Design, Senawang

perabot untuk tv dan set meja makan

Ninety Nine Home Design juga mempunyai cawangan yang terletak di Klang, Selangor.  Kedai perabot moden ini adalah pengeluar  perabot tempatan dan sofa kayu yang ditubuhkan sejak tahun 1990. Malahan, kedai perabot ini menyediakan perabot gaya hidup moden, retro, dan kayu  yang berkualiti tinggi untuk memberikan penyelesaian perabot lengkap kepada pelanggan.

Alamat: No 9G, Jalan kls 4 Kipmart Lavender Height, Taman Lavender Height Senawang, 70400, Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: setiap hari | 11.00 a.m – 9.30 p.m

Lokasi | Laman web | Ulasan bisnes | Email | Tel: +603-3343 3033

Whatsapp Kedai Perabot 99 home design Senawang

2. Bahagia Furniture Gallery @ Tesco Extra Seremban Jaya

almari dan sofa tema biru

Bahagia Furniture Gallery ini terletak di Lotus’s Seremban Jaya dan syarikat utama mereka terletak di Lembah Klang,Selangor. Kedai ini menawarkan harga rendah setiap hari untuk perabot moden serta perkhidmatan unggul untuk pelanggan. Sofa, set bilik tidur, set meja makan, kabinet Tv, almari, dan perabot untuk kanak-kanak antara perabot yang dijual untuk pelanggan.

Alamat: Lot G9,G10,G11 & G12, Ground Floor, Tesco Extra Seremban Jaya, 12264, Jalan Seremban Jaya, Taman Seremban Jaya, 70400, Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Jumaat- khamis |  10.00 a.m – 10.00 p.m

Lokasi | Laman web | Ulasan bisnes | Email | Tel: +606 677 0398

Whatsapp Kedai Bahagia Furniture Gallery @ Tesco Extra Seremban Jaya 

3. Signature Kitchen, Seremban 2

Kabinet dapur dan meja makan yang moden

Signature Kitchen terkenal di Seremban, Negeri Sembilan dalam menawarkan perabot moden serta elegan untuk menghiasi ruangan dapur rumah anda. Kedai perabot ini menawarkan reka bentuk kabinet dapur yang diilhamkan oleh trend reka bentuk Eropah terkini dan mempunyai pelbagai pilihan konsep (elektra, klasik, arte, utopia, bandar, elektrik) untuk penyelesaian ruang tamu buat pelanggan mereka.

Alamat: No 344, Ground Floor, Jalan S2-B8, 70300, Uptown Avenue, Seremban 2, Seremban, 70300

Waktu Operasi: Isnin – sabtu | 10.00 a.m – 6.30 p.m

Lokasi | Laman web | Facebook | Instagram | Ulasan bisnes | Email | Tel: 06-601 4399

Whatsapp Kedai Perabot Signature Kitchen

4. Homemart Furniture @ Wisma MIC N.S.

sofa dan tembikar buatan tangan

Homemart Furniture mempunyai cawangan di Seremban dan Port Dickson yang menawarkan perabot murah dengan konsep klasik moden dan sesuai dengan gaya terkini serta tembikar buatan tangan dari Indonesia. Homemart Furniture turut ini menerima anugerah Kedai Pilihan Rakyat 1Malaysia daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan  berdasarkan perkhidmatan,  harga produk, dan kualiti yang dipilih pengguna.

Alamat: Tingkat Bawah, Wisma MIC N.S., Jalan Tunku Antah, 70100, Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Ahad | 10.30 a.m – 5.30 p.m   /   Isnin – sabtu | 10.30 a.m – 8.30 p.m

Lokasi | Laman web | Facebook | Ulasan bisnes | Email | Tel: 016-227 7784

Whatsapp Kedai Perabot Homemart Furniture

5. Venezia Furniture, Seremban 2

sofa untuk ruang tamu

Venezia adalah kedai perabot yang menekankan ciri gaya hidup moden dengan harga yang berpatutan. Satu-satunya galeri jualan bagi Tilam Slumberland di Seremban dan pengedar negeri untuk jenama Slumberland dan Vono. Kedai ini menawarkan pelbagai pilihan tilam, dan perabot moden lain yang berkualiti tinggi.  Venezia juga pakar dalam set perabot khas untuk  sofa, bilik tidur, meja makan, dapur, almari pakaian, dan lain-lain.

Alamat: 330, Jalan S2 B8, Uptown Avenue Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Isnin – sabtu | 11.00 a.m – 7.00 p.m  /  Ahad | 10.00 a.m – 6.00 p.m

Lokasi | Laman web | Instagram | Facebook |  Ulasan bisnes | Email | Tel: +606-601 8871

Whatsapp Kedai Perabot Venezia Furniture

6. SCF Furnishing Sdn Bhd @ Oakland Commercial Centre

set perabot moden untuk ruang belajar

Kedai perabot ini bertapak di Seremban sejak tahun 2016. Antara perabot yang ditawarkan ialah set katil, tilam, meja, kerusi, set ruang belajar, dan sebagainya. Sekiranya anda berminat, bolehlah berkunjung ke kedai perabot SFC Furnishing Sdn Bhd.

Alamat: No. 638 – 644, G/F, Jalan Haruan 4/9, Oakland Commercial Centre, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Isnin – sabtu | 10.30 a.m – 8.30 p.m    /   Ahad | 11.00 a.m – 5.00 p.m

Lokasi | Facebook | Ulasan bisnes | Email | Tel: 06-6333318

Whatsapp Kedai Perabot SCF Furnishing Sdn Bhd

7. GHome Furniture Mall @ Betaria Business Centre

Katil dan aksesori untuk menghiasi rumah

Merupakan kedai perabot yang terbesar di Negeri Sembilan. Kedai perabot moden ini kebiasaannya dipenuhi pelanggan pada hari Khamis. Kedai ini menjual perabot rumah, katil, meja kopi, sofa, almari, kerusi, bantal, meja belajar, dan meja makan. Kedai perabot ini mementingkan dua perkara iaitu pelanggan dan perkhidmatan yang disediakan buat pelanggan mereka.

Alamat: 33, Jalan Dato Siamang Gagap, Betaria Business Centre, 70100 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu operasi : Isnin – ahad | 9.30 a.m – 7.30 p.m

Lokasi | Facebook | Shopee | Lazada | Ulasan bisnes | Email | Tel: 06-763 2510

8. Arina Houzz Deco, Bandar Seremban

katil dan almari sesuai untuk bilik

Arina Houzz Deco merupakan salah satu kedai perabot yang terkenal di Bandar Seremban. Antara perabot murah yang ditawarkan adalah almari, kerusi, katil, dan kabinet dapur. Perkhidmatan menghantar perabot terus ke rumah turut disediakan buat pelanggan dan perabot yang dijual tahan lasak, moden,kreatif serta sesuai untuk semua pelanggan.

Alamat: 96, Jalan Kapitan Tam Yeong, Bandar Seremban, 70200, Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi:  Ahad | 10.00 a.m – 1.00 p.m / Isnin – sabtu |  9.30 a.m – 7.00 p.m

Lokasi | Facebook | Instagram | Ulasan bisnes | Email | Tel: +60103676980

Whatsapp Kedai Perabot Arina Houzz Deco

9. Titicane Rattan Furniture, Pusat Perniagaan Oasis

perabot rotan untuk kediaman anda

Kedai perabot ini menjual perabot berasaskan rotan dan mempunyai hampir 8.4k pengikut di laman shopee mereka. Kedai ini menjual buaian, kerusi rotan, meja kopi, kerusi berpusing, kerusi malas, dan lain-lain. Pelanggan yang meminati perabot berasaskan rotan, bolehlah berkunjung ke Titicane Rattan Furniture Seremban.

Alamat: No 14G, Jalan Oasis 2, Pusat Perniagaan Oasis, 70200, Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Selasa – khamis | 11.00 a.m – 8.00 p.m / Jumaat – ahad | 11.00 a.m – 9.00 p.m

Lokasi | Laman web | Facebook | Instagram | Shopee | Ulasan bisnes | Email | Tel: 06-611 2378

Whatsapp Kedai Perabot Titicane Rattan Furniture

10. Jafahee Home Design, Taman Sri Puteh

katil dan perabot untuk ruangan belajar

Kedai perabot murah ini menawarkan perabot untuk rumah anda dengan harga yang berpatutan dengan ciri klasik dan moden.  Antara perabot moden yang dijual adalah meja, kerusi, almari, perabot untuk dapur, dan lain-lain. Kunjungilah kedai perabot mereka untuk mendapatkan pelbagai perabot lain dengan lebih banyak tawaran dan harga diskaun.

Alamat: Lot 10335, Jalan Sri Puteh, Taman Sri Puteh, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu operasi:  Isnin – sabtu |  10.00 a.m – 8.00 p.m

Lokasi | Facebook | Shopee | Lazada | Ulasan bisnes | Email | Tel: 012-687 1225

Whatsapp Kedai Jafahee Home Design

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

10 Kedai Langsir Best & Murah di Malaysia

Langsir merupakan pelengkap hiasan dalaman rumah. Kalau anda nak tahu langsir sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam menghias rumah anda. Jika tersalah dalam memilih...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x