Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Kedai Langsir Best & Murah di Malaysia

Langsir merupakan pelengkap hiasan dalaman rumah. Kalau anda nak tahu langsir sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam menghias rumah anda. Jika tersalah dalam memilih warna dan jenis langsir sudah pasti mencacatkan ruang deko rumah anda. Terdapat pelbagai jenis langsir dipasaran, cuma tinggal anda pilih yang bersesuaian dengan bajet anda.

Pada artikel kali ini kami akan membantu anda dalam mencari kedai langsir yang best dan murah di Malaysia, sebelum kita melihat senarai kedai langsir di Malaysia, jom baca dahulu tips memilih langsir dengan betul.

  • Ukur dahulu panjang langsir ini kerana kita tidak mahu langsir yang terlalu labuh dan terlalu senteng. Setiap langsir mempunyai peranan yang berbeza sama ada langsir di pintu atau tingkap.
  •  Pemilihan warna juga memainkan peranan yang penting dalam memilih langsir yang  sesuai. Warna yang bersesuaian dapat memberi impak kepada ruang rumah anda.
  • Memlilih ketebalan langsir yang bersesuaian dengan laman ruang deko. Jika ingin menghalang cahaya matahari menembusi rumah, anda boleh memilih langsir jenis blackout secara tak langsung keadaan rumah akan menjadi lebih redup dan sejuk.
  • Tips terakhir ini penting, kenalpasti tempat penggantungan langsir. Tidak semua jenis langsir sesuai dengan penggantungan yang anda miliki. Ada pelbagai jenis penggantungan langsir yang ada sekarang. Pilih penggantungan langsir yang anda idamkan sebelum memilih kain langsir.

Anda dah tahu tips untuk memilih langsir yang betul, jom kita lihat kedai langsir (curtain shop) yang best dan murah di Malaysia.

Terdapat banyak jenis langsir dalam pasaran, setiapnya mempunyai ciri-ciri yang berbeza dari segi harga, kualiti dan kesesuaian untuk rumah anda. Berikut merupakan beberapa jenis langsir yang anda boleh cari dari kedai- kedai yang terpapar dalam artikel ini: langsir moden, terkini, dapur, tingkap, english style, sliding door dan bilik tidur

 

Kedai Langsir Best Di Negeri Sembilan


1. Langsir Murah Nilai, Nilai

Nilai merupakan syurga kain bagi penggemar kain. Tidak kira langsir ataupun kain pasang. Antara kedai yang menawarkan harga langsir yang berpatutan di Nilai ialah Langsir Murah Nilai atau dikenali juga sebagai Top Star. Tempahan langsir juga diterima di kedai ini dan rata-rata maklumbalas daripada pengunjung mengatakan tempahan siap dalam masa yang cukup singkat. Anda boleh memilih pelbagai jenis kain warna dan corak yang diinginkan disini. Pelbagai jenis langsir yang ada disini antaranya ialah langsir rumah, langsir pintu dan langsir untuk sliding door. Tempahan langsir juga boleh dibuat secara atas talian (online) sahaja untuk pelanggan yang jauh.

Alamat: 147, Jalan Nilai 3/5, Kawasan Perindustrian Nilai 3, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Isnin-Ahad

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:013-9093612

Whatsapp Langsir Murah Nilai

 

2. MK Curtain HQ, Nilai

MK Curtain adalah salah satu kedai langsir yang cukup terkenal di Nilai. Kedai ini juga mempunyai 40 kedai yang beroperasi diseluruh Malaysia. Pada tahun 2016 kedai ini telah mendapat pengiktirafan dari The Malaysia Book of Records kerana mempunyai ruang pameran langsir yang terbesar di Malaysia dengan jumlah keluasan 93680 kaki.
MK Curtain menyediakan one stop service untuk pelanggan mereka seperti sebut harga,penasihat untuk jenis tekstil dan juga pembuatan langsir. Antara langsir yang cukup mendapat sambutan ramai ialah langsir moden. Kedai ini juga mempunyai dua kategori bagi perkhidmatan langsir mereka iaitu custom made dan ready made.

Alamat: PT16689, Jalan Nilai 3/10, Kawasan Perindustrian Nilai 3, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Isnin-Ahad l 10.00 am -7.00 pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:018-229 5000

Whatsapp MK Curtain HQ Nilai

 

3. Nafisa De Curtain, Nilai

Anda peminat langsir jenis floral,english style atau vintage? jangan lupa datang ke kedai Nafisa De Curtain yang juga terletak di Nilai 3. Langsir yang terdapat disini juga agak berbeza dengan kedai yang lain. Mereka menawarkan kain langsir yang berasaskan corak floral dan english style. Anda juga boleh menempah terus secara atas talian untuk memilih warna dan reka bentuk yang anda inginkan. Sebut harga secara atas talian juga adalah secara percuma sahaja.

Alamat: 429, Jalan Nilai 3/8, Kawasan Perindustrian Nilai 3, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Isnin-Ahad

Lokasi |  Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:+60176812868

Whatsapp Nafisa De Curtain,Nilai

 

 Kedai Langsir Best Di Bangi


 4. Azizah Hias, Bandar Baru Bangi

Azizah Hias atau dikenali sebagai Azizah Hias Pusat Penghias Dalaman yang terletak di Bangi ini merupakan pusat one stop yang menyediakan perkhidmatan mereka bentuk dan menjahit langsir, cadar, kertas dinding, dan pelbagai lagi. Selain daripada langsir mereka juga menyediakan perhidmatan bidai untuk anda.

Alamat: No. 65, 65-A, Jalan 8/1, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu Operasi: Isnin-Ahad l 10.00 am -7.00 pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:019-609 6409

Whatsapp Azizah Hias,Bangi

 

5. Lian Yee Home Design, Bandar Baru Bangi

Lian Yee Home Design menawarkan perkhidmatan memasang kabinet dapur, mozek dan juga langsir. Antara perkhidmatan langsir yang selalu mendapat perhatian pelanggan ialah langsir moden yang terletak di ruang tamu rumah. Mereka mempunyai lebih dari 100 jenis langsir yang boleh membuatkan anda rambang mata. Bukan sahaja langsir untuk ruang tamu, malahan mereka juga boleh membuat langsir untuk tingkap dapur rumah anda

Alamat: Jalan 8/36, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu Operasi: Ahad tutup l Isnin- Sabtu  10.30 am -7.00 pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes  | Phone:+60126832468

Whatsapp Lian Yee Home Design,Bandar Baru Bangi

 

Kedai Langsir Best Di Shah Alam


6. BAAGUS, Setia Alam

BAAGUS yang terletak di Kepong ,Ibu Pejabat utama mereka di Setia Alam adalah tempat ruang pameran untuk pelanggan yang datang ke kedai mereka. Mereka membuat tempahan langsir yang berunsurkan english style dan modern contemporary bagi memenuhi kehendak pelanggan di luar sana. Selain daripda itu juga BAAGUS amat mementingkan kualiti kain langsir mereka. Antara yang menarik ialah mereka menawarkan jenis kain langsir 3D yang boleh memberi elemen moden dan elegan di bilik tidur atau ruang tamu anda. Reka bentuk jenis nordic ketika ini sangat popular, jika anda inginkan kelainan untuk rumah anda apa kata sesekali anda mencuba langsir reka bentuk nordic yang boleh menampilkan sisi rumah anda lebih minimalist.

Alamat: D-1-01, Sunsuria Forum @ 7th Avenue, No. 1, Jln Setia Dagang AL U13/AL, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu 10.00 am-7.00pm l Ahad 10.00am-5.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone:012-9873005

Whatsapp BAAGUS,Setia Alam

7. Maxtrack Curtain Blinds, Shah Alam

Maxtrack Curtain Blind mempunyai 12 cawangan di seluruh Malaysia ini menawarkan perkhidmatan pelbagai jenis keperluan tingkap. Mereka juga mempunyai pilihan langsir termasuklah langsir untuk hotel sehinggalah langsir di ruang rumah anda. Reka bentuk yang ada lebih kepada modern style.

Alamat: Dataran Otomobil, 19-G, Jalan Tukul N15/N, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Isnin- Ahad l 11.00am- 9.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes  | Email | Phone:012-337 5148

Whatsapp Maxtrack Curtain Blinds, Shah Alam

Kedai Langsir Best Di Puchong Selangor


 8. Summer Eve Curtain & Home Decor, Taman Puchong Utama

Summer Eve Curtain yang terletak di Puchong ini mempunyai 15 tahun pengalaman dalam perkhidmatan mereka bentuk langsir tingkap dan bindai. Mereka juga turut menyediakan perkhidmatan pemasangan langsir untuk ruang pejabat. Selain daripada menyediakan pemasangan langsir, kedai ini juga ada menawarkan perkhimatan mencuci langsir untuk anda. Pelbagai jenis bindai yang ada disini tinggal anda pilih mengikut citarasa kesesuaian rumah anda.

Alamat: No. 18A , Jalan PU 7/2, Pusat Bandar Puchong Utama, Taman Puchong Utama, 47100 Puchong, Selangor

Waktu Operasi: Melalui temujanji sahaja

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes  | Email | Phone:+60172959881

Whatsapp Kedai Summer Eve Curtain & Home Decor,Puchong

 9. Furnishing Hubs, Bandar Puchong Jaya

Rekaan langsir jenis floral yang menjadi tarikan utama bagi kedai ini. Furnishing Hubs yang terletak di Bandar Puchong Jaya ini sememangnya cukup  terkenal di kalangan penduduk disana. Selain daripada perkhidmatan langsir,Furnishing Hubs juga menyediakan perkhidmatan memasang kertas dinding. Jadi jika anda peminat reka bentuk floral jangan lupa datang ke Furnishing Hubs.

Alamat: No 21, 1, Jalan Merbah 3, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor

Waktu Operasi: Isnin- Ahad l 10.30am-8.30pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes  | Phone:+60380805566

 

Kedai Langsir Best Di Kajang Selangor


10. Kalitex Sdn Bhd, Kajang

Kalitex Sdn Bhd yang terletak di Kajang ini menawarkan perkhidmatan memasang langsir,kertas dinding, bindai langsir,alat penggantungan langsir dan pelbagai lagi. Senang cerita semua peralatan lengkap memasang langsir ada disini. Anda mempunyai kain langsir sendiri? Kaltex Sdn Bhd menawarkan perkhidmatan menjahit langsir mengikut permintaan anda. 

Alamat: No 58-1, Jalan Temenggung 1/9, Bandar Mahkota Cheras, Seksyen 9 Cheras 43200 Cheras, 43200 Kajang, Selangor

Waktu Operasi: Melalui temujanji

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes  | Email | Phone:+60395464136

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

10 Best Kilang Repair Sofa Di Selangor

Perabot sememangnya kelengkapan rumah yang perlu untuk memberikan ruang keselesaan kepada penghuninya. Ruang yang selesa di mana anda duduk dan minum kopi anda, menonton...

10 Kedai Jubin & Tile Best di KL & Selangor

Sama ada anda dalam proses membina rumah baru atau ingin mengubah sesuatu ruang  pada rumah lama anda, anda semestinya memerlukan beberapa kepingan jubin atau...

Kedai Perabot Best di Putrajaya dan Dengkil

Pelbagai konsep dekorasi hiasan dalaman terkini yang kian popular dalam seni hiasan dalaman rumah-rumah di Malaysia. Kreativiti yang diterapkan tidak hanya terhad pada gaya...

Top 10 Kedai Lampu Puchong yg Murah & Best

Kedai Lampu (Lighting Shop) bukan saja menawarkan produk yang berkaitan dengan lampu, malah selalunya menawarkan pelbagai barang elektrikal yang lain seperti kipas siling, water...

10 Best Kedai Perabot Selangor

Anda ingin membeli perabot tetapi tiada masa untuk meninjau ke sana sini? Kedai perabot (furniture shop) boleh didapati dengan mudah dengan hanya menaip di...

Kedai Pintu Rumah Best dan Murah di Selangor

Lewat kali kita dikejutkan dengan pelbagai jenayah ngeri yang sering dilaporkan di media massa dan media sosial berkaitan dengan kes rompakan dan samun rumah....
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x