Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Top 10 Kedai Lampu Shah Alam & Bangi yg Best & Murah

Kedai Lampu (Lighting Shop) kini menawarkan pelbagai jenis produk lampu yang mempunyai ciri-ciri yang hebat dengan harga yang berpatutan. Kini kebanyakkan kedai lampu bukan sahaja menjual lampu atau sesuatu yang berkaitan tetapi anda juga boleh membeli barangan elektrik yang lain seperti kipas siling, water heater, jam dinding, aksesori perumahan dan sebagainya.

Tidak perlu risau tentang kualiti atau reka bentuk lampu tersebut kerana di sini kami ada menyenaraikan 10 kedai lampu di Shah Alam & Bangi yang terbaik dan semestinya  lampu mereka mengikut reka bentuk terkini yang pasti akan menepati cita rasa anda. Di sini anda boleh membuat perbandingan daripada beberapa kedai sebelum pergi mengunjunginya.

Kedai Lampu Di Shah Alam yg Best


1. Home Lighting Collection, Seksyen 13, Shah Alam

kedai lampu Home Lighting Collection, Seksyen 13, Shah Alam

Sememangnya pilihan yang tepat, jika anda memilih untuk mengunjungi Home Lighting Collection sewaktu mencari lampu rumah di Shah Alam. Lampu-lampu yang dijual di sini kebanyakkannya berkonsep moden, kreatif, dan simple. Produk-produk mereka juga dijamin sangat berkualiti. Istimewanya di sini ialah ada menjual lampu yang merupakan hasil kombinasi antara lampu led dan kristal. Ia kelihatan sangat cantik dan mewah.

Bagi anda yang ingin mengetahui lebih banyak lagi tentang kedai lampu di Shah Alam ini, kami ada meletakkan link Facebook kedai di bawah. Selain itu, jika anda ingin membaca ulasan daripada pelanggan mereka, boleh klik link ulasan di bawah ini. Sukar untuk mencari ulasan yang mengecewakan tentang kedai mereka.

Alamat: 42, Jalan Renang 13/2G, Section 13, Shah Alam, 40100, Shah Alam, Selangor, 40100

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu 10.30am – 7.00pm, Ahad 11.00am – 5.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-55110166


2. Kedai Lampu Sense Lite, Setia Alam

Kedai Lampu Sense Lite, Setia Alam

Sense Lite ditubuhkan pada tahun pada tahun 2007 oleh sekumpulan peminat produk pencahayaan dan telah berjaya membuka kedai lampu pertama mereka di kawasan Damansara Utama. Pada beberapa tahun kemudian, mereka telah membuka banyak cawangan kedai lampu di merata tempat dalam Malaysia. Mereka sentiasa mencuba membawa idea baru tentang produk pencahayaan untuk di dalam dan di luar rumah. Dengan membekalkan pengalaman lebih 14 tahun di dalam perniagaan ini, ia menjadikan mereka antara kedai lampu yang boleh dipercayai di Shah Alam.

Selain itu, di sini mempunyai reka bentuk lampu yang menarik dan tidak dapat dilihat di tempat lain. Mereka juga menyediakan perkhidmatan memberi nasihat ikhlas tentang lampu mengikut keperluan pelanggan. Layanan yang diberikan oleh pekerja mereka juga sangat ramah dan profesional.

Alamat: No. 45-1-1, Jalan Setia Prima (a) u13/a, Setia Alam Seksyen U13, Selangor, 40170 Shah Alam.

Waktu Operasi: 11.00am – 6.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 011-1259 6562

Whatsapp Sense Lite


3. Oriental Lighting Sdn Bhd, Kota Kemuning

Kedai Lampu Oriental Lighting Sdn Bhd, Kota Kemuning

Oriental Lighting Sdn Bhd adalah salah satu kedai lampu yang perlu anda kunjungi jika ingin mendapatkan lampu yang terbaik untuk kegunaan di rumah anda. Di sini terdapat banyak pilihan yang mampu membuatkan anda menjadi rambang mata. Mereka menawarkan produk lampu dengan harga yang mampu milik. Selain menjual lampu, di sini juga ada menjual kipas siling yang direka dalam bentuk yang unik dan cantik.

Kesemua produk di kedai mereka sangat berkualiti. Lokasi kedai mereka juga sangat strategik dan mudah untuk dicari. Untuk membantu anda, kami telah menulis alamat penuh kedai ini di bawah. Oleh itu, jangan terlambat untuk mengunjungi kedai mereka.

Alamat: 27, Jalan Anggerik Vanilla N 31/N, Kota Kemuning, 40460 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: 10.30am – 9.00pm, Ahad tutup

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-5131 6001


4. Cogoo LED Lighting Sdn Bhd, Setia Alam

Kedai Lampu Cogoo LED Lighting Sdn Bhd, Setia Alam

Cogoo LED Lighting menawarkan pelbagai lampu yang cantik mengikut reka bentuk terkini. Semestinya dengan kualiti yang dijamin. Antara lampu yang menjadi kegemaran ramai adalah Sunset Lamp Rainbow yang dijual dengan harga serendah RM 40. Lampu ini sangat sesuai digunakan pada ruangan seperti bilik tidur, ruang tamu, pejabat, restoran atau studio. Ia akan membuatkan ruangan anda menjadi lebih indah, tenang dan santai.

Anda boleh mengikuti Facebook mereka untuk mengetahui sebarang kemas kini tentang kedai ini atau untuk mendapatkan lebih banyak info tentang produk-produk mereka. Untuk mengikuti Facebook mereka, anda boleh klik link Facebook di bawah.

Alamat: No.73, Persiaran Setia Utama, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu 10.00am – 7.00pm, Ahad 10.00am – 3.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-3359 6341

Whatsapp Cogo LED Lighting Sdn Bhd


5. One Living, Shah Alam

kedai lampu One Living, Shah Alam

Kedai One Living di Shah Alam ini bukan saja menawarkan produk yang berkaitan dengan lampu, di sini juga ada menawarkan pelbagai barang elektrik yang lain seperti kipas siling, water heater, televisyen, aksesori perumahan dan sebagainya. Selain itu, mereka menjual barangan-barangan daripada jenama terkenal seperti Philips, Samsung, LG, Milux, Tefal dan Hisense.

Kedai ini juga telah berjaya membuka lebih daripada 30 cawangan di seluruh Malaysia. Sememangnya dapat menunjukkan kedai ini yang terbaik dan mempunyai kemajuan dalam perniagaan lampu. Jika anda ingin melihat produk mereka secara dalam talian, boleh klik link laman web di bawah. Di laman web mereka ada memaparkan semua produk yang dijual di kedai.

Alamat: 66 & 68, Jalan Murni 25/61, Taman Sri Muda, 40400 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu 9.30am – 9.00pm, Ahad 10.00am – 8.00pm

Lokasi | Laman Web| Shopee | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-5122 1811

Kedai Lampu Di Bangi yg Best


6. Planet Crystal Lighting, Bandar Baru Bangi

Planet Crystal Lighting, Bandar Baru Bangi

Planet Crystal Lighting merupakan kedai lampu yang sangat sesuai untuk anda yang sedang mencari lampu bagi kegunaan di rumah. Anda boleh mendapatkan lampu seperti pendant lightings, crystal chandeliers, lampu siling, lampu meja belajar dan banyak lagi. Anda akan berpuas hati jika anda mengunjungi kedai ini kerana lampu-lampu di sini dijual dengan harga yang mampu milik.

Di samping menjual produk yang berkualiti, layanan daripada pekerja mereka sangat mesra dan membantu. Sukar mencari maklum balas yang tidak memuaskan tentang kedai ini. Untuk anda yang ingin membaca ulasan tentang mereka, boleh klik link ulasan di bawah.

Alamat: 32, Jalan 4/11, Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu 10.00am – 8.00pm, Ahad 12.00pm – 3.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-8925 5988


7. Sinar Lighting, Bandar Baru Bangi

Sinar Lighting, Bandar Baru Bangi

Sinar Lighting merupakan kedai lampu terbaik dan menawarkan banyak pilihan untuk pelanggan dengan harga yang berpatutan. Mereka juga menjaminkan lampu-lampu dan produk lain dengan kualiti yang bagus. Dengan membeli lampu di kedai ini dapat menjadikan rumah anda berseri-seri dan kelihatan lebih cantik.

Selain menjual barangan yang berkualiti tinggi, di sini juga mempunyai staf yang akan melayan anda dengan baik. Oleh itu, jangan terlambat mengunjungi kedai mereka untuk mendapatkan lampu-lampu terbaik bagi kelengkapan rumah anda.

Alamat: 25-1, Jalan 9/9c, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu 9.00am – 7.00pm, Ahad 11.00am – 5.30pm

Lokasi | Facebook | Laman Web | Ulasan Bisnes | Phone: 012-922 0933

Whatsapp Sinar Lighting


8. One Living Bangi – 38BG

One Living Bangi - 38BG

One Living di cawangan Bangi ini antara kedai yang terkenal sebagai kedai yang sering membuat promosi pada produk-produk lampu mereka. Bagi anda yang ingin mengunjungi kedai mereka, kami ada meletakkan alamat penuh kedai. Selain membuat promosi, mereka juga terkenal dengan produk yang mempunyai kualiti yang sukar untuk didapati di kedai lain.

Selain menjual lampu, di sini juga ada menjual barangan-barangan elektrik untuk kegunaan di rumah. Antara produk yang menjadi best sellers mereka ialah Tefal rice cooker yang dijual dengan harga RM 189.00. Oleh itu, jangan lupa untuk ke kedai ini bagi anda yang ingin membeli barangan elektrik yang baru atau mencari lampu yang terbaik.

Alamat: 20, 22, 24 & 26, Jalan 4/11, Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu 9.30am – 9.00pm, Ahad 10.00am – 8.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-8210 8222


9. Trust Lightings Collection Bangi S15

Trust Lightings Collection Bangi S15

Trust Lightings Collection ini memberikan variasi produk lampu terkini buat anda yang inginkan kelainan dalam penataan pencahayaan kediaman. Daripada lampu berkonsepkan moden sehingga konsep klasik boleh didapati di sini. Pelbagai jenis lampu yang ada dijual di sini antaranya ialah pendant light, lampu dinding, chandelier dan banyak lagi.

Jika anda ingin berpindah ke rumah baharu dan masih mencari kedai lampu untuk dikunjungi boleh datang ke kedai ini. Kami ada menulis alamat penuh kedai di bawah. Anda pasti akan berpuas hati dan dapat membeli lampu yang di cari.

Alamat: No.16 Jalan 15/1F , Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu 11.00am – 7.00pm, Ahad 12.00pm – 7.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 012-364 5999

Whatsapp Trust Lighting Collection


10. LED NEON STUDIO, Bandar Baru Bangi

LED NEON STUDIO, Bandar Baru Bangi

LED NEON STUDIO merupakan antara kedai lampu yang dapat membantu anda dengan semua keperluan pencahayaan Led neon linear. Mereka merupakan antara kedai lampu hiasan yang terbaik. Di sini juga anda boleh membeli atau mereka papan lampu led mengikut kreativiti sendiri. Untuk mencipta papan lampu led sendiri, anda boleh ke laman web rasmi mereka dan di sana ada ruangan untuk memuat naik rekaan anda. Papan hiasan dengan lampu led ini juga telah menjadi trend pada masa kini.

Kegunaan papan lampu led ini bukan sahaja sesuai dijadikan sebagai hiasan rumah tetapi ia juga sesuai dijadikan sebagai hadiah kepada yang tersayang. Anda boleh mendapatkan papan lampu led berkualiti dan cantik di kedai ini. Untuk anda yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang lampu led ini boleh melayari laman web rasmi mereka dengan klik link di bawah.

Alamat: 6, Jalan P10/18, Taman Perindustrian Selaman, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Lokasi | Laman Web | Facebook |  Ulasan Bisnes | Phone: 012-230 8520

Whatsapp LED NEON STUDIO


Jika anda juga sedang mencari lampu di sekitar Puchong, anda boleh melayari artikel kami di mana kami senaraikan Top 10 Kedai Lampu Puchong yg Murah & Best.

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

10 Kedai Jubin & Tile Best di KL & Selangor

Sama ada anda dalam proses membina rumah baru atau ingin mengubah sesuatu ruang  pada rumah lama anda, anda semestinya memerlukan beberapa kepingan jubin atau...

Kedai Perabot Best di Putrajaya dan Dengkil

Pelbagai konsep dekorasi hiasan dalaman terkini yang kian popular dalam seni hiasan dalaman rumah-rumah di Malaysia. Kreativiti yang diterapkan tidak hanya terhad pada gaya...

10 Kedai Buat Awning Rumah yg Murah & Best

Pelbagai kelebihan yang boleh diperolehi sekiranya anda memilih untuk memasang awning di rumah. Antaranya ialah anda tidak perlu bersusah payah untuk mengalihkan ampaian sewaktu...

10 Best Kedai Perabot Selangor

Anda ingin membeli perabot tetapi tiada masa untuk meninjau ke sana sini? Kedai perabot (furniture shop) boleh didapati dengan mudah dengan hanya menaip di...

10 Best Kedai Perabot Kayu Selangor

Negeri Selangor sememangnya terkenal dengan perabot kayu (wooden furniture) terpakai dan perabot kayu murah. Walaupun negeri ini pesat membangun, namun warisan tradisional masih terjaga,...

10 Kedai Langsir Best & Murah di Malaysia

Langsir merupakan pelengkap hiasan dalaman rumah. Kalau anda nak tahu langsir sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam menghias rumah anda. Jika tersalah dalam memilih...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x