Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Kedai Jubin & Tile Best di KL & Selangor

Sama ada anda dalam proses membina rumah baru atau ingin mengubah sesuatu ruang  pada rumah lama anda, anda semestinya memerlukan beberapa kepingan jubin atau tile. Walaupun segelintir orang mengatakan bahawa jubin amat membosankan, namun kedai jubin yang tertera di bawah mampu membuktikan bahawa jubin juga menyenangkan. Pilihlah dari pelbagai corak, reka bentuk, dan gaya yang boleh menepati citarasa anda kerana ini akan menjadikan kediaman anda dicemburui tetamu yang mengunjungi rumah anda.

Berikut adalah tips yang perlu diingat semasa memilih jubin untuk bilik mandi:

  1. Fikirkan warna cahaya untuk bilik mandi anda, warna putih atau terang dapat membuat ruangan terasa lapang dan pastikan warna jubin tidak lebih dari 3 warna.
  2. Elakkan menggunakan jubin kaca di lantai supaya anda tidak mudah terjatuh disebabkan permukaan akan menjadi licin apabila basah.
  3. Anda ingin menjadikan bilik mandi kelihatan lebih besar. Pilih satu jubin warna neutral yang lebih besar untuk bilik mandi anda.
  4. Sekiranya bilik mandi anda lebih kecil, letakkan jubin dalam corak pepenjuru untuk memberi ilusi bilik yang lebih besar.

Apabila pemasangan kepingan jubin dilakukan dengan betul, ia boleh bertahan untuk jangka masa yang lama tanpa mengalami sebarang perubahan pada bentuk atau warnanya. Pilihan kedai ini dibuat berdasarkan harga, pelbagai jenis jubin, dan tawaran buat anda. Selamat membeli-belah buat anda! Artikel ini mengandungi: jubin cantik, jubin lantai, jubin lantai tempat letak kereta, jubin seramik, jubin lantai luar rumah, jubin bilik air, jubin dapur, jubin dinding luar rumah, jubin dinding dapur.

 

Kedai Jubin & Tile Best di Klang


1. White Horse Ceramic World, Taman Perindustrian Sg. Jati

koleksi jubin jenama white horse

White Horse Ceramic World menawarkan hiasan bergaya kepada pemilik rumah dengan jubin dan konsep hidup terkini yang mampu mengubah aspirasi anda menjadi kenyataan. Selain itu, kedai sentiasa dikemaskini dengan produk yang terkini untuk memberikan inspirasi baru bagi anda. Ceramic World turut diiktiraf oleh “The Malaysia Book of Records” sebagai bilik pameran jubin terbesar di Malaysia dan mendapat anugerah Kategori Jenama Terbaik  Jubin Lantai dan Dinding Seramik Pengguna tahun 2010, 2011 serta anugerah Jubin Lantai dan Jubin Seramik Pengguna kategori Jenama Terbaik 2011, 2012. Koleksi jubin yang dijual di kedai jubin Klang ini juga elegan dan mudah dilihat. Jubin juga tersedia dalam pelbagai saiz dan corak serta sesuai dengan trend semasa. 

Alamat: Lot 2737, Jln Raja Nong/KS2, Taman Perindustrian Sg. Jati, 41200 Klang, Selangor

Waktu beroperasi: Isnin – Ahad: 8.30am – 5.00pm

Lokasi | Laman web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: +603-51613888

 

2. Jubin BMS Klang, Jalan Batu Tiga Lama

Jubin bercorak hitam dan moden

Jubin BMS Klang merupakan pembekal jubin, mosaik, batu, dan barang sanitari terkemuka di Malaysia sejak tahun 1990. Kedai jubin Klang juga melayani pelanggan dengan hasrat menjadikan rumah impian pelanggan menjadi kenyataan dan memberikan senyuman di wajah semua orang setelah berbelanja di kedai ini.  Malahan, mereka sentiasa memilih produk berkualiti dan menawarkan pelbagai pilihan kepada anda serta memastikan keperluan anda sentiasa dipenuhi. Jubin BMS juga mempunyai rangkaian di negeri-negeri lain seperti Kedah, Pahang, Melaka, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, dan Sabah.  Koleksi di kedai jubin Klang ini juga merangkumi jubin dinding seramik, jubin porselin,  batu alam, jubin kayu, mosaik, papan porselin format besar,  kelengkapan dan aksesori serta barang kemas.

Alamat: No. 105, Jalan Batu Tiga Lama, Off, Exit Persiaran Sultan Ibrahim, 41300 Klang, Selangor

Waktu beroperasi: Ahad (tutup), Isnin – jumaat: 8.00am – 6.00pm, Sabtu: 8.00am – 5.30pm

Lokasi | Laman web | Instagram | Shopee | Facebook | Ulasan Bisnes | Email |  Phone: +603-33443493

Whatsapp Kedai Jubin BMS Klang

 

Kedai Jubin & Tile Best di Puchong


3. Creative Lab, Bandar Puteri

Creative lab kedai jubin puchong

Creative Lab merupakan salah satu jenama dari Niro Ceramic Group. Creative Lab direka untuk menjadi persekitaran runcit berpengalaman yang membolehkan keputusan membeli jubin dibuat dengan mudah dan selesa. Selain itu, kedai jubin Puchong ini memastikan keputusan yang tepat dibuat oleh pelanggan bagi mencari bahan untuk lantai, peralatan kebersihan,dinding, dan pengubahsuaian kediaman rumah. Bilik pameran Creative Lab disusun dengan teratur dan hebat bagi memudahkan pelanggan untuk memilih produk pengubahsuaian rumah sesuai dengan gaya mereka sendiri. Malahan, proses pemilihan bermula dengan nada warna, saiz dan permukaan yang berbeza untuk memastikan pemilihan mereka tepat. Perunding reka bentuk mereka juga terlatih secara profesional untuk memberikan nasihat yang berguna berkaitan pilihan anda dan membantu merancang rumah anda.

Alamat: No G-16 (Ground Floor), Jalan Puteri 1/5, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor

Waktu beroperasi: Ahad: 11.00am – 5.00pm, Isnin – sabtu: 9.00am – 6.00pm

Lokasi | Laman web | Instagram | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: +603-8052 2993

 

Kedai Jubin & Tile Best di Jalan Ipoh


4. Super Ceramic Tiles, Jalan Ipoh

jubin bercorak untuk kediaman anda

Super Ceramic Tiles & Design Sdn Bhd ditubuhkan sejak tahun 1998, bermula sebagai peniaga bahan binaan yang meliputi jubin tempatan yang berkualiti termasuk mosaik kaca, jubin import, pelekat jubin, batu kerikil, dan batu bertumpuk serta hiasan jubin dari pelbagai jenama terkenal. Selain itu, menyediakan penyelesaian meliputi kawasan bilik mandi dan dapur. Jenama ini telah mendirikan sebanyak 13 bilik pameran di Lembah Klang. Kedai jubin Jalan Ipoh ini turut mengimport banyak pilihan jubin terkini dengan warna, kualiti dan reka bentuk khas dari seluruh dunia.

Alamat: No. 142, Jalan Selvadurai, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu beroperasi:  Isnin – ahad: 8.30am – 5.30pm

Lokasi | Laman web | Instagram | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: +603-40442282

Whatsapp Kedai Super Ceramic Tiles

 

5. Sheng Bee (M) Sdn Bhd, Jalan Sultan Azlan Shah

Pengimport jubin terkenal di Selangor

Sheng Bee merupakan salah satu syarikat pembekal jubin terbesar di Malaysia sejak ditubuhkan pada tahun 1983 yang bertapak di Jalan Ipoh. Sheng Bee pengimport jubin dan peniaga bahan binaan dari jenama terkenal termasuk jubin jenama Guocera, MML, Terracotta, White Horse, Venus, Alpha, Kimgres,  Suzuka, Seacera, Kastone, pelekat jubin, mosaik kaca, batu kerikil, batu artistik, mosaik marmar dan aksesori bilik mandi.

Alamat: 260, Batu 2, Jalan Ipoh, Jalan Sultan Azlan Shah, 51200 Kuala Lumpur

Waktu beroperasi: Isnin – sabtu: 8.30am – 5.30pm | Selasa: 9.30am – 3.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: +603-40419375

Whatsapp Kedai Sheng Bee (M) Sdn Bhd

 

Kedai Jubin & Tile Best di Kajang


6. Jubin cantik, Prima Saujana

Jubin cantik harga mampu milik

Jubin cantik merupakan salah satu kedai jubin Kajang yang mengedar mosaic, subway tiles dan jubin bercorak. Jika anda inginkan jubin hiasan untuk lantai dan dinding yang terbaik di Malaysia, anda boleh berkunjung ke kedai ini. Pilihan begitu banyak dan anda akan rambang mata apabila berada di sini tetapi jangan risau pakar perunding Jubin Cantik akan membimbing anda. Jaminan harga terendah di pasaran dan tidak ada lagi jubin backsplash bilik mandi dan dapur yang membosankan buat anda.

Alamat: D-13-GA, Jalan Prima Saujana 2/F, Prima Saujana, 43000 Kajang, Selangor

Waktu beroperasi: Isnin – sabtu: 9.30am – 6.00pm , Ahad (tutup)

Lokasi | Laman web | Instagram | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: +6013-242 8384

Whatsapp Kedai Jubin Cantik Kajang

 

7. Feruni Retail Store (FRS), Reko Heights Sentral

Koleksi jubin untuk anda

Diasaskan pada tahun 2010, kisah Feruni berpunca dari mantera “Think Different” dan didorong oleh impian untuk melakukan sesuatu dengan cara yang berbeza dan akhirnya berjaya membawa transformasi kepada industri jubin. Malahan, pengasas Feruni turut memperkenalkan reka bentuk jubin seramik avant-garde dan membina kedai runcit bertaraf dunia serta memperkemas pengalaman membeli khusus untuk pelanggannya.  Konsep reka bentuk Feruni terdiri dari ciri kontemporari dan estetika yang indah dari empat elemen yang mudah dicari iaitu kayu semula jadi, batu semula jadi, simen dan warna.  Selain itu, menawarkan reka bentuk trend terkini dan disertakan dengan kemudahan penyelenggaraan buat anda untuk dinikmati di mana-mana persekitaran. Kedai jubin Kajang ini mempunyai beberapa cawangan di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor, Melaka, Sabah, dan Sarawak.

Alamat: No. 1, G & 1-1, Jalan Reko Sentral 9, Reko Heights Sentral, 43000 Kajang, Selangor

Waktu beroperasi: Rabu – khamis: 9.00am – 6.00pm

Lokasi | Laman web | Instagram | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: +603-8737 7277

 

Kedai Jubin & Tile Best di Shah Alam


8. Terracotta Tiles Centre Sdn Bhd, Hicom-Glenmarie Industrial Park

Jubin bercorak hitam dan putih

Terracotta Tiles Centre Sdn Bhd turut dikenali sebagai GNG Distributors Sdn Bhd. Bermula pada tahun 1978 sebagai Best Tile Sdn Bhd, sebuah kilang kecil yang terletak di Klang, Selangor yang membuat kuari dan jubin seramik. Pada pertengahan tahun 90-an, syarikat berkembang dengan memasukkan jubin yang diimport. Akhirnya, terbentuk Terracotta Tiles Center Sdn Bhd yang menempatkan bilik pameran dengan pelbagai pilihan jubin. GNG ingin menjamin perkhidmatan pelanggan dan menjadi peneraju produk seni bina terbaik di Malaysia serta seluruh Asia. Terracotta Tiles Centre juga pakar jubin untuk kolam renang, atap, dinding, lantai, dapur, bilik mandi, mosaik seni, tekstil, pelapisan dinding, dan juga mengedar alat pembersihan. Selain itu, syarikat jubin buatan Malaysia yang membeli serta membekalkan jubin seni bina untuk pasaran komersial dan kediaman.  Kedai jubin Shah Alam ini juga berkembang selama bertahun-tahun untuk menawarkan pelbagai pilihan jubin yang direka premium untuk memenuhi keperluan anda.

Alamat: Industrial Estate, No. 15, Jalan Pendidik U1/31, Hicom-glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu beroperasi: Ahad (tutup), Isnin – jumaat: 9.00am – 5.30pm, Sabtu: 9.00am – 4.00pm

Lokasi | Laman web | Instagram | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: +603-55694779

 

9. Niro Ceramic Group HQ, Seksyen 15

Jubin menarik untuk halaman rumah

Niro Ceramic Malaysia atau Nino Granite menghasilkan jubin berkualiti Swiss yang menjadi pilihan utama pelanggan di seluruh dunia. Syarikat ini telah wujud lebih dari 40 tahun.  Pada tahun 1979, kilang pembuatan pertamanya didirikan di Switzerland. Sejak itu, pelbagai jubin telah dieksport ke seluruh dunia dan diikuti pertumbuhan pesat di pasar Asia yang akhirnya membawa kepada kejayaan penubuhan Niro Ceramic di Malaysia dan Indonesia. Mempunyai pelbagai koleksi produk yang berkualiti unggul, mementingkan konsistensi dalam standard dan juga sokongan pemasaran yang inovatif. Jenama ini turut mengemas kini koleksi mereka secara berkala dan menjadi pengeluar serta pengedar terkenal jubin di seluruh dunia termasuk Indonesia, China, Filipina, Sepanyol, Vietnam, dan India. Nino Ceramic merupakan salah satu kedai jubin Shah Alam yang terkenal dikalangan pelanggan dan mempunyai cawangan di Johor, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Alamat: Lot 2, Persiaran Sultan, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor

Waktu beroperasi: Isnin – sabtu: 9:00am – 6:00pm , Ahad: 11:00am – 5:00pm

Lokasi | Laman web | Instagram | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: +603-5033 9333

 

Kedai Jubin & Tile Best di Sungai Buloh


10. Tile Concept Trading Sdn Bhd, Kg Baru Sungai Buloh Shah Alam

Jubin bercorak tema biru

Tile Concept Trading merupakan pembekal Jubin terkemuka di Malaysia sejak ditubuhkan pada tahun 2011. Tile Concept sesuai untuk kediaman dan komersial dengan menyediakan pelbagai pilihan jubin untuk anda. Reka bentuk jubin yang menarik untuk kualiti, ketahanan, serta pelbagai tekstur merupakan salah satu keistimewaan Tile Concept. Syarikat ini turut menjadi pembekal untuk jenama jubin terpilih iaitu White Horse Ceramic, Guocera, Niro Granite, MML, Kimgres, GNG, Suzuka, dan Phomi. Perundingan disediakan secara percuma dan perkhidmatan penyelesaian jubin oleh pakar reka bentuk  dengan harga yang kompetitif serta pengalaman lebih dari 13 tahun dalam industri jubin buat anda. Pelbagai jubin tempatan dan import dari Indonesia, China, Vietnam, dan Thailand dengan reka bentuk trend terkini untuk peminat rekaan bercorak jubin. Tile Concept juga menerima pelanggan mulai dari makanan dan minuman, pusat pendidikan, farmasi, sektor pakaian sukan, fesyen, projek harta tanah kediaman dan komersial. 

Alamat: Lot 944F, Kampung Baru Sungai Buloh Shah Alam, 40160 Sungai Buloh, Selangor

Waktu beroperasi: Sabtu dan ahad (tutup), Isnin – jumaat: 8.30am – 5.30pm

Lokasi | Laman web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: +6012-3366899

Whatsapp Kedai Tile Concept Trading Sdn Bhd

 

5/5 - (3 votes)

Anda Mungkin Berminat

Top 10 Kedai Lampu Shah Alam & Bangi yg Best & Murah

Kedai Lampu (Lighting Shop) kini menawarkan pelbagai jenis produk lampu yang mempunyai ciri-ciri yang hebat dengan harga yang berpatutan. Kini kebanyakkan kedai lampu bukan...

Kedai Pintu Rumah Best dan Murah di Selangor

Lewat kali kita dikejutkan dengan pelbagai jenayah ngeri yang sering dilaporkan di media massa dan media sosial berkaitan dengan kes rompakan dan samun rumah....

10 Best Kedai Perabot Selangor

Anda ingin membeli perabot tetapi tiada masa untuk meninjau ke sana sini? Kedai perabot (furniture shop) boleh didapati dengan mudah dengan hanya menaip di...

10 Best Kedai Perabot Kayu Selangor

Negeri Selangor sememangnya terkenal dengan perabot kayu (wooden furniture) terpakai dan perabot kayu murah. Walaupun negeri ini pesat membangun, namun warisan tradisional masih terjaga,...

Kedai Perabot Best di Putrajaya dan Dengkil

Pelbagai konsep dekorasi hiasan dalaman terkini yang kian popular dalam seni hiasan dalaman rumah-rumah di Malaysia. Kreativiti yang diterapkan tidak hanya terhad pada gaya...

10 Best Kilang Repair Sofa Di Selangor

Perabot sememangnya kelengkapan rumah yang perlu untuk memberikan ruang keselesaan kepada penghuninya. Ruang yang selesa di mana anda duduk dan minum kopi anda, menonton...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x