Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Best Kilang Repair Sofa Di Selangor

Perabot sememangnya kelengkapan rumah yang perlu untuk memberikan ruang keselesaan kepada penghuninya. Ruang yang selesa di mana anda duduk dan minum kopi anda, menonton tv, dan menikmati masa terluang bersama keluarga. Tetapi sekarang sofa khas atau perabot yang anda gemari telah rosak dan menimbulkan masalah lain yang agak menjengkelkan. Adakah anda menyedari bahawa tempat duduk kegemaran anda di rumah mungkin memerlukan kemas kini? Jika jawapannya ya, anda berada di tempat yang betul untuk mendapatkan maklumat.

Jangan terus ke kedai, baca perkongsian ini dahulu tanda-tanda yang memberitahu anda pembaikan perabot sangat diperlukan:

  1. Perabot anda terkesan disebabkan musim banjir yang melanda kawasan perumahan anda.
  2. Menggunakan tempat yang sama untuk duduk berulang kali selama bertahun-tahun secara semula jadi menyebabkan sofa kendur.
  3. Haiwan peliharaan anda seperti kucing mencalar, menggigit atau mengunyah perabot kesayangan anda.
  4. Pelapis sofa anda koyak dan spring muncul dari sofa atau tilam anda.

Semestinya info ini berguna bukan, sekiranya anda memerlukan pembaikan sofa (repair sofa) terutamanya di Selangor bolehlah berkunjung ke kedai yang disyorkan untuk anda. Artikel ini mengandungi: sofa murah, baiki sofa, baiki sofa murah, sofa ruang tamu, sofa kayu jati, baiki sofa kulit kayu, baiki sofa lama

 

Best Kilang Repair Sofa Di Puchong


1. De Laris Enterprise, Taman Putra Perdana

before & after repair sofa

Perusahaan kecil yang bermula dengan menjual Perabot Jati pada tahun 2006 dan berkembang menjadi Perkhidmatan Pelapis Sofa pada tahun 2010. De Laris Enterprise terkenal sebagai tempat “repair sofa Puchong”. Kedai ini bukan hanya membaiki dan membuang bahan perabot lama tersebut tetapi turut mengganti dengan pelbagai pilihan ratusan kain yang boleh dipilih sendiri oleh pelanggan.  Selain itu, repair sofa Puchong ini mengesyorkan bahan yang sesuai dengan bilik dan pelbagai pilihan aksesori untuk menghiasi sofa anda seperti piping, butang, tali, kancing berlian, dan jalinan yang akan memikat tetamu anda. Antara pelanggan mereka ialah Starbucks, Touch ‘n Go, Monash University, Global Doctors Hospital, Prince Court Medical Centre, Yayasan Islam Darul Ehsan, Citrus Hotel, MCMC, dan Medigate Sdn Bhd.

Alamat: G51, Jalan Putra Perdana 5/1, Taman Putra Perdana, 47100 Puchong, Selangor

Waktu beroperasi:  Isnin – sabtu : 10.00 am – 5.00 pm

Lokasi | Laman web | Instagram | Facebook | Email | Ulasan Bisnes | Phone: 012-3759703

Whatsapp Kedai De Laris Enterprise

Best Kilang Repair Sofa Di Shah Alam


2. Wood Art, Jalan Klinik

before and after repair sofa

Wood Art menyediakan semua jenis pembaikan perabot seperti mengecat semula, memperbaiki keretakan kayu, memperbaiki bahagian yang rosak seperti ketinggian kerusi dan semua jenis lain untuk pembaikan perabot termasuk pembaikan sofa lama menjadi baru.

Alamat: Jln Klinik, Kampung Bukit Naga, 40460 Shah Alam, Selangor

Waktu beroperasi: Sabtu, ahad : tutup | Isnin – jumaat: 8.30 am – 6.00 pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 011-2831 1267

Whatsapp Kedai Wood Art

 

3. Al Fateh Sofa, Kampung Merbau Sempak Tambahan

sofa coklat dan sofa tema merah

Al Fateh Sofa merupakan salah satu syarikat bumiputera yang memberikan perkhidmatan membaik pulih sofa lama. Perkhidmatan termasuklah servis berunding, memberi nasihat tentang apa yang perlu untuk diubah dan menaik taraf sofa lama menjadi lebih baik serta penghantaran balik sofa setelah dibaikpulih terus ke rumah anda dengan harga mampu milik. Kualiti jahitan dan hasil kerja kedai ini sangat kemas serta khidmat pelanggan mereka juga sangat bagus. 

Alamat: 2411, Lorong 3, Kampung Merbau Sempak Tambahan, 47000 Shah Alam, Selangor

Waktu beroperasi: Ahad – sabtu : 9.00 am – 5.00 pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 016-416 1556

Whatsapp Kedai Al Fateh Sofa

 

4. Lyl Auto Cushion, Bukit Rimau

Kerusi permainan dan sofa putih

Kedai LYL Auto Cushion  merupakan salah satu kedai “repair sofa” di Shah Alam, Selangor. Mereka mampu menukar sofa lama anda menjadi baru termasuklah kerusi permainan dan kerusi urut. Selain itu, LYL Auto Cushion turut mengambil masa yang sangat singkat untuk menyiapkan segala pesanan pelanggan dalam memperbaiki keseluruhan kerusi dan anda semestinya akan berpuas hati dengan kualiti serta mutu kerja mereka. 

Alamat: No. 4-G, Jalan Sungai Burung AB 32/AB, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor

Waktu beroperasi: Ahad: tutup , Isnin – sabtu: 9.00 am – 5.30 pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 0 13-939 5319

Whatsapp Kedai LYL Auto Cushion

 

Best Kilang Repair Sofa Di Klang


5.Vinzo Enterprise, Bandar Bukit Tinggi 1

sofa setelah dibaiki

Vinzo Enterprise telah menjalankan perniagaan mereka sejak tahun 1999 yang berfokus kepada pembaikan sofa. Selama bertahun-tahun, kedai ini memperoleh pengalaman dan kemahiran khas dalam pembaikan sofa serta dikenali sebagai  “repair sofa Klang”. Vinzo juga memastikan pelanggan mereka mendapat kualiti terbaik dan merasa selesa sepanjang berbelanja. Fokus utama “repair sofa Klang” ini adalah mengembalikan sofa lama dan koyak pelanggan kembali cantik.

Alamat: No 61, Jalan Batu Nilam 1, Bandar Bukit Tinggi 1, 41200 Klang, Selangor

Waktu beroperasi: Jumaat – khamis : 9.30 am -7.30 pm

Lokasi | Laman web | Facebook | Email | Ulasan Bisnes  | Phone: +60162191769

Whatsapp Kedai Sofa Repair Vinzo

 

6. Otai Sofa Enterprise, Jalan Kapar

perabot otai enterprise

Otai Sofa Enterprise pakar dalam membaiki semua jenis kerusi antik, sofa, kain atau kusyen kereta / trak / bas. Sebahagian jenis perabot memerlukan penyaman biasa untuk mengekalkan penampilannya. Perabot kulit harus dibersihkan dan dikondisikan setiap 6-12 bulan. Keadaan ini bergantung pada jenis kulit serta persekitaran tempat tinggalnya. Pengaturan kerap menjadikan kulit lembut dan mencegah retak. Pelanggan haruslah memeriksa arahan jaminan dan penjagaan bagi mencari selang pembersihan yang dicadangkan khusus untuk perabot anda.

Alamat: 57, Jalan Kapar, Kawasan 18, 41400 Klang, Selangor

Waktu beroperasi: Ahad : tutup | Isnin – sabtu : 9.00 am – 6.00 pm

Lokasi | Laman web | Instagram | Facebook | Email | Ulasan Bisnes | Phone: 03-38854756

Whatsapp Otai Sofa Enterprise

 

Best Kilang Repair Sofa Di Kajang


7. Leggera Sofa Cushion, Taman Kajang Utama

perabot sofa elegen merah

Leggera Sofa Cushion jugak dikenali sebagai “repair sofa Kajang” disebabkan kedai ini terletak di Kajang Utama. Perusahaan ini mahir membuat,  memperbaiki sofa dan memperbaharui semua jenis sofa tanpa mengira reka bentuk sofa. Mereka turut menyediakan perkhidmatan pelapis khusus untuk tempat duduk baldi serta roda kemudi. Anda juga boleh melihat beberapa hasil kerja mereka “repair sofa Kajang” di halaman Facebook atau Instagram.

Alamat: No 33, Jalan Seksyen 1/25, Taman Kajang Utama, 43000 Kajang, Selangor

Waktu beroperasi: Ahad tutup | Isnin – sabtu : 9.00 am – 5.00 pm

Lokasi | Instagram |  Facebook | Email | Ulasan Bisnes | Phone: 010-4153350

Whatsapp Leggera Sofa Cushion

 

Best Kilang Repair Sofa Di Kuala Lumpur


8. Lee Decor Furnishing, Taman Bukit Cheras

Kerusi dan sofa repair

Lee Decor Furnishing beroperasi sejak tahun 2010 sehingga kini. Misi kedai membaiki sofa ini adalah menjadi pilihan yang utama untuk pelanggan bagi membaiki sofa mereka. Pakar dalam pelbagai jenis pelapis sofa, meja makan, langsir, tirai, kepala tempat tidur, kertas dinding, permaidani dan sofa khusus.

Alamat: 30, Jalan 14/144a, Taman Bukit Cheras, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu beroperasi:  Ahad: tutup | Isnin – sabtu: 9.30 am – 6.00 pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: 016-286 6572

Whatsapp Kedai Lee Decor Furnishing

 

9. Perniagaan Perabut Edy, Jalan Gombak

perkhidmatan membaik pulih sofa moden

Perniagaan perabot Edy menawarkan perkhidmatan membaik pulih sofa moden dan kerusi kayu jati dengan harga  yang berpatutan. Kain sofa lama rosak, ingin menukar kain pelapis kepada yang baru, menukar span yang telah lembik, dan menukar sarung kusyen kedai ini sememangnya tempat yang sesuai untuk anda. Perniagaan ini turut menawarkan pelbagai pilihan kain dan merupakan consultant perabot yang bertauliah dengan pengalaman selama 10 tahun dalam bidang pembaikan sofa.

Alamat: Jalan Gombak, Kuala Lumpur, Selangor, Malaysia, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu beroperasi: Jumaat tutup | Sabtu – khamis : 9.00 am– 6.00 pm

Lokasi | Instagram | Facebook | Email |  Ulasan Bisnes | Phone: 010-200 7153

Whatsapp Kedai Perniagaan Perabot Edy

 

Best Kilang Repair Sofa Di Cheras


10. You sofa, Jalan Balakong

perabot repair you sofa

You Sofa adalah kedai yang memberikan idea dan penyelesaian untuk membuat sofa yang dibuat khusus untuk asas projek atau penggunaan individu serta menyediakan khidmat membaiki perabot. Selain itu, merupakan syarikat pembuatan yang mengkhususkan diri dalam pembuatan sofa dan perabot. Kedai perabot ini menawarkan perabot untuk pelanggan dengan harga mampu milik. Sekiranya pelanggan mengunjungi kedai perabot ini, profesional perkhidmatan pelanggan yang mahir dan ramah akan melayani mereka serta menawarkan nasihat yang berguna kepada pelanggan mengenai perabot. 

Alamat: Lot 24, Jalan Balakong, Batu 11 Cheras, 43200 Cheras, Selangor

Waktu beroperasi: Isnin – ahad : 8.30 am– 9.00 pm

Lokasi | Laman web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-9074 2400

5/5 - (3 votes)

Anda Mungkin Berminat

10 Best Kedai Perabot Terpakai & Murah di Lembah Klang

Tengah membuat tinjauan untuk perabot terpakai yang murah dan berkualiti tinggi? Di sini kami membuat penyelidikan yang terperinci, dan mencadangkan 10 top kedai perabot...

Top 10 Kedai Lampu Shah Alam & Bangi yg Best & Murah

Kedai Lampu (Lighting Shop) kini menawarkan pelbagai jenis produk lampu yang mempunyai ciri-ciri yang hebat dengan harga yang berpatutan. Kini kebanyakkan kedai lampu bukan...

10 Kedai Buat Awning Rumah yg Murah & Best

Pelbagai kelebihan yang boleh diperolehi sekiranya anda memilih untuk memasang awning di rumah. Antaranya ialah anda tidak perlu bersusah payah untuk mengalihkan ampaian sewaktu...

10 Best Kedai Perabot Kayu Selangor

Negeri Selangor sememangnya terkenal dengan perabot kayu (wooden furniture) terpakai dan perabot kayu murah. Walaupun negeri ini pesat membangun, namun warisan tradisional masih terjaga,...

Kedai Perabot Best di Putrajaya dan Dengkil

Pelbagai konsep dekorasi hiasan dalaman terkini yang kian popular dalam seni hiasan dalaman rumah-rumah di Malaysia. Kreativiti yang diterapkan tidak hanya terhad pada gaya...

Kedai Pintu Rumah Best dan Murah di Selangor

Lewat kali kita dikejutkan dengan pelbagai jenayah ngeri yang sering dilaporkan di media massa dan media sosial berkaitan dengan kes rompakan dan samun rumah....
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x