Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Best Kedai Perabot Kayu Selangor

Negeri Selangor sememangnya terkenal dengan perabot kayu (wooden furniture) terpakai dan perabot kayu murah. Walaupun negeri ini pesat membangun, namun warisan tradisional masih terjaga, bagaikan tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Buktinya wujud kedai perabot kayu di Selangor walaupun harga kayu jati boleh mencecah sehingga ribuan ringgit.

Sebelum kita merungkai kedai perabot kayu murah di Selangor, ayuh kita berkongsi beberapa tips untuk menjaga perabot rumah.

  • Membersihkan perabot rumah selama seminggu sekali untuk membuang debu yang melekat di perabot.
  • Mengelakkan letak barang panas ke atas perabot rumah tanpa sebarang alas dan hindari perabot kayu jati dari sinaran matahari.
  • Mengilap perabot kayu menggunakan penggilap kayu.

Anda semua dapat sesuatu bukan? Tipsnya pun sangat mudah. Jom kita sama-sama menyerbu 10 Best Kedai Perabot Kayu di Selangor.

Perabot kayu yang biasa didapati dalam kedai: perabot kayu jati, perabot kayu pallet, perabot kayu getah, perabot kayu buatan tangan, perabot kayu pine, perabot kayu balak, perabot kayu cengal.


Kedai Perabot Kayu Best di Puchong

1. Casateak – Teak Wood Furniture Malaysia

Set perabot kayu jati Casateak

Kedai perabot kayu jati ini turut menghasilkan perabot kediaman yang berkualiti tinggi. Reka bentuk dan gaya perabot khas untuk resort, rumah, restoran, dan memenuhi ruang komersial. Setiap perabot ini mempunyai pelbagai gaya, bentuk, dan kemasan yang berbeza untuk memuaskan hati pelanggan. Antara perabot yang ditawarkan adalah perabot jati khas, perabot kayu pepejal, perabot kayu palet, perabot jati dalaman & luar, sofa jati, tempat tidur jati, meja makan jati, dan kerusi jati. Kedai perabot kayu murah ini turut menawarkan konsep dengan gaya moden, kontemporari, dan klasik. Set perabot kayu jati Casateak semestinya bergaya dan tahan lama dengan pembinaan yang kukuh menjadikannya tahan lama.

Alamat: No 30-32, Jalan OP 1/5 One Puchong Business Park, Bandar Puchong Jaya, 47160, Puchong, Selangor
Waktu Operasi: Isnin – sabtu | 10:00 a.m – 7:00 p.m, Ahad | 10:00 a.m – 6:30 p.m

Lokasi | Twitter | Instagram | Laman Web | Ulasan Bisnes | Email | Phone: +603 80820341

Whatsapp Kedai Casateak – Teak Wood Furniture Malaysia


2. Lavino Home Centre Sdn Bhd

Perabot kayu Lavino

Kedai perabot murah ini menawarkan pelbagai perabot dari sofa, perabot untuk bilik tidur, ruang makan, bilik belajar, dan luar rumah. Harga yang ditawarkan serendah RM450 untuk perabot yang selesa buat pelanggan mereka. Kedai perabot ini telah diperluas dari Kelantan ke ibu kota iaitu Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Kuala Terengganu dan di seluruh Malaysia Timur.

Alamat: No 6, Jalan TPK 2/2, Taman Perindustrian Kinrara, 47100, Puchong, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – sabtu | 9.00 a.m – 6.00 p.m

Lokasi | Laman web | Instagram | Facebook | Email | Phone: 03-8074 9069

Whatsapp Kedai Perabot Lavino Home Centre


Kedai Perabot Kayu Best di Shah Alam

3. Art of Tree, Shah Alam

meja makan bertemakan kontemporari moden

Kedai perabot pertama di Malaysia yang mengabungkan antara pokok tempatan dan berkonsepkan kontemporari moden.  Kedai ini turut mempunyai koleksi kepingan kayu yang terbesar di kilang bilik pameran seluas 33,000 kaki persegi. Antara rangkaian produk yang terdapat di kedai ini adalah meja makan, perabot kayu palet, perabot kayu jati, kopi, konsol dan meja bar yang sesuai untuk kediaman, komersial,dan hotel. Pengunjung boleh membeli perabot kayu murah di kedai, melawati laman web Art of Tree untuk melihat perabot yang dijual dan perkhidmatan penghantaran turut disediakan buat pelanggan.

Alamat: No 11, Jalan Utarid U5/12, Mutiara Subang, 40150, Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Selasa – sabtu | 10.00 a.m – 7.00 p.m

LokasiLaman web | Facebook | Instagram | Ulasan Bisnes | Email | Phone: 016-6969671

Whatsapp Kedai Perabot Art of Tree


4. Pakar Perabot Terpakai Shah Alam (iBoss)

Almari kayu pelat dan sofa tema merah

Kedai perabot terpakai Shah Alam atau dikenali sebagai iBoss menjalankan aktiviti membeli dan menjual perabot terpakai. Antaranya perabot rumah, perabot untuk asrama, restoran, dan pejabat. Maklumat tambahan buat anda, kedai perabot ini turut membaik pulih perabot dan menjual semula perabot-perabot dalam keadaan yang terbaik untuk para pelanggan dengan harga yang berpatutan. Para pelanggan yang mencari perabot kayu pallet dan perabot kayu jati mengikut bajet, bolehlah meninjau kedai perabot murah ini.

Alamat: No, 32, Jalan Rugbi 13/30, Tadisma Business Park, 40150, Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – sabtu | 9.00  a.m – 6.30 p.m

Lokasi | Laman web | Facebook | Shopee  | Ulasan Bisnes  | Email | Phone: 013-2809747

Whatsapp Kedai Pakar Perabot Terpakai Shah Alam (iBoss)


5. Teakia Wood Furniture Malaysia

Teakia perabot kayu jati yang kukuh

Kedai perabot kayu buatan tangan ini terkenal untuk pembuatan, pemborong, peruncitan perabot jati dan anyaman. Perabot mereka sesuai untuk di dalam serta di luar rumah. Malahan, kedai perabot kayu murah ini turut menggunakan bahan berkualiti premium dan melibatkan proses pembuatan yang paling hebat untuk menghidupkan reka bentuk perabot kayu jati. Perabot yang dijual termasuklah katil, set meja makan, perabot untuk ruang tamu, dan aksesori untuk luar rumah. Rekaan perabot sangat unik dan menerapkan unsur moden.

Alamat: No. 54, Jalan Presiden FU1/F Accentra, Glenmarie, Shah Alam, 40150, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – ahad | 9.30 a.m – 8.00 p.m

Lokasi | Laman webFacebook | Instagram | Ulasan Bisnes | Email | Phone: +603 5569 0412

Whatsapp Kedai Perabot Teakia Wood Furniture Malaysia


6. Plaza Perabot Shah Alam

set sofa dan meja makan murah

Sekiranya anda mencari kedai perabot, semestinya kedai ini mampu membuatkan anda membuat keputusan yang tepat untuk mendapatkan perabot kayu murah serta aksesori rumah yang anda sukai dengan harga yang berpatutan. Antara perabot moden yang ditawarkan adalah set sofa, set meja makan, katil, perabot untuk ruang tamu, dan almari.

Alamat: Lot 9 (PT No.1511), Persiaran Kayangan, Seksyen 7, 40000, Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari | 10.00 a.m – 10.00 p.m

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: +603-7875 2744


Kedai Perabot Kayu Best di Kuala Lumpur

7. Jatimas Furniture Sdn Bhd

Perabot murah dengan harga yang mampu milik

Jatimas Furniture sesuai buat mereka yang mencari perabot dan aksesori yang diperbuat daripada kayu jati. Kedai perabot murah ini menawarkan harga yang sangat berpatutan dan reka bentuk perabot Jatimas Furniture ini dapat memenuhi pilihan anda.

Alamat: No 147, Jalan Indah 3, Selayang Indah Selayang, 68100, Kuala Lumpur, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – ahad | 9.00 a.m – 7.00 p.m

Lokasi | Laman web | Ulasan Bisnes | Phone: 03-6138 8199

Whatsapp Kedai Perabot  Jatimas Furniture Sdn Bhd


8. Maju Home, Kuala Lumpur

rangkaian kabinet hitam dan bercirikan moden buat pengguna

Kedai perabot ini turut memiiliki cawangan di sekitar Subang Jaya, Mutiara Damansara, dan Ara Damansara, Selangor. Pelbagai kategori perabot yang dijual untuk pelanggan, antaranya adalah perabot untuk pejabat, ruang makan, ruang tamu, bilik tidur, dan hiasan rumah. Ciri klasik dan moden menjadi konsep kedai perabot Maju Home. Sama ada untuk rumah atau pejabat anda, rangkaian kabinet serta perabot kayu jati dibina merangkumi pelbagai reka bentuk untuk memenuhi keperluan yang berbeza.

Alamat: Lot 48 & 49, Batu 4 ½, Jalan Genting Klang, 53300, Setapak, Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: Isnin – ahad | 10:00 a.m – 10.00 p.m

Lokasi | Laman Web | Instagram | FacebookUlasan Bisnes | Email | Phone: 03-40215953 / 03-40233876

Whatsapp Kedai Perabot Maju Home


9. Rockwood Furniture, Kuala Lumpur

Rockwood furniture design eklusif

Rockwood Furniture KL merupakan kedai perabot kayu jati yang terkenal di Kuala Lumpur. Kedai perabot ini turut menjual perabot untuk bilik tidur, dapur, ruang tamu, dan perabot kayu dengan ciri yang eksklusif untuk hiasan rumah.

Alamat: Lot 3037, Jalan Penchala Hilir, Kampung Sungai Penchala, 60000, Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – ahad | 10.00 a.m – 6.00 p.m

Lokasi | Facebook | Instagram | Laman Web | Ulasan Bisnes | Email | Phone: +60112386 8789

Whatsapp Kedai Perabot Rockwood Furniture KL


Kedai Perabot Kayu Best di Kayu Ara

10. N Furniture Design Sdn Bhd, Kampung Sungai Kayu Ara

Perabot bertemakan warna coklat

N Furniture Design turut dikenali sebagai Pusat Perabot Nadihah. Kedai perabot kayu ini sememangnya menjadi pilihan buat mereka yang menetap di sekitar Kampung Sungai Kayu Ara, Selangor. Harga yang ditawarkan berpatutan untuk perabot moden dan sesuai untuk mereka yang mencari kedai perabot murah buat kediaman mereka.

Alamat: 8, Jalan Masjid, Kampung Sungai Kayu Ara, 47400, Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali cuti umum | 11.00 a.m – 9.30 p.m

Lokasi | Facebook | Instagram | Email | Phone: 012-2301777

Whatsapp Kedai Perabot N Furniture Design

5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

Top 10 Kedai Lampu Puchong yg Murah & Best

Kedai Lampu (Lighting Shop) bukan saja menawarkan produk yang berkaitan dengan lampu, malah selalunya menawarkan pelbagai barang elektrikal yang lain seperti kipas siling, water...

10 Kedai Buat Awning Rumah yg Murah & Best

Pelbagai kelebihan yang boleh diperolehi sekiranya anda memilih untuk memasang awning di rumah. Antaranya ialah anda tidak perlu bersusah payah untuk mengalihkan ampaian sewaktu...

Kedai Perabot Best di Putrajaya dan Dengkil

Pelbagai konsep dekorasi hiasan dalaman terkini yang kian popular dalam seni hiasan dalaman rumah-rumah di Malaysia. Kreativiti yang diterapkan tidak hanya terhad pada gaya...

10 Best Kedai Perabot Terpakai & Murah di Lembah Klang

Tengah membuat tinjauan untuk perabot terpakai yang murah dan berkualiti tinggi? Di sini kami membuat penyelidikan yang terperinci, dan mencadangkan 10 top kedai perabot...

10 Best Kilang Repair Sofa Di Selangor

Perabot sememangnya kelengkapan rumah yang perlu untuk memberikan ruang keselesaan kepada penghuninya. Ruang yang selesa di mana anda duduk dan minum kopi anda, menonton...

Kedai Pintu Rumah Best dan Murah di Selangor

Lewat kali kita dikejutkan dengan pelbagai jenayah ngeri yang sering dilaporkan di media massa dan media sosial berkaitan dengan kes rompakan dan samun rumah....

1 komen

Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
moon
2 years ago

nice

Hubungi Kami

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x