Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Best Kedai Perabot Terpakai & Murah di Lembah Klang

Tengah membuat tinjauan untuk perabot terpakai yang murah dan berkualiti tinggi? Di sini kami membuat penyelidikan yang terperinci, dan mencadangkan 10 top kedai perabot terpakai dan murah di Lembah Klang untuk rujukan tuan tuan dan puan puan.

Kedai perabot terpakai merupakan satu perniagaan yang amat popular di sekitar Lembah Klang dan terdapat banyak kedai yang menawarkan produk atau perkhidmatan yang sama. Dengan pertandingan yang garang seperti ini, bagaimana untuk pengguna seperti kami untuk membuat pilihan supaya dapat membeli barangan terpakai yang berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan?

Tips-tips di bawah ini boleh dirujuk semasa membuat kajian sebelum mengunjung ke kedai tersebut:

  • Semak ulasan di google atau facebook yang diberi oleh pelanggan lain.
  • Adakah kedai perabot tersebut berdekatan dengan lokasi anda?
  • Adakah kedai perabot tersebut menyediakan katalog online di mana pelanggan dapat semak harga sebelum mengunjung kedai?
  • Adakah kedai perabot tersebut pakar dalam kategori barangan yang anda hendak beli?

10 Best Kedai Perabot Terpakai & Murah di Lembah Klang


1. Renewmart

Renewmart, dahulunya dikenali sebagai Meng Fong Trading, mempunyai tiga cawangan di sekitar Lembah Klang, Shah Alam dan Ampang Utama yang berhampiran dengan LRT Ampang. Di bilik pameran Shah Alam yang terletak di atas tapak lebih daripada 60,000 kps, ruang ini dipenuhi dengan perabot ringan yang berkualiti tinggi dan dijaga dengan sempurna, sama ada barangan antik atau mod.

Segala perabot yang dipamerkan di sini adalah dengah harga yang amat murah, atau sekurang-kurangnya harga yang amat berpatutan dan mampu milik: katil, kabinet, kerusi, lampu dan meja, serta kepingan seni, peralatan elektrik, dan peralatan dapur seperti cawan, plat berotor dan sebagainya adalah beberapa item yang popular dicari oleh orang ramai. Antara item yang patut dipandang tinggi termasuk skrin lipat empat panel, patung singa batu dan mannequin yang sungguh susah dicari di pasaran masa kini.

Produk: Chiller terpakai, katil terpakai, sofa set terpakai, rak buku terpakai, aluminium terpakai untuk gerai dan sebagainya.

Lokasi Jarak | 603-78599522 | Facebook | Ulasan Google

2. Chai & Chai Trading, Jalan Ipoh KL

Chai & Chai Trading mempamerkan pelbagai perabot terpakai yang sesuai diguna dalam pejabat, restoran atau rumah. Di bahagian tengah ruang pameran, terdapat juga banyak peralatan dapur seperti pinggan mangkuk yang diperbuat dari Britain. Rak buku, bingkai katil, dan sofa yang selesa juga boleh dijumpai, kebanyakannya dikumpul dari café, perpustakaan atau hotel yang amat terkenal dahulu sebelum gulung tikai.

Produk: Peralatan dapur restoran terpakai, sofa terpakai, penghawa dingin terpakai, rak pameran runcit, cake chiller terpakai, salad bar terpakai, dispenser air terpakai dan sebagainya.

Lokasi | Jarak | 603-62529811 | Facebook | Ulasan Google | Laman Web


3. Cash Converters

Cash Converters merupakan salah satu kedai barangan terpakai yang terbesar di Malaysia.Kkedai ini beroperasi dengan membeli barangan terpakai dengan murah dan menjual kepada pelanggan dengan harga mampu milik.

Selain daripada 7 kedai dalam Malaysia, Cash Converters juga beroperasi di beberap negara yang lain, jumlah kedai yang dimilikinya melebihi 500 unit.

Untuk mereka yang akan berhijrah atau hendak menjual beberapa barangan terpakai sekaligus, Cash Converters juga boleh datang ke lokasi untuk membincang dan memungut barang tersebut.

Produk: Bagasi terpakai, peralatan scuba diving terpakai, topi keledar terpakai, abah keselamatan terpakai, kereta bayi terpakai, peralatan dapur terpakai dan pelbagai perabot terpakai untuk rumah dan pejabat.

Lokasi Jarak | 603-55103661 | Facebook | Ulasan Google | Laman Web

Best Kedai Perabot Terpakai Subang


4. IBoss Gallery, Subang

IBoss Gallery yang terletak di Kampung Melayu Subang membeli barangan terpakai, membaik pulihkan barangan tersebut dan menjual dengan harga yang mampu dimilik.

Untuk pelanggan yang tidak mempunyai penggangkutan lepas beli, Iboss akan sediakan penghantaran tanpa cas sekiranya jarak lokasi tidak melebihi 30KM.

Produk: Sofa terpakai, katil terpakai, peralatan dapur terpakai, barangan terpakai hostel, peralatan industri besi terpakai dan sebagainya.

Lokasi | Jarak | 603-55103661 | Facebook | Ulasan Google | Laman Web

 

5. JT Lelong, Subang

JT Lelong (atau dikenali sebagai Plus Office) adalah satu bilik pameran barangan terpakai yang menyediakan banyak pilihan yang terdiri daripada perabot dan peralatan pejabat, peralatan dapur terpakai, barangan elektrik terpakai dan sebagainya.

JT Lelong juga boleh memenuhi keperluan dalam mencari sesuatu barangan terpakai yang tidak dijumpai lagi di bilik pameran. Perkhidmatan ini merupakan satu plus point dimana tidak banyak kedai barangan terpakai yang lain boleh tawarkan setakat ini.

Produk: Sinki terpakai, ketuhar komersial terpakai, perabot luaran terpakai, peralatan dapur terpakai, perabot rumah terpakai dan sebagainya.

Lokasi | Jarak | 6013-2809747 | Facebook | Ulasan Google | Laman Web

6. Kedai Barang Terpakai – Medan Junk Shop, Subang

Selalu diberi pujian berkenaan servis yang baik dan harga yang berpatutan, Medan Junk Shop telah beroperasi di Subang Jaya melebihi 10 tahun. Selain daripada mutu perkhidmatan yang baik serta harga yang amat murah, kedai ini juga menyediakan perkhidmatan yang pantas dalam proses pembelian ke penghantaran. Untuk pelanggan yang perlukan perabot terpakai dengan segera, boleh mengunjung Medan Junk Shop untuk melayari produk yang sedia ada dalam pameran.

Produk: Katil terpakai, kabinet kasut terpakai, kabinet set dapur terpakai, basikal terpakai, pelbagai perabot rumah terpakai dan perabot pejabat terpakai.

Lokasi | Jarak | 6012-6525228 | Ulasan Google

Best Kedai Perabot Terpakai Klang


7. Khan Trading & Services, Klang

Bukan sahaja menjual perabot-perabot terpakai yang bermutu tinggi, Khan Trading & Services juga menyediakan perkhidmatan memperbaiki peralatan electric seperti peti sejuk, mesin cuci baju dan lain lain lagi.

Produk: Meja kopi terpakai, meja makan terpakai, cabinet TV terpakai, dan sebagainya.

Lokasi | Jarak | 603-33587200 | Facebook | Ulasan Google

8. RK Perabot Terpakai, Klang

RK Perabot Terpakai yang terletak di Klang mempamerkan perabot terpakai dengan begitu banyak sekali dalam kedainya, khususnya perabot rumah dan pejabat. Walaupun bukan semua barangan dalam pameran adalah berkualiti tinggi, tetapi ianya amat sesuai dengan harga jualan yang amat berpatutan dan murah, sangat sesuai untuk pelanggan yang berbajet rendah dan tidak kisah dengan mutu perabot tersebut.

Produk: Perabot rumah terpakai, perabot pejabat terpakai, kabinet filing terpakai, kabinet paparan terpakai, meja mesyuarat terpakai dan sebagainya.

Lokasi | Jarak | 603-33590389 | Facebook | Ulasan Google | Laman Web

Best Kedai Perabot Terpakai Puchong


9. One Stop Buy & Sell, Puchong

Dahulunya dikenali sebagai Selangor Junkyard, Buy & Sell, ia merupakan salah satu kedai perabot terpakai yang paling digemali di Bandar Puchong. Stoking (dan menyusun) sebanyak yang mungkin ke dalam dua lot kedai dengan ruang yang terhad, One Stop Buy & Sell juga mempunyai laman web di mana stok sentiasa dikemas kini supaya pelanggan boleh melayari item dalam pameran yang sedia ada. Ia amat berguna untuk pelanggan yang sedang membuat lakaran pelan untuk rumah atau kedai mereka.

Pada pandangan pertama, kedai mungkin kelihatan tua dan berdebu, tetapi bila melihat dengan teliti, banyak barangan yang baik boleh dicari, seperti katil bayi dalam keadaan hampir baru, meja kopi kaca-atas yang ringkas dan cantik, papan kekunci elektronik, set lengkap meja makan dan kerusi, dan beberapa bangku wicker besar (dari hotel lima bintang) yang pasti disukai oleh pemilik jika mempunyai dek kolam di rumah.

Produk: Hifi terpakai, system AV terpakai, perabot pejabat terpakai, peralatan elektrik terpakai dan sebagainya.

Lokasi Jarak | 603-58827969 | Facebook | Ulasan Google

10. Kedai Kaki Lelong, Puchong

Kedai Kaki Lelong menjual perabot secondhand (terpakai) yang telah dibaiki dan dipulihkan pada harga yang berpatutan. Mereka menjual pelbagai perabot dari sofa dan perabot taman ke peralatan dapur. Di dalam bilik pameran, terdapat juga dua candelier yang amat luar biasa yang berasal dari Masjid Jamek dan Carcosa Seri Negara yang harus diberi fokus.

Produk: Meja kayu padat terpakai, kerusi buaian terpakai, kerusi PU terpakai, meja & kerusi terpakai untuk restoran, tv terpakai dan sebagainya.

Lokasi | Jarak | 6019-2321717 | Facebook | Ulasan Google | Laman Web


4.7/5 - (4 votes)

Anda Mungkin Berminat

Kedai Pintu Rumah Best dan Murah di Selangor

Lewat kali kita dikejutkan dengan pelbagai jenayah ngeri yang sering dilaporkan di media massa dan media sosial berkaitan dengan kes rompakan dan samun rumah....

10 Kedai Buat Awning Rumah yg Murah & Best

Pelbagai kelebihan yang boleh diperolehi sekiranya anda memilih untuk memasang awning di rumah. Antaranya ialah anda tidak perlu bersusah payah untuk mengalihkan ampaian sewaktu...

Top 10 Kedai Lampu Shah Alam & Bangi yg Best & Murah

Kedai Lampu (Lighting Shop) kini menawarkan pelbagai jenis produk lampu yang mempunyai ciri-ciri yang hebat dengan harga yang berpatutan. Kini kebanyakkan kedai lampu bukan...

10 Kedai Langsir Best & Murah di Malaysia

Langsir merupakan pelengkap hiasan dalaman rumah. Kalau anda nak tahu langsir sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam menghias rumah anda. Jika tersalah dalam memilih...

10 Kedai Perabot di Sekitar Wangsa Maju yang Moden!

Bila masuk tahun baru, bermacam agenda yang kita nak buat. Mungkin ada yang ingin pindah rumah baru ataupun mahu ganti perabot lama yang sudah...

Top 10 Kedai Lampu Puchong yg Murah & Best

Kedai Lampu (Lighting Shop) bukan saja menawarkan produk yang berkaitan dengan lampu, malah selalunya menawarkan pelbagai barang elektrikal yang lain seperti kipas siling, water...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x