Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Kedai Perabot Best di Putrajaya dan Dengkil

Pelbagai konsep dekorasi hiasan dalaman terkini yang kian popular dalam seni hiasan dalaman rumah-rumah di Malaysia. Kreativiti yang diterapkan tidak hanya terhad pada gaya tertentu, malah boleh digabungkan dengan nilai-nilai budaya dan estetik halus dalam seni hiasan dalaman. Kehadiran perabot-perabot yang bersesuaian mampu menambah seri dan menjadikan kediaman rumah kelihatan menawan. Yang paling penting, perabot yang dibeli haruslah bersesuaian dengan bajet dan kemampuan kewangan anda. Bak kata orang, ukur baju di badan sendiri.

Terdapat pelbagai jenis perabot yang hadir dengan pelbagai fungsi dan ciri-ciri yang mampu menambat hati sesiapa sahaja. Antaranya ialah perabot rotan, perabot dapur, set sofa, meja kayu, tilam dan katil. Khusus untuk penduduk di sekitar Dengkil dan Putrajaya, di sini kami senaraikan kedai-kedai perabot yang sangat best  untuk dikunjungi.

 

 Best Kedai Perabot Putrajaya 


 1.  Muji, IOI City Mall Putrajaya

Muji IOI City Mall Putrajaya

Muji merupakan jenama perabot dan kelengkapan rumah yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Ianya terkenal dengan kepelbagaian jenis perabot rumah dan aksesori hiasan dalaman rumah yang berkualiti tinggi dari Jepun. Perabot-perabot dari Muji adalah sesuai untuk mereka yang mementingkan jenama dan kualiti yang terbaik. Seperti kata pepatah; alah membeli, bisa memakai.

Barangan-barangan hiasan dalaman jenama Muji pasti membuatkan rumah anda berasa cozy seperti dari Pinterest. Rekaan barangan hiasan dari Muji yang menampilkan nilai-nilai aestetik Jepun yang mana konsep minimalis , keserdehanaan dan wabi-sabi diterapkan sepenuhnya pada setiap aspek rekaan produk. Peralatan hiasan rumah dari Muji amat sesuai dengan konsep dekorasi : minimalis moden, moden kontemporari , gaya urban, kontemporari industry , Zenism dan Japandi.

Alamat:  Lot G16-17, IOI City Mall Putrajaya, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu Operasi: 10am-10pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:03 27302120

 

2.  Valencia Home Furnishing Sdn. Bhd., Suria Mall Putrajaya 

Valencia Home Furnishing Sdn. Bhd. @ Suria Mall Putrajaya

Valencia Home Furnishing Sdn. Bhd menawarkan kepelbagaian perabot hiasan rumah bercita rasa Eropah dan mempunyai kelasnya yang tersendiri.  Perabot-perabot yang ditawarkan adalah berkualiti tinggi, selesa dan berjenama. Valencia Home Furnishing Sdn. Bhd turut  menampiilkan perabot rumah dengan konsep interior yang moden dan alami. Antara konsep dekorasi yang sesuai digayakan dengan perabot dari Valencia Home Furnishing Sdn. Bhd  adalah moden kontemporari, Skandinavia dan Nordic.  Para pelanggan boleh membuat tinjauan produk di laman sesawang Valencia Home Furnishing Sdn. Bhd bagi mendapat gambaran produk-produk yang ditawarkan.

Alamat:  No. 1, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3, 62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu Operasi: 10am-10pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:03-8945 8168

Whatsapp Valencia Home

 

3.  HomePro,  IOI City Mall Putrajaya

HomePro IOI City Mall

HomePro merupakan one stop center untuk mendapatkan pelbagai jenis perabot, barangan hiasan, kemasan lantai, dekorasi dinding rumah, rangka pintu & tingkap. HomePro turut menawarkan pelbagai rekaan perabot moden dan peralatan keperluan rumah yang cantik dan praktikal. HomePro terkenal dengan kualiti khidmat pelanggan yang terbaik berserta pelbagai ulasan positif dari pelanggan di Google. Jadi anda tidak perlu gusar untuk membeli-belah di HomePro bagi mendapatkan barangan hiasan dan perabot rumah.

HomePro turut mempunyai laman sesawang bagi mereka yang ingin membeli barang secara atas talian. Dengan hanya berkunjung ke HomePro, anda boleh melakukan dekorasi dan projek renovasi rumah secara kendiri.

Alamat: Lot AT-2, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu Operasi: 10am-10pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:03-8063 5179

 

4.  Galeri Perabot Hafizi & Co, Suria Mall Putrajaya

Galeri Perabot Hafizi & Co

Galeri Perabot Hafizi & Co menawarkan kepelbagaian jenis perabot rumah bagi memenuhi keperluan dekorasi rumah sesuai dengan gaya hidup terkini. Perabot-perabot dari Galeri Perabot Hafizi & Co adalah moden dan kebanyakannya  mampu milik. Galeri Perabot Hafizi & Co menawarkan pelbagai promosi dari masa ke masa, oleh itu ikuti laman Facebook Galeri Perabot Hafizi & Co bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelbagai promosi yang bakal diadakan.

Perabot-perabot dari Galeri Perabot Hafizi & Co adalah terus dari kilang, baru dan berkualiti tinggi. Pelanggan boleh membuat pembelian secara ansuran tanpa deposit dan bayaran ansuran adalah selama 3 bulan menggunakan kad debit atau 36 bulan ansuran menggunakan kad kredit. Penghantaran barangan adalah percuma di sekitar Kawasan Lembah Klang / Selangor.

Alamat:  Suriamall, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3, 62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu Operasi: 10am-8pm

Lokasi  | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:010-935 8691

Whatsapp Galeri Perabot Hafizi & Co

 

5.  Harvey Norman, IOI City mall Putrajaya

Harvey Norman IOI City mall Putrajaya

Harvey Norman sememangnya tempat yang wajib anda kunjungi sekiranya anda berhasrat untuk menaik taraf perabot di rumah di musim PKP ini. Terdapat pelbagai jenis perabot rumah berkualiti tinggi yang boleh didapati pada satu tempat, yang mana boleh juga dibeli  secara atas talian atau dengan melawat showroom Harvey Norman di IOI City Mall Putrajaya. Rekaan perabot dari Harvey Norman hadir dengan pelbagai gaya dan stail perabot, yang mana anda boleh menyuai padankan mengikut gaya dekorasi rumah yang diinginkan.

Harvey Norman dikenali dengan perkhidmatan pelanggan yang sangat bagus, yang mana pelanggan boleh melakukan pemulangan produk dalam tempoh 14 hari, menempah perabot yang ingin dibeli dan hantaran perabot dalam hari yang sama bagi pembelian dibuat sebelum pukul 2pm. Pelanggan boleh membuat bayaran ansuran pembelian perabot, yang tertakluk pada terma dan syarat.

Alamat:  LG-33 , IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu Operasi: 10am-10pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:03-89577918

 

6.  Antikato – Turkish House, IOI City mall Putrajaya

Antikato - Turkish House IOI City mall Putrajaya

Antikato – Turkish House menawarkan kelengkapan hiasan dalaman dengan rekaan yang unik, elegan dan menawan. Antara produk yang ditawarkan adalah lampu dekorasi, barangan hiasan dalaman, pinggan seramik, pasu seramik, dekorasi meja, lampu chandelier dan pemegang lilin.  Uniknya kebanyakan barangan dekorasi adalah bermotifkan mozek Turki yang  berwarna warni dan menawan.

Barangan hiasan yang bercirikan antik dan gaya Asia berkesan untuk melengkapkan tata hias ruang rumah anda.  Kelengkapan hiasan dari Antikato – Turkish House sesuai jika anda mengidamkan seni dekorasi bertemakan Moorish, Turkish dan gaya Timur Tengah ala kisah seribu satu malam.  Dekorasi rumah yang mempamerkan barangan hiasan dari Antikato pasti menjadi tumpu perhatian tetamu di samping memecahkan kebosanan dalam menata hias kediaman.

Alamat:  IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu Operasi: 10am-10pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:017-245 3048

Whatsapp Antikato – Turkish House

 

Best Kedai Perabot Dengkil 


7. SSF Home,  D’Pulze Shopping Centre 

SSF HOME

SSF Home menawarkan pelbagai jenis perabot bagi melengkapkan rumah anda dengan pelbagai rekaan perabot yang diinspirasikan daripada trend hiasan dalaman rumah yang kian popular di Malaysia seperti gaya Nordic, Skandinavia dan minimalis moden. Perabot-perabot bergaya dari SSF Home boleh didapati dengan harga yang mampu milik.

Pelanggan boleh melawati laman sesawang SSF Home bagi mendapatkan gambaran produk dan promosi terkini yang diadakan dari masa ke masa. Selain daripada melawat showroom, pelanggan boleh juga membuat pembelian secara di atas talian.

Alamat:  G.01, D’Pulze Shopping Center, Persiaran Multimedia, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor

Waktu Operasi: 10am-10pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: 016-299 9111

Whatsapp SSF Home

 

8.  Sew Leong Hin Furniture, Jalan Besar

 Sew Leong Hin Furniture

Sew Leong Hin Furniture menawarkan kepelbagaian perabot baru terus dari kilang dengan harga yang berpatutan dan mampu milik. Pilihan perabot yang ditawarkan adalah rata-ratanya menarik dan praktikal.  Terdapat juga pelbagai jenis tilam yang empuk dan katil yang selesa bagi memastikan waktu rehat anda terluang dengan sempurna . Set sofa fabrik yang empuk bakal menjamin keselesaan anda sewaktu berehat di samping mencerminkan keanggunan dan cita rasa hebat pemilik rumah. Sempena PKP ini, anda boleh membuat tempahan produk dan penghantaran ke rumah disediakan oleh Sew Leong Hin Furniture.

Alamat:  No. 19, Jalan Besar, Pekan Dengkil, 43800 Dengkil, Selangor

Waktu Operasi: 9am-5pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes  | Email | Phone:012-360 3688

Whatsapp Sew Leong Hin Furniture

 

9.  Perabot AMSA, Jalan Bintang Mas/1

Perabot AMSA

Kedai Perabot AMSA menjual perabot-perabot rumah bagi menyerikan kediaman rumah anda. Antara jenis perabot yang dijual adalah seperti meja dapur, set sofa, katil, tilam, langsir, meja makan, dan almari baju. Perabot-perabot yang dijual adalah murah-murah sahaja.  Pelanggan boleh membuat tempahan barangan perabot dengan menghubungi Kedai Perabot AMSA. Penghantaran barangan perabot boleh diuruskan oleh pihak Kedai Perabot AMSA.

Barangan perabot di Kedai Perabot AMSA adalah trendy, mengikut trend hiasan dalaman rumah terkini. Jadi dengan membeli-belah di Kedai Perabot AMSA, anda tidak perlu risau dekorasi hiasan rumah anda ketinggalan zaman.

Alamat:  No. 10, Jalan Bintang Mas/1, 43800 Dengkil, Selangor

Waktu Operasi: 10am-9pm

Lokasi | Laman web | Facebook | Ulasan Bisnes  | Email | Phone: 011-5199 3736

Whatsapp Kedai Perabot AMSA

 

10.  HOME DECOR Southville,  Bandar Baru Lembah Selatan

HOME DECOR Southville

HOME DECOR Southville merupakan antara kedai perabot deko yang harus dikunjungi oleh penduduk Dengkil bagi mendapatkan barangan-barangan hiasan dalaman rumah untuk menyerikan lagi dekorasi rumah anda. Perabot dan barangan deko yang dijual di sini adalah lebih kepada berunsurkan mewah dan bergaya. Barangan deko dan perabot dari HOME DECOR Southville amat sesuai bagi mereka yang gemarkan gaya hiasan French boudoir yang mewah dan Hollywood regency glamour.

Sekiranya anda berhasrat mencari barangan deko bagi menyerikan rumah sempena musim perayaan akan datang, anda haru berkunjung ke HOME DECOR Southville. Tetapi awas, sekiranya anda berkunjung ke HOME DECOR Southville showroom, anda pasti akan terlebih beli barang kerana barangan di HOME DECOR Southville menarik-menarik belaka.

Alamat:  C-G-41, Savvana Executive Suites, Southville City, Jalan Bbls 2, Bandar Baru Lembah Selatan, 43800 Dengkil, Selangor

Waktu Operasi: 10am-6.30pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes  | Email | Phone: 012-605 4049

Whatsapp HOME DECOR Southville

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

Top 10 Kedai Lampu Puchong yg Murah & Best

Kedai Lampu (Lighting Shop) bukan saja menawarkan produk yang berkaitan dengan lampu, malah selalunya menawarkan pelbagai barang elektrikal yang lain seperti kipas siling, water...

10 Kedai Buat Awning Rumah yg Murah & Best

Pelbagai kelebihan yang boleh diperolehi sekiranya anda memilih untuk memasang awning di rumah. Antaranya ialah anda tidak perlu bersusah payah untuk mengalihkan ampaian sewaktu...

10 Kedai Langsir Best & Murah di Malaysia

Langsir merupakan pelengkap hiasan dalaman rumah. Kalau anda nak tahu langsir sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam menghias rumah anda. Jika tersalah dalam memilih...

10 Best Kedai Perabot Terpakai & Murah di Lembah Klang

Tengah membuat tinjauan untuk perabot terpakai yang murah dan berkualiti tinggi? Di sini kami membuat penyelidikan yang terperinci, dan mencadangkan 10 top kedai perabot...

10 Best Kedai Perabot Selangor

Anda ingin membeli perabot tetapi tiada masa untuk meninjau ke sana sini? Kedai perabot (furniture shop) boleh didapati dengan mudah dengan hanya menaip di...

10 Best Kilang Repair Sofa Di Selangor

Perabot sememangnya kelengkapan rumah yang perlu untuk memberikan ruang keselesaan kepada penghuninya. Ruang yang selesa di mana anda duduk dan minum kopi anda, menonton...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x