Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Best Kedai Perabot Selangor

Anda ingin membeli perabot tetapi tiada masa untuk meninjau ke sana sini? Kedai perabot (furniture shop) boleh didapati dengan mudah dengan hanya menaip di hujung jari dan anda boleh mendapatkan maklumat mengenai pelbagai perabot rumah dengan harga murah beserta ciri yang ada inginkan sama ada moden atau klasik. Sebelum membeli baca dahulu panduan memilih perabot rumah di bawah untuk anda.

Panduan memilih perabot rumah:

  1. Ambil ukuran sebenar ruang rumah dan pastikan saiz perabot sesuai dengan ukuran tersebut.
  2. Bezakan antara keperluan untuk membeli perabot atau sekadar kemahuan.
  3. Utamakan keselamatan ahli keluarga dan pastikan selesa, bukan hanya gaya sahaja.
  4. Tema dan warna pilihan perabot rumah sesuai dengan kediaman anda.
  5. Perabot mempunyai kaki atau tiada?

Anda pasti dapat sesuatu bukan? Nak beli perabot pun pastikan bajet anda mencukupi dan elakkan berhutang. Berikut merupakan beberapa jenis perabot yang anda boleh cari dari kedai kedai yang terpapar dalam artikel ini: perabot bahagia, perabot jati, cempaka, perabot Ikea, perabot dapur, perabot pejabat, dan perabot rotan.

 

Best Kedai Perabot di Shah Alam


1. Rattan Decor, Jalan Sungai Buloh

perabot berasaskan rotan

Rattan Decor ditubuhkan pada tahun 1990, kedai ini menjual perabot berasaskan rotan dan mahir dalam membaikpulih perabot lama menjadi baru. Perabot mereka memaparkan reka bentuk klasik dan kontemporari serta mempunyai ciri asia yang asli, ditambah dengan penggunaan bahan yang berkualiti. Kisah kedai ini bermula dengan seorang anak muda lelaki yang merupakan anak sulung dari tiga adik beradik lelaki. Dia bercita-cita tinggi dan idea kedai ini muncul disebabkan alasan mudah iaitu trend. Dahulu, Rattan Decor hanya menawarkan sebilangan kecil koleksi perabot gaya hidup pertama mereka dan perabot tersebut tidak mempunyai nama, tetapi dibuat dengan sangat unik dan hasilnya sangat baik. Akhirnya, orang bertindak balas dengan meminta mereka untuk membuat karya lain kerana tertarik dengan hasil karya mereka. Antara produk Rattan Decor ialah kerusi bar, set Patio, set Verenda, meja makan, sofa rotan, bakul dobi, rak rotan dan lain-lain.

Alamat: 7993, Jalan Sungai Buloh, U 6, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – ahad: 10.00am – 7.00pm

Lokasi | Laman web | Facebook | Email | Ulasan Bisnes | Phone: 03-7832 6216

Whatsapp Rattan Decor

 

2. Pallet Garage, Taman Perindustrian Bukit Raja Selatan

Perabot pallet di Shah Alam

Pallet Garage juga dikenali sebagai Pallet Tree Malaysia dan pakar dalam bidang seni pembuatan perabot kayu pallet. Pallet Garage menawarkan khidmat custom made perabot kayu pallet yang semestinya kreatif, menarik, dan unik serta berbaloi mengikut bajet pelanggan. Ditubuhkan pada tahun 2016 oleh seorang anak muda yang pada asalnya membuka perniagaan sebuah restoren dan restoran tersebut dikenali sebagai “Der Garage” yang membawa konsep perabut kayu pallet. Akhirnya, anak muda ini menerima tempahan perabot pallet dari pelanggan yang mengunjungi restorannya. Selepas setahun, beliau terpaksa melepaskan perniagaan restoren dan fokusnya beralih kepada tempahan pembuatan perabot kayu pallet. Pallet Garage juga pernah mendapat jemputan dari stesen televisyen TV3 dan TV1 untuk memberikan demo kerja pembuatan perabot menggunakan kayu pallet. Antara produk perabot kayu pallet yang ditawarkan ialah untuk dapur, bilik tidur, rak & tempat penyimpanan, pengubahsuaian bar & kedai, penanda arah, rumah kucing, siling & dinding, laminate dan lantai kayu, siling & dinding, bangsal taman, gazebo, dan lain-lain.

Alamat: 5, Jalan Keluli 7/109, Taman Perindustrian Bukit Raja Selatan, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – sabtu: 9.00am – 5.00pm

Lokasi | Laman web | Shopee | Instagram | Facebook | Email | Ulasan Bisnes | Phone: 017-731 1360

Whatsapp Pallet Garage

 

3. Perabot Nabilah, Kampung Melayu Subang

Perabot rumah harga murah

Perabot Nabilah menawarkan perabot rumah dengan harga yang sangat berpatutan dan penghantaran percuma di sekitar Shah Alam. Syarikat perabot bumiputera yang beroperasi di Kampung Melayu Subang, Shah Alam. Kedai ini mendapat sambutan yang positif berdasarkan ulasan yang diberikan oleh pelanggan. Kedai ini menjual barang perabot rumah, pejabat, sekolah, dan perabot murah untuk asrama.

Alamat: 3416-3, Jln Merbau, Kampung Melayu Subang, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Sabtu – khamis: 11.00am – 10.00pm, Jumaat: 3.00pm – 10.00pm

Lokasi | Instagram | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: 014-261 5144

Whatsapp Perabot Nabilah

 

4. AZR Kitchen Cabinet, Seksyen 35

Kabinet bercirikan "Built-in Custom-made"

AZR Kitchen Cabinet bermula sebagai perunding hiasan dalaman dan idea penghasilan rekabentuk hiasan dalaman pada tahun 2009. Tahun berikutnya, syarikat ini mengorak langkah kehadapan dengan membuka cawangan sulong kilang kabinet di Shah Alam untuk menghasilkan sendiri rekaan kabinet dengan teknologi yang terkini. Pakar dalam menukar ruang dapur biasa menjadi suatu ruang luar biasa yang mempunyai nilai estetika tersendiri dan menghasilkan almari pakaian serta semua jenis “Built-in Custom-made” kabinet. Selain itu, menawarkan harga kabinet mampu milik mengikut pelbagai pilihan bahan dan rekaan dengan harga berpatutan.

Alamat: 7, Jalan Raja Lumu 35/132 Bukit Kemuning, Seksyen 35, 40470 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – ahad: 10.00am – 6.00pm

Lokasi | Laman web | Instagram | Facebook | Email | Ulasan Bisnes | Phone: +6017-654 5761

Whatsapp AZR Kitchen Cabinet

 

Best Kedai Perabot di Bangi


5. Ashley Furniture HomeStore, Seksyen 9

Perabot untuk ruang tamu dan dapur

Syarikat ini ditubuhkan pada bulan Disember 2014, oleh sekumpulan peminat perabot yang berpengalaman dan berwawasan yang percaya bahawa perabot harus melengkapkan ruang seni bina. Ashley Furniture HomeStore menawarkan produk berkualiti tinggi dan keunggulan perkhidmatan yang tiada tandingannya. Malahan, menjual perabot rumah yang berkualiti di 123 negara yang berbeza dan mempunyai lebih dari 900 lokasi kedai di seluruh dunia. Antara perabot yang dijual ialah katil, tilam, almari, perabot untuk ruang tamu, dapur dan ruang makan, pejabat, dan sebagainya.

Alamat: 7-63, Jln Medan Pusat Bandar 8A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu Operasi: Sabtu dan ahad (tutup), Isnin – jumaat: 11.00am – 8.00pm

Lokasi | Laman web | Instagram | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-8912 0376

Whatsapp Ashley Furniture HomeStore

 

Best Kedai Perabot di Puchong


6. Ideal Home Furniture, Kompleks Suria Kinrara

Perabot gaya hidup yang berkualiti tinggi dan moden

Kedai ini diwujudkan dengan tiga nilai teras utama iaitu inovatif, tahan lama, dan mampu. Malahan, menyediakan perabot gaya hidup yang berkualiti tinggi dan moden untuk semua orang dalam sebuah keluarga. Selain itu, mempunyai ruang pameran terbesar di Lembah Klang yang menawarkan pelanggan untuk mengalami sendiri ruang lingkup pilihan perabot yang luas dengan reka bentuk dan gaya yang berbeza. Katalog kedai ini juga menyatukan produk perabot murah dari semua titik harga agar sesuai dengan bajet anda. Ideal Home Furniture juga menghantar barang perabot yang dipesan oleh pelanggan terus ke kediaman pelanggan dan mendapatkan maklum balas dari pelanggan semasa tiba di rumah mereka. Ideal Home Furniture turut menawarkan skim pembayaran ansuran secara bulanan dan pembayaran tunai serta kad kredit biasa.

Alamat: D-G-52, Kompleks Suria Kinrara Persiaran Kinrara Seksyen 3 Taman Kinrara, Bandar Kinrara, 47190 Puchong, Selangor

Waktu Operasi: Sabtu, ahad: 11.00am – 8.00pm, Isnin – jumaat: 11.00am – 9.00pm

Lokasi | Laman web  | Facebook | Email | Ulasan Bisnes | Phone: 017-233 5234

Whatsapp Ideal Home Furniture

 

7. SSF Home, Casa Square

Kedai menjual perabot, permaidani, dan barang hiasan rumah

Salah satu cawangan SSF terawal dibuka di Lembah Klang dan SSF Home merupakan  kedai konsep perabot moden dan memberikan penyelesaian kediaman di Malaysia. Antara produk SSF Home ialah perabot, permaidani, barang hiasan rumah, pencahayaan, aksesori tempat tidur, hiasan perkahwinan dan sebagainya. Terletak di tingkat 6 dan 7, cawangan ini kelihatan agak lusuh berbanding yang lain walaupun terletak di Casa Square. Tempat letak kenderaan mengenakan bayaran RM2 dan lokasi cawangan ini agak sesak.

Alamat: Lot B-6-1, B-7-1, B-8-1, 6th-8th Floor, Casa Square, Jalan Kenari 11, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – ahad: 10.30am – 8.00pm

Lokasi | Laman web | Instagram | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: 03-80761110

Whatsapp SSF Home

 

Best Kedai Perabot di Klang


8. Kinsen Home, Taman Sentosa Klang

perabot reka bentuk moden Klang

Kinsen home menawarkan perabot reka bentuk moden, mengikut kemampuan dan komuniti dengan harga berpatutan. Selain itu, bermula dari pilihan produk perabot yang luas hingga pelbagai jenama tilam. Kedai ini juga mendapat rating yang baik berdasarkan ulasan pelanggan. Perkhidmatan pelanggan mereka yang mahir akan menjawab segala soalan anda dan menawarkan nasihat yang berguna berkaitan pembelian perabot. Laman web Kinsen Home juga sentiasa dikemas kini dengan perabot moden yang akan mencetuskan idea baru serta mengembangkan gaya kediaman anda.

Alamat: No 87 Lorong Dato Yusuf Shahbudin, 44A/KS07, Taman Sentosa Klang, 41200 Klang, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – ahad: 10.00am – 8.00pm

Lokasi | Laman web | Instagram | Facebook | EmailUlasan Bisnes | Phone: 03-5167 4211

 

Best Kedai Perabot di Kajang


9. IMhomestylist, Taman Kajang Perdana

Kedai perabot moden Kajang

IMhomestylist ditubuhkan sejak tahun 2015 yang menjual perabot, permaidani moden, hiasan dinding (lukisan / cermin), koleksi tanaman buatan, koleksi cahaya ( candelier / lampu lantai / lampu meja / lampu LED ) dan aksesori rumah lain. Selain itu, menumpukan perhatian pada reka bentuk moden dan kontemporari, serta menawarkan perkhidmatan pelanggan yang terbaik untuk keselesaan kediaman anda. Kedai ini turut membuka cawangan di Kuala Lumpur, Shah Alam, dan Johor. Dapatkan pakej perabot moden dengan harga promosi khas untuk anda dan ubahlah rumah anda menjadi rumah yang indah dengan harga mampu milik.

Alamat: No.1,1-2, 1-3, Jalan Kajang Perdana 2/2, Taman Kajang Perdana, 43000 Kajang, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – jumaat: 9.00am – 10.00pm, Sabtu – ahad: 10.00am – 10.00pm

Lokasi | Laman web | Instagram | Facebook | Email | Ulasan Bisnes | Phone: +6011-11240734

Whatsapp IMhomestylist

 

Best Kedai Perabot di Rawang


10. TD Furniture, Jalan Rawang Batu 17

perabot Td Furniture rawang

TD Furniture merupakan salah satu kedai perabot terbesar di Rawang. Fokus utama dalam pembuatan kabinet dan sofa dengan pengeluaran produk pertama iaitu Sofa Lazio dan syarikat utama mereka terletak di Ipoh, Perak. Anda juga boleh mendapatkan perabot rumah dengan harga yang berpatutan. Perkhidmatan penghantaran dan pemasangan di daerah yang sama turut disediakan tanpa sebarang kos tambahan untuk anda.

Alamat: Lot 8729, 8730, 8731, 8732, Jalan Rawang Batu 17, 48000 Rawang, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – jumaat: 9.00am – 6.00pm, Sabtu: 9.00am – 1.00pm

Lokasi | Laman web | Instagram | Facebook | Lazada | Shopee | Email | Ulasan Bisnes | Phone: +6016-201 4533

Whatsapp TD Furniture

 

5/5 - (5 votes)

Anda Mungkin Berminat

10 Best Kedai Perabot Terpakai & Murah di Lembah Klang

Tengah membuat tinjauan untuk perabot terpakai yang murah dan berkualiti tinggi? Di sini kami membuat penyelidikan yang terperinci, dan mencadangkan 10 top kedai perabot...

Top 10 Kedai Lampu Shah Alam & Bangi yg Best & Murah

Kedai Lampu (Lighting Shop) kini menawarkan pelbagai jenis produk lampu yang mempunyai ciri-ciri yang hebat dengan harga yang berpatutan. Kini kebanyakkan kedai lampu bukan...

10 Kedai Langsir Best & Murah di Malaysia

Langsir merupakan pelengkap hiasan dalaman rumah. Kalau anda nak tahu langsir sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam menghias rumah anda. Jika tersalah dalam memilih...

Kedai Perabot Best di Putrajaya dan Dengkil

Pelbagai konsep dekorasi hiasan dalaman terkini yang kian popular dalam seni hiasan dalaman rumah-rumah di Malaysia. Kreativiti yang diterapkan tidak hanya terhad pada gaya...

Kedai Pintu Rumah Best dan Murah di Selangor

Lewat kali kita dikejutkan dengan pelbagai jenayah ngeri yang sering dilaporkan di media massa dan media sosial berkaitan dengan kes rompakan dan samun rumah....

10 Best Kilang Repair Sofa Di Selangor

Perabot sememangnya kelengkapan rumah yang perlu untuk memberikan ruang keselesaan kepada penghuninya. Ruang yang selesa di mana anda duduk dan minum kopi anda, menonton...

1 komen

Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Farisha
Farisha
2 years ago

Hi, sy nk beli wet bilik tido dengan tilam sekali

Hubungi Kami

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x