Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Top 10 Kedai Lampu Puchong yg Murah & Best

Kedai Lampu (Lighting Shop) bukan saja menawarkan produk yang berkaitan dengan lampu, malah selalunya menawarkan pelbagai barang elektrikal yang lain seperti kipas siling, water heater, jam dinding, aksesori perumahan dan sebagainya. Selain daripada jualan barangan elektrikal, kedai lampu juga menawarkan perkhidmatan membaiki barang elektrikal, supaya pelanggan dapat perkhidmatan yang lebih komprehensif.

Di sini kami paparkan 10 kedai lampu di Puchong yang best dan mempunyai rating yang tinggi untuk barangan lampu dan elektrikal, anda digalakkan membuat bandingan daripada beberapa kedai lampu supaya servis yang terbaik dan harga yang terendah dapat dicari.


Kedai Lampu Best Di Puchong.

1.  Top 10 Lighting, Pusat Bandar Puchong

Top 10 Lighting

Top Ten Lighting yang terletak di Pusat Bandar Puchong merupakan salah satu kedai lampu yang paling lama beroperasi di Puchong dan sering dipuji oleh pelanggan. Paparan harga untuk setiap jenis item sangat jelas dan selalunya paling rendah, jimat masa tanpa perlu berunding untuk harga. Pilihan barangan lampu juga sangat banyak, kalau anda rancang untuk mengunjungi kedai ini di hujung minggu, pastikan anda sediakan shopping list sebelum datang, sebab selalunya ramai pelanggan di hujung minggu.

Alamat: 1, Jalan Bandar Tiga, Pusat Bandar Puchong, 47100 Puchong, Selangor

Waktu Operasi: 10.00am – 6.30pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes

Whatsapp Top 10 Lighting

 

2. Houses Lightings, Bandar Puchong Utama

Houses Lightings

Kalau anda baca ulasan kedai lampu ini di google, anda pasti akan berasa lebih yakin berurusan dengan mereka. Bukan saja pilihan item lampu yang sangat banyak, khidmat pelanggan kedai lampu di Puchong ini juga sering dipuji tinggi sebab layanan dari pekerjanya memang mesra sangat dan berpengalaman. Anda juga akan terharu dengan polisi pulangan barang yang sangat memuaskan hati pembeli.

Kalau anda akan pindah ke rumah baru dan ingin buat survey, kedai lampu house lightings memang tempat yang sangat sesuai. Tak perlu pun kunjung ke kedai, mereka boleh memberi cadangan dan gambar melalui Whatsapp, banyak membantu dan jelas untuk buat pilihan.

Alamat: 29, 31 33, 35, Jalan Bpu 6, Bandar Puchong Utama, 47100 Puchong, Selangor

Waktu Operasi: 10.30am – 7.30pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes

Whatsapp Houses Lightings

 

3. Lumiere Lighting Puchong, Pusat Bandar Puchong

Lumiere Lighting Puchong

Lumiere Lighting menawarkan pelbagai reka bentuk lampu yang mempunyai gaya mewah.  Selain itu, di sini juga ada menjual water heater, suis lampu dan kipas syiling dengan reka bentuk moden. Kedai yang berlokasi di Puchong, Selangor ini juga akan sentiasa memberikan komitmen yang berterusan dalam penyediaan semua produk mereka terutamanya untuk produk lampu led. Oleh yang demikian, anda boleh mendapatkan produk lampu led yang terbaik di sini.

Kedai ini telah ditubuhkan pada tahun 2012. Semestinya kedai yang mempunyai banyak pengalaman dalam perniagaan lampu. Anda juga boleh melihat laman web atau Facebook kedai lampu ini untuk mengetahui banyak lagi tentang produk mereka.

Alamat: 27G, Jalan Bandar Sembilan, Pusat Bandar Puchong, 47160 Puchong, Selangor

Waktu Operasi: 10.00am – 7.30pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes

Whatsapp Lumiere Lighting

 

4. Y.T Lighting, Pusat Bandar Puchong

Y.T Lighting

Antara kedai perhiasan lampu terbaik yang patut anda kunjungi ialah Y.T. LIGHTING. Di sini juga ada menawarkan perhiasan lampu rumah dengan harga yang sangat berpatutan dan harga yang tidak boleh didapati di kedai lain. Lampu yang dijual di sini juga mempunyai gaya yang cantik, menarik dan unik.

Susah untuk mencari ulasan yang mengecewakan di ruangan ulasan kedai ini. Untuk anda yang ingin membaca ulasan mereka, kami telah meletakkan link ulasan di bawah. Mereka juga telah mula beroperasi pada tahun 2011.

Alamat: 7 G, Jalan Bandar Tiga, Pusat Bandar Puchong, 47100 Puchong, Selangor

Waktu Operasi: 11.00am – 6.00pm

Lokasi | Ulasan Bisnes

Whatsapp YT Lighting

 

5. TT Lighting, Bandar Puchong Jaya

TT Lighting

TT Lighting adalah salah satu kedai lampu yang mempunyai reputasi yang sangat baik. Di sini ada menjual lampu perhiasan seperti outdoor wall light, pendant light, bulb & lamb, lampu syiling dan banyak lagi. Kedai mereka juga berada di lokasi yang sangat strategik dan mudah untuk dicari. Di sini kami ada menulis alamat penuh kedai.

Selain itu, layanan daripada staf sangatlah mesra dan baik. Jika anda berkunjung ke kedai ini, anda tidak akan mempunyai sebarang masalah untuk mencari lampu hiasan yang sesuai. Mereka juga akan memberikan nasihat profesional bagi membantu anda mencari lampu yang terbaik. Semestinya lampu hiasan mereka ditawarkan dengan harga yang berpatutan.

Alamat: No. 38 – G Pusat Perdagangan One puchong 38 – G, Jalan Op 1/5, Bandar Puchong Jaya, 47160 Puchong, Selangor

Waktu Operasi: 11.00am – 6.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes

Whatsapp TT Lighting

6. Top Lamp Holdings, Taman Puchong Intan

Top Lamp Holdings

Top Lamp Holdings ini telah ditubuhkan pada tahun 2002 dan telah membuka banyak cawangan kedai di pelbagai tempat dalam Malaysia. Banyak jenis lampu yang cantik ada dijual di sini. Harga bagi setiap lampu mereka bergantung pada design lampu tersebut. Anda boleh mengunjungi laman web kedai mereka untuk mencari lampu-lampu yang mempunyai reka bentuk yang cantik dan kelihatan sangat elegant.

Sekiranya anda mempunyai masalah seperti tidak tahu untuk memilih lampu hiasan yang terbaik atau tidak tahu mana yang sesuai bagi rumah anda, mereka akan memberikan nasihat secara percuma. Selain itu, mereka juga akan menyesuaikan lampu untuk setiap pelanggan mereka mengikut ukuran rumah pelanggan, perancangan dan reka bentuk pengubahsuaian.

Alamat: No. 100,100A, 100B, Jalan Puchong Intan 1, 47100, Taman Puchong Intan,, Selangor, 47100

Waktu Operasi: 9.30am – 7.30pm

Lokasi | Laman Web | Ulasan Bisnes | Phone: 03-80610159

Whatsapp Top Lamp Holdings

7. LED Lighting House, Pusat Bandar Puchong

LED Lighting House

LED Lighting House akan memberikan anda banyak pilihan lampu yang terbaik. Selain daripada menjual lampu, di sini juga ada menjual kipas syiling dengan harga yang mampu milik. Antara jenama terkenal yang ada dijual di sini seperti Philips, Osram, Deka dan banyak lagi.

Harga yang ditawarkan di sini mampu menjimatkan duit anda. Mereka juga menyediakan staf yang friendly untuk membantu anda dan kedai ini juga sering membuat sale pada barangan terbaik mereka. Menyediakan warranty pada barangan yang dibeli dengan tempoh yang ditetapkan. Selain itu, mereka juga akan mengenalkan pemasang lampu untuk pembeli. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kedai ini, anda boleh mengunjungi laman Facebook mereka. Di bawah ini ada menyediakan link untuk ke Facebook mereka.

Alamat: No. 9G, Jalan Bandar 12, Pusat Bandar Puchong, 47100 Puchong, Selangor

Waktu Operasi: 10.00am – 7.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes

Whatsapp LED Lighting House

 

8. deCasa Lighting, Pusat Perniagaan Suria

deCasa Lighting

deCasa Lighting menawarkan pelbagai lampu dalam bentuk klasik dan moden. Antara lampu yang ada dijual di sini adalah lampu syiling, lampu dinding, lampu meja belajar, chandeliers, outdoor lights, floor lamps, pendants light, light bulbs dan banyak lagi. Mereka juga hanya memfokuskan yang terbaik bagi memenuhi kepuasan hati pelanggan dengan menyedikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi.

Mereka juga akan membaiki segala kekurangan mengikut maklum balas yang diberi oleh pelanggan. Jika anda ingin melihat maklum balas yang telah diberikan oleh pelanggan lain, anda boleh klik link di bawah. Oleh itu, jangan ragu-ragu lagi untuk membeli lampu rumah anda di kedai ini.

Alamat: No 38, Jalan Suria Puchong 1, Pusat Perniagaan Suria, 47110 Puchong, Selangor

Waktu Operasi: 9.30am – 6.30pm

Lokasi | Laman Web | Ulasan Bisnes

Whatsapp deCasa Lighting

 

9. Lot Win LED Lightings, Pusat Bandar Puchong

Lot Win LED Lightings

Lot Win LED Lightings memaparkan pelbagai jenis lampu yang mempunyai reka bentuk yang cantik serta berkualiti. Dengan membeli lampu di kedai ini akan dapat menjadikan rumah anda menjadi lebih berseri-seri dan kelihatan lebih menarik. Selain daripada menjual lampu, di sini juga ada menjual pelbagai reka bentuk kipas syiling. Antaranya ialah kipas syiling yang mempunyai 3 bilah atau 5 bilah dengan pilihan warna hitam dan putih. Mereka juga ada menyediakan tutorial video pemasangan kipas syiling.

Jika anda berasa ingin lebih tahu tentang kedai ini, boleh mengunjungi Facebook mereka. Link Facebook kedai mereka ada di bawah ini. Oleh itu, jangan terlambat untuk mendapatkan lampu pilihan anda.

Alamat: 15G, Jalan Bandar Tiga, Pusat Bandar Puchong, 47100 Puchong, Selangor

Waktu Operasi: 10.30am – 8.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-58854939

10.Evergreen Light, Bandar Puteri Puchong

Evergreen Light, Bandar Puteri Puchong

Evergreen Light sangat sesuai untuk anda yang masih mencari lampu untuk kegunaan di rumah anda. Mereka juga menjaminkan lampu-lampu dan produk lain dengan kualiti yang bagus. Selain menjual lampu, di sini juga ada menjual bulb holder dengan harga yang murah. Barangan elektrik lain seperti water heater, wire extension, kipas, suis dan banyak lagi juga ada dijual di sini.

Di samping menjual barang dengan harga yang berpatutan, disini juga mempunyai staf yang akan melayan anda dengan baik. Memang susah untuk mencari maklum balas yang tidak memuaskan, hampir kesemua yang diberikan oleh pelanggan mereka adalah maklum balas yang baik.

Alamat: No. 7, 1, Jalan Puteri 7/11, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor

Waktu Operasi: 9.30am – 6.30pm

Lokasi | Ulasan Bisnes | Phone: 03-80609719

5/5 - (4 votes)

Anda Mungkin Berminat

Kedai Pintu Rumah Best dan Murah di Selangor

Lewat kali kita dikejutkan dengan pelbagai jenayah ngeri yang sering dilaporkan di media massa dan media sosial berkaitan dengan kes rompakan dan samun rumah....

Kedai Perabot Best di Putrajaya dan Dengkil

Pelbagai konsep dekorasi hiasan dalaman terkini yang kian popular dalam seni hiasan dalaman rumah-rumah di Malaysia. Kreativiti yang diterapkan tidak hanya terhad pada gaya...

Top 10 Kedai Lampu Shah Alam & Bangi yg Best & Murah

Kedai Lampu (Lighting Shop) kini menawarkan pelbagai jenis produk lampu yang mempunyai ciri-ciri yang hebat dengan harga yang berpatutan. Kini kebanyakkan kedai lampu bukan...

10 Kedai Jubin & Tile Best di KL & Selangor

Sama ada anda dalam proses membina rumah baru atau ingin mengubah sesuatu ruang  pada rumah lama anda, anda semestinya memerlukan beberapa kepingan jubin atau...

10 Best Kilang Repair Sofa Di Selangor

Perabot sememangnya kelengkapan rumah yang perlu untuk memberikan ruang keselesaan kepada penghuninya. Ruang yang selesa di mana anda duduk dan minum kopi anda, menonton...

10 Best Kedai Perabot Selangor

Anda ingin membeli perabot tetapi tiada masa untuk meninjau ke sana sini? Kedai perabot (furniture shop) boleh didapati dengan mudah dengan hanya menaip di...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x