Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Kedai Buat Awning Rumah yg Murah & Best

Pelbagai kelebihan yang boleh diperolehi sekiranya anda memilih untuk memasang awning di rumah. Antaranya ialah anda tidak perlu bersusah payah untuk mengalihkan ampaian sewaktu hujan kerana baju anda selamat disidai di bawah awning. Bukan itu sahaja, memasang awning di rumah juga akan menjadikan rumah anda kelihatan lebih cantik dan menarik.

Di sini anda akan dapat mencari awning rumah yang terbaik dan mempunyai design yang terkini. Model awning rumah seperti Aluminium, Pergola, Polycarbonated, Metal Deck, dan kaca juga boleh diperolehi di kedai-kedai awning ini. Tidak perlu bimbang tentang kualiti barangan di sini kerana sememangnya berkualiti tinggi dan daripada kedai yang boleh dipercayai.

Kedai Buat Awning Rumah Yang Patut Untuk Anda Cuba


1. De Skylight Roofing Sdn. Bhd

De Skylight Roofing Sdn. Bhd

De Skylight Roofing Sdn. Bhd menawarkan pelbagai awning rumah yang berkualiti tinggi dengan tawaran harga yang tidak boleh didapati di kedai lain. Awning yang ditawarkan di sini sememangnya selamat untuk digunakan, kalis api, mampu bertahan lama dan boleh untuk dikitar semula.

Kedai ini telah mula beroperasi pada tahun 2004 dan telah menjadi kedai pilihan ramai orang. Selain itu, kedai ini merupakan kedai pertama di Malaysia yang menawarkan awning kaca. Bukan itu sahaja, kebanyakkan awning yang mereka tawarkan mempunyai reka bentuk terkini dan sangat cantik. Anda boleh melihat awning yang mereka tawarkan di Facebook rasmi mereka.

Alamat: 19, Jalan SS 14/2, Ss 14, 47810 Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi: 9.00am – 5.00pm, Ahad tutup

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 016-222 7530

Whatsapp De Skylight Roofing Sdn. Bhd


2. M & N France Fabric Awning 

M & N France Fabric Awning 

M & N France Fabric Awning merupakan kedai awning terbaik di Malaysia yang telah beroperasi selama lebih 10 tahun. Awning mereka mempunyai ketahanan yang tinggi, kelihatan lebih rapi kerana kebanyakkan awning di sini mempunyai struktur keluli yang direka dengan reka bentuk moden, barangan mereka di import daripada negara Perancis dan 100% original.

Pelbagai model awning yang anda boleh peroleh di sini sekiranya anda berkunjung ke kedai mereka. Anda tidak akan berasa hampa atau kecewa jika anda berkunjung ke kedai ini kerana mereka bukan sahaja mempunyai pekerja yang mampu membantu anda dalam membuat pilihan malah akan membuatkan anda menjadi lebih rambang mata dengan pilihan yang disediakan.

Alamat: Lot 1598-3, Batu 3, 1/2, Jalan Kampung Jawa, Seksyen 36, 40460 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: 8.00am – 6.00pm, Ahad tutup

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 012-989 1491

Whatsapp M & N France Fabric Awning 


3. Mreca Fabric Awning

Mreca Fabric Awning

Mreca Fabric Awning merupakan salah satu kedai awning yang terbaik dan menawarkan pelbagai pilihan awning yang menjamin mampu membuatkan rumah anda kelihatan lebih cantik. Awning yang ditawarkan bukan sahaja sesuai untuk rumah malah awning untuk pejabat atau kedai juga boleh didapati di sini.

Antara awning di kedai mereka yang menjadi kesukaan ramai ialah awning automatik yang berkualiti tinggi. Sangat mudah untuk menggunakan awning ini kerana anda boleh mengawalnya dengan hanya menggunakan alat kawalan jauh. Selain itu, mereka juga ada menawarkan perkhidmatan memasang dan menyelenggara awning rumah. Mereka tidak akan mengambil masa yang lama dan dijamin anda akan berpuas hati dengan hasil kerja mereka.

Alamat: 28, Jln Bulan U5/167, Bandar Pinggiran Subang, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: 9.00am – 7.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 013-319 9319

Whatsapp Mreca Fabric Awning


4. JC MATERIAL SUPPLY SDN BHD

JC MATERIAL SUPPLY SDN BHD

JC MATERIAL SUPPLY SDN BHD menawarkan pelbagai awning yang menarik dengan harga yang berpatutan. Antara jenis awning yang boleh didapati di sini ialah aluminium, Metal Deck, Polycarbonated dan banyak lagi. Kedai ini bukan sahaja menawarkan awning untuk rumah malah jika anda mencari bumbung rumah juga boleh didapati di sini. Untuk pengetahuan anda, kedai awning ini telah mempunyai pengalaman selama lebih 15 tahun dalam bidang perniagaan awning dan bumbung.

Anda boleh bertanya pendapat mereka tentang awning yang sesuai untuk rumah anda kerana mereka tidak kedekut untuk berkongsi pendapat mereka dan hanya akan memberikan pendapat yang terbaik. Mereka juga hanya menawarkan produk yang mempunyai kualiti yang baik.

Alamat: 25, Jalan Utama 2/18, Taman Perindustrian Puchong Utama, 47100 Puchong, Selangor

Waktu Operasi: 8.30am – 5.30pm, Ahad tutup

Lokasi | Laman Web | Ulasan Bisnes | Phone: 012-719 8221

Whatsapp JC MATERIAL SUPPLY SDN BHD


5. Aegis Marketing Sdn Bhd

Aegis Marketing Sdn Bhd

Aegis Marketing Sdn Bhd menawarkan pelbagai awning rumah yang menarik sehingga mampu membuatkan anda menjadi rambang mata. Antara awning yang ditawarkan di kedai mereka ialah Transparent awning, Aluminium dan banyak lagi. Mereka bukan sahaja menawarkan awning untuk rumah malah bumbung yang terbaik untuk rumah juga boleh didapati di kedai ini.

Anda tidak akan merasa kecewa dengan kualiti barangan yang ditawarkan di sini dan kedai awning yang terletak di Puchong ini juga merupakan kedai awning yang telah menjadi pilihan ramai sejak dulu lagi. Sememangnya sukar untuk mencari ulasan yang buruk di ruangan ulasan kedai mereka kerana rata-rata pelanggan yang berkunjung memang akan berpuas hati.

Alamat: No.15 & 17, Jalan Utama 1/2, Taman Perindustrian Puchong Utama, 47100 Puchong, Selangor

Waktu Operasi: 8.30am – 5.30pm, Ahad tutup

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 016-262 1433

Whatsapp Aegis Marketing Sdn Bhd


6. KF Global Renovation

KF Global Renovation

Sekiranya anda masih mencari kedai yang menawarkan perkhidmatan memasang awning dengan harga yang berpatutan, anda perlu untuk berkunjung ke kedai awning KF Global Renovation yang terletak di Selangor. Masa yang mereka ambil untuk memasang awning di rumah anda tidak akan memakan masa yang lama.

Selain itu, mereka juga menawarkan pelbagai model awning yang moden dan cantik. Antaranya ialah Pergola, Blue Polycarbonated, Commercial awning, awning kaca, Metal Deck dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, di sini juga anda boleh mendapatkan gril, kabinet dapur, pintu pagar, penutup longkang dan banyak lagi.

Alamat: 102, Jalan SP 8/5, Bandar Saujana Putra, 42610 Jenjarom, Selangor

Waktu Operasi: 8.00am – 12.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 016-692 7308

Whatsapp KF Global Renovation


7. Europe Fabric Awning

Europe Fabric Awning

Europe Fabric Awning menawarkan khidmat pemasangan awning yang terbaik. Pemasangan awning ini juga akan dilakukan oleh pekerja mereka yang profesional. Anda juga boleh mendapatkan pelbagai awning yang cantik dan mempunyai reka bentuk yang moden di sini. Bukan hanya awning untuk rumah sahaja yang boleh didapati malah awning yang bagus dan menarik untuk kedai juga boleh dicari di sini.

Mereka menjaminkan awning yang mereka tawarkan mampu tahan lama dan 100% original. Dengan memilih untuk membeli awning di kedai ini akan mampu menambahkan lagi seri rumah anda kerana design awning yang mereka tawarkan sememangnya cantik dan sangat berbaloi untuk dibeli.

Alamat: 41, Jalan 6, Balakong, Cheras 11 Miles, 43200 Cheras

Waktu Operasi: 9.00am – 7.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 018-265 4165

Whatsapp Europe Fabric Awning


8. Inhome Engineering Works Sdn Bhd

Inhome Engineering Works Sdn Bhd

Inhome Engineering Works Sdn Bhd merupakan salah satu kedai awning di Seri Kembangan yang wajib untuk anda kunjungi sekiranya ingin mendapatkan awning yang menarik untuk rumah anda. Mereka mula beroperasi pada tahun 2015 dan kini mereka telah berjaya membuka cawangan lain di Johor, Pulau pinang dan Ipoh. Dengan kemajuan yang mereka peroleh dapat membuktikan yang sememangnya kedai awning mereka terbaik.

Pelbagai jenis awning moden yang boleh anda dapatkan di sini dan mereka juga menawarkan perkhidmatan pemasangan awning dan pergola. Yang hebatnya tentang kedai ini ialah mereka berjaya mendapat Book of Records untuk sistem bumbung kaca ditarik terbesar di Malaysia pada tahun 2015.

Alamat: 3A, Jln KPB 18, Kawasan Perindustrian Balakong, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Waktu Operasi: 8.30am – 5.30pm, Ahad tutup

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 017-775 3383

Whatsapp Inhome Engineering Works Sdn Bhd


9. Polytech Marketing Sdn.Bhd

Polytech Marketing Sdn.Bhd

Polytech Marketing Sdn.Bhd menawarkan pelbagai awning yang menarik untuk rumah. Awning di sini bukan sahaja ditawarkan dengan harga yang berpatutan malah mereka hanya menawarkan awning yang terbaik sahaja. Sekiranya anda masih mencari bumbung yang berkualiti untuk menggantikan bumbung lama, anda boleh mendapatkannya di sini kerana bukan awning sahaja yang mereka tawarkan.

Yang istimewanya tentang kedai ini ialah mereka telah mempunyai pengalaman selama lebih 26 tahun dalam bidang perniagaan awning sememangnya kedai awning yang boleh dipercayai. Jadi, jangan ragu-ragu lagi untuk berkunjung ke kedai mereka yang terletak di Kajang, Selangor ini.

Alamat: 11, Jalan Seksyen 1/24, Taman Kajang Utama, 43000 Kajang, Selangor

Waktu Operasi: 9.00am – 5.30pm, Ahad tutup

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 012-385 2275

Whatsapp Polytech Marketing Sdn.Bhd


10. Qowy Steelglass Aluminium Sdn Bhd

Qowy Steelglass Aluminium Sdn Bhd

Sekiranya anda mencari kedai yang menawarkan perkhidmatan memasang awning dengan tawaran harga yang berpatutan, anda wajib untuk berkunjung ke kedai awning Qowy Steelglass Aluminium Sdn Bhd. Mereka mampu memasang pelbagai jenis awning untuk rumah. Bukan itu sahaja mereka juga menawarkan perkhidmatan memasang pintu rumah, pintu pagar, tingkap dan pelbagai lagi.

Pemasangan awning yang kemas mampu menjamin keselamatan anda sebagai tuan rumah dan mampu membuatkan rumah anda kelihatan lebih cantik. Jiran-jiran yang melihatnya pasti akan terpegun. Jangan risau, anda tidak akan sesat sekiranya berkunjung ke kedai ini kerana lokasi kedai mereka mudah untuk dijumpai.

Alamat: No. 8 Jalan Mega, Taman Mega Jaya, Cheras, 56100 Ampang Jaya, Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 9.00am – 5.00pm, Ahad tutup

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 019-620 3445

Whatsapp Qowy Steelglass Aluminium Sdn Bhd


Kesimpulannya, sekiranya anda mempunyai niat untuk memasang awning di rumah, anda boleh mendapatkan awning yang terbaik di antara kedai-kedai ini. Awning yang cantik akan menaikkan lagi seri pada rumah anda. Jiran-jiran atau keluarga yang berkunjung pasti akan merasa iri hati dengan kecantikkan rumah anda. Jadi, jangan terlambat untuk berkunjung ke kedai-kedai ini sebelum kehabisan stok.

3/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

10 Best Kedai Perabot Selangor

Anda ingin membeli perabot tetapi tiada masa untuk meninjau ke sana sini? Kedai perabot (furniture shop) boleh didapati dengan mudah dengan hanya menaip di...

10 Best Kedai Perabot Kayu Selangor

Negeri Selangor sememangnya terkenal dengan perabot kayu (wooden furniture) terpakai dan perabot kayu murah. Walaupun negeri ini pesat membangun, namun warisan tradisional masih terjaga,...

10 Kedai Jubin & Tile Best di KL & Selangor

Sama ada anda dalam proses membina rumah baru atau ingin mengubah sesuatu ruang  pada rumah lama anda, anda semestinya memerlukan beberapa kepingan jubin atau...

10 Kedai Langsir Best & Murah di Malaysia

Langsir merupakan pelengkap hiasan dalaman rumah. Kalau anda nak tahu langsir sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam menghias rumah anda. Jika tersalah dalam memilih...

Kedai Perabot Best di Putrajaya dan Dengkil

Pelbagai konsep dekorasi hiasan dalaman terkini yang kian popular dalam seni hiasan dalaman rumah-rumah di Malaysia. Kreativiti yang diterapkan tidak hanya terhad pada gaya...

10 Best Kilang Repair Sofa Di Selangor

Perabot sememangnya kelengkapan rumah yang perlu untuk memberikan ruang keselesaan kepada penghuninya. Ruang yang selesa di mana anda duduk dan minum kopi anda, menonton...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x