Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Kedai Pintu Rumah Best dan Murah di Selangor

Lewat kali kita dikejutkan dengan pelbagai jenayah ngeri yang sering dilaporkan di media massa dan media sosial berkaitan dengan kes rompakan dan samun rumah. Oleh itu, sekiranya anda mempunyai bajet lebih pada tahun ini, amatlah disarankan untuk anda menaik taraf pintu di rumah (door house) anda bagi melindungi keselamatan keluarga tersayang dan barangan-barangan berharga di rumah. Seperti sedia maklum, pintu rumah merupakan sebahagian komponen penting dalam sistem keselamatan rumah. Hal ini kerana pintu rumah adalah halangan utama daripada pencoroboh yang tidak berniat baik dan membahayakan penghuni rumah.

Terdapat pelbagai jenis pintu rumah yang boleh digunakan sebagai pencirian keselamatan rumah, antaranya pintu rumah utama, grill pintu, pintu kayu, pintu bilik, pintu pagar besi, pintu sliding dan pintu tandas.

Di sini kami senaraikan pelbagai pilihan pembekal pintu di sekitar Selangor yang mana anda boleh mendapatkan pintu berkualiti tinggi dengan harga yang murah.

 

 Kedai Pintu Best Di Puchong


 1.Smart Security Door Marketing, Puchong Utama

Smart Security Door Marketing (Puchong Utama)

Smart Security Door Marketing merupakan jenama pintu yang dikenali dengan pencirian keselamatan terunggul. Rekaan pintu dari syarikat ini dijamin tidak akan mudah dipecah masuk oleh pencuri. Rekaan pintu rumah yang moden dan bergaya kontemporari bakal melengkapkan rekaan dalaman dan luaran rumah mengikut gaya hiasan rumah berdasarkan citarasa anda.

Terdapat lebih daripada 50 pilihan yang boleh dibuat menerusi tinjauan di laman sesawang Smart Security Door Marketing. Smart Security Door Marketing  membekalkan pintu-pintu rumah yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan.  Pemasangan pintu adalah percuma dengan menggunakan perkhidmatan kontraktor pemasangan pintu yang mahir dan terlatih.

Kebanyakan pelanggan amat berpuas hati dengan perkhidmatan daripada syarikat ini, berdasarkan skor rating review 4.7 daripada mantan pelanggan di Google.

Alamat: No. 14A, Jalan PU 7/3, Taman Puchong Utama, 47100 Puchong, Selangor

Waktu Operasi: Isnin-Sabtu : 10:00AM-7:00PM, Ahad : 10:00AM-6:00PM

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:03-8051 2313

Whatsapp Smart Security Door Marketing

 

 2. Master Doors & Locks Trading, Bandar Puteri 

Master Doors & Locks Trading

Master Doors & Locks Trading menawarkan rekaan-rekaan pintu dengan gaya klasik yang boleh disesuaikan dengan pelbagai trend hiasan dalam terkini, antaranya trend kontemporari nusantara, English cottage dan klasik Eropah. Terdapat pelbagai jenis pintu yang ditawarkan  di  Master Doors & Locks Trading , antaranya pintu kayu, pintu kaca, pintu aluminium dan rangka pintu kayu.

Pelanggan boleh membuat tinjauan di laman sesawang dan katalog  Master Doors & Locks Trading  bagi mendapat gambaran lengkap mengenai produk-produk yang ditawarkan. Pelanggan juga boleh menyesuaikan rekaan pintu mengikut keperluan masing-masing menerusi perkhidmatan rekaan pintu yang ditawarkan.

Alamat: Jalan Puteri 4/2, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor

Waktu Operasi: Isnin-Ahad, 10am-6pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: 03-8060 9699

Whatsapp Master Doors & Locks Trading

 

3. LB Door & Frame Sdn Bhd, Taman Mas Sepang

LB Door & Frame Sdn Bhd

LB Door & Frame Sdn Bhd menawarkan pintu-pintu kayu dengan rekaan klasik dan kontemporari yang boleh disuaipadankan mengikut dekorasi hiasan dalaman dan luaran rumah. LB Door & Frame Sdn Bhd turut menyediakan perkhidmatan pemasangan pintu kayu dan tombol kayu bercirikan keselamatan.  Rekaan pintu-pintu kayu dilengkapi dengan pelbagai kemasan kayu yang bergaya mewah dan berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan.

Kebanyakan rekaan pintu dari LB Door & Frame Sdn Bhd adalah sesuai untuk dekorasi rumah yang berunsurkan klasik Eropah dan English Tudor. Para pelanggan boleh meninjau portfolio dan hasil kerja yang lengkap  di laman sesawang LB Door & Frame Sdn Bhd bagi mendapatkan gambaran kualiti produk dan perkhidmatan.

Alamat: No. 32, Jalan Industri Mas 8, Taman Mas Sepang, 47100 Puchong, Selangor

Waktu Operasi: Isnin-Jumaat: 9am-6pm, Sabtu-Ahad: 9am-1pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes  | Phone:03-8060 1882

Whatsapp LB Door & Frame Sdn Bhd

 

4. TYM Door Specialist , Bandar Puchong Jaya

TYM Door Specialist

TYM Door Specialist menawarkan rekaan-rekaan pintu kayu yang menarik dengan rekaan klasik yang sesuai dipadankan dengan trend dekorasi  moden. Terdapat pelbagai pilihan pintu kayu berkualiti tinggi antaranya  diperbuat daripada kayu nyatuh, kayu jati, dan pintu aluminium.

Terdapat juga rekaan pintu Dutch yang sangat trendy dan sesuai untuk mereka gayakan rekaan hiasan dalam berunsur English country dan English cottage.  TYM Door Specialist  turut menawarkan pelbagai jenis rekaan  pintu aluminium yang menarik dan boleh dijadikan sebagai pintu tandas dan bilik air.

Alamat:No. B-G-01, Jalan Bangau 11, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor

Waktu Operasi: Isnin-Sabtu: 9am-6pm, Ahad: Tutup

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes |  Phone: 03-8076 8771

Whatsapp TYM Door Specialist

 

Kedai Pintu Best Di Klang


5. New Edge Safety Door, Bandar Bukit Tinggi 1

New Edge Safety Door

New Edge Safety Door menawarkan rekaan-rekaan pintu yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi menerusi sistem perkuncian pintu yang efisien, rangka pintu yang kukuh dan jeriji pintu yang teguh.  Dengan ciri-ciri keselamatan ini, pencuri pasti tidak akan berjaya memecah masuk ke rumah anda dan keselamatan rumah anda pasti terjamin. Rekaan pintu dari New Edge Safety Door  bukan sahaja sangat menarik, malah menepati piawaian keselamatan  QMS ISO 9001:2015

Antara ciri- ciri keselamatan pintu rumah dari New Edge Safety Door adalah seperti berikut:

-sistem perkuncian pintu kalis ceroboh;

-tombol pintu diperbuat daripada besi tahan karat;

-pin pintu yang kalis ceroboh;

-kalis haba dan bunyi.

Alamat: 43, Jalan Batu Nilam 4, Bandar Bukit Tinggi 1, 41200 Klang, Selangor

Waktu Operasi: Isnin-Sabtu: 10am-7pm, Ahad: Tutup

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:03-80826863

Whatsapp New Edge Safety Door

 

6. THC Security Door , Mutiara Bukit Raja

THC Security Door

THC Security Door menawarkan pelbagai jenis pintu yang berkualiti tinggi, selamat dan bercirikan rekaan pintu yang moden kontemporari bagi melengkapkan deko hiasan di rumah anda. Antara ciri keselamatan pintu dari THC Security Door adalah 11 sistem kunci di dalam tombol pintu dengan hanya menggunakan satu kunci.

Pelanggan juga boleh memilih untuk memasang safety pin pada bingkai pintu dan pemasangan pintu tunggal atau dua pintu  bagi meneguhkan ciri keselamatan pintu di rumah anda. Dengan pencirian keselamatan pintu rumah dari THC Security Door, anda tidak lagi gusar akan risiko rumah dicerobohi oleh pencuri.

Alamat: No 105, 1st floor, Jalan Cokmar 1, Off, Jalan Meru, Mutiara Bukit Raja, 41050 Klang, Selangor

Waktu Operasi: Isnin-Ahad, 10am-7pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:03-3163 1943

Whatsapp THC Security Door

 

Kedai Pintu Best Di Kajang


 7. Vin Door Enterprise, Jalan Reko 

Vin Door Enterprise

Vin Door Enterprise menawarkan rekaan pintu berunsurkan moden dan kontemporari bagi kediaman rumah dan bangunan komersial.  Rekaan pintu dari Vin Door Enterprise mengutamakan pencirian keselamatan dan keselesaan hidup di dalam kawasan urban.

Pelanggan boleh meninjau kepelbagaian pilihan pintu di laman sesawang dan laman Facebook Vin Door Enterprise. Pelanggan juga boleh melihat portfolio yang disediakan di laman sesawang syarikat bagi mendapat gambaran kualiti produk yang ditawarkan.

Alamat: 18, 16 1/4 Mile, Jalan Reko, 43000 Kajang, Selangor, 43000, Kajang, Selangor

Waktu Operasi: Isnin-Sabtu: 9.30am-5pm, Ahad: Tutup

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:012 638 2606

Whatsapp Vin Door Enterprise

 

Kedai Pintu Best Di Shah Alam 


8. D’doorz Enterprise , Sungai Buloh

 D'doorz Enterprise

D’doorz Enterprise menawarkan kepelbagaian rekaan pintu mengikut trend-trend dekorasi yang kian popular di Malaysia. Terdapat pelbagai rekaan pintu yang ditawarkan , antaranya pintu kayu, pintu sliding, pintu lipat, pintu cowboy, pintu kabinet dapur, pintu almari, pintu bilik air dan aksesori pintu.

Kesemua produk dan perhidmatan yang ditawarkan adalah dijamin berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan.   D’doorz Enterprise turut menawarkan digital door lock  yang mana anda tidak lagi perlu membawa kunci rumah untuk ke mana-mana dan akses rumah boleh dilakukan menggunakan kod pin.

Alamat: 53-1, Jalan Nautika A U20/A, Seksyen 20, Pusat Komersil TSB, Sungai Buloh, 40160, Shah Alam, Selangor, 40160

Waktu Operasi: Selasa-Ahad: 10am-6.30pm, Isnin: Tutup

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:017-306 5039

Whatsapp D’doorz Enterprise

 

9.  Focus Glass Aluminium Sdn. Bhd , Seksyen 27

Focus Glass Aluminium Sdn. Bhd

Focus Glass Aluminium Sdn. Bhd menawarkan pintu kaca aluminium yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan. Rekaan pintu dan tingkap dari Focus Glass Aluminium Sdn. Bhd  boleh diselaraskan sekali menurut cita rasa pelanggan. Focus Glass Aluminium Sdn. Bhd turut menyediakan perkhidmatan membaik pulih pintu-pintu yang rosak. Perkhidmatan yang ditawarkan dari Focus Glass Aluminium Sdn. Bhd adalah berkualiti tinggi dan telah mendapat pelbagai ulasan-ulasan yang positif daripada para pelanggan.

Alamat: No 27, Jalan Kota Raja L 27/L, Seksyen 27, 40400 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Isnin-Sabtu: 9am-6.30pm, Ahad: Tutup

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes  | Phone:03-5885 1853

Whatsapp Focus Glass Aluminium Sdn Bhd

 

10. Red Rhino Tropicana Aman Security Door ,Shah Alam Showroom

Red Rhino Tropicana Aman Security Door (Shah Alam Showroom)

Red Rhino Tropicana Aman Security Door menawarkan pintu rumah yang bercirikan keselamatan yang dilengkapi dengan sistem sekuriti yang canggih dan terkini. Pencirian keselamatan pada pintu rumah merangkumi sistem perkuncian pintu yang sofistikated dapat mencegah dan melindungi rumah daripada dipecah masuk oleh pencuri. Pintu-pintu dari Red Rhino Tropicana Aman Security Door dijamin tidak boleh dirosakkan menggunakan tukul, sepakan kuat, gerudi dan barangan tajam. Pelanggan boleh membuat tinjauan produk di laman sesawang Red Rhino Tropicana Aman Security Door bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai senarai harga produk supaya anda dapat menemukan rekaan pintu yang menepati bajet dan citarasa anda.

Alamat:22G, Jalan Aman Sinaria 9, Bandar Tropicana Aman, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor

Waktu Operasi: Isnin-Ahad, 10am-5pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes  | Email | Phone:017 – 330 4688

Whatsapp Red Rhino Tropicana Aman Security Door

 

5/5 - (3 votes)

Anda Mungkin Berminat

10 Best Kedai Perabot Kayu Selangor

Negeri Selangor sememangnya terkenal dengan perabot kayu (wooden furniture) terpakai dan perabot kayu murah. Walaupun negeri ini pesat membangun, namun warisan tradisional masih terjaga,...

Kedai Perabot Best di Putrajaya dan Dengkil

Pelbagai konsep dekorasi hiasan dalaman terkini yang kian popular dalam seni hiasan dalaman rumah-rumah di Malaysia. Kreativiti yang diterapkan tidak hanya terhad pada gaya...

10 Kedai Buat Awning Rumah yg Murah & Best

Pelbagai kelebihan yang boleh diperolehi sekiranya anda memilih untuk memasang awning di rumah. Antaranya ialah anda tidak perlu bersusah payah untuk mengalihkan ampaian sewaktu...

Top 10 Kedai Lampu Puchong yg Murah & Best

Kedai Lampu (Lighting Shop) bukan saja menawarkan produk yang berkaitan dengan lampu, malah selalunya menawarkan pelbagai barang elektrikal yang lain seperti kipas siling, water...

10 Best Kedai Perabot Terpakai & Murah di Lembah Klang

Tengah membuat tinjauan untuk perabot terpakai yang murah dan berkualiti tinggi? Di sini kami membuat penyelidikan yang terperinci, dan mencadangkan 10 top kedai perabot...

10 Best Kilang Repair Sofa Di Selangor

Perabot sememangnya kelengkapan rumah yang perlu untuk memberikan ruang keselesaan kepada penghuninya. Ruang yang selesa di mana anda duduk dan minum kopi anda, menonton...

1 komen

Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
asep
1 year ago

terima kasih informasinya. sangat bermanfaat

Hubungi Kami

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x