Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Kedai Komputer Best di Seremban & Senawang

Risau keluar dari rumah atau tidak senang untuk membuat tinjauan tentang kedai komputer yang best di Seremban? Jangan risau, kedai komputer yang tersenarai dibawah dapat membantu anda, semestinya dengan harga mampu milik sesuai dengan bajet anda. Komputer merupakan salah satu keperluan penting untuk berkerja dari rumah dan pembelajaran di rumah. Anak anda juga turut terkesan disebabkan pandemik ini dan sebagai ibu bapa anda semestinya inginkan yang terbaik buat mereka. Hentikan kerisauan anda dan mari kita bersama-sama menyemak kedai berikut sebelum membeli.

Sebelum itu, baca tips membeli komputer baharu:

  1. Memilih sistem operasi iaitu Window, Mac, atau Chrome Os yang biasa anda gunakan sebelum ini.
  2. Meneliti ciri-ciri skrin laptop yang perlu diberi perhatian sama ada saiz skrin, resolusi, dan jenis paparan.
  3. Memeriksa papan kekunci (keyboard) dan touchpad laptop supaya berfungsi dengan baik.
  4. Memilih spesifikasi laptop sesuai dengan tugas yang anda lakukan sekiranya anda seorang pelajar atau ingin mencari laptop untuk bekerja.

Berikut merupakan beberapa peralatan komputer yang anda boleh cari dari kedai kedai yang terpapar dalam artikel ini: komputer riba, komputer game, komputer murah, komputer gaming, komponen komputer, rangkaian komputer, dan cpu komputer.

 

10 Kedai Komputer Best di Seremban


1. Pineapple Computer Sdn Bhd, Seremban Prima

pineapple store seremban

Pineapple Computer Sdn Bhd mempunyai cawangan di Selangor, Johor, Sabah dan Kuala Lumpur. Kedai komputer Seremban ini menjual Kaspersky Anti Virus, printer, dakwat printer, tetikus, Wacom tablet lukisan, tablet, kamera web, laptop pelbagai jenama iaitu HP, Acer, Lenovo, dan Asus. Selain itu, aksesori komputer seperti earbud tanpa wayar, pembesar suara bluetooth mudah alih, dan pembesar suara stereo turut dijual untuk pelanggan. Anda inginkan laptop dengan harga berbaloi, datanglah ke kedai atau terus berbelanja secara dalam talian untuk membuat pilihan mengikut bajet anda.

Alamat: S03, 2nd Floor, Seremban Prima, Jalan Dato Bandar Tunggal, 70000 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Isnin – jumaat: 11.00am – 8.30pm

Lokasi | Laman web | Instagram | Facebook | Shopee | Ulasan Bisnes | Email | Phone: 06-7676730

Whatsapp Pineapple Computer Sdn Bhd

 

2. Syarikat Thye Hin Computer (M) Sdn Bhd, Bandar Seremban

perkhidmatan teknologi canggih

Syarikat Thye Hin Computer (M) Sdn Bhd merupakan salah satu syarikat komputer yang terkenal di Seremban dalam menyediakan perkhidmatan, penyelesaian, dan perundingan teknologi maklumat serta komunikasi. Thye Hin Computer ditubuhkan pada tahun 2000 dan mengekalkan prinsip untuk memberikan pelanggan produk serta perkhidmatan yang terbaik. Selama tempoh 20 tahun terakhir, Thye Hin Computer telah bekerja keras untuk membina reputasi yang kukuh dengan menyediakan perkhidmatan teknologi canggih dan sokongan profesional yang boleh dipercayai oleh pelanggan.

Alamat: 4G,3G,4-1,4-2,5-2, Wisma Arab, Jalan Tuanku Munawir, Bandar Seremban, 70000 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – sabtu: 10.30am – 9.30pm

Lokasi | Laman web | Facebook | Shopee | Ulasan Bisnes | Email | Phone: 06-7652288

 

3. Vinarcom Computer, Taman Seremban Jaya

pakar dalam Windows dari semua ukuran

Vinarcom Computer pakar sistem komputer dan pakar rangkaian serta ditubuhkan pada tahun 2004 yang berfokus pada perkhidmatan. Kedai komputer Seremban ini menyediakan khidmat untuk menjadikan perniagaan anda lebih berfungsi, pakar dalam memasang, merancang, dan melayani rangkaian Microsoft Windows XP, Windows 2003 Server, Windows 7, dan Windows 2000 dari semua ukuran. Selain itu, pakar dalam menangani perniagaan kecil secara efektif dengan mendiagnosis keperluan semasa pelanggan dan menyediakan pelbagai jenis komputer, aksesori, periferal, serta perisian yang berkualiti untuk memenuhi keperluan perniagaan.

Alamat: 505, Jalan SJ 9/1, Taman Seremban Jaya, 70450 Senawang, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – sabtu: 10.30am – 8.30pm

Lokasi | Laman web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: +6012-2449309

Whatsapp Vinarcom Computer

 

4. I Fix Solutions (M) Sdn Bhd, Taman Rasah Jaya

Menjual pc desktop harga murah

I Fix Solutions (M) Sdn Bhd telah berkembang menjadi syarikat terkemuka dalam penjualan produk dan perisian teknologi sejak ditubuhkan pada tahun 2012. Syarikat ini berfokus kepada menjalin hubungan jangka panjang dengan pelanggan dan menyediakan perkhidmatan kelas pertama serta memberikan penyelesaian terbaik buat pelanggan. Selain itu, menjual pelbagai jenis produk IT seperti laptop, PC Desktop, monitor LCD / LED, aksesori komputer, dan laptop yang diperbaharui. Anda ingin membina PC bajet rendah custom dan gaming bolehlah cari desktop tersebut disini. Desktop dan monitor yang diperbaharui juga boleh didapati di kedai ini serta komputer bajet dengan harga murah untuk anda.

Alamat: No.3835, Jalan RJ 6/8, Taman Rasah Jaya, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – sabtu: 9.00am – 6.30pm

Lokasi | Laman web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: +6011-10093835

Whatsapp I Fix Solutions (M) Sdn Bhd

 

5. PC Budget Seremban, Bandar Senawang

kedai menjual pc budget harga murah

Kedai ini menyediakan khidmat pemasangan permainan, penyediaan komputer, persiapan SME, membekal bahagian komputer, perkhidmatan format, menaiktaraf memori komputer, menyelesaikan masalah komputer, dan perkhidmatan lain dalam bidang komputer. Kedai komputer Seremban ini turut menawarkan perkhidmatan menjual barang IT dengan harga yang berpatutan dan menyediakan perkhidmatan IT yang sangat baik. Antaranya adalah memasang perisian mengedit (fotografi), penyediaan pejabat / penggunaan rumah, permainan (pengaturan rendah), streaming cahaya (marketing / live), perisian mengedit (Pro Designer), arkitek (arkitek / draftsman), pro streaming (gameplay / live), gaming, multitasking yang tinggi, dan rendering yang berat.

Alamat: No.380-1, Jalan Bandar Senawang 1, Bandar Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Ahad(tutup), Isnin – jumaat: 10.00am – 6.00pm, Sabtu: 10.00am – 6.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: +6013-3680069

Whatsapp PC Budget Seremban

 

6. Cy Ho Enterprise, Terminal 1 Shopping Plaza

Penjual komputer jenama Acer

Cy Ho Enterprise merupakan salah satu kedai komputer yang terkenal di Seremban dan menfokuskan jualan mereka melalui dalam talian. Kedai ini turut mempunyai pengikut yang ramai menerusi aplikasi Shopee dan menjual pelbagai produk teknologi berfokus jenama acer. Antaran produk yang dijual di kedai komputer Seremban ini ialah laptop acer pelbagai model, dakwat laptop, beg laptop, papan kekunci, tetikus, monitor, dan sebgainya. Sekiranya anda berminat, layarilah laman Shopee Cy Ho Enterprise.

Alamat: Lot. F55 (1st Floor), Terminal 1 Shopping Plaza, 70000 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Isnin – ahad: 11.00am – 9.30pm

Lokasi | Facebook | Shopee | Ulasan Bisnes | Phone: +6017-3751288

Whatsapp Cy Ho Enterprise

 

7. Dancom Plus Computer, Taman Rasah Jaya

Laptop bajet untuk pelajar

Dancom Plus Computer bertapak di Seremban lebih dari 7 tahun dengan pengalaman runcit dan rekod perdagangan serta perkhidmatan yang terbaik. Selain itu, menawarkan PC Desktop, tablet, peralatan komputer, komputer riba, printer, harddisk, memori, DVD, dan aksesori lain dengan harga berpatutan. Anda juga boleh memilih pelbagai jenama seperti HP, Intel, Lenovo, Compaq,  IBM, Fujitsu, NEC, Seagate, Xerox, Brother, Dell Desktop PC, dan lain-lain dengan harga yang paling menarik untuk semua produk pilihan anda.

Alamat: 3773A, 11, Jalan RJ 6/9, Taman Rasah Jaya, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – sabtu: 9.30am – 6.30pm

Lokasi | Laman web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: +6012-6830713

Whatsapp Dancom Plus Computer

 

8. STP Technology Sdn Bhd, Kemayan Square

STP Technology kedai koputer terkenal di Seremban

STP Technology Sdn Bhd menawarkan pelbagai produk teknologi untuk anda, antaranya ialah laptop jenama Acer, monitor, komputer riba, projektor, pendrive, kamera web, fon kepala, dan sebagainya. Anda tiada masa untuk kedai mereka, jangan risau anda boleh berbelanja dalam talian menerusi Shopee. Penghantaran terus ke rumah turut disediakan oleh kedai komputer Seremban ini setelah anda membayar produk pilihan anda dengan kualiti yang dijamin terbaik.

Alamat: 84GF, Jalan Toman 5, Kemayan Square, 70200 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – sabtu: 9.30am – 6.30pm

Lokasi | Facebook | Shopee | Ulasan Bisnes | Phone: +6019-6832282

Whatsapp STP Technology Sdn Bhd

 

Kedai Komputer Best di Seremban 2


9. S2 IT Avenue Sdn Bhd, AEON Mall Seremban 2

Menjual notebook, desktop berjenama, dan desktop gaming.

S2 IT Avenue merupakan penjual semula yang sah untuk sebahagian besar notebook, desktop berjenama, dan desktop permainan custom made di pasaran. Antaranya ialah laptop jenama Asus, Dell, HP, penyesuai wifi, printer, pembesar suara desktop, monitor, dan sebagainya. Selain itu, S2 IT Avenue juga menawarkan khidmat membaiki laptop dan pembaikan custom.

Alamat: Lot F35, 1st Floor Jusco Seremban 2 Shopping Centre, No 112, Persiaran S2 B1, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Isnin – ahad: 10.00am – 8.00pm

Lokasi | Laman web | Instagram | Facebook | Lazada | Ulasan Bisnes | Email | Phone: 06-6012955 

Kedai Komputer Best di Senawang


10. Interplanetary Enterprise, Taman Komersil Senawang

Kedai komputer terkenal di Seremban

Interplanetary Enterprise juga dikenali sebagai IE Computer dan ditubuhkan sejak tahun 2001. Kedai ini menawarkan PC Desktop, aksesori komputer, laptop, telefon pintar, bahagian telefon, dan gadjet terkini. Selain itu, menawarkan laptop dengan harga menarik mengikut spefikasi laptop sesuai untuk guru, pelajar, dan mereka yang bekerja dari rumah.

Alamat: 110, Jalan Taman Komersial Senawang 4, Taman Komersil Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – sabtu: 9.00am – 6.00pm

Lokasi | Laman web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: 06-6772305

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

Top 6 Kedai Elektrik yang Berkualiti di Sekitar Seremban

Televisyen anda rosak? Peti sejuk anda tidak berfungsi seperti biasa? Ingin mencari barang elektrik lain yang berkualiti? Jika anda duduk di kawasan sekitar Seremban,...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x