Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Top 6 Kedai Elektrik yang Berkualiti di Sekitar Seremban

Televisyen anda rosak? Peti sejuk anda tidak berfungsi seperti biasa? Ingin mencari barang elektrik lain yang berkualiti? Jika anda duduk di kawasan sekitar Seremban, anda tidak perlu risau mencari tempat untuk mengganti barang-barang tersebut. Di sini, kami telah menyenaraikan 6 kedai elektrik di Seremban untuk anda kunjungi. Semoga bermanfaat!

 6 Kedai Elektrik di Seremban


1. Famous Lite Electrical Sdn Bhd, Betaria Business Centre

Famous Lite Electrical Sdn Bhd, Betaria Business Centre

Kedai elektrik Famous Lite Electrical Sdn Bhd ini menjadi pilihan warga Seremban kerana lokasinya yang strategik dan mudah dicari. Maklumlah, kebanyakan penduduk di sekitar Seremban sudah biasa dengan kawasan ini. Dengan rating 4.5, kedai elektrik ini juga memperoleh banyak ulasan positif yang boleh anda rujuk di Google. 

Kedai elektrik di Seremban ini menjual barang elektrik dengan harga yang berpatutan dan mempunyai banyak variasi barang elektrik. Tambahan pula, pekerja di kedai tersebut peramah dan sentiasa bersedia untuk membantu pelanggan yang mengunjungi kedai mereka.

Alamat: No 12, GF, Jalan Durian Emas 3, Betaria Business Centre, 70400 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (8.30 am – 6.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 06-7645985


2. Thye Hin Trading (THT) Sdn Bhd, Jalan Tuanku Munawir

Thye Hin Trading (THT) Sdn Bhd, Jalan Tuanku Munawir

Kedai elektrik Thye Hin Trading yang terletak di Bandar Seremban ini dibuka setiap hari kecuali hari Ahad. Dengan rating 4.3 di Google, terdapat banyak ulasan positif dan memuaskan dari pelanggan yang pernah datang mencari barangan elektrik di kedai tersebut.

Kedai ini menjual pelbagai variasi barangan elektrik daripada banyak jenama elektrik yang terkenal seperti Panasonic, Samsung, Toshiba dan lain-lain. Akan tetapi, terdapat juga ulasan kurang memuaskan berkaitan masalah waranti barang yang sering dihadapi oleh pelanggan.

Namun begitu, jika anda mencari barang elektronik yang baru dengan harga yang berpatutan, jemputlah singgah di kedai elektrik Thye Hin Trading di Seremban ini.

Alamat: 52, 53, 54, Jalan Tuanku Munawir, Bandar Seremban, 70000 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.00 am – 7.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 010-255 6601

WhatsApp Syarikat Thye Hin Trading


3. T&A Electrical & Hardware, Garden Homes Seremban 2

Kedai Elektrik T&A Electrical & Hardware, Garden Homes Seremban 2

T&A Electrical & Hardware yang terletak di Garden Homes Seremban 2 ini buka setiap hari termasuk pada hujung minggu. Kedai ini bukan sahaja menjual barang elektrik, mereka juga menjual barang perkakasan untuk rumah anda.

Malah, kedai elektrik di Seremban ini dikatakan sesuai untuk pelanggan yang ingin membeli barang elektrik secara borong kerana barang di kedai tersebut dijual dengan harga yang agak murah berbanding kedai elektrik lain. Tidak lupa juga, T&A Electrical & Hardware menawarkan servis pelanggan yang sangat mesra dan mantap.

Alamat: 71, Jalan S2 F1, Garden Homes Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (8.30 am – 6.00 pm), Ahad (9.00 am – 2.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 06-720 5609


4. Asianeka Jaya Sdn Bhd, Taman Kemuning Senawang

Asianeka Jaya Sdn Bhd, Taman Kemuning Senawang

Asianeka Jaya Sdn. Bhd. buka setiap hari sehingga jam sembilan malam kecuali pada hari Ahad. Hal ini membolehkan pelanggan mengunjungi kedai elektrik ini selepas pulang dari kerja untuk membeli barang yang mereka perlukan. 

Selain itu, kedai elektrik ini juga agak terkenal kerana menjual gajet seperti telefon dan jam pintar. Lebih menarik lagi, kedai ini juga menyediakan penghantaran barang ke rumah bagi memudahkan pelanggan. 

Kedai elektrik di Seremban ini juga sangat aktif di laman sosial mereka iaitu Facebook untuk mempromosi barangan elektrik yang ada di kedai mereka. Jadi, jangan lupa untuk menjenguk di laman Facebook mereka sebelum anda singgah ke kedai elektrik ini untuk sebarang promosi!

Alamat: No. 35 & 36, Jalan Kemuning 1, Taman Kemuning Senawang, 70400 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (11.00 am – 9.00 pm), Sabtu (11.30 am – 9.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 06-677 1130

WhatsApp Asianeka Jaya


5. Rahang Electrical Service Sdn Bhd, Jalan Tuanku Antah

Rahang Electrical Service Sdn Bhd, Jalan Tuanku Antah

Rahang Electrical Service Sdn. Bhd. merupakan kedai elektrik yang agak popular di sekitar Seremban. Hal ini kerana mereka menjual banyak barang elektronik yang sukar didapati dengan harga yang murah. 

Kedai elektrik yang terletak di Jalan Tuanku Antah, Seremban, ini dibuka setiap hari. Jadi, ini membolehkan para pelanggan untuk mengunjungi kedai elektrik tersebut pada hujung minggu dan pada hari cuti bekerja. 

Rata-rata pelanggan yang pernah membeli barangan di sini memberikan maklum balas yang bagus. Terutamanya untuk pekerja mereka yang memberikan layanan mesra ketika melayan pelanggan yang hendak membeli barang ataupun yang sedang cuci mata sahaja.

Alamat: 179, Jalan Tuanku Antah, Seremban, 70100 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.30 am – 8.30 pm), Ahad (11.00 am – 5.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 06-761 4299

WhatsApp Rahang Electrical Service


6. One Spark Electrical Seremban, Pusat Komersial Rasah Prima

Kedai Elektrik One Spark Electrical Seremban, Pusat Komersial Rasah Prima

One Spark Electrical Seremban terletak di Pusat Komersial Rasah Prima dan juga dibuka setiap hari mengikut waktu operasi yang telah ditetapkan. Kedai elektrik di Seremban ini telah mendapat maklum balas yang positif dari pelbagai aspek, seperti servis pekerja yang bagus, barang yang berkualiti, stok barang yang banyak dan harga yang berpatutan. 

Kedai elektrik ini juga menyediakan perkhidmatan membaiki barang elektrik. Jadi, anda mempunyai pilihan untuk membeli peralatan elektrik baharu atau membaiki peralatan elektrik anda yang lama di One Spark Electrical Seremban. 

Bagi anda yang mencari barang elektrik yang bersesuaian dengan bajet anda, kedai elektrik ini salah satu kedai yang sesuai untuk anda kunjungi.

Alamat: 15G Jalan Rasah Prima 2, Pusat Komersial Rasah Prima, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8.30 am – 6.00 pm), Sabtu (8.30 am – 5.00 pm), Ahad (9.00 am – 3.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-551 7041

WhatsApp One Spark


Kami harap kedai elektrik di Seremban yang telah kami disenaraikan ini mampu membantu anda buat pilihan yang bijak sekiranya anda ingin membeli barang elektrik untuk rumah anda. Kami yakin kedai-kedai tersenarai pastinya mempunyai barangan elektrik yang anda idamkan.

Jika anda tidak mempunyai hasrat untuk membeli barang baru, tidak mengapa. Anda masih boleh juga datang ke kedai-kedai ini untuk mencuci mata melihat barang elektrik yang terdapat dari kedai-kedai di atas. 

Namun, jika anda ingin mencari kedai elektronik di sekitar Shah Alam dan Klang, anda boleh layari artikel kami di Top 10 Kedai Elektrik Shah Alam & Klang yg Best. Kami pasti senarai yang terdapat di artikel tersebut juga akan membantu anda mendapatkan peralatan elektrik yang diperlukan di Shah Alam. Jadi, apa tunggu lagi? Jom membeli peralatan elektrik baru!

 

5/5 - (3 votes)

Anda Mungkin Berminat

10 Kedai Komputer Best di Seremban & Senawang

Risau keluar dari rumah atau tidak senang untuk membuat tinjauan tentang kedai komputer yang best di Seremban? Jangan risau, kedai komputer yang tersenarai dibawah...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x