Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Kedai Elektrik Terbaik di Shopee yang patut dikunjungi

Barangan elektrik dapat membantu kita untuk melakukan segala pekerjaan harian. Membeli barangan elektrik di kedai yang betul dapat mengelakkan daripada berlaku sebarang kemalangan yang tidak dingini. Barangan elektrik yang dibeli mestilah merupakan barangan tulen dan berkualiti tinggi. Di aplikasi Shopee ini, anda akan dapat melihat pelbagai barangan elektrik seperti blender, iron, microwave, hair dryer, mesin basuh, peti sejuk dan banyak lagi.

Sebelum membeli, anda dapat membuat perbandingan harga dan semestinya anda akan dapat membaca ulasan-ulasan yang telah diberikan oleh pelanggan lain tentang barangan elektrik atau tentang kedai tersebut. Disini juga kami telah menyediakan 10 senarai Kedai Elektrik yang paling berguna di Shopee.


10 Kedai Elektrik yang paling berguna di Shopee.

1. Kedai Elektrik Panasonic Shopee

Kedai Elektrik Panasonic Shopee

Panasonic merupakan antara salah satu jenama barangan elektrik yang agak popular. Selain itu, kedai Elektrik Panasonic ini juga antara kedai yang gemar membuat promosi yang menarik. Banyak produk barangan elektrik yang canggih ada dijual disini seperti steam iron, hand blender, beard trimmer, rice cooker dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, bateri dan vacuum cleaner bags pon ada dijual disini.

Jika anda merasa ragu-ragu terhadap barangan mereka, anda boleh membaca ulasan pelanggan di ruangan Shopee mereka yang mendapat rating hampir lima bintang. Selain itu, mereka juga mempunyai pengikut melebihi 60 ribu. Oleh itu, anda yang ingin membeli barangan elektrik untuk keperluan harian, anda boleh mencari di kedai ini.

Shopee | Ulasan Bisnes


2. Kedai Elektrik SNF Online Shopee

Kedai Elektrik SNF Online Shopee

SNF Online adalah antara kedai yang wajib anda kunjungi di Shopee jika anda ingin mencari barangan elektrik yang berkualiti. Bukan itu sahaja, disini juga anda dapat mencari pelbagai jenama barangan elektrik terkenal seperti jenama Philips, Khind, Midea, Trio dan Morgan. Selain itu, dikedai ini juga sering menawarkan potongan harga yang murah.

Mereka menawarkan kualiti pembungkusan dan penghantaran yang terbaik dengan menggunakan kotak, bubble wraps dan sticker fragile bagi mengelakkan sebarangan kerosakkan pada barangan anda. Kedai ini juga mempunyai lebih 127 ribu pengikut dan mendapat rating hampir lima bintang. Oleh itu, jangan terlambat untuk mendapatkan barangan elektrik untuk kegunaan harian anda sekeluarga

Shopee | Ulasan Bisnes


3. Kedai Elektrik Shing Hing Shopee

Kedai Elektrik Shing Hing Shopee

Shing Hing menawarkan barangan kelengkapan rumah seperti mesin basuh, peti sejuk, kipas syiling, blender, microwave dan banyak lagi. Di sini juga anda boleh mendapatkan potongan harga dengan menggunakan baucer kedai. Baucer kedai boleh didapati di halaman utama shopee mereka dan sah digunakan dalam tempoh yang ditetapkan.

Mereka juga merupakan antara peruncit perkakas rumah yang boleh dipercayai. Hal ini kerana, mereka telah mempunyai pengalaman lebih 25 tahun didalam perniagaan. Kedai yang berlokasi di Kuala Lumpur ini memfokuskan pada kualiti perkhidmatan yang diberikan. Ini terbukti dengan mempunyai prestasi chat melebihi 95% dan mempunyai lebih 17 ribu pengikut.

Shopee | Ulasan Bisnes


4. Kedai Elektrik Philips Shopee

Kedai Elektrik Philips Shopee

Di Kedai Elektrik Philips Shopee anda akan dapat mencari barangan elektrik dengan pelbagai pilihan. Barangan elektrik seperti airfryer, hair dryer, shaver, vacuum dan iron steam juga boleh dibeli dengan harga yang menarik. Selain itu, electric toothbrush untuk kegunaan orang dewasa dan kanak-kanak juga ada dijual dengan harga serendah RM 50 sehingga harga RM 700. Antara barangan popular mereka yang mendapat jualan melebihi seribu ialah Philips hair dryer. Ianya juga boleh dibeli dengan harga serendah RM 36.

Walaupun mereka beroperasi di Shopee sekitar lebih 24 bulan tetapi mereka telah mempunyai pengikut yang melebihi 110 ribu dan mendapat rating melebihi 4.9/5 bintang. Jika anda masih merasa ragu-ragu dan ingin mendapatkan lebih informasi terhadap barangan mereka, boleh berinteraksi dengan mereka di ruangan chat kedai ini.

Shopee | Ulasan Bisnes


5. Kedai Elektrik Tanradio.com Shopee

Kedai Elektrik Tanradio.com Shopee

TANRADIO.com menawarkan barangan elektrik tulen yang terdiri daripada pelbagai jenama popular seperti Samsung, LG, Sharp, Elba, Toshiba dan banyak lagi. Dengan membeli Khind Sandwich Waffle Maker juga boleh memudahkan urusan para ibu untuk menyediakan sarapan. Ianya juga boleh dibeli dengan harga serendah RM 50. Selain itu,mereka menyediakan warranty bagi setiap barangan elektrik seperti television, peti sejuk , kipas syiling dan banyak lagi. Disini juga ada menjual mini peti sejuk untuk menyimpan snack yang boleh didapati dengan harga serendah RM 600.

Kedai ini telah aktif di platform Shopee melebihi 6 tahun dengan mempunyai pengikut melebihi 60 ribu dan mendapat rating hampir lima bintang. Oleh itu, jangan lupa mengunjungi kedai ini kalau anda sedang mencari barangan elektrik.

Shopee | Ulasan Bisnes


6. Kedai Elektrik Singer Shopee

Kedai Elektrik Singer Shopee

Singer antara jenama barangan elektrik yang memang tidak asing didengari lagi. Di Singer memaparkan pelbagai barangan elektrik berkualiti yang dapat memudahkan urusan rutin harian anda. Bukan sahaja barangan dijual dengan harga yang rendah tetapi keselamatan semasa menggunakan barangan elektrik di kedai Singer ini juga terjamin kerana barangan mereka mempunyai cop SIRIM. Bukan sahaja blender, electric kettle, rice cooker, mesin jahit dan dapur gas sahaja dijual tetapi barangan kelengkapan menjahit seperti sewing needle dan Multi-purpose Oil juga ada dijual disini.

Jika anda ingin bertanya tentang produk mereka, sila ke ruangan chat. Pertanyaan anda akan dijawab segera ini terbukti kerana di prestasi chat mereka telah mendapatkan lebih 95%. Kedai ini juga mempunyai lebih 12 ribu pengikut dan telah aktif di Shopee selama lebih 4 tahun.

Shopee | Ulasan Bisnes


7. Kedai Elektrik JH home appliances Shopee

Kedai Elektrik JH home appliances Shopee

JH home appliances merupakan antara kedai yang elektrik yang wajib dikunjungi di Shopee. Dengan pengikut melebihi 84 ribu, mendapat penilaian melebihi 4.8/5 bintang dan telah beroperasi selama lebih 5 tahun di Shopee membuktikan ini merupakan kedai barangan elektrik terbaik. Antara barangan popular di kedai ini ialah Bbq Grill Machine yang boleh digunakan sewaktu mengadakan aktiviti berkhemah atau berkelah.

Selain menjual barangan elektrik, speakers dan headphone dengan model terkini juga ada dijual disini semestinya dengan harga yang berpatutan. Oleh itu, jangan terlambat untuk mendapatkan barangan elektrik anda sementara stok masih ada.

Shopee | Ulasan Bisnes


8. Kedai Elektrik Hua Sheng onlineshop Shopee

Kedai Elektrik Hua Sheng onlineshop Shopee

Hua Sheng onlineshop menawarkan barangan elektrik dengan harga yang berpatutan. Disini anda boleh mendapatkan barangan elektrik seperti air cooler, food steamer, mesin basuh serta kipas angin. Antara yang menarik disini ialah wireless vacuum yang boleh dibeli dengan harga serendah RM 300 dan stand mixer bagi membantu para bakers juga ada dijual semestinya dengan harga serendah 100.

Kedai ini telah aktif beroperasi di Shopee selama lebih 4 tahun dengan mempunyai pengikut melebihi 12 ribu dan mendapat rating lebih 4.9/5 bintang. Jika anda masih berasa ragu-ragu tentang barangan mereka, boleh berinteraksi di ruangan chat mereka.

Shopee | Ulasan Bisnes


9. Kedai Elektrik PremiumHouse Shopee

Kedai Elektrik PremiumHouse Shopee

PremiumHouse juga adalah antara kedai elektrik atas talian yang menawarkan pelbagai barangan elektrik yang berkualiti tinggi. Kedai ini mempunyai pengikut melebihi 11 ribu dan mendapat rating lebih 4.9/5 bintang walaupun baru bergiat dalam Shopee selama lebih 35 bulan. Barangan elektrik di kedai ini juga dijamin 100% original.

Antara produk terlaris mereka ialah rice cooker yang mempunyai tempoh warranty selama setahun dan boleh dibeli dengan harga RM 50 kebawah. Selain itu, mesin basuh 7.5 kg yang semestinya berkualiti juga boleh dibeli dengan harga serendah RM 700. Untuk anda yang masih mencari barangan elektrik sebagai hadiah untuk kawan yang baru berpindah rumah atau yang baru berkahwin juga boleh membeli disini.

Shopee | Ulasan Bisnes


10. Kedai Elektrik Eight Twelve Trading Shopee

Kedai Elektrik Eight Twelve Trading Shopee

Eight Twelve Trading menawarkan banyak barangan elektrik dengan model terkini. Antara barangan elektrik yang menarik di kedai ini seperti peti sejuk dengan model design 2021. Ianya juga dijual dengan harga RM 999. Terdapat juga beberapa barangan mereka yang akan memberikan anda free gift seperti earphone jika anda membelinya.

Walaupun mereka beroperasi di Shopee sekitar lebih 16 bulan tetapi mereka telah mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam menjual barangan peralatan elektrik di kedai mereka yang berlokasi di Seri Kembangan dan walaupun tidak mempunyai jumlah pengikut seramai seperti kedai-kedai lain namun mereka mempunyai chat prestasi lebih 98% yang telah diberikan oleh pelanggan mereka. Jadi jangan ragu-ragu lagi untuk chat mereka jika mempunyai sebarang pertanyaan. Soalan anda juga akan dijawab dengan penuh berhemah.

Shopee | Ulasan Bisnes


Kesimpulannya, marilah menjamin keselamatan anda dan keluarga dengan membeli barangan elektrik yang tulen dan berkualiti tinggi di kedai-kedai yang boleh dipercayai. Dengan membeli di Shopee anda tidak perlu bersusah payah membandingkan antara satu kedai ke kedai yang lain dan anda juga bebas memberikan pendapat anda di ruangan ulasan. Kalau berkesempatan, mari lihat artikel kami tentang 10 Kedai Basikal Terbaik Di Shopee Yang Patut Dikunjungi untuk mencuci mata mencari basikal baru pula.

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x